pejabat kedua aku ialah menara rebung TM... beginilah kerja aku ulang alik dari pejabat subang jaya ke telekom.
jangan tanya, aku kerja apa dan buat apa. mat saleh cakap apa? " its complicated "
sesiapa yang bekerja di menara TM kamu semua pasti tahu setiap masa pasti ada jualan murah di tingkat bawah -1 menara. dan semalam MPH ada buat pameran buku...sila jangan terkejut ...siap ada sale lagi ye.
kebelakangan ini aku dan denver sering bercerita kisah-kisah nabi. erm..pertama kali..kami mempunyai minat yang sama, iaitu bercerita kisah nabi.
sebenarnya aku rasa bersalah sebab telap lupa tarikh ulang tahun yang ke-sebulan perkahwinan kami....aku bercadang ingin membeli buku kisah-kisah nabi sebagai hadiah kepada denver. melilau aku mencari buku yang aku inginkan di mph menara TM.
akhirnya..misi aku berjaya.
hadiah ulang tahun yang ke sebulan : sebuah buku kisah-kisah nabi RM 40 dapat diskaun 20%.
Berjumpa dengan Penyembah Kubur?
Sehari yang lalu
0 tukang tambah:
Catat Ulasan