27 Oktober 2009

kelip cinta #7 - cerita tunang



1. make-up
ma ada mintak sedara dia make up aku..... masa mak aku cakap tu, aku dah rasa cuak gak, tapi demi menjaga hati, aku relakan juga. masa dia letak foundation, aku ok lagi. tapi bila dia letak make up mata aku... mak ai...mata aku yang sebegini bulat nampak sepet. aku dah rasa cuak. dalam hati....xpe jaga hati ma. tapi yang paling tak tahan bila dia sapu lipstik kat bibir aku. gila rasa nak sawan je. merah menyala. ni dah lebih kak. aku dah nak nangis dah.... kemudian aku dapat call dari en. denver,dia ckp dia sampai lambat lagi,sebab jalan jam teruk. " kalau lambat lagi,akak pergi mkn dulu lar ye". fuh,lega... thanks en.denver sebab dah jadi hero penyelamat aku. tak sanggup dah nak pandang rupa aku yang buruk ni. memang aku nangis, tukang jahit baju aku pun ada masa tu. korang bayangkan walaupun aku lap ngn tisu, basuh bibir , tetap tak hilang merah dia. maybe jenis lipstik yang bertindakbalas ngn bibir kot. aku xtau sgt pasal benda2 mcm tu. akudah meraung dah. adik aku cakap muka aku buruk sgt. huhuhu :( sedih we, padahala ini hari penting aku, n kalau boleh aku mahu kelihatan berseri depan en. denver n juga family. memandangkan akak make up tu xde, adik aku suruh aku cuci muka. akak tukang jahit aku cakap "nikuze, make up je sendiri, xperlu tebalsangat,lagi pun ni najlis tunang je, bukannya kahwin lagi. kalau dah make up tebalskang takut xnaik seri masa kawin nanti". selalu aku boleh je make up, tapi hari tu aku rasa lain mcm je. tapi aku belasah juga. itu lar hasilnya. aku berazam nanti kahwin aku nak survey dulu mak andam tu mcm mana. kat kelantan susah skit nak cari mak andam yang boleh make up nampak natural look. semuanya stail make up tebal 40 inch. adoi.... sape2 yang dok kelantan, boleh tak rekomen kat aku eh....

kelip cinta #6 - betulke aku dah bertunang ni?












1. alahamdulillah,majlis pertunangan aku berlangsung dengan baik.
2. terima kasih pada semua yang banyak membantu aku especially adik beradik aku yang banyak tolong aku panjat tangga masa nak buat pelamin, feren adik aku yang tolong aku buat gubahan n paling istimewa terima kasih buat ma n abah yang banyak support aku.
3. paling bersyukur sebab ma n abah merestui perhubungan aku dengan en.denver dari dulu lagi.
4.doakan kami cepat kahwin ye....

kelip cinta #5 - abah sarung cincin kat en.denver









1. ini lah en. denver aku
2. kelakar... abah aku yang tersilap jari masa nak sarung cincin kat dia. boleh tak abah aku pergi sarung kat jari telunjuk en. denver.
3. en.denver yang bgtau kat abah, jari mana kena saring cincin... hahahaha :)
4. serius... dia sangat cool pada hari pertungan kami...
5. baju melayu dah smart, tapi boleh plak dia dtg pakai selipar jepun, padahal semua orang dok tunggu dia. dah lar tu boleh selamba pegang hantaran sendiri bawak samapi atas rumah. hahahaha :) gila gentleman....

kelip cinta #4 - majlis sarung cincin nikuze












1. bila kawan-kawan aku cakap masa nak sarung cincin tu berdebar, aku rasa pelik sebab dari pagi lagi aku tak rasa apa pun.
2.cuma,bilaaku pandang pelamin yang aku buat ni, aku rasa macam tak yakin nak duduk atas tu. hahaha :) walaupun aku ni jenis selamba, tapi rasa malu tu tetap ada weh.
3.rasa cam poyo plak,duduk atas tu senyum2, dah la semua mata tertumpu kat aku.
4.masa family en. denver sampai, aku duduk dalam bilik ditemani adik n kawan2 aku. gila weh,seram sejuk tangan kaki aku,hati berdebar rasa macam nak meletup. time tu aku admit, ye... aku rasa gementar n cuak. macam mana kalau aku tersilap hulur jari ek?
5. mak aku dah pesan awal2, hulurkan jari manis sebelah kanan, dah siap buat rehearsal lagi ngn mak aku. tapi.....aku takut tersalak gak...
6. masa aku naik kat atas pelamin tu, bila dorang cakap masa dah tiba..mak aih....aku tak tau nak buat muka mcm mana,yang aku dgr, adik aku bagi guide suruh hulur tangan lar, salam lar, ciumtangan lar....
7. alhamdulillah,akhirnya pada 21 Oktober 2009 aku sah menjadi tunang en. denver
8. silarujukgambar, maaf kameraberkualiti rendah...last minute preparation..aku lupa pada camera man. hehehehe :)

26 Oktober 2009

kelip cinta #3- pelamin tunang






1.ni gambar pelamin tunang aku.
2.simpel je,sebab aku buat sendiri. nanti kawin pun aku nak buat pelaminkawin sendiri. tgk lar mcm mana nanti.
3. masa nak tampal bunga kat atas tu, punya lar gayat aku panjat tangga.
4. yang posing tu adik aku n kawan dia.

23 Oktober 2009

kelipcinta 2 : cincin tunang



1. gubahan hantaran cincin yang aku bagi kat en.denver
2.nampak tak? hahahaha :)
3. sila komen ye





Posted by Picasa

pagi yang menghairahkan


hmm...
aku terlambat bangun, padahal hari ni ada peresentation...
bila nak bersiap...
alamak..sluar aku ada dalam kereta.....
sebab nak cepat
aku tukar seluar sambil drive..
hahahhaa :)
kerja gila....

sape yang tgk pagi tadi..
memang rezeki diorang...
korang tak pernah ke buat keje macamni?

gracias,
nikuze

20 Oktober 2009

hantar barang


cik denver dah mula bercita-cita besar
dia sudah mula melangkah setapak lagi
nakkembangkan biznes dia
last week dia shopping aircond
nak bagi selesa customer datang kat kedai dia
siap tambah pc untuk musim cuti sekolah

hahahha :)
besar cita-cita dia
aku tumpang gembira
so, on sunday kita orang drive pergi kuantan hantar barangkat kedai nik

barang banyak sehinggakan aku terpaksa berhimpit dengan barang
tapi..
demi tunang tersayang, aku sanggup...
cewah....

kalau tak,
kesian dia nak drive sorang2 balik kl
sorry xde gambar
handphone dah tak sanggih skang ni
huhuhu :)

kata nak kawin..
sabar nikuze
simpan duit tu...
huk huk huk

13 Oktober 2009

ape lar


aku rasa sebagai seorang staff/pekerja
aku ada hak untuk mendapat kemudahan yang disediakan

bukan susah permintaan aku
sediakan aku sebiji telefon dan kemudan line telefon untuk menyenangkan kerja aku

hmm....
bagi aku laptop pooling yang menggunakan kuasa celeron?
logik ke?
aish......
susah betul politikus murahan dipejabat

bila kau pandai kipas bos
confirm...
walau status kau kerani
kau akan dapat
apa saja yang kau minta....

xpe
teruskan
aku nak tengok
sejauh mana

tegang


bila aku berkeadaan tegang
aku tak perlu tunjuk pada semua orang
sebab ekspresi muka aku dan terbukti

semua benda aku akan emo

kau nampakmuka tegang aku hari ni kan?
hmm...

tiada siapa yang sempurna


pengalaman banyak mengajar aku menjadi seorang yang berhati-hati bilabercakap n berkawan
betul.....
tiada siapa yang sempurna...
aku juga tidak sempurna
dan aku harus menerima ketidaksempurnaan itu...
bukan sahaja mengutuk dan bercakap

tuhan itu maha kaya bukan
kalau sempurna
mana mungkin dia jadikan lelaki dan perempuan bukan...
manamungkin diatemukan aku dengan en denver bukan?
oh..aku terlupa..


gracias,
nikuze
2.41 pm

cik messy semoga cepat sembuh ye


kamu bagaimana?
sudah sembuh ke?

aku rindu sama kamu...
iye..
tiap kali ada morning briefing...
pasti aku cari kamu cik messy

untuk pengetahun kamu....
semenjak kamu tiada
hari ini kali kedua aku menghadirkan diri...

itupun kerana
1- boss aku buat presentation
2-jamuan hari raya disponsor oleh departmen aku

kamu tau?
staff yang dulunya resign bersama kamu
sudah kembali
kamu?
kembali ye....
aku tunggu kamu....

jamuan hari raya


hari ini departmen aku mengadakan jamuan hari raya
ralat...
kerana aku tidak sempat menyediakan makanan
hmmm..
nak buat mcm mana
banyak kekangan yang memaksa aku...

anyway...
selamat menjamu selera ye...

ayu ke kayu?


aku dah jadi tunang orang ke? macam tak percaya je. hahahhaa :)
ramai kekawan request nak tgk gambar tunang aku, tapi aku belum sempat nak upload lagi.
moga dengan gambar pertama ni, dapat melegakan hati kamu semua ye.

untuk gambar seterusnya, nanti aku upload ye.

maaf, kualiti gambar memang tidak cantik sebab aku xde dslr.

aku rasa, aku perlu beli dslr. En. denver macam tak sokong aku.... kamu semua macam mana?
Posted by Picasa

5 Oktober 2009

kereta kuning


bulan puasa lepas
aku balik kampung dengan adik-adik dan en. denver sekali
masa otw ke kl,kitaorang berhenti kat kedai makan tepi hgway kual krai untuk buka puasa
kedai tu nampak seram dan tuan punya kedai pun nampak macam muka misteri

masa makan tu, tuan kedai datang tegur kami..
dia perkenalkan dirinya sebagai ayah wan...

dia banyak bercerita mengenai kes eksiden yang selalu berlaku di sepanjang jalan kual krai - gua musang.

" kamu kena hati-hati bila terserempak kereta wolkswagen kuning. Kalau berselisih dengan dia,jangan potong kereta kuning tu, beri laluan, biar dia gerak dulu.kalau kamu cuba potong, kamu pasti akan masuk gaung."


lepas makan, kami meneruskan perjalanan kami. bergelak ketawa bercerita macam-macam. tiba-tiba ada wolkswagen kuning memotong kereta kami. semua terdiam.

tiba-tiba en.denver bersuara "bulan puasa, hantu xde , semua cuti"

hahahhahaa :) semua tersenyum lega

meeting ke ape ni?


aku tengah meeting hal lain
tapi tiba-tiba
ada orang promote aku join his team?
hahhaaha :)

aku takkan belot
aku sayang kat bos aku
serius...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez