jumaat lepas kami adik beradik dapat sms dari abah
" anak-anak abah tak nak balik ke? musim buah ni...balikla "
tersentap..itulah ayat abah bila dia merasakan rindu pada kami semua.
biasa..penuh klise. kan mudah kalau abah sms saja begini.
" abh rindu anak2 abah. baliklar "
last kami semua balik kampung bulan 6 lepas masa aku kahwin. dah hampir 2 bulan tak balik. patutlah abah dan ibu rindukan kami semua.
terus aku call abah..cakap hujung minggu nanti kami balik.confirm....
dan hari ini semasa meeting... aku dikejutkan dengan berita aku perlu hadir event bersama customer kat PD weekend nanti. oh god.... kenapa last minute?
tapi aku nekad...." tak boleh aku dah janji ngn abah nak balik weekend ni"
bukan aku orang penting pun....organizer je pun. orang lain pun boleh replace tempat aku. siap offer macam2 untuk aku. jawapan tetap sama " aku akan balik kampung weekend nanti "
kenapa aku sangat yakin?
sebab..kalau apa2 jadi pada abah..aku takkan maafkan diri aku.
keluarga dan kerjaya?
maaf..
kali ini aku perlu dahulukan keluarga
abah im coming......
Berjumpa dengan Penyembah Kubur?
Sehari yang lalu
3 tukang tambah:
anak soleheh... :)
anak solehah ni... :)
alam.. terima kasih..salam perkenaln
Catat Ulasan