28 Februari 2013

motivator


apa yang motivate kau untuk kau bangun bila kau jatuh begitu dalam?
mesti ada seseorang yang perlu bantu kau
mungkin kau tidak sedar
bantuan itu datangnya dari Allah

saban hari kau menangis, merintih, berdoa tanpa henti
minta Allah permudahkan segala urusan kau dunia akhirat
dan Allah tu tuhan yang paling sempurna
tidak pernah zalim dengan hambanya
RahmatNya mendahului kemurkaanNya

lately ini bila aku jatuh
aku banyak belajar sesuatu
yang selama ini aku cari
dan alhamdulillah
aku temuinya tanpa sengaja pada aku
tapi aku yakin ini adalah percaturan Allah untuk aku

dan banyak perkara yang aku rasakan aneh berlaku
aku berperang dengan perasaan
cuba menolak perasaan yang aku rasa saat ini
banyak kadang-kadang aku cuba menolak ketentuan ini
tetapi tidak pernah berjaya

aku pernah tanya
kenapa tak jadi?
sedangkan hati aku sangat sakit
tak sanggup untuk aku lalui itu semua

aku minta dengan Allah
dan diberikan apa yang aku minta
bila aku rasa tidak senang
aku menolak?
siapa aku untuk menolak?
itu adalah kehendak Allah

wahai hati cekal lah
ini ujian untuk kita berdua

Ya Allah Ya Tuhanku
Permudahkan segalanya untuk aku




15 Februari 2013

long long time


sudah lama tidak menjenguk disini
tiada apa yang mahu ditulis lagi

mungkin patut di tutup saja blog ini
kerana
ceritanya hanya sampai disini

atau tukar saja
cerita baru?

erm..
masih lagi sama
tiada cerita


kekasihku
permudahkanlah
segala urusanku di dunia dan di akhirat

aku mahu senyum...





Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez