31 Oktober 2011

Reposted :: yusof adrian n his school


jangan jadi seorang ibu yang over protective pada anak ( pesanan untuk diri sendiri )
kenapa?
sebab tiap kali lepas hantar yusof pergi school..macam macam negative thinking berlegar dalam kepala ni

cikgu yusuf bagi tak dia minum susu. betulke cara cikgu yusuf panaskan susu? cikgu simpan susu kat dalam peti ais ke?betulke cara cikgu mandikan yusuf? cikgu pakai tak sabun yang mommy yusuf letak dalam beg tu? lepas mandi cikgu pakaikan ke tak losyen kat badan yusuf? sapu drapolene tak? berapa kali cikgu tukar lampin?dah bagi makan yusuf ke? yusuf menangis tak?

pendek kata macam2 berlegar-legar kat dalam kepala. kalau kat ofis rasa tak senang duduk je. risau sangat. entahla..macam la anak aku dorang je dok nursery. well anak pertama katakan..risau terlebih. tapi ada sebab kenapa aku rasa sangat risau.

yusuf dah pergi nursery baru kat area rumah aku. harga pun tak semahal hantar kat usj dulu. bolehlar saving skit. lagipun yusuf tak suka duduk dalam car seat. dia akan meraung macam sakit2....skarang dah dekat dengan rumah..ok lar.

school yusuf memang tak register dengan kebajikan masyarakat. penting ni..tapi susah lar nak cari yang register degnan badan kebajikan masyarakat. kalau korang nak cek school anak korang register ke tak..sila cek disini http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=232%3Asenarai-taska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms

tiap kali aku hantar yusuf pergi school mesti dia nangis 

28 Oktober 2011

balas dendam


sejak jadi mommy jarang boleh bukak fb
ye la handphone tak canggih...
kena buka pakai laptop gak
ironinya..
tak pasal2 ak berjaga malam2 ni sebab nak buka fb
tapi semua kawan2 da tdur...
sadis betul

27 Oktober 2011

6 month with title "mommy"


pejam celik pejam celik dah 6 bulan rupanya aku bergelar mommy kepada seorang bayi yang sangat comel...hhehehe well...ibu mana yang tak kata anak dia comel kan....

comel dimata kita tak semestinya comel dimata mereka.... biarkan...

alhamdulillah yusof masih lagi mendapat susu ibu secara ekslusif
sangat gigih mommy yusuf mengepam susu dekat surau walau pun bunyi pump agak guat
hahahaha....
tapi yang best aku ada geng...ramai-ramai pump kadang2 tak perasan susu dah penuh..
suka kan? milk progress? dalam sehari aku dapt 8oz - 15 oz  depend pada keadaan
tapi masih lagi cukup untuk yusof... lagipun yusuf dah start dengan solid food .. bekal dia xde banyak sangat sekarang


erm,..nak cerita pasal solid food yusof.  first time yusof makan aku bagi dia bubur nasi kosong yang diblend halus. reaction? sangat tidak suka mungkin tiada rasa kot.. so papa yusof belikan cereal brown rice nestle. reactioan? so-so yusof suka tapi belum sempat 3 suapan pipi yusuf react... merah-merah macam ruam. sekitar bibir dia pun merah2..kesian...dia meraung..macam tak selesa... erm..so we decided to stop..maybe yusof allegic dengan brown rice. try plak dengan pure rice nestle..result still same..confirm yusuf allergic... so aku masak je bagi dia makan. 2 minggu pertama sangat sukar sebab yusuf tak eager pn nak makan. sekarang yusof makan farleys rusks original. yang ni tak allergic. so kat school yusof makan farleys kat rumah aku masak. reason kenapa tak bagi yang frozen hand made dishes kat yusof masa kat school ialah aku risau cikgu dia tak pandai nak panaskan. hahaha.. :) nanti ada entry untuk cerita yusof and his school.

yusof progress... dia sangat laju mengengsot....tengah belajar nak merangkak pula....tak ade tanda2 yusuf akan tumbh gagi lagi. berat badan pun turn sebab dia demam teruk last week.

hidup aku sangat bermakna semenjak ada yusuf. masa berdua dengan denver pun bermakna jugak. hehehe :) ada yusuf lagi suka.

P/S : cubalah bangun lambat hari weekend bila ada anak...hahahhaa :

24 Oktober 2011

Kebergantungan Hidup


rasa sangat helpless dan sangat penat
sebab sebelum ini semua perkara aku buat berdua
itulah bila tak pernah belajar nak berdikari
padan muka aku sekarang
dari saat adrian wujud dalam hidup aku..
aku selalu saja di bantu oleh orang sekeliling
masa pantang , ibu, abah n adik-adik ada tolong aku
bila balik kl, denver pun ada tolong aku
pendek kata aku tak pernah sendirian dengan adrian
sehinggalah sehari dua ni
bila denver dah start busy balik dgn kerja dia
rasa sangat sedih
sebab tak pandai nak berdikari

dulu
mandikan adrian berdua dengan denver
tidurkan adrian denver yang buat
kalau pergi jalan-jalan, tak bawak stroller..denver yang dokong
bila adrian nangis malam2 denver yang bangun dodoikan
salin pampers malam2 denver juga yang buat


sekarang
bangun pagi siapkan adrian sorang2
tiap kali nak pergi kerja terpaksa angkut 3 beg sekali sambil dukung adrian...
bila adrian nak tidur, terkial-kial belajar nak dodoikan adrian
terkejar-kejar cari masa nak masaak, makan n mandi
letih ..... selalu saja tidur awal

last week kami anak beranak demam
ingat nak mc tapi kerja banyak
sudahnya adrian ikut mommy pergi kerja

 bukan nak mengeluh
sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati
 rasanya... sedikit masalah kami hampir selesai
bila semuanya seperti dulu
aku akan selesaikan segalanya satu persatu
Ya Allah permudahkan urusan kami anak beranak
Amin..Ya Rabbil Alamin
anak itu permata hati


Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez