25 Januari 2011

bleeding


semalam aku g hospital lagi sebab bleeding. tp ikutkan yang sebenar memang aku bleeding selang sehari. entahlar..risau..xtau apa yang kena dengan aku ni. ke sebab mengandung lambat eh?
Masa nak g hospital..aku dan denver dah siap kemas baju n barang2 aku. mana tau takut kena admitted lagi.yang kelakar denver pun kemas baju jugak..sebab bila aku xde rumah dia akan pergi merempat tidur rumah kawan bujang dia.... ye lar sakng aku duduk ngn adik aku kan. selalunye macam tu lar.


kul 3 ptg aku sampai kat hospital ampang..terus hantar aku ke dewan bersalin. seperti biasa aku masuk dalam PAC room. kat sana doc diagnose aku. again.. aku kena jolok ngn doc, tapi kali ni doc perempuan..indian doc..ok lar...xde segan sangat. hmm..sakit tetap sakit..ikutkan hati xmau dah..tp fikirkan takut apa2 jadi kat bebe tahan jorla...

hmm....rupanya ..doc lelaki yang dulu ada lagi...dia cek aku lagi sekali..again..terpaksa tahan sakit...tp doc ni buat lagi sakit..waaaa.... xmau dah... moment yang xleh lupa..tiap kali aku discan..huhuhu terlupa rasa sakit tadi bila lihat my bebe aktif dalam tummy tu...macam dah confirm jer jantina bebe aku nih...tiap kali scan meamng nampak je.... xkisah janji bebe aku sihat

bila semua orang dah puas hati dengan kondisi aku..lega...xpayah admitted... if bleeding lagi kena datang... syukur....

hmm..moga2 ni the last aku datang hospital sebab bleeding... kalau datang pun sebab nak bersalin dah... amin3

20 Januari 2011

Apa yang aku perasan


hmm..mungkin bila dah kahwin minda, pemikiran, pemakaian dan juga pemakanan akan sedikit berubah kot.
korang semua tak de perubahan ke?

perkara yang paling ketara aku perasan adalah bab agama. serius..sebelum kahwin dulu aku liat sangat nak dengar ceramah agama. kan kat tv 1 tipa malam jumaat ada forum perdana kan? time ibu dan abah aku tukar channel tu..aku dan adik beradik terus buat lawak nak tidur. protes konon sebab malam tu jugak selalunya da movie best kat tv3 kan?

wahaha..itu dulu..sekarang bila dah kahwin...bulan pertama aku kahwin dulu..aku hadiahkan denver buku kisah2 nabi. tiap2 hari kitaorang akan baca bersama dan bincang satu kisah nabi. menarik kan? ironinya..denver juga turut menerima perubahan ini. maklumlah..kami berdua bukanlah golongan ustaz dan uztazah. masing2 cuba untuk memperbaiki diri masin2 kearah kebaikan. inshaallah.

dan sekarang semenjak mengandung..aku suka membaca perihal agama yang mana dulu kalau aku baca boleh buat aku rsa cepat nak tidur. terukkan aku? hmm..... dan tiap klai aku membacanya, aku rasa nyaman dan tenang sekali. anehkan perasaan itu. betul apa yang disebut....bila kita sellau membaca kisah2 dan hadith nabi..pasti ada NUR yang keluar untuk menrenagi kita. mudah-mudah inshaallah.

dan aku juga ingin kongsi dengan kamu semua.... menjadi perempuan sungguh senang untuk masuk syurga dan juga paling senang untuk ke neraka. takutnya bukan? nisbah 20:1 .

mudah saja ingin dapat pahala..bila msak untuk suami...lakukan dengan ikhlas dan selalu berzikir.

begitu juga bila kamu mengemas rumah..berzikir selalu...

dan yang penting..jangan tinggikan suara pada suami even kamu tengah hangin tahap maksimum. jangnas seseklai mengutuk suami didalam hati. itu juga dikira berdosa ok! sabar..istigfar banyak2 kerana syurga kita dibawah kaki suami. ( ini aku pesan untuk diri sendiri )

marilah kita menjadi isteri mithali yang patuh pada suami.


p/S : dah ..aku nak g masak untuk makan tengahari merangkap makan malam. hahahhaa :) dah pukul berapa ni?

19 Januari 2011

PENDAFTARAN PERMOHONAN PERTUKARAN PINJAMAN ( 3% ) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH ( 1% )


aku dah buat.
korang bila lagi?
hahhaa..
tapi
kenyataanya
aku tak pernah buat pembayaran lagi...

wanita gigih


1. aku suka tengok dan rasa tersangat kagum melihat wanita gigih yang sentiasa sanggup bersusah payah demi keluarga.

2. sebab itu aku suka baca blog ibu  hanis zalikha.banyak info dan pengalaman yang aku boleh belajar. maklumlah nanti aku juga akan jadi ibu. beljar bagaimana untuk bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

3. bercerita mengenai wanita gigih, ibu aku juga seperti puan nani ( ibu hanis zalikha ) . ibu aku pun suri rumah sepenuh masa.

4. ibu aku suka sangat menyapu rumah. bayangkan bila dia datang rumah aku kat kl ni...setiap masa dia dok berkepit dengna penyapu. dia cakap rumah aku kecik...senang dia nak kemas. memang kemas gila lar kalau dia datang. hehehhee..suka2 thanks ibu

5. rutin harian ibu aku bermula seawal 5 pg. sediakan sarapan, dan kejutkan kami adik beradik bangun pagi bersiap untuk ke sekolah. tidak dilupa kejutkan abah aku juga. bersiap untuk pergi kerja dan hantar kami ke sekolah. hik hik hik..besar kan tugas seorang ibu?

6. bila kami semua pergi sekolah, ibu memulakan kerja harian dia bermula dengan mengemas rumah, menyapu, basuh pinggan, basuh baju kami adik beradik. yang kelakarnya even aku dah kawin pun..ibu akan kutip baju aku untuk dibasuh. wahahha...kalau dilarang pun dia ambil juga. memang dah habit ibu. bila ditanya...dia cakap dia tak suka ramai tangan dok tekan2 mesin basuh dia. hahahha  cepat rosak katanya.

7. waktu tengahari..ibu akan menjemput adik aku balik sekolah (situasi sekarang). kalau dulu masa aku kecik kitaorang balik sendiri je jalan kaki lalu kebun getah. tapi sekarang adik2 aku yang 3 orang tu pergi berhantar balik berjemput. ye lar zaman dah berubah.... sekolah tetap sekolah yang sama ku belajar dulu. nasib mereka lagi bertuah dari aku dulu. sekarang abah dan ibu dah senang skit. dulu time aku abah ada motor je. sekarang ibu ada kereta sendiri, abah pun ada kereta sendiri.alhamdulillah rezekituhan bagi kepada kami.

8. ops kembali kepada rutin ibu aku. selepas jemput adik aku dari sekolah, ibu akan start memasak untuk makan tengahari. selepas makan, ibu akan bersiap mandi, solat dan lagi seklai hantar adik aku pergi mengaji. penat kan?

9. balik je, ibu ehat sekejap dan turun kedapur untuk siapkan menu petang untuk kami. ibu aku memang suka masak juga. ada2 je kuih yang dia buatkan untuk kami. sedapppp. masakan ibu memang terbaik lar....

10. ha..rehat sekejap.....lepas magrib ibu akan siapkan menu makan malam plak. menu malam tak der lar heavy sangat. selalunya ibu goreng mee ke, kuew teow ke, bihun ke. yang simple2 je. tak pun makan cucur udang. hehehe :)

11. tak habis lagi tugas ibu..selesai makan ibu akan cek kerja sekolah adik aku...pastikan mereka siapkan homework yang cikgu beri. wahahhaa ..gila besar tugas seorang ibu kan?

12. dah settle semua barulah ibu masuk tidur. selalunya memang ibu akan tidur awal. 10.30 dah tidur. sape2 yang bising meang kena lar ngn dia. ye lar ibu perlukan tidur yang cukup untuk bagun awal esok pagi.

13. hmm..aku rasa aku tak terdaya nak jadi macam ibu. seminggu terdaya lar kot. kalau hari2 macam tu..mati lar. adik beradik kami bukan sikit...kami 8 beradik, campur abah... 9 0rang ibu kena uruskan kami setiap hari. bila masa untuk ibu ? aku pun tak tau.

14. sekarang dia dah tua...kami semua pun dah besar..tinggal 3 orang jek yang kecik2. pernah ibu luahkan pada aku, dia dah boring jadi suri rumah sepenuh masa. teringin nak kerja. tapi bila dia tengok aku yang bekerja, balik berkejar untuk masak..katanya...dia sanggup jadi suri rumah. hahahhaa :)

15. ibu bertuah sebab abah aku memang tak bagi ibu kerja. kata abah kudrat dia mampu lagi sara kami anak beranak. api bila turn aku, abah cakap aku kena kerja. jangna jadi suri rumah..sia2 dia hantar belajar tingi2 kalau dok terperuk kat rumah. hehehe .. lagi pun akuperlu membalas jasa abah dan ibu pada aku.

16. hmm..bila fikir bebe dalam perut aku ni..terdetik juga rasa nak berhenti kerja. tp rasanya dengan cara hidup kat KL ni..denver sorang tak mampu nak sara aku dan bebe. lainlah kalau bisness denver dah berjaya. mampu berikan aku duit untuk shoppping hari2. hahahaa :) time tu confirm aku berenti kerja.

17. aku kepingin untutk jadi wanita gigih seperti ibu. sanggup berkorban apa saja demi kami adik beradik. rsanya semua ibu macam ibu aku kan? so, kita patut selalu ucapkan terima ksih pada ibu. hargai mereka selagi mereka masih ada. syurga dibawah tapak kaki ibu itu BENAR.

P/S : sory xde gambar ibu... sebab pakai laptop lain. next time aku upload ye

18 Januari 2011

sembang kencang


best jugak baca blog bro ni....
gila ramai peminat
korang cuba lar baca






klik disini

sudoku


sejak mengandung habit main sudoku menjadi-jadi
even masa admitted kat hospital hari tu aku sempat main sudoku
nak tidur malam main sudoku..
nasib baik pergi kerja je
xmain sudoku

best main sudoku..
menguji minda

12 Januari 2011

2nd time Admitted


1. pengalaman kali kedua masuk hospital sangat menyakitkan..rasanya aku dah serik masuk hospital.

2. kali ini, bukan lagi sebab cirit birit ke, demam ke apa..tapi disebabkan aku mengalami bleeding yang agak teruk juga.

3. hmm... nak kata aku buat kerja lasak xde pun...cuma aku ada bilas 3 helai towel manually n rendam dalam softlan. itu pun boleh dikira kerja lasak ke?

4. kejadian ni berlaku jumaat lepas 7/01/11 kul 10 mlm. nasib baik denver segera hantar aku ke hospital. terus aku dihantar ke bilik bersalin. walaupun bleeding, aku tak rasa sakit, cuma bebe tak gerak masa bleeding tu. memang aku menangis sakan. Aku tak mahu kehilangan bebe aku. Dia pengikat kasih kami.

5. sementara menunggu doktor check kondisi aku...dalam bilik bersalin tu ada doa untuk memudahkan bersalin. dalam diam..aku baca doa tu berulang kali...minta dengan tuhan..selamatkan bebe aku. time tu rasa down gila..aku menangis je. lagi-lagi denver xboleh teman aku kat dalam bilik tu.

6. doc datang cek kat bahagian bawah..nak tgk bleeding dari mana samaada dr aku punya rahim or dari bebe. sakit beb....sakit gile kena cek... dah lar dua2 doc lelaki. malu xyah nak cakap lar. tp demi bebe...hmm tahan sajo..... lepas dah check ..doc scan bebe plak. alhamdulillah bebe ok.

7. aku tanya lar doc... ape kena dengan aku ni. hmm...doc cakap darah yang keluar tu macam tanda2 nak bersalin. OMG...padahal masa tu bebe aku baru 28 w 0 d. ngam2 7 bulan saja. berat bebe pun baru cecah 945g xsamapai 1 kg pun lg.

8. 2 pagi aku dihantr kewad bersalin. doc nak observe kalau berlaku pendarahan lagi. hmm denver xleh jaga aku kat hospital. ni kan gov. lainla skit peraturan dia. aku pandang denver sayu..sambil nangis...tak mahu ape2 jadi kat bebe. susah payah aku kandung...tak mungkin aku dapt teriam kalau aku hilang dia..ya allah...

9. denver balik rumah... kemaskan barang aku untuk aku tinggal kat wad bersalin dengan amannya. huhuhu..malam pertama xboleh tidur..dok dengar orang merintih sakit nak bersalin n tengok mereka di tolak ke labour room. takutnye.....

10. 3 hari doc pantau aku. dari drah merah sehingga keluar darah warna coklat. akhirnya isnin petang aku discharge. alhamdulillah...

11. semasa kat sana tiap2 hari aku kena scan dan heart bit bebe diambil alhmadulillah bebe ok sangat2. masih aktif kicking tummy aku.

12. dapat cuti sampai selasa. tapi balik rumah bleeding lagi. sikit....

13. RABU pergi kerja...kali ni tak drive dah. denver yang hantar.

14. KHAMIS... bleeding lagi... keluar waktu subuh....... sekali je..lepastu tak keluar dah

15. JUMAAT bleeding lagi..banyak... keluar waktu subuh..terpaksa MC... tak pergi keje dah. rehat kat rumah...petang bleeding lagi.... aku standby je..kalau bleeding sampai malam..baru nak g hospital....

16. SABTU....bangun subuh tadi..lega sebab tak bleeding..alih2 kul 9 tadi bleeding balik. warna coklat je.... huhuhuhu

17. boleh dikatakan tiap2 hari aku bleeding. kenapa tak g hospital? hukhukhuk aku serik kena jolok tangan dengan doc kat bawah tu. sakit wo.... hmm...kalau bleeding teruk aku pergi jugak... buat masa sekarang..bebe ok je. aktif kicking my tummy.

18. nak kata aku lasak..sejak aku keluar hospital sampai hari ni..aku tak pernah lg drive keta. tak pergi mana pun dok rumah. masak pun denver tolong2 aku just instruct je kat dia ape kena buat. alhamdulillah....denver memahami...

19. aku tak tahu..ape kena dengan aku ni. ibu aku cakap sebab aku kecik..so bila bebe nak membesar... memang akan bleeding skit...perut kecik..huhuhu

20. adik aku plak merangkap biz partner aka nursing student plak cakap...masa aku mengandung dulu..berat badan tak cecah 50kg..means badan aku tak ready untuk terima beban. dan bleeding adalah salah satu komplikasi yang aku terima.

21. Ya Allah selamatkanlah bebe kami. aku mahu lahirkan dia dengan normal dan cukup bulan. izinkan aku kandungkan bebe ini sehingga 9 bulan. amin....

==pROMo==


kepada sesiapa yang mencari orang untuk deco hantaran boleh lar berkunjung ke blog tersebut.

4 Januari 2011

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam"


telu dadar vs telur mata


" yang, goreng telur "


hmm... nasib baik menu denver senang malam ni. goreng telur budak kecik pun boleh..hik hik hik

tak sampai 5 minit aku dah siapkan telur mata kat dalam pinggan nasi denver

" b, mari make.siap doh ni " aku menjemput denver

" yang,  tadi make telur mato doh..buat telur dadar lar plok...xsey bawang tuh "

hik hik hik...kantoi sudah....tadi aku masakkan telur mata je utk denver

tapi kan....sifat seorang isteri walaupun dah penat tapi masih lagi boleh melayan karenah suami kan? nanti dah ada anak , lagi lar pening nak melayan kan ?

itulah pengorbanan seorang isteri sayangku denver.....

3 Januari 2011

the ending of 2010


Alhamdulillah....

1. aku bersyukur kerana sampai hari ini aku masih lagi bernafas dibumi Allah.
2. aku bersyukur kerana sampai hari ini aku masih lagi bergelar isteri kepada denver. moga2 kekal untuk selamanya. amin...
3. aku bersyukur kerana bebe dalam perutku sihat walafiat, aktif kicking dalam perut mummy.
4.a ku bersyukur kerana masih lagi mampu pergi kerja balik memasak, hari minggu mengemas rumah..sediakan makan pakai denver.
5. aku bersyukur kerana abah dan ibu masih lagi sihat walafiat..masih larat datang ke kl melawat kami adik beradik.
6. aku bersyukur kerana ayah dan mummy denver juga masih sihat..dan boleh lagi menjenguk kami di kl.
7. aku bersyukur kerana denver masih lagi mencintai aku seperti dolu2, walaupun kini potongan badan dah tak santek macam dulu..dan emosi selalu je tidak stabil.
8. aku bersyukur kerana masih lagi bekerja di tempat yang sama walaupun sudah bertukar department dan juga bos.
9. aku bersyukur kerana Allah anugrahkan aku kekuatan untuk hadapi semua dugaan yang diberikan olehnya.
10. aku bersyukur kerana ada adik2 yang baik, yang sentiasa manja dengan aku dan yang pasti selalu ambil berat antara satu sama lain.

lesimpulannya aku bersyukur kepadaMU Ya Allah dengan segala anugrah dan nikmat yang kau berikan pada hambamu ini.

Alhamdulillah....

2 Januari 2011

belajar buat coeslow dan mashed potato


1. last weekend adik aku buat makan-makan sempena harijadi dia.
2. yang tukang masaknya..sape lagik..aku ler... tapi dorang tolong2 jugak lar..nak harapkan aku sorang2...memang xlarat dah sekarang ni.
3. ni first time aku buat mashed potato n coeslow. alhamdulillah mejadi. jom kita tengok resipi.

coeslow

bahan2
1. kubis putih
2. carrot
3. mayonis
4. susu segar

cara2
1. kubis dan carrot diracik halus. masukkan mayonis. sukatan? agak2 bila dah semua sebati kira cukup lar. xperlu banyak sebab nanti bila perap akan berair. masukkan sedikit susu segar untuk sedapkan lagi coeslow kita. dah siap pun. boleh makan terus atau perap sejam dua untuk lebih sedap. kalau tak tambah garam dan gula pun boleh. tp aku tak tambah pun.


mashed potato

bahan2
1. kentang - 1kg
2. susu segar - 1 cawan
3. butter - 2 sudu besar
4. lada hitam - 1 sudu kecil
5. garam - 1 sudu kecil

cara2
1. kentang dikupas dan dibersihkan. kemudian direbus bersama garam hingga empuk.
2. tos dan lenyek kentang tadi didalam periuk yang sama. jangan risau sekiranya potato tidak hancur dengan halus sebab biji2 yang tidak hancur itu lagi menyedapkan mashed potato kita. sekiranya mahu hancur halus boleh di blender.
3. bila kentang sudah siap dilenyek, panaskan api sederhana. kacau perlahan-lahan sambil memasukkan susu segar, butter dan lada hitam. kacau hingga sebati sehingga mendidih.
4. tips dari aku : lagi banyak susu segar lagi sedap. hehehee :)
5. nah sudah siap mashed potato

gravy mashed potato

bahan2
1. stock lembu maggi - 3 ketul
2. air - 5 cawan
3. lada hitam - 4 sudu kecil
2. tepung jagung - 3 sudu kecil

cara2
1. pansakan air dan masukkan stock lembu maggi. masak sehingga mendidih.
2. masukkan lada hitam. kalau rasa pedas, boleh kurangkan sukatan lada hitam tu.tak perlu letak gram sebab stock lembu tu dah cukup masin.
3. bila sudah mendidih, bancuh tepung jagung dan masukkan kedalam periuk tadi. kau sehingga kuah menjadi pekat. dah siap gravy mashed potato.

selamat mencuba. kan senang...lagi sedap dari korang makan kat kfc sebab kita guna bahan segar....


Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez