18 April 2009

hujan di kota KL


hujan di kota KL
apalagi..
jom tidur..

15 April 2009

nak tak nak ko kena terima jugak...


“mau solat ke?”

“ xada lar, saya bercuti sekarang”

“kamu dah kawin ke”

“belum”

“patutlar badan montok saja saya lihat”

Adik kak mai puji aku weh.hahhahaha :)

adoi..pening-pening


“kalu dok make tidur main game hari2 meme gemuk lar nik,pah jadi boroi”

“kalu lar awok tu ite, perut bucit pah pendek plok, xtau lar sapio nok…”

“ yang, tu babi hute lar” denver menjawab laju

Aku terkesima…aku membebel pasal dia..bukan si babi itu….

Adoi…………………….

10 April 2009

abah


Kawan-kawan

Minta pertolongan kamu semua…

Tidak kira kamu agama apa

Doakan untuk abah aku…

Moga dia cepat sembuh…

Abah sakit….

Ralat….aku lupa nak telefon dia ..

Ma cakap kaki dia sakit…

Dah 3 hari xboleh jalan… semalam baru tau…..

** diam..sebak………**

Aku tanya ma “nape tak bitau”

Ma senyap….kemudian aku dengar dia menangis “ sikit je….xnak susahkan anak2..lagipun awak semua kerja” lalu ma putuskan panggilan…

Laju….air mata aku mengalir…..

Ya Allah …. Hanya 3 hr aku lupa call abah…..ralat..aku sangat menyesal………..

** hati aku sedih lagi….aku cuba tahan……**

Abah…..

Aku meraung sekuat hati….

Semalam…sepanjang balik kerumah selepas jumpa ina..aku menyebut nama abah……

Tadi adik aku call…dia kata dia dah cakap ngn abah….

Abah minta adik aku bawak balik ubat and bandage..dia nak adik aku balutkan kaki dia…ah…xsanggup nak tulis….padahal adik aku masih belajar….aku tau dia rindukan kami adik beradik….conform dia tak pergi klinik lagi…..

Aku xboleh cakap ngn abah…ah..aku tak kuat mcam adik aku……

Kalaular KL –Kelantan dekat…mau saja aku cabut sekarang…..huk8 L

Tapi kerja aku banyak..semua kena siapkan hari ni…nak half day pun kena kansel….

** kan dah cakap….aku memang ada masalah kalau cerita pasal abah**

Aku tak salahkan ma…aku yang salah..sepatutnya aku update abah setiap hari…..

Sampai sekarang , aku xde kekuatan untuk call abah sendiri….aku rasa aku tak mampu nak dengar suara abah….mesti aku menangis laju..nanti abah akan cakap “ tiok gapo gak, abah sakit sikit jor, buke nak mati lagi”

Itulah abah…degil dan selalu cuba tunjuk kuat depan anak-anak…ah….rasa mau peluk abah sekarang…. 2 minggu lepas dia datang sini…. Jumapa aku dan adik-adik….masa t aku dah nampak…dia memang xsihat…bila aku tanya “ abah sihat supo skalo”

Weekend lepas aku call abah

“ abah sihat, abah dok mano ni?”

“ abah tgh drive nok g klinik, abah sakit pinggang..sikit jor….jange rusim”

Macam tu lar dia….kalau sakit sangat baru dia pergi n suka pergi sendiri…..tp sape ada kat rumah? Setakat ma je…kami semua adik beradik jauh…huk5… L

Ya Tuhanku…

Sembuhkan abah aku… berikan aku masa lagi…aku belum kuat….aku masih perlukan abah aku…..

Huk9 L

aku sangat menjengkelkan


Ingin kenal diri sendiri? Lihat kawan anda…itulah anda….kawan adalah refleksi kepada diri kita.
Kebelakangan ini aku selalu mintak pandangan n nasihat kawan2 aku…..apa yang perlu aku improve pasal diri aku…..then aku juga buat muhasabah diri….senang cakap…boleh disimpulkan aku adalah sepertu di bawah..sangat menjengkel kan bukan?
1) “ pakaian dah ok, dah nampak ciri2 wanita, tp kelakuan fail”
2) “ degil, suka membantah dan lawan cakap orang”
3) “kuat merajuk”
4) “ suka cakap kasar2 dengan semua orang”
5) “ xreti nak manage duit, tgh bulan duit dah habis”
6) “ suka berbelanja dan shopping, senang cakap seorang yang boros”
7) “ cakap main lepas je, lepastu baru fikir, bila salah terus diam n menangis” – denver dah banyak kali tegur…aku patut berubah kan?
8) “ boleh berubah, tapi perlu dibentuk dan dipantau selalu”
9) “ xreti duduk diam atas kereta dan suka bersila” – aku rasa itu posisi paling selesa, sopan xsopan belakang kira.hahhahaha
10) “ xsaving…mak aku dah ambik buku asb suh aku hantar duit kat dia nanti dia savingkan untuk aku”
11) “ susah nak terima kritikan dari orang lain, unless org itu betul2 close dengan aku”
12) “sangat cuai – aku pernah terkunci kat rumah antara pintu dan grill, sejam rasa seperti 4 jam, terpaksa tunggu housemate balik bukakan grill”
13) “ selalu jatuh kat bilik air”
14) “ manja habis dengan abah”
Senang cakap, banyak negative dari positif…..kalau aku senaraikan rasanya blog ni pun tak cukup.hhahahaha…. kalau aku nak kahwin n disayangi oleh suami dan semua orang…aku rasa kena berubah..unless..aku nak membujang sampai ke tua.hhahahhaa

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez