31 Mac 2010

boringnye


aih...
ada kerja malas nak buat
bila xde kerja
boring ..rasa teringin nak buat kerja
nak buat apa lagi ni?
siapkan kerja kahwin aku

kira kerja jugak kan?

30 Mac 2010

sayang kamu banyak sangat


malam tadi call denver, dia cakap dia penat...
ye aku faham..sampai pagi dari kelantan terus pergi kerja, bawak motor plak tu...

so aku just text dia : " syg rehat la, yang tau syang penat but i miss u so much xsabar nak jumpa "

hehehe , gelojoh kan aku, pedulik dah memang tunang aku tak bgtau kan rugi plak..hahahha

tiba-tiba dia reply " denver bawak buah pauh siku raja ko yang "


hahhaha tak kena betul dgn mesej jiwang aku... tp at least i know he loves me

so today , after meeting kat TM aku g jemput dia kat office and we had a lunch kat Pantai Dalam.
termiss diet carbs aku, tp makan 2 sudu nasi je... kena ambik hati tunang, jarang2 dapat jumpa ni...

wahahhaa.....
mula2 dia masuk dalam kete aku dah menjerit xcited , tau dia cakap apa?

" yang, bawak keto molek2, tgk depe"


hahahaa
kedekut...
aku tahu dia rindu kat aku juga....

29 Mac 2010

best friend mesti dari spesis yang sama ke


agak terkilan dengan beberapa orang yang senang saja menghukum daripada apa yang mereka lihat.
apakah semudah itu kita menilai seseorang, dari luaran saja? dari pandangan mata kasar....

" nikuze, ko dah nak kahwin ke?"
"dengan sape"  " n....s ke"
" tak la dengan orang lain, tapi orang kelantan juga "
" ooh..jadi dia tu n........s tu main2 je la? 
dengan lantangnya beliau ketawa berdekah-dekah " hahahhahaa "


ces.... berdesing telinga aku dengar.... panassssss... yang keluar kat mulut aku hanyalah " tak boleh ke best friend bukan kaum sejenis aku?"


aku paling pantang orang kutuk kawan baik aku.... apa? nampak aku rapat pergi makan sama2 terus ko cop aku couple ye? nampak akrab je terus kau label aku couple ye?


salah ke aku ada best friend lelaki? Yang ko nampak tu tak sama dengan realiti. wey..aku tahu status aku sebagai tuanng orang dan tak lama lagi akan jadi wife orang... dan yang penting denver tau dengan sape aku kawan. 


aku kecik hati dengan kenyataan tersebut, please tolong hentikan. aku respect dia as my best friend kaum tak sejenis. kalau tak naka jaga perasaan aku tolong jaga perasaan dia. fku sayangkan friendship ini  seperti mana aku sayangkan cik messy. sama saja..hanya kawan....


kak ijah pun sama, malena juga orang-orang yang paling rapat dengan aku yang kenal diri aku yang sebenarnya. terima kasih untuk semua....

OMG my blog was awarded...


OMG my blog was listed at this web site
well, i shud proud of myself and stay humble.....

thanks god...

Jom buat duit skit... - nuffnang special screening - date night


Courtesy of Twentieth Century Fox, 90 Nuffnangers with their guests will be able to catch DATE NIGHT on this coming April 13! To win yourself a pair of invites to catch DATE NIGHT in the big screen;

1. Write a blog post titled “My Date Night” and share with us your most memorable ..

alhamdulillah


denver sampai kl 5.30 pagi tadi....
kul 8 tadi dia dah gerak pergi kerja.
hati-hati bawak motor sayang

28 Mac 2010

Ya Allah Ya Tuhanku


selamtkanlah perjalanan denver.
semoga dia selamat sampai.
amin....

niat tak kesampaian


8.30 tadi denver msg dia baru sampai kat gua musang....
semenjak nak kahwin i, aku dah pandai rasa rindu la, sebelum ni xde la kisah st. hehehhe :)
perubahan yang bagus untuk menjadi bakal suri denver hahahha

sebenarnya niat aku nak pergi survey goodie hari, tapi disebabkan kawan2 adik aku tumpang tidur rumah malam tadi, hrni kena masak utk mereka. breakfast pagi aku buat pan cake makan dengan butter, strawberry jam n peanut butter choclate. lunch aku masak gulai darat daging ( ala gulai daging kedai hassan), ikan goreng, ayam goreng, kobis goreang n sambal belacan.

bila dah petang aku dah rasa malas nak keluar. sempat pergi cuci kereta je tadi. ingat lagi tak pasal aku bengang dengan mamat yang laggar myvi aku kat tempat parking tu? tadi masa pergi cuci nampak kesak kemek, kena ketuk jugak pintu tuh. lepas tu aku msg la bgtau dia, nak minta duit, sampai skang dia tak reply nsg aku.
xpe2, aku beri dia masa, esok aku follow up lagi, manala tau dia tengah cari duit ke, tapikan dah lama ni aku beri dia masa cari duit. dah dekat 2 minggu..... adoi.... bertanggungjawabla lar skit. kalau aku jadi awek dia, malunya oi..dapat lelaki macam ni..ops..tak baik.... hehehhe ter2

klah nak update blog kahwin plak, just nak share ngn korang kedai borong fresh flower yang hebat. jangan lupa melawat kesana juga ye

balik kampung


denver masih kat kampung, uruskan pasal borang kahwin kami. petang ni kot dia baru gerak balik kl.
 denver cakap mak dia dah pilih color baju untuk masa bertandang.

kawan2 adik aku ada datang rumah, tengah pikir nak masak apa.
petang ni nak keluar, pergi survey goodie n kad kahwin. huhuhu

26 Mac 2010

kenapa aku nak kahwin


sorry guys kalau tak suka dengan topik aku kebelakangan ni, maklumlah aku dalam mode persediaan menuju
alam perkahwinan yang dirahmati dah diredhai Allah.

salah seorang penceramah, seorang ustazah memulah sesi ceramahnya dengan berulang kali mengatakan " susah sebenarnya kahwin "

apa yang beliau ingin sampaikan adalah, perkahwinan ini melibatkan dua orang manusia yang berlainan bukan saja dari segi jantina tetapi juga berlainan dari segi perasaan, perlakuan dan juga gaya hidup yang mana cuba mencari keserasian, kebahagian dan kesefahaman bagi menjamin sebuah kehidupan yang lebih sempurna dan dirahmati.

aku bukan nak tunjuk pandai, sebenarnya aku juga mengingatkan diri aku juga sebab dalam 2 bulan lagi aku akan melangkah ke arah itu. kini, aku yakin bahawa pilihan dan keputusan yang aku lakukan sekarang akan membawa impak yang besar kepada kehidupan aku nanti.

one week after married, my friend said to me " best kahwin, u better hurry, "
yes, i believe her confession since her face told me that too, smiling, happy all the time even we got a big problem at office

but... yet after 7 months later, she cried in front of me " i thought the big mistake i ever done is being his wife, im really frustrated with him, i cant stand with him anymore,  he dont understand my life, my work, my bla bla bla... "

erk..when i heard many version of expression about marriage, its scared me too. serious .....
ape la yang akan jadi kat aku nanti?

thats why, ustazah told us, we have to understand the meaning of married. married is just not married him/her physically but we have to married with his/her work, life, hobby, family and everything about him/her even there was a few things that u dont really like.

kenapa aku nak kahwin sangat?
first and foremost is i married because of Allah.
aku ingin melengkapkan kehidupan aku, mencari sebahagian lagi dari diri aku untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Nya.
sudah tentunya kahwin menghalalkan apa yang haram sebelum ini
tapi harus ingat, menjadi seorang isteri adalah suatu tugas yang paling susah dalam hidup. bayangkan semasa Rasulullah s.a.w naik ke langit, baginda terkejut apabila melihat perempuan lebih banyak menghuni neraka daripada syurga sedangkan perempuan cukup senang untuk mendapat pahala yang berlipat ganda.

sebab tu ustazah cakap, apabila kita memasak makanan untuk suami berdoa dan berzikir pada makanan agar nanti apabil asuami makan, makanan itu diberkati, begitu juga semua kerja rumah lain yang kita lakukan, mestilah sentiasa ikhlas.

patuh pada suami selagi ia tidak bertentangan dengan al-quran dan as-sunnah.

 erk..aku dah ngantuk..sambung esok lar eh..

tapi pada semua bakal bride 2b diluar sana, bersedialah dari segi mental, rohani dan fizikal. berdoa banyak2 semoga pilihan kita itu adalah pilihan yang terbaik. jodoh kita dunia akhirat.min....


nite semua...

25 Mac 2010

manusia sebaik-baik kejadian


Perkongsian dari peserta yg menghadiri program Sains Quran
(tak tau dimana/penganjur)

Ustazah, kenapa orang selalu pilih-pilih surah untuk dibaca dan dijadikan amalan. Kenapa mereka tidak membaca dan mengamalkan keseluruhan alQuran? Sedangkan Allah suruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran.Ana peliklah, Ustazah.."

Sudah hampir dua tahun soalan itu diaju, namun, ia masih terngiang-ngiang di telinga. Entah mengapa, jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati ini. Barangkali, bukti yang lebih kukuh akan membuatkan ana lebih berpuas. Dan semalam, ana pergi ke Program RK-i. Sepanjang program tersebut, ana tertarik dengan satu topik yang dibincangkan bersama penceramah.

" Allah mengatakan manusia adalah sebaik-baik ciptaan (AQ; atTin : 4 ). Mengapa Allah berfirman begitu?Baiklah, manusia terdiri daripada sel, kemudian membentuk tisu, kemudian organ dan akhirnya tubuh. Sel-sel terbentuk daripada atom (unsur-unsur) . Semasa di sekolah dahulu,bagi mereka yang mengambil subjek kimia, kita ada belajar Jadual Berkala Unsur. (PERIODIC TABLE) -Ada berapa unsur dalam alam ini? "

" 114.. " jawab beberapa peserta.
" Ya, 114 unsur. Kesemua unsur ini ada dalam tubuh manusia. Kalsium? Ada pada tulang. Phosporus, Nitrogen, Besi, Kumprum, Zink , Nitrogen? Semuanya ada dalam tubuh manusia. Sebab itu, Allah mengatakan bahawa adalah sebaik-baik ciptaan. Sebab semua yang ada dalam alam ini, ada pada tubuh manusia. "

" Tetapi, doktor, bagaimana pula dengan teori Darwin? Dia mengatakan manusia berasal daripada monyet? " seorang peserta mencelah.

" Ha! Manusia ada 114 unsur. Monyet hanya ada 67 unsur dalam badan. Kalau Darwin kata kita dari monyet, dari mana datangnya lagi 47 unsur tu? Ada scientist kata, manusia serupa seperti tikus. Tetapi, tikus hanya ada 17 unsur. Malaikat dan syaitan, masing-masing 1 unsur. Malaikat terdiri daripada unsur cahaya dan syaitan terdiri daripada unsur api. Jadi, manusia ini, memang sebaik-baik ciptaan, sebab Allah menjadikan kita paling banyak unsur dan kesemua unsur itu ada ada alam dan tubuh kita. "

" Apa gunanya kesemua 114 unsur itu, doktor? " perserta lain pula mencelah.
" Bayangkan, jika 1 unsur (atom) dalam tubuh kita tiada, sel tidak akan dapat membentuk tisu dan juga organ. Bila organ tiada, bagaimana kita dapat menjalani hidup ini sebaiknya? Firman Allah dalam ayat seterusnya, ayat 5 dan 6 ;

Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus( 6).

Maka, bagaimana kita mahu menggunakan kesemua unsur ini dengan sebaiknya? Kerana unsur ini akan gugur jika disalahgunakan dan tidak dijaga. Jadi, sekarang, semua sudah maklum bahawa tubuh manusia mengandungi 114 unsur. Bilangan unsur ini sama dengan bilangan surah dalam alQuran. Setuju? "

" Ya, 114 surah! "
" Maka, untuk memelihara kesemua unsur ini, kita perlu membaca keseluruhan alQuran. Kerana setiap surah dalam alQuran mempunyai kelebihan untuk mengekalkan unsur ini dalam tubuh kita. Misalnya, ayat Kursi berkait tentang unsur oksigen. Surah Yaa Sin berkait dengan unsur nitrogen dan sebagainya. Maka, kita tidak boleh mengatakan bahawa surah sekian-sekian begini, bagus diamalkan. Kita perlu ingat, alQuran adalah kalam Allah dan semua yang terkandung dalamnya bagus. Jadi, untuk mengekalkan unsur dan tubuh kita ini, kita perlu mengaji setiap hari. Bacalah keseluruhan alQuran, untuk mengekalkan unsur dalam tubuh kita. Dan secara automatik, kita akan menjadi manusia yang hebat! "

Subhanallah. . Terasa puas hati ini apabila mendengar penerangan tersebut. Ternyata, Allah menyuruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran kerana bilangan unsur dalam tubuh kita dan surah dalam alQuran sama! Sungguh, Allah itu alKhaliq! Allahuakbar! Renung-renungkanlah , dah berapa kali kita khatam Al-Quran dalam hidup ini. Dah berapa tahun kita hidup?

cekik darah


semalam aku breakfirst ngn malena n eqa
kononya nak mkan jauh skit
ada satu kedai kat depaoi opis kami
mak aih..
mahal gila wey
sepinggan kuew teow + ayam goreng + tea o suam = RM6
biat betul....

24 Mac 2010

berdebar-debar


1. bila tengok ticker countdown tarikh kahwin aku....uish..dah tak lama ni...risau betul.
2. banyak lagi preparation yang tak settle, juga banyak lagi duit yang perli dihabiskan untuk menjayakan majlis perkahwinan aku nanti.
3. semalam buat kira-kira kahwin...
4. mak aih..terkejut aku..banyak jugak dah habis rupanya dan akan banyak lagi yang akan habis....
5. my advise to all bride 2b out there please prepare awal2 ye, jangan jadi macam aku. xsalah terlebih excited even kau start prepare skarang walhal ko nak kahwin hujung taun depan.
6.persetankan cakap orang, sebab yang merasa kita bukan mereka....
7. pesanan ini just untuk kamu2 semua yang seperti aku hidup biasa2 saja, anak orang biasa saja tapi impian kahwin luar biasa. tapi kalau kau anak datuk ke , tan sri ke.... esok nak kahwin..harini pun sempat lagi
8. kawan-kawan doakan semoga segala urusan perkahwinan aku berjalan dengan lancar ye. amin

rindunya


pagi tadi dapat msg dar denver.
" hari ni tolok balik kg, teme saim drive sebab pok sdaro dio meninggal"

terkejut... n sedih sebab kitaorang dah plan nak balik weekend ni

sedihnya..... tak tau kenapa padahal bukan jumpa setiap hari pun, weeken je kitaorang jumpa
hahahaha :)

22 Mac 2010

serabut


kepala aku berserabut sekrang ni
nak kena fikir banyak perkara
hmmm...
kena banyak solat, zikir n mengaji
tu yang mak akau selalu bg tau

17 Mac 2010

jom masak : gulai kuning udang


ni salah satu masakan kegemaran denver.  aku belajar ni pun dari ibu aku. thanks ibu :-)
kalau aku sedih ke, tension ke, xnangis ke aku akan masak banyak2.
sebab denver pun klate so senang lar aku nak masak utk dia nanti.
jom kita tgk bahan-bahan


bahan-bahan
udang - 1/2 kg
santan - 500g
kunyit- 1/2 inci
bawang merah (saiz sedang ) - 7 ulas
bawang putih - 3 ulas
lengkuas - 3/2 inci
halia - 1/2 inci
asam keping - ikut suka
cili giling/cili boh - 2 sudu
kacang panjang - ikut suka
timun - ikut suka
tomato - ikut suka
cili hijau n merah - ikut suka

cara-cara membuatnya
1. bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dikisar halus
2. masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk, masukkan santan, dan juga cili boh/cili giling tadi. kacau hingga sebati.
3. masakkan di atas dapur sehingga mendidih  sambil kacau untuk mengelakkan kuah dari berbiji-biji dan kemudian masukkan udang.
4. bila gulai tadi sudah mendidih bersama udang masukkan timun, kacang panjang, tomato, cili hijau dan cili merah. masukkan asam keping, gula, garam dan perasa secukupnya.
4. bila sayur dah agak layu sikit,tutupkan api. masakan sudah sedia untuk dihidangkan.
5. PERHATIAN : jangan masak gulai sampai pecah minyak, rasanya dah tak sedap ok.

Note : selain udang boleh juga digantikan dengan ikan tongkol atau ikan kembung atau ape2 saja ikan tapi ikan tersebut perlu dikukus terlebih dahulu untuk elakkan rasa hanyir ok.

kejap saja dah siap 1 menu...tara.... selamat mencuba...

mood kerja


lega bila problem dah settle,
ahamdulillah...
jom buat kerja sekarang....

16 Mac 2010

erk..xde mood nak buat kerja


huhuhu...

kerja bertimbun...

tapi...
 

rasa malas yang teramat sangat nak buat kerja ni.....

erk.....

untruth story....but they still believe it.....


sayang...
please be strong....
hope everything will be ok soon....
i know you can face all the challenges comes to u...

my denver got a problem with his colleague
 
actually he was slander by his colleague
and this rumors was spreading around till to his boss
guess what?
people choose to believe the rumors/untruth story rather than ask him personally

this is a scenario that we have to face...
what the hell with this people?
cakap banyak pun tak guna
i believe...semua orang pernah rasa macam ni

the best thing  we can do is....
banyakkan bersabar n berdoa banyak2
percayalah....
yang benar tetap akan benar

15 Mac 2010

makan satay


semalam
denver bawak aku g makan satay Hj Sahmuri kat kajang
best.....

rasa terharu tiap kali dia treat aku
sebab
mesti beli banyak2 , suh aku makan
bayangkan, nak makan 30 cucuk untuk 2 orang
gila ke weh...
dah lar dua2 kecik.....

lagi terharu
dia beli satay arnab, 1 cucuk = RM2  sampai 10 cucuk

dan bertambah terharu
beli semua air favourite aku
air kelapa + watermelon juice

masa makan tu aku pandang je muka dia
dia xperasan pun hahhaha :)
dengan rasa sayu
dalam hati
"yang meme saye denver "

bagi korang yang banyak duit memang semua ni xde ape2
tapi bg kami berdua yang tgh saving utk kahwin
aku memang terharu....

10 Mac 2010

kereta aku crash lagi


pusing-pusing cari parking...
alhamdulillah ada parking tepi shakys pizza

baik punya, aku park reverse parking
sedang ralik nak betulkan parking
ada satu mamat ber kereta wira
dengan selambanya parking kat sebelah aku
tapi yang aku geram
dia masuk tak lepas lalu tergesel ngn aku punya kereta

aku dalam pun rasa bergegar
makna kuat jugak ni
aku bengang gila
rasa nak marah

dia kat sebelah boleh lagi betulkan parking
lepas tu buat-buat cakap phone
bukan nak keluar minta maaf
aku dah rasa hangin
nasib baik aku nampak nikies
terus aku panggil dia temankan aku

mamat tu dengan selamba keluar
memang sombong habis sebab ada awek kat sebelah dia
tegur aku teruk ke kereta?
hampeh...
siap kemek lagi tu wey

dia bagi aku card dia,
minta aku repair n bagi receip kat dia
masalahnya
kau tak reti nak minta maaf ke?
tak tanya pun aku kerja mana
siot..............

serius aku marah
lelaki tak berbudiman
jangna risau
aku bukan nak ngorat kau pun
dah slah kau
sape suh langgar kereta aku

huhuhuu
sian myvi aku
sorry denver....

bukan salah yang ok

9 Mac 2010

Untuk Pertama kalinya


aku rasa begitu rindu dengan denver...huk9 :(

Just Let Him Go


1. Dalam mencari keredhaan dan keberkatan untuk bergelar seorang isteri, seharusnya dan sewajibnya kaseh si isteri sepenuhnya kepada sang suami. Bukan saja tersenyum di bibir tetapi pedih di hati. Agama juga melarang kita menyimpan hati pada orang lain kecuali suami kita.
2. Selalu, bila aku pandang denver disisi ketika sedang asyik bercerita sambil memandu, hati aku selalu berdetik “ ah...sayangnya saya kat awak “ confirm hati aku akan jadi sayu dan dan airmata aku akan mula berkaca. Di saat itu, aku lentokkan kepala aku pada bahunya. Dan seperti biasa denver akan tegur aku “ yang, dok molek, saya nak bawak keto ni, xmolek ore tgk “
3. Demi tuhan, aku terlalu sayangkan dia, sepenuh hati aku. Tiada lagi perasaan kaseh seperti ini aku rasakan melainkan bersama dengan dia.
4. Apa yang aku ingin kongsikan dengan kamu semua, jika benar kamu mencintai seseorang itu..... jangan biarkan cinta lama kamu membelengu hidup kamu. Yang lepas itu adalah kenangan kamu, tetapi yang didepan mata adalah cinta sebenar kamu. Jangan sia-siakan masa kamu ada bersama si dia. Ambillah peluang ini untuk menikmati sepenuhnya.
5. Ada yang selalu mengadu “ tapi dia cinta pertama saya, mana mungkin saya dapat melupakannya dengan mudah” ada juga “ semakin saya cuba lupakan dia, semakin kuat rindu saya pada dia”
6. Sifirnya sangat mudah, jika benar itu cinta sejati kamu, nah kenapa kamu tidak kekal bersama dia. Cinta lama kamu itu, hanya satu persinggahan untuk kamu mencari persinggahan yang kekal iaitu suami kamu yang sebenr-benarnya. Yang patut kamu agungkan itu ialah cinta suami kamu , yang mana kasehnya kamu patut junjung melangit dah setia ke akhir hayat.
7. Senang saja untuk melupakan cinta lama kamu itu, caranya belajar untuk redha dan pasrah bahawa hakikatnya kamu tidak berjodoh dengan dia. Lagi senang jika kita lebih bersikap pemaaf sebab kadangkala ada sesetengah daripada kita suka menyimpan dendam dengan cinta lama. Semakin kuat kamu berdendam semakin kuat kamu ingatinya dan semakin tidak tenang diri kamu bukan?
8. Jangan sesekali kamu bandingkan antara yang dulu dan sekarang. Setiap ciptaan tuhan itu tidak akan sama dengan setiap satunya.
9. aku juga dulu susah untuk melupakan cinta lama, tetapi bila aku sedar denver sangat cintakan aku, kenapa aku perlu bersedih lagi? Bersyukur dengan segala kurniaan tuhan, terima cinta hati kamu seadanya.
10. Ini juga pesanan untuk aku sendiri agar aku tidak alpa dan lalai untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri tidak lama lagi.
11. Aku rasakan bagaikan semalam denver melamar aku menjadi surinya, walhal sudah 4 tahun kaseh antara kami tercipta. Wahai tuhan pencipta alam, terima kasih yang tidak terhingga kerana kau telah hadiahkan aku seorang pengganti yang lebih hebat dari yang dulu. Sesungguhnya aku bersyukur denga pemberianMu ini ya Tuhanku. Aku menanti akadnya, yang mana aku menjadi kekasih denver yang halal disisiMu.

Perubahan


1. Kalau kita perhatikan keadaan sekililing, semuanya sentiasa berubah. Semalam kita nampak bangunan di robohkan, minggu depan kita nampak bangunan baru sedang di bina. Semuanya berubah, begitu juga dengan alam sekitar.
2. Perubahan itu memang akan berlaku sama ada kita mahu ataupun tidak. Kadangkala perubahan itu membawa kebaikan, kadangkala juga tidak perlu pun perubahan itu.
3. Hmm... mengapa manusia cepat berubah ye? Mungkin juga disebabkan pengalaman lalu yang memaksa mereka untuk berubah.
4. Aku juga sedar tak sedar telah banyak berubah, ada yang baik dan ada juga yang tak baiknya. En denver terutamanya banyak terasa dengan perubahan aku ini. Dia silap sebab bertemu dengan aku selepas aku sudah merasa kegagalan dalam bercinta.
5. Bercinta dengan dia, memaksa aku jadi lebih berhati-hati dan lebih bersikap dominan dalam semua perkara. Ah mingkin juga sebab aku ber bintang virgo yang mana secara keseluruhan memang ciri-cirinya lebih bersifat menguasa daripada dikuasai, lebih suka mendahului dalam semua perkara sampai terbawa juga dalam perhubungan.
6. Khilafnya aku, sampaikan dengan bakal suami sendiri pun aku masih berkelakuan begini.
7. Sepatutnya sekarang aku belajar untuk menghormati dia dan belajar mendengar kata bukan seperti selalu yang lebih suka mengarah daripada di arah. Ya Allah, aku alpa dalam kehidupan ini, sampai aku lupa bahawa denver itu memang jodoh yang telah kau tetapkan untuk aku.
8. Sampai ke saat ini aku masih tertanya-tanya “ betulke pilihan aku ini Ya Allah?” , kenapa aku masih terasa goyah dengan pilihan aku?
9. Aku takut, sekiranya aku tak mampu memikul tanggungjawab yang maha berat bergelar isteri kepada seorang suami yang mana aku perlu patuh, akur dan setia kepada nya.aku takut aku tak mampu memikulnya.
10. Aku perlu ubah perangai aku sekiranya aku mahu denver mencintai aku sepenuh hatinya. Aku perlu lebih bersikap terbuka. Betul cakap k.ijah, aku perlu lebih mesra dan manja. Hahhaa  aku tak cukup manja ke dgn dia? Mulai hari ini... aku berjanji aku akan berubah demi kaseh aku pada denver. Ya allah, satukan hati kami dan tetapkan hati kami dalam meniti kehidupan mu. Semoga hubungan kaseh ini diberkati selalu.

8 Mac 2010

bersemangat


aku perlu bersemangat.
ye bersemangat.
jom semua kita bersemangat....

5 Mac 2010

Dugaan itu biasa


1. semakin dekat dengan majlis kahwin kami, makin banyak pula karenah yang timbul.
2. betul cakap orang tua, orang nak kahwin ni darah manis. wey.... pepatah itu bukan bermaksud darah kau manis macam gula ok. maksudnya.... orang yang nak kahwin mudah terdedah dengan perkara-perkara kurang baik seperti kemalangan atau apa saja yang tak baik.
3. aku selalu saja gaduh dengan en. denver. isu kecik pun kadang2 aku saja nak perbesarkan. senang cakap aku memang degil. aku rasa dia je yang boleh tahan ngn perangai aku ni. mungkin juga sebab itu kami dijodohkan bersama.
4. aku perlu banyak bertolak ansur sekarang.
5. bila aku bagitau ibu, ini perkara biasa, aku kena belajar banyak bersabar.
6. jangan lupa, bila dah kahwin anti, syurga dibawah tapak kaki suami.
7. entahlar..tambah2 sekarang aku sangant busy dengan urusan kerja ditambah lagi dengan urusan persiapan kahwin kami.
8. weekend ni aku plan nak pergi survey kedai2 kain. nak tempah baju kahwin.
9. pening....

Friday funny jokes


Several men are in the locker room of a golf club. A cell phone
on a benchrings and a man turns on the hands free speaker
function and begins to talk. Everyone else in the room stops to
listen.

MAN: 'Hello'

WOMAN: 'Honey, it's me. Are you at the club?'

MAN: 'Yes'

WOMAN: 'I am at the mall now and found this beautiful leather coat.
It's only $1,000. Is it OK if I buy it?'

MAN: 'Sure, go ahead if you like it that much.'

WOMAN: 'I also stopped by the Mercedes dealership and saw the
New 2009 models. I saw one I really liked.'

MAN: 'How much?'

WOMAN: '$90,000'

MAN: 'OK, but for that price I want it with all the options.'

WOMAN: 'Great! Oh, and one more thing...the house I wanted last
year is back on the market. They're asking $950,000'

MAN: 'Well, go ahead and give them an offer of $900,000. They
will probably take it.. If not, we can go the extra 50 thousand.'

WOMAN: 'OK. I'll see you later! I love you so much!'

MAN: 'Bye! Ilove you, too.'

The man hangs upThe other men in the locker room are staring at
him in astonishment, mouths agape.

He turns and asks



"anyone know who is the phone belong to?"

3 Mac 2010

Welcome back


welcome back k.ijah..hehehe...

2 Mac 2010

Selamat bertunang


last weekend, 27 Feb 2010
my best friend rose engaged with her hubby....
their theme color is turquoise
hantaran rose very sweet plus pelamin as well

anyway... congrate my dear
welcome to the club....
cant wait to attend your wedding ceremony plak...

lets enjoy the pictures, grabbed from her FB

1 Mac 2010

alunan lagu-lagu Mu


sudah masuk waktu magrib
hati aku tersentuh dengan suara yang mendayu-dayu
melagukan ayat-ayat suciMu ya tuhanku
sungguh merdu
sehingga menusuk kalbu

aku kepingin begitu
wahai bakal suamiku...
imankan aku tiap kali kita sujud kepadaNya ye

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez