30 Oktober 2013

Lets think about it


Expected people doing expected thing that was expectable.

Regret but no effort that was wasting

Even a single things


http://instagram.com/p/gAjZiNrhUB/

8 Oktober 2013

Perkara yang baru aku sedar


Cepat sungguh  masa berlalu
Fruitheart aku dah 2 tahun setengah
Dari seberat 2.99 kg kini dah 11.5 kg
Dari pandai senyum kini dah petah bercakap

Time flies without notice
But then I always have him by my side
As nothing happens surrounding
Even umur dah tua

Dulu aku sangat tak gemar keluar berdua dengan yusuf
Aku takut gak xdapat nk handle
And the biggest truth is aku takut sangat penilaian orang ramai kat aku

N now I'm even more happy
Pedulikan Saja
Bak Kata yusuf
"Mommy ada duit tak? Jom jalan-jalan"
Heheh

Permulaan untuk serius menulis disini

Selamat Malam


6 Oktober 2013

My fruitheart


Inilah fruitheart mommy..

14 Jun 2013

buah hati pengarang jantung


he is my everything...




kekasih sampai mati


Dulu aku meraung kesakitan...
Semata-mata mahu melahirkan kekasih

Kini aku meraung kegeraman...
Melihat tingkah kekasih...

begitulah kekasih....
2 Tahun lebih berkongsi cinta dengan kamu
Aku sangat gembira
Puas dan bangga sebenarnya
Miliki kamu menjadi kekasihku

Tidak pernah kecewa dengan kamu
Tidak pernah kesal memiliki kamu
Tidak pernah sedih bila bersama kamu
Tidak pernah susah bila mendukung kamu

please dont grow too fast sayang....
i want to spend every second time with u....
Terima kasih Ya Allah atas pemberiaan hadiah ini....
Aku Bersyukur....




28 Februari 2013

motivator


apa yang motivate kau untuk kau bangun bila kau jatuh begitu dalam?
mesti ada seseorang yang perlu bantu kau
mungkin kau tidak sedar
bantuan itu datangnya dari Allah

saban hari kau menangis, merintih, berdoa tanpa henti
minta Allah permudahkan segala urusan kau dunia akhirat
dan Allah tu tuhan yang paling sempurna
tidak pernah zalim dengan hambanya
RahmatNya mendahului kemurkaanNya

lately ini bila aku jatuh
aku banyak belajar sesuatu
yang selama ini aku cari
dan alhamdulillah
aku temuinya tanpa sengaja pada aku
tapi aku yakin ini adalah percaturan Allah untuk aku

dan banyak perkara yang aku rasakan aneh berlaku
aku berperang dengan perasaan
cuba menolak perasaan yang aku rasa saat ini
banyak kadang-kadang aku cuba menolak ketentuan ini
tetapi tidak pernah berjaya

aku pernah tanya
kenapa tak jadi?
sedangkan hati aku sangat sakit
tak sanggup untuk aku lalui itu semua

aku minta dengan Allah
dan diberikan apa yang aku minta
bila aku rasa tidak senang
aku menolak?
siapa aku untuk menolak?
itu adalah kehendak Allah

wahai hati cekal lah
ini ujian untuk kita berdua

Ya Allah Ya Tuhanku
Permudahkan segalanya untuk aku




15 Februari 2013

long long time


sudah lama tidak menjenguk disini
tiada apa yang mahu ditulis lagi

mungkin patut di tutup saja blog ini
kerana
ceritanya hanya sampai disini

atau tukar saja
cerita baru?

erm..
masih lagi sama
tiada cerita


kekasihku
permudahkanlah
segala urusanku di dunia dan di akhirat

aku mahu senyum...





24 Ogos 2012

selamat hari raya


salam semua

selamat hari raya semua
mohon ampun dan maar zahir batin
kepada semua
sememangnya pasti ada salah dan silap aku
kerana aku juga manusia biasa
tidak lari dari melakukan kesilapan

berganti hari
raya pasti disambut dengan meriah
gembira hendaknya..



13 Ogos 2012

Ramadhan Ya Karim


Ramadhan yang Mulia ini banyak menguji aku sebagai hambaNya.
Maha Suci Allah..engkau maha mengetahui segalanya...

selalunya apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang...


pada siapa mahu berkongsi rasa ini?
pada manusia?
tetap tiada jawapan...
hanya menambah koleksi gosip terbaru , dan sudah tentu mencanang aib sendiri
lalu
pada siapa?
sudah tentu,,,hanya padaMu Ya Allah tempat aku berkongsi rasa
menitiskan air mata

betul...
berat mata memandang..
berat lagi bahu yang memikul
disaat ini...kekuatan dariMu saja yang aku perlukan
aku tidak kisah lagi
sekiranya semua lari meninggalkan aku....
kerna Mati nanti semua kita keseorangan

aku tidak perlukan simpati dari sesiapa
cukup hanya jika kalian semua mengerti
fahami setiap keputusan yang aku buat
kerana semua jalan yang aku pilih
akan ada sebab dan akibat
yang mana kesannya hanya sikit pada kalian
tapi amat besar pada aku

Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini
jadikan aku hamba yang sangat tabah dan redha menerima segala ujian dari mu ini..
Amin....



22 Mac 2012

breastfeeding


alhamdulillah yusuf adrian is going to be 1 year this april 4.
means dah hampir setahun aku berjaya bf yusuf adrian.

ada yang menyokong tak kurang juga yang membankang.
apa tidaknya...adrian slim je..tak chubby mcm baby lain.
lagi satu..adrian menempek je dgn aku..susah nak rapat dengan orang lain

masa kenduri tempohari ...memang mencabar
adrian melekat je dgn aku
kalau tak dengan aku dengan denver...dengan orang lain tak maunya dia

aku tak faham mentality orang yang tak suka bila tgk orang lain bf ank sendiri
padahal diorang pn bf jgak dulu
mungkin pada mereka tak ikut trend kot...nampak saving..kedekut sebab aku tak nak berhabis duit beli susu formula kat adrian
no offend ok..
setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat si anak
n decision aku... hanya bm sahaja yang aku rasa terbaik untuk adrian

mak cik aku  jaga anak orang yang sebaya dengan adrian
baby girl badan sangat semangat kalah adrian
lagi lar dok compare ngn adrian yang slim melim tu

" cuba bg fm, mesti adrian gemuk lepas ni"

hehehe aku senyum je... sebab itu mak cik aku..dalam hati sabar je lar

hello.... gemuk itu tanda anak sihat ke?
kalau slim tak sihat ke?
tak takut ke dgn kandungan gula yang ada dalam fm?
kenapa dengan bm? tak cukup nutrien ke?

bukankah susu ibu susu yang terbaik untuk anak
takkan lah ibu rasulullah siti aminah, mencari ibu susuan kepada nabi
kenapa tidak diberikan saja susu unta atau kambing?
dalam al - quran pn ada diceritakan
kebaikan susu ibu dan tempoh penyusuan yang disarankan?

disitu sudah jelas..
kelebihan susu ibu
kenapa aku perlu bersusah payah..
memberikan susu fm
sedangkan Allah dah kurniakan aku susu ibu yang banyak

cuma sanggup ke tak sanggup je
nak bawak 2,3 bijik beg pergi opis
nak pump susu time kerja
aku bersyukur padamu Ya Allah...

pedulikan apa orang cakap
selagi aku mampu
aku akan cuba berikan yang terbaik untuk adrian

pada yang tak berjaya nk bf anak
jangan sedih
nanti cuba lagi utk anak yang seterusnya..hehehe :)








rawan hati


berat hati nak nak pergi kerja bila dengar suara yusuf menangis
sedih hati nak tinggalkan  bila yusuf merengek-rengek panggil aku

satu suara yang mampu buat aku jadi tak tentu pasal
satu suara yang meruntun hati
satu suara yang memberi semangat

ah..kan dah banyak kali aku ulang pada diri aku
jika mahu jadi ibu yang bekerja
jika mahu yusuf bahagia
hati perlu sekeras kayu
atau mahu hebat
sekebal gunung batu mungkin

baru lah kau mampu melangkah
dengan tersenyum dan bahagia

semua ini untuk dia
Nik Muhammad Yusuf Adrian

kredit dr en. google




19 Mac 2012

sel se ma


erm...tak boleh nak buat kerja..sel se ma yang teruk...

efek dari kenduri minggu lepas

dan hari ni  masuk kerja

rasa sengau je...

n as usual...do the same thing...

im eager to start my new task....

still counting...

when the time is come...



1 Mac 2012

misi projek


orang cakap kalau dah niat nak buat something tu jangan bertangguh..
takut tak jadi..
macam hangat2 tahi ayam

itu lar..
dalam kepala ni..
macam2 projek nak buat
masa saja yang xde...

aku yang kena cari masa
nak tunggu masa ada
rasanya sampai bila pn takkan ada kan

azam tahun baru
aku nak ubah hidup aku
i have to transform....
for the sake of my life n my family


21 Februari 2012

gila bosan


argh.... bila bosan..dah rasa macam tenuk dah ni...
ihsan dari saudara google
what to do? guys..any idea?

17 Februari 2012

hati bisa getar




satu dua mula....


menjadi seorang ibu pada hujung lewat 20 an banyak menguji aku
aku tak cakap kat orang lain, tapi pada diri sendiri
sometimes aku rasa regret sgt..kenapa kawin lambat eh?
sejak ada anak, banyak perubahan pada diri aku.

kenapa aku cakap macam ni?

1. aku selalu fikir, sempat ke aku nak tengok adrian membesar : masuk sekolah,university,kerja,kawin,dapat anak
2. rasa macam badan aku tak larat sangat..lepas bersalin rasa sangat tidak bermaya
3. kesan lepas bersalin kot proses penuaan lebih cepat dari biasa : entahla mungkin perasaan aku je
4. dulu aku pelik, kenapa la orang lepas bersalin badan dia berisi. sekarang bila kena kat diri sendiri baru padan muka. memang aku dah gemuk dah. mana taknya....makan je selalu. habit masa mengandung xboleh nak tinggal lagi. ibu pn dah bising ni, katanya aku makin berisis. wahahaha :)
5. kurang sabar : memang jadi masalah pada aku....macam mana lar nak handle kesabaran aku ni. tambah2 bila berkaitan dengan adrian....sangatlar aku kurang sabar...
6.pendiam : aku rasa lepas bersalin aku lebih jadi pendiam....hahaha betul ke tak ni? banyak benda nak pikir sebenarnya ni...

P/S : kelakar la..macam entry budak sekolah



16 Februari 2012

nuffnang


my friend told me.... kalau nak dapat banyak point..mesti selalu update entry..
erm...nuffnang... tlonglar bagi saya pint banyak-banyak ye...

banyak perkara nak update tapi masa saja xde
balik dari kerja..mesti mahu layan my little prince si yusuf adrian..
main main sekejap, mandi, solat, masak
then layan si hensem yusuf adrian
lepas tu sambung kemas rumah
then tidurkan si manja yusuf adrian
bila si kecik tidur
aku siapkan barang-barang nk pergi kerja esok

so..nuffnang..tolong bg point ye..


1 November 2011

Selamat Hari Jadi Abah


1.kalau pasal anak..semua orang sanggup berhabis duit kan, sediakan yang terbaik dan paling termampu untuk mereka
2.nak-nak yang baru dapat anak pertama, semua benda tak ada lagi, pengalaman pun tak ada, lagi lar belanja besar kan?
3.aku tak cakap kat sape2 ini pengalaman aku sendiri. kalau boleh semua benda nak bagi kat yusuf adrian. sentiasa mahukan yang terbaik untuk dia.
4. perkara-perkara sebegini mengingatkan aku pada abah. sorry kalau cerita pasal abah..air mata aku tak boleh nak tahan. aku masih seperti dulu manja dengan abah.
5. aku juga anak pertama abah dan ibu, dan aku boleh agak bagaimana excited nya mereka menerima aku setelah aku dilahirkan. mesti berhabis duit macam aku sekarang kan?
6. ahad lepas masa membeli rocker/walker kat adrian, air mata aku menitis. beginikah perasaan abah masa membelikan walker pertama untuk aku masa kecil dulu?
7. kenapa mesti sedih? sebab aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. tapi abah mampu sediakan segalanya untuk aku.
8. tak boleh nak gambarkan perasaan itu.... abah adalah segalanya bagi aku...
9. terima kasiha abah
10. 31 october harijadi abah yang ke 53...semoga telinga abah cepat sembuh. affection kot sebab abah selalu terdedah degan debu. we all loves you
11. tunggu kepulangan long n cucu abah. denver tak balik tak dapat cuti. sayang abah..mmuah

31 Oktober 2011

Reposted :: yusof adrian n his school


jangan jadi seorang ibu yang over protective pada anak ( pesanan untuk diri sendiri )
kenapa?
sebab tiap kali lepas hantar yusof pergi school..macam macam negative thinking berlegar dalam kepala ni

cikgu yusuf bagi tak dia minum susu. betulke cara cikgu yusuf panaskan susu? cikgu simpan susu kat dalam peti ais ke?betulke cara cikgu mandikan yusuf? cikgu pakai tak sabun yang mommy yusuf letak dalam beg tu? lepas mandi cikgu pakaikan ke tak losyen kat badan yusuf? sapu drapolene tak? berapa kali cikgu tukar lampin?dah bagi makan yusuf ke? yusuf menangis tak?

pendek kata macam2 berlegar-legar kat dalam kepala. kalau kat ofis rasa tak senang duduk je. risau sangat. entahla..macam la anak aku dorang je dok nursery. well anak pertama katakan..risau terlebih. tapi ada sebab kenapa aku rasa sangat risau.

yusuf dah pergi nursery baru kat area rumah aku. harga pun tak semahal hantar kat usj dulu. bolehlar saving skit. lagipun yusuf tak suka duduk dalam car seat. dia akan meraung macam sakit2....skarang dah dekat dengan rumah..ok lar.

school yusuf memang tak register dengan kebajikan masyarakat. penting ni..tapi susah lar nak cari yang register degnan badan kebajikan masyarakat. kalau korang nak cek school anak korang register ke tak..sila cek disini http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=232%3Asenarai-taska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms

tiap kali aku hantar yusuf pergi school mesti dia nangis 

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez