31 Disember 2009

fever season


aku demam teruk..... batuk+sakit kepala+demam+selsema
tension gila...
semalam seharian aku terlantar kat rumah
hrni,walaupun MC aku terpaksa datang office...
KPI punya pasal
plan nakbalikkampung lagi esok.....
hehehehe
last weekend pun aku balikkampung...
seronok....

28 Disember 2009

Alhamdulillah aku dah lulus CSE


                        

Bersyukur kerana aku dah lulus exam.

Seronok juga,dan rasa teruja untuk ambil paper lain juga.

Sesiapa yang ingin mengamabil peperiksaan CSE ( cisco sales expert) boleh hubungi aku untuk material pembelajaran. Aku ingin kongsikan bahan yang aku belajar dengan kamu semua.

Hoyeh…..

23 Disember 2009

esok aku exam


aku ambik study leave dua hari semalam n hari ni utk study cse aku
sape yang tau cse is cisco sales expert..
paper ni berkaitan ngn product cisco
kalau aku lulus, nanti aku dapat certificate ni n aku boleh claim allowance bulan2 ngn office aku

hoyeh, doakan semoga aku lulus ye...
azeda akan lulus ( aku ulang 40 kali)
amin....

17 Disember 2009

testing


testing

16 Disember 2009

mesej dari abah 2


mesej ni aku dapat dah hampir pukul 11, selepas aktiviti 1

" buatlah yang terbaik demi masa depan yang masih jauh. abah tahu anak abah mampu melakukannya. sekalung doa abah hadiahkan. amin ya rabbilalamin."

menitik air mata aku tatkala baca mesej dari abah...
abah... anakmu akan cuba yang terbaik...
sayang abah

3 hari di terengganu


10 dec 2009
aku gerak petang khamis dari kl sebab aku xnak penat pada esok hari.
kawan aku izza yang drive, aku teman je.
lagi seronok, sebab aku boleh enjoy...
1st time merasa best friend aku drive sebab sebelum ni aku je yang jadi driver dia
hello, dia dah beli kereta ok, so kitaorang pergi tganu pkai kereta dia
gila best dok sbelah....
aku sampai rumah member aku rosmi kul 8 lebih
tu pun dah banyak kali tersesat, silap masuk simpang...
hahhaa :) dah bertahun tak pergi rumah dia, mana lar nak ingat sgt....

11 dec 09
aku bangun sewal6.30 pagi
prepare apa yang patut untuk interview hr ni
semalam aku dah survey ngn izza tempat tu..
cantik wey, tepi laut

8.00
aku tiba kat intim tepat kul 8 pg
sesi pendaftaran
terdapat 6 check point terpaksa aku lalui hanya untuk sesi pendaftaran shj
check point 1 - check surat tawaran, borang tawaran
check point 2 - timbang berat dan ukur tinggi
check point 3 - register dan ambil nama siri,kat sini kami semua hanya dikenali dengan nombor shj, nam tak penting kat sini.my lucky no for that day is 159
check point 4 - hantar borang yang telah disemak kat check point 1
check point 5 - ambil gambar menggunakan name tag nombor pada badan.. hahhaa :) rasa cam banduan pun ada gak masa ni
check point 6 - hantar salinan ijazah

9.00
pihak ajk bagi some brief pasal this job and its future...
rupa2nya job ni memang tough jugak
i think one of challenges job in public sector

10.00
aktiviti 1 - group discussion
- we were divided into group in 11 members of each group
- one situation is given to discuss in a group
team members aku memang hebat weh, giler .. bila dapat je soalan , masing2 nak lead disscussion tu. gila mantap

1100
aktiviti 2 - debat bahasa melayu
- aktiviti ni best,enjoy
- separuh jadi pencadang n separuh jadi pembakang
- apalagi..debat sahaja pada tajuk yang diberi

230
aktiviti 3- ujian sahsiah dan minat
ada 250 soalan sahsiah n 200 soalan minat
need to naswer within 30 minutes

3.30- 5.30
aktiviti 4- fizikal
- aerobik n larian 2.4 km

memang penat giler tp enjoy. yang paling penting dapat kenal ramai kawan. semuanya hebat.
sedih, sebab cik izza n cik rosmie jemput aku lambat... alsan jalan jam... hahhaa :)
malam tu aku tidur nyenyak gile ditmabah lagi makan masakan ibu rosmie... best..
masakan air tangan ibu adalah yang paling sedap..nyum3...

12 dec 2009
cik izza n cik rosmie tunggu aku bangun nak pergi jalan2
hahaha :) aku dah warning siap2 nak banun lambat sebab nak recover penat semalam
lepas masak n makan ngn family rosmie kitaorang bertolak ke k.tganu
we were looking for Noor Arfa Batik......
fisrt time i went there.... the place is awesome ... like high class boutique in KL
cik izza shopping sakan, 2 helai kain sutera dia belasah
aku beli souvenir je denver n kawan2.
then pegi beli keropok lekor kat losong
pusing2 bandar k.tganu...
best....
dah bertahun kitaorang tak hangout bersama

13 dec 09
kemas beg, siap2 nak balik KL
malas gila, tp terpaksa juga
ada kerja, ada tanggungjawab...
untuk diteruskan....




9 Disember 2009

mesej dari abah


aku dapat mesej dari abah :

" abah dah tolong, long kena usaha sendiri pula, kena sembahyang, berdoa, sembahyang hajat n baca yasin. insyallah dimakbulkan"

aku terkedu, betapa abah mengharap aku dapat kerja ini.
Ya allah,
perkenankan doa hambamu ini, aku mahu mengembirakan abah, selagi aku berkesempatan. aku mahu lihat senyum lebar abah.
semoga nikuze lulus, semoga dipermudahkan semua urusan aku di terengganu esok.
amin.....

abah,
sayang abah...

preparation for interview


hujung tahun workload aku banyak
tp yang aku perasan memang aku bnayak kerja pun

tapi jumaat ni aku ada interview
bila ingat pasal interview kecut perut aku weh
apa pun aku tak prepare
waaaaaaaa

KEPERLUAN SEPANJANG PROGRAM
1. Pakaian pejabat (semasa aktiviti 'Assessment Centre') - checked
2. "Track bottom" berwarna gelap dan baju t-shirt putih berkolar - unchecked
(dipakai semasa aktiviti Fizikal dan pakaian hendaklah bersopan).
3. Kasut sukan yang bersesuai. - checked
4. Sila ambil kira keperluan untuk pakaian bersolat (Muslim). - checked
SENARAI SEMAK KEPERLUAN PENDAFTARAN
1. Surat panggilan temu duga Program PTD Assessment Centre. - checked
2. Borang Profil I dan II beserta 2 keping gambar berukuran passport. - checked
(Sila tampalkan sebelum pendaftaran)
3. Skrol dan Transkrip Ijazah asal serta salinan atau surat pengesahan telah tamat pengajian - checked
(bagi yang belum menerima skrol dan transkrip akhir)

mana aku nak cari baju putih berkolar ye? masa seklah dulu bnyak lar....
huhuhuhu

doakan semoga interview ini berjalan dengan lancar ye kawan2 semua...
aku buat semua ini untuk abah.
amin

8 Disember 2009

Pulut Mangga



teringin sangat nak makan pulut mangga
sedap weh..
dah dua malam aku pergi cari,tpkedait tak bukak lagi
kat KL ni satu tempat je yang aku tau ada jual pulut mangga ni
kat kg baru

sape2 yang berminat nak try
sila ke kg baru
n cari kedai makan Suraya,korang masuk ikut pintu gerbang kg baru ye
n kalau nakmakan nasi berlauk orang kelantan
cari kedai makan kak som or suraya
dua2 best

rupa pulut mangga adalah seperti di atas.

kredit untuk : http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/2009/04/pulut-mangga.html


3 Disember 2009

terapi paling baik adalah bercerita pasal abah


aku anak abah
sangat manja dengan abah....
sekali je abah cakap... aku akan patuh...

abah aku buat solat hajat sempena adik aku baru beli kereta
aku tumpang gembira...
ye lar.. aku bila lagi ek? hehehhe
lepas solat hajat, abah mampir ke arahku...
" nanti long, beli keto sdiri des, "

aku senyum....dalam hati...." abah,long nakbeli keto jugok..."
uish... bukan aku xhargai kereta pemberian en.denver, tp aku juga nak merasa beli kereta pakai duit sendiri... agaknya bila lar ye....

selepasmajlis tu...
aku dan adik... tolong ibu kemaskan apa yang patut
hampir kul 1 pg
abah mengeluh sakit dada...
walaupun kepenatan kerana aku baru je sampai 5.30 pg tadi
tapi
demi abah...
aku n nick papah abah ke hospital

masa doktor cek dada abah...
pandang abah dengan berselirat wayar kat dada dia
aku jadi hiba...
abah
yang dulu gagah, perkasa
yang dulu
selalu dukung dan melambng aku
yang dulu selalu pimpin aku

kini terlantar
tak sanggup nak pandang....

hampir kul 3 pg
baru abah dibenarkan keluar
alhamdulillah
tak teruk...

abah aku
ada gastrik
ada darah rendah

ya allah
panjangkan umur abah aku
aku belum puas
menghirup kasih sayang abah

2 Disember 2009

aku sangat benci kamu


yes..
kamu..
yang sedang baca blog aku sekarang neh...
jangan mudah menilai orang dengan hanya membaca blog...
mungkin sama dan mungkin juga tidak....

kalau kau tak kenal aku..
maka...
elok saja kau diam....

siapa?
ye...
kamu....

desas desussss


ada orang cakap :

kalau nak kenal perangai aku, baca blog aku neh....
betul ke?

nampaknya, dah ramai yang tahu pasal blog aku neh...

plan b...

salam semua


selamat hari raya eid-adha semua...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez