30 Julai 2010

toll gate


ingin berkongsi dengan kamu mengenai kerjaya seorang toll gate.
kenpa? sebab aku pergi kerja hari2 guna toll. dah macam-macam karenah aku jumpa orang kat toll gate ni.

kalau terkena kat lane lelaki gatal..mulalah dia jual minyak urat kat kita kan?
dapat mak cik serius... kecut jugak perut aku. jangan nak senyum pandang muka kita pun tidak.
bukan saja yang buruk  ye..yang baik pun ramai juga..ada yang concern pasal kita.
kalau dah hari2 kau lalu laluan tu, confirm kau akan kenal muka2 familiar kat toll gate tu.
sebab dah biasa, ramai juga yang menegur aku. hehehee

aku memang peramah..taki kira siapa semua orang aku boleh buat kawan.,
kalau mereka dah baik dengan kita takkan kita nak buat taik kan?
konsep aku senang, you get back what you give ...



ha..disebabkan dah selalu sangat ulang alik kat npe
ada sorang perempuan..aku agak lagi muda dari aku kot
selalu je tegur aku
aku ingat nak jemput dia masa aku kahwin haritu...
tapi bila aku lalu xde lar plak dia kat toll tu
mesti dah dapat kerja lain kot


mungkin tuhan nak kami kenal juga
atau dalam kata lain jodoh antara kami kuat
baru2 ni aku jumpa dia
mestila kat toll jugak kami jumpa pun
kami menjerit excited " ai..lama tak jumpa"

excited ingin berbual panjangseolah sudah lama kenal
lupa..kereta berderet2 kat belakang
then aku tinggalkan business card aku kat adik ni


hari tu jumpa lagi
kali ni aku dapot toll free je wey
seronok dan terharu
padahal baru saja kenal
itula...hidupni jangan sombong....
kena buat baik ngn semua orang...

budak ni pompuan...
denver tak cemburu pun...
hehehe
bertambah lagi kawan aku untuk tahun ini
alhamdulillah....

29 Julai 2010

jangan berikan ruang untuk suami curang


" suami akak ada perempuan lain, akak dah pergi jumpa bomoh "
" semalam, akak jumpa cincin dala poket seluar suami akak "

kalau aku berada di tempat mereka, apa ye reaksi aku ketika itu?
mampu ke aku hadapi semua itu?

walaupun pada awalnya, perkahwinan itu dibina atas dasar cinta, suka sama suka bukan pilihan orang tua..
tetapi kenapa akhirnya perlu ada orang ketiga?
siapa yang salah?
suami?
isteri?
atau kedua -duanya ?

berita seperti ini mengingatkan diri aku sebenarnya, agar jangan lupa akan tanggungjawab seorang isteri.
jangan biarkan ada ruang antra kamu dan suami sehingga wujudnya alasan untuk dia mencari orang ketiga.

bila aku lihat dia? aku tertanya-tanya, apa  yang tidak kena ye? mereka ada anak, isterinya juga bekerja, meraka ada segalanya. cuma mungkin juga penampilan isterinya tidak menarik.... iye lar..sudah ada anak ramai..masa untuk berhias diri mungkin juga terhad. agaknya lar....

dan ada pula..dia sangat cantik..berhias bagai..tapi lupa untuk menyediakan makan pakai suami. rumah bersepah..baju bertimbun.....

lelaki mudah peka...tetapi mereka kurang bercakap...
kita sebagai isteri sepatutnya peka....

ya allah jauhkan orang ketiga diantara aku dan suami

dan mulai hari ini aku akan :

1. selalu memasak..( hari minggu WAJIB masak )
2. kemas rumah 
3. basuh baju + lipat baju
4. kurangkan membebel
5. berhias untuk suami bukan saja pergi kerja perlu cantik okey
6. solat 5 waktu ( jangan malas )
7. banyakkan berdoa

aku tak boleh malas dah. aku kena rajinkan diri. memang agak penat..tapi berkorban untuk suami dan iklas melakukannya..bukankah pahala ganjarannya?

ayuh isteri2 diluar sana....jom harmonikan rumahtangga kita


28 Julai 2010

gedik belajar letak signature kat blog


gedik kan aku?
bila mood terlebih rajin , macam ni lar nampaknya.
aku berjaya cari coding signature...
bila tengok blog orang lain cantik je..aku try buat jugak...
kalau kamu juga nak cuba..sila kesini ye

buat signature

dan kalau ada masalah untuk paste coding sila rujuk kesini

cara untuk paste signature

27 Julai 2010

suami suka keluar lepak bersama kawan


kesinambungan daripada entry puan syidah.

bagaimana kita sebagai isteri perlu mengatasi masalah ini daripada berterusan.
tak baik mengongkong suami, perlu berikan kebebasan untuk mereka. mereka juga perlukan ruang bersama kawan-kawan.

tapi..kalau dah tiap2 malam suami keluar kul 12 baru balik..apa cerita? mahu tak muncung mulut isteri tu. kalau dapat isteri yang suka membebel pedihlar telinga si suami tu. dan kalau dapat suami yang jenis cool ..yang boleh terima isteri membebel itu cukup baik. jenis yang panas baran camana?

maka..bibit keregangan akan timbul..mungkin juga pertengkaran kecil akan berlaku.

Ya Allah minta dijauhkan...

mungkin isu ini kecik bagi suami....tidak bagi isteri.

tolak ansur dan komunikasi perlu ada bagi membendung masalah ini. masa pergi kursus kahwin pun..ada satu topik " komunikasi" membuktikan bahawa dalam sesuatu perhubungan komunikasi itu sangat penting.

aku pun alami situasi yang sama. mugnkin sebab masih baru..... masing2 tengah belajar menerima perangai masing2 kan.

buat masa sekarang...sabar saja nasihat terbaik aku boleh bagi kat kamu semua sebab aku juga macam tu.
kadang2 kalau timing betul..slow talk bercerita.....

macam denver...dari dulu lagi dia memang macam ni. bukan aku tak tau kemana dia pergi...dah tau sangat port dia kat mana. kawan2 dia pun aku kenal dari dulu lagi.masa kami tengah berkawan lagi....

kita tengok sebulan dua lagi..macam mana.. dah ada anak berubah kot...

email penipu....sebab dah banyak sangat kat inbox aku nak published kat sini.. takkanla senang nak dapat duit kot...


FROM THE DESK OF ALDRIC ETHAN
THE AUDITING AND ACCOUNTING
SECTION MANAGER BANK OF AFRICA,
(B.O.A.) OUAGADOUGOU BURKINA FASO.
Dear Friend,

I know that this message will come to you as a surprise. I am the Auditing and Accounting section manager with Bank of Africa, Ouagadougou Burkina faso. I Hope that you will not expose or betray this trust and confident that I am about to repose on you for the mutual benefit of our both families.

I need your urgent assistance in transferring the sum of ($15) Million US Dollars only to your account within 10 or 14 banking days. This money has been dormant for years in our Bank without claim.I want the bank to release the money to you as the nearest person to our deceased customer late Mr Andrew Eich who died along with his supposed next of kin in an air crash since 31st October 1999.I don't want the money to go into government treasury as an abandoned fund. So this is the reason why I am contacting you so that the bank can release the money to you as the next of kin to the deceased customer.

Please I would like you to keep this proposal as a top secret and delete it if you are not interested.Upon receipt of your reply, I will give you full details on how the business will be executed and also note that you will have 30% of the above mentioned sum if you agree to handle this business with me. I am expecting your urgent response as soon as you receive my message.

Regard,
Mr. Aldric Ethan.

26 Julai 2010

Ideal Selebriti Chef 2


baru lepas habis tonton slot rancangan ideal selebriti chef 2.
ada menu menarik yang aku rasa nak kongsi dengan kamu semua, bagi yang suka masak macam aku.

tema pertandingan hari ini : menu sahur

peserta cina, namanya lilian, dia ada blog juga, tapi aku dah search tak jumpa lagi. menu sahur dia sangat menarik. aku memang teringin nak belajar masakan cina. nampak sedap.

1. bebola daging
- roti dihancurkan bersama susu ideal dan dilecek halus. kemudian digaul bersama daging cincang dan telur. tambah tepung gandum sekiranya lembik. gaul juga garam dan gula sesedap rasa.
- untuk kuah masakkan butter, bawang putih, susu dan juga daun kari.
- jom kita pkat2 cuba.

2. air
- masakkan air, gula merah, halia dan daun pandan. boleh dihidangkan sejuk atau panas.

seorang lagi peserta, namanya  anna. major dalam bidang persolekan. tapi mencuba nasib dalam pertandingan ini. dia juga telah masak

1. ayam bersenget
- tumbuk bawang merah, putih , cili dan juga rempah sehingga lumat. kemudian masukkan ayam dan juga susu ideal. masukkan gula dan garam secukup rasa.

2. air
- madu dicampur dengan susu ideal. nampak sedap. boleh cuba.

sedap kan? kan dah dapat menu untuk sahur puasa nanti. oyeah..jom kita cuba ye.

house mate saya masa belajar degree



1. dua orang ni kawan baik merangkap house mate aku. aku kenal mereka masa belajar diploma lagi. memang satu course masa buat dip. dari kiri ja, aku n ros.

ja
*** satu course dengan aku masa degree dulu. aku suka sangat ponteng kelas, orang yang cover aku dia lar. pinjam nota sebab tak datang kelas. hehe...missing that time...
*** ja sangat disiplin.... bangun pagi mesti kemas bilik tidur....aku satu bilik dengna dia dulu..mesti katil aku pun dia kemas..sebab aku suka bangun lambat dan siap lambat.
*** anak sulung macam aku. seorang yang kental....ja telah kehilangan ayah tersayang masa kitaorang sem 2 degree. aku lar orang yang telah bawa balik dia jumpa aruah ayah dia. masa tu dah malam tiket bas dan flight sume dah xde. aku, ros, tini n k.yana bawak dia balik naik kereta kancil ibu aku. dalam keta ada 5 orang. nasib baik sume kecik. kak yana je la besar skit.hehhee
***rezeki pun sama..habis praktikal terus dapat kerja kat tempat dia praktikal..cuma ja dah jadi programmer. kira relivan jugalar dengan course yang kitaorang ambik masa belajar dulu. tak macam aku..lari habes,....
*** dah ada kereta persona sendiri..tak macam aku pakai pun kereta suami.hehhehe
***yang best dia datang masa aku kahwin and sponsor kek untuk aku. wa.. terharu sangat2. majlis akad n sanding dia datang.
***walupun sudah duduk berasingan...ada masa kami akan makan sama2. kongsi cerita dan masalah.
***masih lagi mencari putera impian untuk dijadikan suami. sape yang berkenan..sila bgtau aku..nanti aku sampaikan pada dia.

ros
### dia pun sama dengan ja seorang yang diiplin suka mengemas. wey aku bukannya malas sangat, cuma aku ikut mood saja. hahhaa ..tapi aku suka masak, aku jamu mereka makan best2.
### ros asal kelantan tapi ayahnya telah merantau ke terengganu. tapi raya tetap balik kelantan juga.
### dia anak tunggal so agak manja dengan parents dia, baru je bertunang dengan pilihan hati dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.
### dah dapat kerja tetap pada awal julai baru2 ni terpaksa berhijrah ke pahang. sebelumni dia kerja kat area rumah...dekat dengan parents dia.
### sebab jauh YM saja jadi penghubung kami bertiga.
### sanggup datang dari jauh hadiri majlis akad n kahwin aku. nanti dia kahwin aku pasti pergi.
### lupa..tunang dia orang kelantan juga..hak2 senang bila raya dapat jumpa...

ok dah. tak tau dah nak merapu pasal apa.cuma..kalau korang berdua baca entry ni..aku nak bagitau yang aku sayang gile kat korng berdua. berkwan dengan kamu sangat best dan aku hargai semua masa yang kita luangkan bersama. ah..sebenarnya aku rindu masa kita dulu..walaupun berbeza minat tapi kai tetap jadi kawan baik..oh indahnya....

kau tak de topik lain ke? asyik cerita paal kau dan denver je? boring la wey..


iye..ada orang jemu dan sebu sebab aku asyik ceritakan topik yang sama. topik taboo.. ceita aku dan suami.
erm...selagi aku tak mengaibkan suami aku..tak salah rasanya...lagipun aku dah terbiasa begini.

korang dah muak ke?
dari awal aku buat blog lagi...entry pasti akan berkisar pasal aku dan orang yang rapat sekeliling aku.
nantilah..aku cuba update entry menarik plak.

kenapa aku aktif  menulis hari ini? hehehe
aku kat rumah..rehat..sebab kurang sihat....
dah makan ubat..tunggu masa nak lelap je....

best2....

perkara yang tidak patut aku praktiskan selalu


kamu semua pernah tak hadapi situasi dimana kamu telah membuat satu pilihan/keputuan yang bodoh.
disebabkan aku seorang yang sangat berkeyakian dan berdiri seperti yang kamu baca pada profail aku , banyak perkara bodoh telah aku lakukan.

1. keluar jalan-jalan seorang diri
=*= masa belajar dulu, pernah ja n ros ajak aku keluar jalan2 pada hari minggu. aku tolak sebab aku plan nak keluar dengan denver. dating dengan bf kononnya lagi cool. tapi alih-alih denver batalkan last minute. so aku paksa juga diri aku keluar jalan sorang2 sebab aku dah pakai cantik2. nak cari ja n ros aku dah malu. biasalah satu lagi sifat tak baik aku iaitu sangat ego. bila dah sampai kat shopping mall... aku mundar mandir jalan sorang2 tak sampai 30 min aku dah ada dalam kereta dirve balik rumah. sebab aku tahu keluar seorang diri  sangat tidak cool. kalau cari ja n ros mungkin aku tak balik lagi. bodoh kan?

2. beli barang dapur
=*= sebelum keluar membeli aku dah plan siap2 menu masakan . dah tulis pun bahan-bahan yang perlu dibeli. bila sampai kat pasar..menu aku selalunya berubah. dan aku akan luangkan masa yang agak lama untuk buat keputusan apakah menu yang aku akan masak. kesannya aku akan beli kesemua bahan dan aku perlu bayarkan harga untuk kedua2 menu semasa dirumah dan juga menu yang muncul semasa di pasar. bila sampai dirumah..aku akan buat menu lain. percayalah..aku memang macam ni..kaya sangat dengan menu...

3. beli hand bag
=*= sape yang kawan rapat dengan aku, pasti kenal aku, aku sangat obses dengan beg. seperti aku dan beg tidak dapat dipisahkan. pernah suatu ketika dulu, jusco sunway pyramid ada buat sale utk member jusco. aku telah memilih sebuah handbag dimana aku rasa beg itu sangat cool dan cantik..semasa aku ingin membayar di kaunter, aku telah melihat seorang perempuan memegang sebuah lagi beg yang cantik juga. kau tau apa aku buat? aku patah balik dan cuba dapatkan sebiji lagi beg macm perempuan itu ..tapi stok yang tinggal hanya yang dispaly sahaja...yang lain sudah tak ada. aku belek2 beg itu...berkira mahu beli atau tidak. tiba2 seorang perempuan tegur aku " kalau u tak nak, i ambik tau. rugi beg ini sangat cantik ". nah..bila aku dengar macam tu aku terus ambik dan membayarkan dikaunter. denver geleng kepala. bila sampai rumah..aku tengok beg kedua yang aku beli itu agak gaya makcik2 .... kau tahu mana beg tu sekarang. aku telah berikan pada ibu sebagai hadiah hari jadi. bodoh kan? nasib baik ibu suka..kalau tak membazir saja.

=*= semasa membuat persiapan kahwin juga aku telah membuat perhitungan yang sangat tidak bijak. aku telah membeli sebuah hand bag hampir mencecah seribu ringgit untuk dibuat hantaran. bila aku keluar untuk mencari dress work sebagai hantaran juga, aku telah terbeli sebuah lagi hand beg yang cantik. kau tau apa alasan yang aku ciptkan kali ini? beg pertama aku agak besar, tidak sesuai diletak atas par sebagai hantaran. hehehe tapi bila sampai time kahwin beg pertama juga yang aku guna sebagai hantaran. untuk elakkan rasa kecewa..aku bgtau diri aku..beg kedua adlah hadiah kepada diri sendiri sempena perkahwiann aku. hehehhe

biasalah..perempuan suka ambil kesempatan pada lelaki....


" ko pakai kereta apa? "
" erm... aku xde keta lar wey..pakai keta husband/fiancee/ bf  aku "
" tu lar pompuan suka sangat ambil kesempatan "

agak2 apa jawapan kamu  ye?
aku pernah mengalami situasi seperti ini.

normal...kalau kita dah kerja ..mesti akan beli kereta sendiri kan?
aku masa belajar dulu ibu berikan aku kereta untuk kegunaan aku dan aku menggunakannya sehinggalah aku bekerja.

oh..kenapa masih guna kereta ibu? hehehe aku suka ..aku boleh jimat duit kerana bulan2 ibu yang bayar. aku bayar maintenance saja. jahat kaH aku? abah nak bagi..aku terima je lar.... lagipun kononnya aku simpan duit untuk kahwin.

dan aku selalu bercerita dengan denver, kereta pertama yang aku akan beli adalah myvi kaler putih. sebab aku suka giler dengan warna putih.

seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal...denver telah beli kereta yang aku sebutkan itu. nah... masa itu aku masih ada kancil pemberian ibu.

denver berikan aku pakai kereta itu dan meminta aku pulangkan balik kancil pada ibu. alasannya cukuplah satu kereta kerana dia tak perlukan kereta. boleh jimat duit. hik2 aku pulangkan kereta ibu.

mungkin juga denver terlalu percayakan pada hubungan kami padahal waktu itu kami masih lagi berstatus pacar bukan tunang ataupun suami isteri. dia berikan kereta untuk aku pakai ke sana kemari berurusan kerja dan juga untuk keluar berlibur.

bulan2 denver yang bayarkan kereta itu so aku bayr maintenance saja. macam pakai kancil ibu. konsep yang sama. cuma ini kereta yang aku nak sangat pakai.

denver pergi kerja pakai apa? oh..dia senang menaiki motor pergi kerja. katanya boleh keluar lambat dan tak perlu layan jam. kejam ke aku? tidak... aku sentiasa ajak dia pergi kerja sama2 tapi dia yang menolak.

besarkan pengorbanan denver untuk aku? dari bercinta sampailah sekarang kami dah kahwin. rutin tetap sama. aku pergi kerja bawa kereta dan dia menaiki motor. bila hujan dia akan sampai lambat ke rumah..berhenti teduh kat mana2. aku kaihan melihat dia begitu..tapi dia tak kisah. jarang sangat kami pergi kerja sama2 padahal ofis denver sama jalan dengan ofis aku.

aku sayangkan dia, sebba dia sanggup berkorban apa saja untuk aku rasa bahagia seperti orang lain.
walaupun dia bukanlah lelaki romantik yang selalu mengungkap ayat2 indah bila berbicara...tapi dia tetap istimewa bagi aku.

aku bukanlah perempuan yang suka mengikis harta lelaki. aku juga ada prinsip hidup. tidak salah rasanya kalau perempuan itu memakai kereta pemberian lelaki bukan? tambah2 kalau ia adalah dari suami kamu. itu buktinya lelaki itu betul2 sayangkan kami.

dan aku tidak pernah malu memberitahu pada semua orang yang itu  kereta pemberian denver pada aku.
dan aku menghargainya......

orang nak cakap apa pun aku tak kisah....

24 Julai 2010

moody sangat...


hari ni mood tak berapa nak betul..
mudah sangat kecik hati..
huk3..
n sekarang...
aku rasa nak menangis je....
sayunya hatiku....

wahau hati..
jangan menangis.....

23 Julai 2010

my passion is gone


why?
what happen to me?
i no longer falling in love with u?
whats wrong with me?

actually...
we just okey on yesterday
i was happy spending time with him
i was so energetic, eager to discover
excited to be your side

but today..
my passion is gone
i tried..but i cant...
yyyyy?

oh..i just realize today is friday
my passion on work totally gone
hehehhe sorry

tomorrow is saturday...
holiday time
oyeah...

aku addicted coding css dan html


sape yang selalu singgah blog aku mesti perasan yang sebelumni template baru aku tidak sempurna.
sebab " older link post " aku tak de
bila cek coding html and css
syntax tu ada

wah aku dah mula excited macam dula kala..mula2 aku belajar programming
betapa bersungguhnya kau dalam misi ini, aku sanggup print coding template dan study kat rumah
seminggu pertama aku mula rasa fed-up sebab aku tak jumpa solution
minggu kedua aku pulun lagi... siap tanya blogger help lagi
tapi masih tak jumpa..ampai tertidur aku kat laptop

malam tadi
aku tanya google..cari topik yang berkaitan
dan akhirnya aku berjaya ketemu apa yang error pada coding aku
tapi sebenarnya malam tadi bila denver tolong baru aku jumpa solusi...

hahhahaa
support dari suami penting.....
salah satu perkara yamg motivate aku utk terus berjaya

sape2 yang bermasalah macam aku, sila rujuk disini ye

1. fancy link

22 Julai 2010

mengidam nak makan yong tau fu


1. dah lama sangat aku teringin nak makan yong tau fu kat downtown tun razak.
2. bila dah balik rumah, aku malas nak keluar.
3. tapi semalam, denver belikan utk aku.
4. walaupun sudah 1.00 pg aku masih berselera makan. wahaha..aku akan gemuk. percayalah....
5. sangat terharu bila denver belikan. kau akan rasa perasaan ini bila kau eagerly mahukan sesuatu n finally u got it.
6. thanks denver.

tanggungjawab seorang suami


pst..pst...pst..tajuk best kat tv 9 skang
sila tonton..


tanggungjawab seorang suami

semua jom tonton..tambahkan ilmu rumahtangga
oyeahhhhh

mid night jokes



20 Julai 2010

ibu dan abah


sudah sebulan lebih aku jadi isteri orang....
tapi rasa rindu pada ibu dan abah tetap sama
ah..makin rindu rupanya....

hanya telefon dan sms penghubung rindu
huk8 rindu nak peluk abah... rindu nak tidur diatas riba ibu
macam dulu-dulu lagi...
rasa seperti malam ini juga aku mahu pulang

rasa sayu bila ingatkan abah dan ibu
huk :( ( aku menaip dalam tangisan )

eee.. aku mudah menitis air mata bila bangkitkan perihal ibu dan abah
apatah lagi aku kini bukan lagi tanggungan mereka

kepingin peluk abah...
sampai bila pun mahu peluk abah....
abah..nak balik....


uwaa...

19 Julai 2010

kacip


hmm..
manusia yang jenis nak salahkan orang/ blame orang ni banyak sangat kat muka bumi ni
kalau ada problem je mulalah kau cari sape2 yang kau boleh jadikan kambing hitam kau
dan bila orang tanya " dia yang salah "
satu jari tangan kau tunjuk kat orang lain 4 jari kau tuding diri sendiri
susah kan kalau bekerjasama dengan orang seperti ini
agak-agak kalau kena kat batang hidung kau..apa kau nak buat?

waktu mood kau ok ; xpe kau layan je
waktu mood kau tak ok : hahaha ko memang @#%$^&&*

aku?
prinsip aku senang je
jangan nak serabutkan kepala n susahkan orang lain
kalau betul aku salah
aku admit je
even lepastu confirm aku kena fired
berani buat berani tanggung beb

p/s : aku tengah kacip sebab 7.00 pm aku masih kat opis.....

16 Julai 2010

Foolish Saving


foolish saving ..hot topic i heard this morning on fly fm. hahahha :) have u ever stacked on this ?
because of fuel increase 5 cent...well malaysian people willing to ques for more than half an hour just to save 5 cent per litter. at the same time they were losing most RM 10 for queuing at patrol station.

luckily when i went out last night to fill the fuel...there were no people at all. maybe it just because of increasing 5 cent. but different thing happen in seremban...fly fm reported 3 patrol station was close off this morning due to running out of fuel..

sometimes it happen to me too.  like this morning.... when i went out to office.... i asked myself ... which way should i take to avoid jam and reach early? hmm...all the path will jam.... only npe quite ok. but i choose federal highway just to save rm3.20 coz this afternoon i have to go to tm. hahahahhaa ...so i spent most of time on highway causing me clock in 8.38 am. reason for late : traffic jam.....

hahahhaa

15 Julai 2010

ilmu untuk dikongsi bersama


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102


Anak2 pandai belajar :

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79


Anak2 lembut hati/ elak panas baran :

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah :

Surah Toha ayat 1-5


Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x


Untuk jadi pendinding rumah :

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah


sambung belajar


hmm.. tadi baru je luahkan pada denver yang aku nak sangat sambung belajar....
reaksi bersahaja " buleh..sambung jor la "

banyak kali aku tanya...... jawapan tetap sama


alhamdulillah

n

denver tak tanya pun kenapa aku nak sambung.. hehehhee

kalau tak de baby lagi tahun ni...ujung taun ni aku sambung belajar....

oyeah......

thanks denver

13 Julai 2010

task for today


aku rasa aku kena set target ..baru settle semua kerja aku.
hari ni tak mau balik lambat dah.

ini tak aku hari ini :

work :
1. update back order and pipeline and sent it to tm

2. print sapura verified costing

3. prepare quotation to tm

3. print all project costing


pk..dah nak buat kerja..bye2

design kad kawin aku


1. i miss that time so dam much.  i was busy preparing my wedding ceremony. rushing here and there. crying... almost the time i changed to be bridegodzila. hahahaa :)
2. sape2 nak i design korang punya kad kawen..just let me know ok.... saja nak asah skill..dont worry kalau nak i print pun boleh.. i can gove u a good price with a special offer. hehehhe

sambung belajar


bila dengar kawan-kawan semua dah habis master..kenapa tiba-tiba aku pula terasa teruja nak sambung?
mampu ke aku nak pikul lagi satu tanggungjawab besar?
baru sebulan lebih kahwin pun aku dah bising penat....
aih....
tapi kan...
semangat nak kerja dah tak macam dulu lagi dah...
mungkin juga sebab environment opis sekarang yang kurang menarik kot....
aish....

tapi selagi masih berdua..
better sambung kan?
apply kpli tak dapat..
cita-cita aku murni.... nak jadi pendidik.... ( sila jangan gelak ok )
tapi kalau dah jadi cikgu tak boleh melaram pakai seluar pergi sekolah kan?
 ada master then apply jadi cikgu mrsm.... hehhee..rindu time skolah dulu ni

hmm sambung ke tak nak?
kalau sambung ambik subjek ape?
nak sambung kat u mana?
nak sambung math lagi ke?
sambung master untuk ape?
kepuasan diri?
nak jadi pendidik?
suka-suka ?

kalau bgtau denver..
dia bg tak?
dia sokong ke?
abah n ibu setuju ke?
ayah n mummy setuju ke?

layout baru


1. oyeah..aku baru upload layout baru kat blog aku. nampak macam santek..tp tak praktikal pula kau rasa sebab xde link utk older post or newer post ataupun sebab aku tak jumpa button dia.

2. hahha sengal....

3. semalam kerja balik lambat..11.00 pm baru sampai rumah. semenjak kahwin ini kali pertama aku lambat balik. hik3 dulu masa bujang..dah selalu macam ni..... tak boleh nak elak..kena prepare report dengan bos... hari ini dia ada meeting dengan cfo.

4. kesian plak.. bila sampai rumah..denver tak makan lagi. ingatkan aku je yang tak makan lagi. aku masak nasi n buat telur tomato saja. menu segera.

5. sebab aku dah masak denver kemas dapur. good.... ops handphone aku hilang. tapi dah jumpa dah.... rupanya tertinggal kat kedai makan. nasib baik tokey tu kawan denver, dia tolong simpankan.

6. so..harini aku rasa mengantuk sangat2..nasib baik tak perlu masuk meeting..standby saja. sekarang aku bermalas-malasan depan laptop. banyak kerja nak buat ni.....


caiyok2

11 Julai 2010

monolog seorang aku


salam semua...
aku perlukan sedikit motivasi untuk aku jadi seorang isteri yang rajin
kenapa? aku paling tidak suka basuh kain, lipat kain dan kemas rumah.. tapi aku sangat suka memasak?
agak pelik kan?
hari ini hari minggu..sepatutnya aku kemas rumah..bukan bermalasan di depan laptop kemaskini entry kan?

kawan2 sila tolong saya.. ah..bila bayangkan kain ..terus saja selera nak mengemas aku hilang...
macam mana ni?
denver? dia tak kesah... n tak pernah bising suruh aku buat apa2...
tapi aku sakit mata bila tengok rumah berantakan.. tapi aku juga malas nak kemas rumah...

ah.. tolong....
aku nak kemas rumah...

10 Julai 2010

haduah ulangtahun perkahwinan yang ke sebulan


pejabat kedua aku ialah menara rebung TM... beginilah kerja aku ulang alik dari pejabat subang jaya ke telekom.

jangan tanya, aku kerja apa dan buat apa. mat saleh cakap apa?  " its complicated "

sesiapa yang bekerja di menara TM kamu semua pasti tahu setiap masa pasti ada jualan murah di tingkat bawah -1 menara. dan semalam MPH ada buat pameran buku...sila jangan terkejut ...siap ada sale lagi ye.

kebelakangan ini aku dan denver sering bercerita kisah-kisah nabi. erm..pertama kali..kami mempunyai minat yang sama, iaitu bercerita kisah nabi.

sebenarnya aku rasa bersalah sebab telap lupa tarikh ulang tahun yang ke-sebulan perkahwinan kami....aku bercadang ingin membeli buku kisah-kisah nabi sebagai hadiah kepada denver. melilau aku mencari buku yang aku inginkan di mph menara TM.

akhirnya..misi aku berjaya.
hadiah ulang tahun yang ke sebulan : sebuah buku kisah-kisah nabi RM 40 dapat diskaun 20%.

8 Julai 2010

masalah penulisan


salam semua,

aku suka bila baca blogger lain menulis. ayat sempurna berbahasa melayu baku. dan aku juga kepingin menulis begitu. entry ini adalah percubaan untuk aku menjadi seperti mereka. sila jangan ketwakan aku ok.

aku juga selalu sedang yang aku bnayak melakukan kesilapan ejaan. blog aku boleh dikategorikan blog cacamerba kan? siapa yang tak faham maksud cacamerba, ila tanya googgle ok.

ayuh...kita menulis secara baku.... ayuh...

7 Julai 2010

wishing well


' aku sempat jalan2 kat safari world dengan denver
dekat entrance tu ada pond tau....

tiba-tiba denver datang dekat dengan aku sambil hulur duit 5sen.
" nok buat gapo sayang? 5 sen jah ko? hahhahaa " aku gelakkan denver

" depan tu ada pond, tempat orang buat wish.. yang kea nak baby kembar..g lar buat wish kat sana"

ha? aku ternganga...terkejut.
.bukan terkejut sebab ada wishing pond tapi terkejut sebab denver tau aku teringin sangat nak baby kembar sepasang.

erm..apelagi.... itu suami aku kan? aku hadiahkan pelukan yang erat untuk dia...
then aku pergi baling syiling 5 sen kat dalam pond tu.....

P/S : jangan percaya pada sesuatu benda/perkara/tempat.... itu dah syirik namanya.. ( untuk orang islam saja )


entry pada 6 july 2010


entry ini sepatutnya ditulis semalam..tapi aku tak berkesempatan.....

1. semasa dalam perjalanan ke pejabat...denver bersuara " yang, semalam 5/07 ek? ...erm..dah sebulan eh kita kahwin?"

2. OMG.... aku tersenyum... aku sendiri pun lupa..... heheheh rupanya denver pun ambil kesah juga ye... hik2 kesian denver dapat bini yang susah nak ingat tarikh...

3. rasa macam baru seminggu je aku kahwin..rupanya dah sebulan ye....

4. kawan2 doakanlah semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat ye.... doakan juga moga kami dikurniakan baby kembar sepasang... oh sungguh aku mahu ......

3 Julai 2010

A' Famosa Resort


actually aku kat a'famosa resort. ada business trip.... tapi aku bawa denver terchenta.
selalu pergi outstation..sorang2 je ..ni kali pertama bawa denver. aku dah kenalkan pada kawan2 opis. alhamdulillah denver boleh join diorang. legalah skit hati aku.

aku sampai semalam lagi. 3 hari kat sini. esok dah balik kl. ni pun aku baru habis meeting. kejap lagi nak keluar lunch..tunggu en.denver bersiap.

apa yang harapkan.... aku boleh pent time as much as possible dengan denver. i wank to know him more.
n aku harap this vacation dapat mengeratkan lagi hubungan kami berdua.

love u sayang.

baby girl


1. sebelum aku lupa, aku nak cerita..malam tadi aku mimpi dapat baby girl.
2. aku mimpi bersalin n alhamdulillah aku bersalin normal dan sangat tidak sakit ok.
3. baby gir aku seberat 3.5 kg..agak besar juga
4. oh..dan rupanya sangat comel....putih gebu...
5. alangkah seronok ..kalau yang aku impikan jadi kenyataan kan?
6. erm... ni gara-gara aku main anak azril ..qistina namanya masa dinner malam tadi....
7. denver..yang nak baby..huk6....

2 Julai 2010

orang ketiga didalam rumah anda


1. kalau boleh buat sementara waktu ini, ( sekurang-kurangnya setahun )  ..berikanlah peluang untuk aku berdua dengan denver.
2. aku perlukan ruang privasi untuk kami berdua, ( hey bukan utk itu ye ) .... biarkan aku dan denver mengenali hati budi masing-masing. apa couple 3 tahun dan 1 tahun bertunang masih tidak cukup untuk kamu kenali denver ?
3. ah..susah rupanya ingin terangkan pada semua orang. sekarang kami sudah kahwin. berikan aku masa untuk mengenali denver sebagai suami aku ..bukan lagi tunang atau kekasih; yang mana dia adalah roomate aku, bakal kepada anak aku nanti. berikan aku masa.....
4. aku tidak selesa sekiranya, ada orang lain yang ingin berkongsi rumah dengan kami. adik ipar walau adik aku sekali pun. jawapan aku tetap TIDAK . kami masih lagi pengantin baru..... berikan aku waktu... sukar untuk aku berkomunikasi sekiranya ada orang lain antara kami.
5. aku bukannya kejam..bukan pula bermaksud aku ini kera sumbang atau menolak hubungan kekeluargaan..... setakat ingin menetap sehari dua aku tak kisah..tapi kalau untuk jangka masa yang lama. bagaimana?
6. ah..... aku kan masak ikut mood? kemas rumah ikut mood? bagaimana kalau ada tetamu di rumah ? kalau aku balik lambat dan tidak sempat memasak, bagaimana ? aku pasti denver tidak kisah..tapi bagaimana dengan orang ketiga? boleh terima ke aku ?

7. tapi semuanya hanya tersekat dikerongkong aku...aku tidak sanggup untuk katakan tidak di depan denver. aku hormati keputusannya.....
8. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan aku dan suami.....

rumah


1. satu topik yang sangat sinonim dengan bakal pengantin dan juga pengantin.
2. apa yang aku selalu bertekak dengan denver adalah..aku mahukan rumah dekat dengan ofis aku, begitu juga dia. ha.. kan dah ada satu masalah kat ctu.
3. kesudahannya dari sebelum kahwin sampai dah kahwin, kami masih lagi belum ada rumah sendiri. buat masa sekarang aku masih lagi duduk bersama adik perempuan aku. nak pindah juga..tengah survey rumah.
4. baru sekarang, kami jumpa kata sepakat utk berpindah kat area subang bestari. dekat dengan ofis aku n ofis denver. baru adil sayang.
5. memangkan ini rumah pertama kami, ia perlu dijadikan momento yang menarik ; yang cukup sempurna. maka bermula minggu depan... sesi mencari rumah akan dimulakan.
5. pst... sape2 yang tau ada rumah apartmen or else rumah teres yang kosong utk disewa?

1 Julai 2010

topik selepas berkahwin


hahaha walaupun tak sampai sebulan lagi kami kahwin
aku lar yang paling kecoh...
sangat teruja inginkan cahaya mata

tiap kali nampak baby
atau kemana saja aku keluar
apa-apa je lar

mesti keluar ayat macam ni kat denver

" sayang, nati buleh baby, kita bawak dio des........ bla bla bla "
" sayang, bilo eh kito nok buleh baby ? '"
" sayang, nati baby kito, bal bla bla.... '

semuanya berkisar pasal baby, nasib baik denver rajin melayan aku sekarang...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez