24 Ogos 2010

keluar darah


last 2 days masa aku nak mandi aku perasan ada keluar lendir bewarna merah.
aku ingat pesan doktor, kalau ada tompok2 darah segera datang klinik.

ya allah masa tu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku
aku sayngkan baby dalam kandungan aku
jangan kau ambil dia dari kami ya allah....

siap mandi aku terus dapatkan denver 
yang mampu keluar dari mulut aku hanyalah 
" yang nak baby yang "

aku menangis terkedu-kedu
ambil tangan usap perut aku yang masih lagi belum kelihatan

denver teru ajak aku pergi ke klinik
sepanjang jalan aku masih menangis
denver yang tadi berlagak cool tiba2 bersuara

" ado plok tiok, doala banyak2 , mitok nge tuhan tu "
" usap perut yang tu, pesan ko baby kito...biar dia pegang rahim yang kuat2"

ada bening dimata denver ...
aku tahu dia juga mengharapkan baby kami sihat

bila sampai klinik...
aku bercerita apa yang berlaku
erm... doktor just minta aku balik berehat saja
jangan terlalu banyak bergerak...banyakkan berbaring

menurut doktor, mungkin sebab aku terlalu lasak
mana taknya, rumah aku kat pandan perdana opis kat subang jaya
hari2 pergi kerja drive sendiri
balik rumah aku masak plak untuk denver

mungkin juga rahim aku tak kuat....
benda ni depends pada orang..setengah orang xpe
kandungan pertama kita boleh tahu keadaan kita macam mana
boleh buat preparation untuk anak seterusnya

kalau ada rezeki, baby ni akan selamat
kalau tuhan nak ambil juga, doktor cakap dalam 2, 3 hari darah akan keluar tak berhenti sampilah keluar darah berketul2
subnallah..nauzubillah....

aku ambik mc 2 hari
rehat kat rumah
betul2 rehat
kesian denver..makan pakai dia tak terurus sekarang
alhamdullillah..dia tak kesah...

dan sampai hari ni..bleeding tu dah tak de lagi....
syukur alhamdulillah...
dah lapan minggu baby kat dalam perut ni

" babby, mummy sayang baby..jangan tinggalkan mummy "


20 Ogos 2010

pedih ulu hati


1. salah satu lagi simpton orang mengandung. pedih ulu hati. sakitnya tuhan saja yang tau
2. macam aku lagi lar susah nak control. kalau makan banyak akan rasa kembong...sesak.... makan sikit..akan pedih ulu hati. uwaa..bayangkanlah...
3. sekarang..aku tengah cari formula sukatan makanan yang perlu aku buat.... tak jumpa2 lagi..tapi masih lagi berusaha...
4. minum air masak aku rasa payau sangat....tak boleh nak minum...
5. anmum pun dah rasa tak syedap sekarang...
6. yang confirm lepas makan aku mesti muntah...

aku advise kat korang yang alami sperti aku ni..selalu pergi jumpa doctor..jangan sembarangan makan ubat eh.

18 Ogos 2010

berbuka puasa dengan RM 2








SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.

morning sickness


oo teruknya....
baby nanti jadi anak soleh dan solehah ye
seksanya mummy mengandungkan baby ni

lepas bukak puasa muntah
lepas sahur muntah
bangun pagi muntah...

wohoho...
macam mana mummy nak kerja baby?

13 Ogos 2010

morning sickness


erm...

morning sickness aku makin melampau-lampau
pagi2 tak boleh bangun..rasa pening n loya
tapi alhamdulillah.. aku maih lagi boleh puasa

cuma kawan2 and my sis advise aku jangan ambil pil tahan muntah...
bahaya..tak baik untuk babby...
so aku psiko je diri aku " jangan muntah"

baru aku tau macam mana teruknya ibu masa mengandungkan aku
ibu cakap masa pregnantkan aku ibu morning sickness teruk
mummy my mother in law plak bgtau masa dia mengandungkan denver sampai 7 bulan dia terlantar kat bilik tak boleh gerak langsung..gerak muntah ....
tapi aku tak de lar seteruk ibu dan mummy..alhamdulillah...

huhuhu sangat tak selesa dengan perubahan badan aku skarang ni...
fizikal dan emosi semua berubah tau...

10 Ogos 2010

suppliment




lately ni dah merasa morning sickness macam mana. tapi kita kena kuat tau. benda ni macam psiko gak. jangan dok layan sangat perasaan tu. kadangla aku rasa nak muntah..tapi sebenrnya tak pun.

rasa sangat malas nak bergerak..kalau boleh nak rehat je. denver selalu pesan kat aku, " yang, kena kuat, kena rajin2 buat kerja nanti baby pun jadi malas gak "

hahhaa :) .. semalam denver belikan aku susu anmum materna. aku kena minum 2x sehari morning and night.
kami sangat teruja nak tunggu orang ketiga.

so mulai hari ini , tiap2 pagi aku kena ambik folid acid, pil tahan muntah dan juga segelan anmum.
gerenti..aku akan gemuk. aku percaya....

9 Ogos 2010

Langkah pertama


what we should do, once u are positive pregnant?

im happy to share with u all, since this is my 1st time also.
according to my sis ( she is a nurse ok ) and also my doctor roshan

1. go to klinik kesihatan ( government ) for registration and then u will get a pink book. buku ini adalah buku perkembangan bayi anda dan juga anda.
2. tapi untuk peddaftaran kat klinik kesihatan kamu mesti wajib bawa, surat nikah/kad nikah kamu dan  bil air terkini ( untuk alamat tetap ).
3. jangan main2 benda ni penting tau.
4. aklau nak buat check up kat private hospital pun boleh...tapi adik aku advise kita buat kat klinik kesihatan ibu mengandung kerana mereka juga ada speciality. kalau ada apa2 maalah senang nak refer.


 *** itu saja untuk tips hari ini. aku pun tak pergi register lagi sebab aku xde surat nikah. hahhahaa...surat nikah kat kampung. tunggu my mom post this week.

tanda -tanda awal


lately ni aku perasan, macam ada yang tak kena dengan diri aku, antaranya :

1. kuat merajuk dan sangat mengada-ngada
2. kerap lapar... sampaikan setiap kul 2 pagi aku dan denver akan pergi makan nasi kat kg baru tak pun denver akan masakkan makanan untuk aku. mesti heavy meal..biskut aku tak layan eh...
3. rasa loya, pening n nak muntah setiap masa
4. sakit belakang kalau drive pergi kerja..yang ni sangat2 perit
5. period lambat, breast bengkak

*** aku tak perasan pun itu tanda2 awal kehamilan since my period schedule tak pernah sama every month. tapi gerak hati aku katakan there is something wring with me... till i insist denver to take me to see  the doctor.


*** first time doctor tell me the news...u know...denver macam tak percaya. dia cakap aku mengada-ngada.
hahahhaa actually i pun tak percaya juga. we were just married for 3 months. tapi dah rezeki kan.... aku terima dengan sangat gembira. lagipun aku kahwin lambat..dah tua dah..risau takut ada risiko pregnant 30s. hmmm denver sangat gembira, terus dia call my mother in law. hehhehee

alhamdulillah..terima kasih allah. moga dengan kehadiran orang ketiga antara kami akan mengeratkan lagi hubungna kasih sayang between us.

amin.....

alhamdulillah...


kuasa tuhan....
maha besar allah...
sempena bulan ramadhan yang mulia ini
dan sempena bulan harijadi aku
tuhan telah kurniakan satu anugrah yang paling besar buat aku dan suami

syukur...
aku disahkan  hamil.... 5 weeks 7 days
rupanya alahan selama ini adalah disebabkan ada magic seed inside my womb...


sangat teruja untuk menjadi seorang ibu
hehehee

7 Ogos 2010

The Last Airbender



layan cite ni in 3d mode best jugak.
pergi tgk ngn  denver kat pavilion.
denver memang suka sangat dengan anime..dia memang ada koleksi cite ni ..i mean cartoon version.
best2 jugak..... nanti nak tengok lagi
pergi lar tengok best wey....

4 Ogos 2010

inception itu benar berlaku


pagi semalam...otw nak datng kerja
aku rasa sangat mengantuk
serius.... aku boleh terlelap masa memandu

ah...aku kena stop tepi jalan...
minum air dan rehat seketika

tengah dok tengok kereta lalu lalang
aku terfikirkan mimpi aku pagi itu
ada satu kisah yang aku ingin benar mengingatinya
lalu aku cuba recall,
go to my dreams
dan bermimpi semula

tiba-tiba aku dengar bunyi kereta yang bising
lalu aku tersedar
rupanya tadi aku bermimpi beb
bermimpi aku masuk pada mimpi aku pagi itu

aku perlukan "TOTEM"
untuk pastikan aku bermimpi ataupun tidak


ambik kau
aku kutuk movie inception sangat kan?
tengok... aku dah alaminya
hehehee

kena sengat lebah


kisah ini berlaku malam tadi lebih kurang pukul 10.30 malam
tengah asyik melayan vampire diaries tiba2 tanga aku disengat tebuan
oh my gosh...sangat sakit ok...sampaikan aku meraung-raung
nasib baik mysis ada kat rumah..denver tak de pg tolong kawan dia kat kedai

pergi klinik
doktor inject...uwaaa lagi sakit daripada di sengat
nasib baik masa kena sengat tu..aku terus picit kat tempat kena gigit...
memang nampak air bisa keluar....

moga-moga semua ok ye
bali  rumah makan ubat terus tadi
tapi skang aku terjaga
lapar rasanya...



nasib baik ada denver
dia kat adapur kang tengah buat megi goreng untuk isteri tersayang
wa sedapnya

thanks baby

jom memasak : ikan siakap masak steam


banyak cara nak masak steam ikan siakap. aku bagi kamu tips atau cara yang mudah. tak perlu nak pakai steamer. ikan bawal, ikan kembung, jenahak ke..semua boleh buat steam ye... jom kita tengok bahan2nya

bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
1/2 batang carrot
1 inchi halia
2 ulang bawang putih
1 biji tomato
2 biji limau nipis = 5 biji limau kasturi ( ikut suka )
daun bawang
daun sup
lada sulah
2 sudu tepung jagung
5 biji cili padi ( ikut suka )
gula, garam dan perasa


cara membuatnya
1. bawang putih, tomato, halia, cili padi, carrot,  daun sup dan daun bawang dipotong halus
2. perah limau nipis/kasturi ambil airnya
3.  ikan dilumur dengan garam, lada sulah dan tepung jagung... biarkan sekejap
4. masukkan halia, bawang putih dan tomato kedalm bekas lain. masukkan air perahan limau. kacau sehingga rata. ops..tambahkan satu sudu kecil minyak masak. ( kalau nak sangat pedas, boleh saja kamu perap bersama cili padi )
5. lumurkan pada ikan siakap dan perap seketika. ( makin lama perap makin sedap ok )

steam cara senang


1. ambil kuali dan masukkan sedikit air. ( agak2 untuk buat kuah steamer)
2. masukkan ikan siakap yang diperap tadi bersama dengan cili dan carrot ( jika tidak perap bersama cili).
3. tutup kuali dan steam sehingga masak.
4. bila sudah menggelegak, masukkan bahan perasa sesedap rasa dan taburkan daun sup dan juga daun bawang


hidangan kamu sudah siap untuk dihidangkan. senang saja bukan?
boleh juga kalau mahu tabur daun ketumbar.
kalau ada lemon lagi sedap. potong slice masa perap.

sorry aku tak sempat snap. .. sebab masak sorang2 je..xde assistant...

3 Ogos 2010

inception


siapa yang suka cerita berat, boleh tonton movie ini.
mungkin ideanya menarik, tapi bagi aku penyampaian dia sangat perlahan..aku boleh mengantuk dalam pawagam weh...
jalan cerita yang agak berat
dari mimpi, masuk kedalam mimpi lain dan mimpi lain dan mimpi lain
tapi best juga tengok cara mereka berfikir
membina mimpi dan imaginasi
sebab dalam mimpi sahaja kita mampu buat dan miliki apa yang kita tak pernah miliki dalam dunia yang nyata
too complicated and hard to understand
 aku bagi 3 bintang saja

abah atau kerja..kamu harus pilih


jumaat lepas kami adik beradik dapat sms dari abah

" anak-anak abah tak nak balik ke? musim buah ni...balikla "

tersentap..itulah ayat abah bila dia merasakan rindu pada kami semua.
biasa..penuh klise. kan mudah kalau abah sms saja begini.

" abh rindu anak2 abah. baliklar "


last kami semua balik kampung bulan 6 lepas masa aku kahwin. dah hampir 2 bulan tak balik. patutlah abah dan ibu rindukan kami semua.
terus aku call abah..cakap hujung minggu nanti kami balik.confirm....

dan hari ini semasa meeting... aku dikejutkan dengan berita aku perlu hadir event bersama customer kat PD weekend nanti. oh god.... kenapa last minute?

tapi aku nekad...." tak boleh aku dah janji ngn abah nak balik weekend ni"


bukan aku orang penting pun....organizer je pun. orang lain pun boleh replace tempat aku. siap offer macam2 untuk aku. jawapan tetap sama " aku akan balik kampung weekend nanti "


kenapa aku sangat yakin?
sebab..kalau apa2 jadi pada abah..aku takkan maafkan diri aku.
keluarga dan kerjaya?
maaf..
kali ini aku perlu dahulukan keluarga

abah im coming......

persediaan menyambut ramadhan


selamat datang bulan yang mulia
moga kami semua mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat ganda melaluimu ya ramadhan....

lagi seminggu dah nak puasa kan?
kamu semua sudah buat persiapan ke?
bukan persiapan raya ok..
persiapan jasmani dan rohani....
bualn ni lar kita nak dapat pahala lebih
bukan saja cari duit lebih

aku harapkan aku dan keluarga baik2 saja
moga kami mendapat keberkatan
moga abah dan ibu dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna
begitu juga kepada mummy dan ayah belah suami
semoga tuhan berikan kesihatan yang baik

dan kamu semua juga
semoga kita dapat tunaikan ibadah ini dengan sempurna
ayuh kita bersedia
tadarus, terawih, beramai2...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez