24 Ogos 2010

keluar darah


last 2 days masa aku nak mandi aku perasan ada keluar lendir bewarna merah.
aku ingat pesan doktor, kalau ada tompok2 darah segera datang klinik.

ya allah masa tu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku
aku sayngkan baby dalam kandungan aku
jangan kau ambil dia dari kami ya allah....

siap mandi aku terus dapatkan denver 
yang mampu keluar dari mulut aku hanyalah 
" yang nak baby yang "

aku menangis terkedu-kedu
ambil tangan usap perut aku yang masih lagi belum kelihatan

denver teru ajak aku pergi ke klinik
sepanjang jalan aku masih menangis
denver yang tadi berlagak cool tiba2 bersuara

" ado plok tiok, doala banyak2 , mitok nge tuhan tu "
" usap perut yang tu, pesan ko baby kito...biar dia pegang rahim yang kuat2"

ada bening dimata denver ...
aku tahu dia juga mengharapkan baby kami sihat

bila sampai klinik...
aku bercerita apa yang berlaku
erm... doktor just minta aku balik berehat saja
jangan terlalu banyak bergerak...banyakkan berbaring

menurut doktor, mungkin sebab aku terlalu lasak
mana taknya, rumah aku kat pandan perdana opis kat subang jaya
hari2 pergi kerja drive sendiri
balik rumah aku masak plak untuk denver

mungkin juga rahim aku tak kuat....
benda ni depends pada orang..setengah orang xpe
kandungan pertama kita boleh tahu keadaan kita macam mana
boleh buat preparation untuk anak seterusnya

kalau ada rezeki, baby ni akan selamat
kalau tuhan nak ambil juga, doktor cakap dalam 2, 3 hari darah akan keluar tak berhenti sampilah keluar darah berketul2
subnallah..nauzubillah....

aku ambik mc 2 hari
rehat kat rumah
betul2 rehat
kesian denver..makan pakai dia tak terurus sekarang
alhamdullillah..dia tak kesah...

dan sampai hari ni..bleeding tu dah tak de lagi....
syukur alhamdulillah...
dah lapan minggu baby kat dalam perut ni

" babby, mummy sayang baby..jangan tinggalkan mummy "


20 Ogos 2010

pedih ulu hati


1. salah satu lagi simpton orang mengandung. pedih ulu hati. sakitnya tuhan saja yang tau
2. macam aku lagi lar susah nak control. kalau makan banyak akan rasa kembong...sesak.... makan sikit..akan pedih ulu hati. uwaa..bayangkanlah...
3. sekarang..aku tengah cari formula sukatan makanan yang perlu aku buat.... tak jumpa2 lagi..tapi masih lagi berusaha...
4. minum air masak aku rasa payau sangat....tak boleh nak minum...
5. anmum pun dah rasa tak syedap sekarang...
6. yang confirm lepas makan aku mesti muntah...

aku advise kat korang yang alami sperti aku ni..selalu pergi jumpa doctor..jangan sembarangan makan ubat eh.

18 Ogos 2010

berbuka puasa dengan RM 2








SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.

morning sickness


oo teruknya....
baby nanti jadi anak soleh dan solehah ye
seksanya mummy mengandungkan baby ni

lepas bukak puasa muntah
lepas sahur muntah
bangun pagi muntah...

wohoho...
macam mana mummy nak kerja baby?

13 Ogos 2010

morning sickness


erm...

morning sickness aku makin melampau-lampau
pagi2 tak boleh bangun..rasa pening n loya
tapi alhamdulillah.. aku maih lagi boleh puasa

cuma kawan2 and my sis advise aku jangan ambil pil tahan muntah...
bahaya..tak baik untuk babby...
so aku psiko je diri aku " jangan muntah"

baru aku tau macam mana teruknya ibu masa mengandungkan aku
ibu cakap masa pregnantkan aku ibu morning sickness teruk
mummy my mother in law plak bgtau masa dia mengandungkan denver sampai 7 bulan dia terlantar kat bilik tak boleh gerak langsung..gerak muntah ....
tapi aku tak de lar seteruk ibu dan mummy..alhamdulillah...

huhuhu sangat tak selesa dengan perubahan badan aku skarang ni...
fizikal dan emosi semua berubah tau...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez