Memaparkan catatan dengan label monolog sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label monolog sendiri. Papar semua catatan

13 Ogos 2012

Ramadhan Ya Karim


Ramadhan yang Mulia ini banyak menguji aku sebagai hambaNya.
Maha Suci Allah..engkau maha mengetahui segalanya...

selalunya apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang...


pada siapa mahu berkongsi rasa ini?
pada manusia?
tetap tiada jawapan...
hanya menambah koleksi gosip terbaru , dan sudah tentu mencanang aib sendiri
lalu
pada siapa?
sudah tentu,,,hanya padaMu Ya Allah tempat aku berkongsi rasa
menitiskan air mata

betul...
berat mata memandang..
berat lagi bahu yang memikul
disaat ini...kekuatan dariMu saja yang aku perlukan
aku tidak kisah lagi
sekiranya semua lari meninggalkan aku....
kerna Mati nanti semua kita keseorangan

aku tidak perlukan simpati dari sesiapa
cukup hanya jika kalian semua mengerti
fahami setiap keputusan yang aku buat
kerana semua jalan yang aku pilih
akan ada sebab dan akibat
yang mana kesannya hanya sikit pada kalian
tapi amat besar pada aku

Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini
jadikan aku hamba yang sangat tabah dan redha menerima segala ujian dari mu ini..
Amin....



16 Februari 2012

nuffnang


my friend told me.... kalau nak dapat banyak point..mesti selalu update entry..
erm...nuffnang... tlonglar bagi saya pint banyak-banyak ye...

banyak perkara nak update tapi masa saja xde
balik dari kerja..mesti mahu layan my little prince si yusuf adrian..
main main sekejap, mandi, solat, masak
then layan si hensem yusuf adrian
lepas tu sambung kemas rumah
then tidurkan si manja yusuf adrian
bila si kecik tidur
aku siapkan barang-barang nk pergi kerja esok

so..nuffnang..tolong bg point ye..


28 Oktober 2011

balas dendam


sejak jadi mommy jarang boleh bukak fb
ye la handphone tak canggih...
kena buka pakai laptop gak
ironinya..
tak pasal2 ak berjaga malam2 ni sebab nak buka fb
tapi semua kawan2 da tdur...
sadis betul

23 September 2011

jom merepek


salam all,

sebab dah lama tak hapdet, rasa dah berhabuk blog ni kan?
hehehe sangat sibuk bila sudah bergelar ibu yang bekerjaya

anyway..welcome back to mommy ozil..sangat2 lar teruja kan bila dah ada orang baru sekarang ni..

terkejut juga kan, seseorang itu mampu berubah sekelip mata saja. n more surprising me sangat arrogant bila berkata- kata. well this kind of behave can happen to anyone...n maybe aku juga pernah atau sedang mengalami perasaan tersebut.

bukan salah siapa, maybe keadaan yang membuatkan kita terpaksa bertindak sedemikian. tapi izinkan aku nak juga cakap

sombongnya.....

13 Julai 2011

sorry


kau ingat kalau kau meraung macam ni hati yang luka tu akan sembuh ke?
when something bad happened the appropriate words just SORRY plus AIR MATA

kita tak minta pun semua tu jadi kat kita , tapi mungkin sebab keadaan masa tu menyebabkan perkara itu berlaku. susah kan?
susah nak puaskan hati semua orang. bak kata denver....mulut orang mana kita boleh control...biarkan saja..bila dah letih..diamla dia.

dan bila ada perkara yang terjadi pada kita
tak perlu kita nak terangkan lebih lanjut sebab apa, ekoran dari sebab itu ..bla..bla.. bla..

kalau kamu kenal seseorang itu
pasti kamu tahu, mesti ada sebba yang munasabah dia jadi begitu
takkan kita perlu terangkan pada smeua orang kot

kadang-kadang ada sebab yang kita tak boleh nak kongsi dengan semua orang
ada perkara yang boleh dikongsi dan ada yang tidak perlu
harap faham

susah...
dan rasa sangat tertekan
tak perlu kot nak banyak kali email
dan nak mention pasal friendship kita
aku sayang kamu
dan jangan risau aku takkan malukan kamu

please....

last sekali
aku hanya mampu ucapkan sorry....


rasa sakit kat bahu....adeh....
adrian pn dah bangun...

27 Jun 2011

excuses




benci kan bila ada saja kejadian yang berlaku, maka ada saja alsan yang diberikan
aku paling BENCI tentang ini
tapi aku juga sering sangat terlibat dengan situasi ini
banyak -banyak KALI dan bila difikirkan sangat sangat KECEWA
padahal kita tak MAHU sangat perkara itu terjadi

antaranya :

my passion to work start growing.... kalau boleh every day nak pergi kerja awal..
rasa nak BERSAING dengan teamwork membuak-buak
tapi tak main kotor ye
kalau mereka boleh buat, WHY NOT me?
TAPI
kadang-kadang aku lewat masuk kerja
lewat masuk meeting
lagi best langsung tak attend meeting
rasa macam sangat LOSER
WHY?

because of simple reason
sometime tak lah most of time cause of traffic jam
tapi kan ..BODOH la nak salahkan traffic jam..
dah tau kwasan rumah kau sesak
gerak lar awal
hmm..but..so many -many things happened to me
kadang-kadang aku rasa kenapa semua ni happen kat aku eh
recently
my laptop broke down
that time nak kena submit tender
adrian pulak meraung
rasa nak nangis je
tapi nasib baik denver ada
YES he always there for me
GOD sent him to me to be my guardian
dia lar dok sabar repair laptop 
jagakan adrian sampai kerja-kerja aku siap


dapat temporary laptop
tp macam hampeh
ada plak aku tak leh login administrator
nak masuk broadband pun xleh
kalau pergi meeting pandang aje lar laptop tuh
hampeh kan?
baik tak payah bg laptop


YES...
aku penuh dengan excuses
beb
jangan jadi macam aku






1 April 2011

sedetik untukmu


Assalamualaikum suamiku,

Disaat ini kita sedang teruja menanti saat cahaya kasih pertama kita lahir melihat dunia. Dan yang pasti isterimu ini akan berjuang sehingga ke hujung nyawa melahirkan kasih cinta kita sayang. Andai...sesuatu yang tidak baik menimpa isterimu ini...ku ingin kau tahu bahawa ..menjadi isterimu..mengandungkan benih cinta kita..adalah perkara yang teragung paling indah dalam hidup saya.


Ampunkan segala salah dan silap saya ye sayang. Halalkan segala makan minum saya ye sayang.Doakan saya kuat semangat bertarung untuk cahaya kasih kita ye. saya mahu lihat dan dengar awak laungkan azan ditelinga cahaya kasih kita, saya mahu lekapkan cahaya kasih didada saya dan menyusukan dia dengan susu saya sendiri. doakan untuk saya ye sayang.

salam sayang,
Isteri











andai terjadi apa-apa pada aku..tolong sampaikan nota ini pada denver bagi sesiapa yang mengenalinya,

28 Mac 2011

gigih


semlam lepak bb
sebelah tanga dia melecur terkena kuali
semua hujng jari melecur
berlari aku pergi 7e cari ubat
yang jumpa hanya ubat gigi
sebak...

rasa mahu menangis disitu juga
sambil sapu ubat
nampak riak wajahnya menahan sakit..
tangannya juga menggeletar menahan sakit
sedih.....


disatu sudut yang lain
aku ternampak selonggok tin
rupanya dia juga menngumpul tin untuk dijual

serius....
aku hayun langkah laju
 masuk dalam kereta
menangis hiba sambil memandu pulang kerumah

24 Mac 2011

sminggu saja lagi


1. aku cuba penuhi masa yang ada ini dengan perkara yang terindah...semua keinginan aku akan aku cuba penuhi walau kini aku dah tak mampu untuk berjalan gigih seperti biasa.

2. entah..aku rasakan terlalu pilu..takut juga ada..padahal bukan apa pun kan? nak bersalin saja....tapi ini juga melibatkan pertaruhan nyawa. tadi aku mesej denver yang keluar ..sebab kawan dia minta repairkan laptop :

"b, balik awak des, spend time nge yang male ni...seminggu jor lagi..nati yang nak tinggal b lamo lagi "

3. entah kenapa..aku boleh mesej begitu. hati aku jadi sayu. tadi bila aku dengar azan magrib...aku terkenangkan abah n ibu. sadis betul..sambil menjawab azan..air mata aku mengalir....aku terlalu rindukan abah n ibu. rindu saat dulu..masa kecik..berkejaran dengan ibu didapur semata-mata menyuruh kami mandi dan solat magrib. riuh rendah...... ah..rindukan zaman aku masih tidak punya hati pada lelaki asing selain menyimpan hati pada ibu, abah dan adik-adik saja.
 kini semua kasih perlu dibahagi.... keutamaan tentu pada suami = denver dan insyaallah kasih bakal terbahagi lagi pada cahaya mati kami. seminggu saja lagi...

4. entah..aku rindukan semua orang..malam ni terlalu mellow untuk aku. semalam jumpa doktor pakar lagi. menurut doktor kalau minggu dengan bebe tak keluar lagi ...2/4 aku kena admitted kat hospital. kena induce..bebe kena keluar juga before 3/4..kena follow due date..takut apa2 jadi bebe. huhuhhu..risau..takut jangan cerita. tapi inilah pengalaman indah seorang ibu perlu alami kan?

5. weekend nanti mahu keluar berjalan ke jalan TAR..hehehe mahu cari sesuatu untuk bebe. hadiah dari mummy.....

6. malam tadi tak boleh tidur..perut memulas-mulas...bukan mahu bang air besar....ingatkan tanda2 bebe dah nak keluar..alhamdulillah..hari tak rasa apa-apa. cuma perut aku sudah makin turun ke bawah. senak sangat bila mahu bangun dan berjalan. tapi kena gigihkan juga.... dan selalu je ada false contraction.... sakit...menitis air mata ini...

7. bila rasa penat sangat pn..aku menangis..denver tak boleh nak tinggi suara sikit pn dengan aku sekarang...mdah sangat nak nangis.... entahlar... sensitif datang lagi...

8. mahuu tengok movie..tapi entah bila denver ada masa free.... mahu rasa feeling berdua-duaan seperti dulu. kalau boleh mahu ulang cerita cinta kami dulu. pelik perasaan aku ketika ini. mah langkan masa seminggu ini sebaik mungkin berdua dengan denver.

9. sebab nanti bila aku masuk labor room aku tak tahu apa akan jadi selepas itu. tapi aku doakan aku dan bebe selamat. harus kuat sebab aku mahu dengar denver laungkan azan di telinga bebe kami. ingin mersa sentuhan bebe didada aku dan mahu susukan bebe dengan susu pertama dari aku sendiri. insyaallah.... doakan aku dan bebe selamat ye...

7 Mac 2011

tangan luka-luka


malam tadi bila denver balik... kemas2 barang kerja dia
masuk bilik air, cuci kaki, basuh muka dan gosok gigi
salin baju dan terus baring sebelah aku

belum sempat aku tegur.. dah lena pejam mata
dalam samar2 cahaya..aku pandang sayu wajah suami tersayang
nampak sangat dia sangat penat
 terus aku pegang tangan denver
hala ke pipiku dan mencium jari itu

tengahari tadi aku kejut dia bangun
tahu dia masih penat..
tapi...kena kejut jugak
aku usap jari denver
malam tadi tak namapak
banyaknya luka-luka kecil dijari denver
sayu hati....
berlari keluar bilik..aku menangis
tak sanggup...
tapi ini pilihan dia...

bila tiap kali salam dengan abah pun aku sayu
keras dan berkematu jari abah...itu tandanya betapa kuatnya
abah bekerja untk membesar kami adik beradik

dua orang hero dalam hidup aku
abah dan denver
dua-dua aku sayang dan hormat

4 Mac 2011

Ibu Mertua VS Menantu


1. isu yang sangat berat untuk dibincangkan disini sebenarnya. ibarat seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa.

2. suka aku katakan bertuahlah bagi mereka yang mempunyai ibu mertua yang baik dan sempurna dari segala
segi. tapi harus dingat..ibu mertua takkan sama dengan ibu sendiri kan?

3. kadang2 walau kita tidak suka dengan cara mereka , kita terpaksa diamkan di dalam hati kerana itu adalah ibu kepada suami yang kita sayangi, hormati dan cintai sepenuh hati. perit bukan? tapi itu yang perlu kita lalui sebagai menantu. tidak kira kita menantu perempuan ataupun lelaki. sama sahaja.

4. banyak perka ra yang buat aku rasa kecewa, sama seperti kamu semua. tapi apakan daya ..perlu ke aku lantangkan suara aku pada mertua? tidak sama sekali. cuma suami penjadi orang tengah antara akmi. tempat aku luahkan..itupun perlu secara berhemah dan bertapis agar tidak mengguris hati suami. huk huk huk ...susah bukan...

5. betul..kita  kahwin bukan dengna suami ata isteri saja, tapi kita kahwin dengan famili sekali. buruk, baik semuanya harus kita terima.

6. ada perkara dan keputsan yang aku buat, sampai sekarang aku rasa sangat regret. dan aku tak sangka mereka boleh lepas tangan begitu saja. hmm..aku tahu Allah itu maha kaya dan maha tahu. mungkin hari ini dia lakukan pada aku, jangna lupa dia juga ada anak perempuan. mungkin suatu hari nanti tuhan akan tunjukkan dia jalan.

7. walau apa pun aku harus selesaikan masalah ini. aku perlu tnjukkan pada mereka yang  menantu yang seorang ini ada hak dan prisnsip hidup yang orang lain perlu hormati. tunggu saja bebe keluar..insyaallah semua masalah ini akan aku selesaikan. sekarang aku tak mahu stress.... utamakan bebe dari segalanya.

8. apatah lagi melihat orang yang aku paling sayang dalam dunia ini, ABAH menangis kerana tindakan BODOH aku yang mana aku mengheret semua oarng dalam dilema ini. tak mungkin aku sanggup melihat abah menangis lagi kerana aku. demi ABAH..aku akan tuntut hak aku. macam mana sekali pun itu hak aku. kamu sebagai suami juga tiada hak untk menidakkan hak itu.

9. mengertilah semua orang..aku mahkan hak aku. itu saja..tak mungkin aku akan diperbodohkan oleh kamu semua. selama ini aku menderita. berdiam diri dengan harapan kamu semua faham kesusahan yang kami alami...tapi nampaknya kamu sangat pentingkan diri sendiri. dulu bukan main manis kamu berjanji pada aku. aku ingat setiap baris janji aku itu. kalau bukan keran denver...dah lama...tapi demi suami aku pendamkan...tapi selepas ini tidak lagi..tunggu saja... demi abah.....

18 Februari 2011

terharu


perasaan ibu mengandung sangat sensitif
ada-ada saja yang tak kena
menangis je kerjanya
denver dah masak denga perangai aku yang satu ni

tapi aku tak bebe dalam perut aku ni terikut - ikut dengan perangai aku
minta dijahkan..jenuh juga nak menjaga nanti kan?

kebelakangan ini
banyak perkara yang denver lakukan buat aku tersentuh
terharu aku dengan segala pengorbanan yang dia lakukan demi aku
lagi lar buat aku menangis

tidak perlu aku hebohkan apa yang dia lakukan
cukup hanya aku katakan
sebenarnya denver begitu cintakan aku
tapi dia sukar utnk lafazkan dengan kata-kata
tp perbuatannya sudah cukup menceritakan segalanya

terima kasih suamiku..

14 Februari 2011

a few things happened n make me smile..thansk you Allah


alhamdulillah...sujud syukur padaMu ya Allah

inilah hasilnya bila seseorang hamba itu bersabar...

hadiah yang kau berikan pada hambaMu ini amat bermakna buat aku dan denver

rezeki bebe kami..alhamdulillah


berbaloi air mata ini mengalir setiap kalii aku sujud padamu....

12 Februari 2011


gugur air mata ini bila memikirkan segala yang tersemat dihati...
luluh hati ini bila mengenangkan segalanya
apa lagi yang perlu aku lakukan?




SABAR ... SABAR LAGI dan TERUS SABAR



takkan mahu dicanang pada semua
menjaja cerita yang aibnya aku sendiri yang terima
tapi hati ini perlu dirawat
pada siapa?

lalu akhirnya
ada satu suara berbisik perlahan
bukankah ini pilihan kau ?

dan lalu aku tersedar
aku yang memilih semua ini
aku yang bersalah
bukan siapa-siapa

air mata...gugurlah kamu
temani hatiku
temani hidupku

10 Februari 2011

kehidupan


Allah benci dengan mansia yang suka mengeluh dengan kehidupan kan?
tak baik mengeluh..sepatutnya kita teruskan berusahan ntuk berubah menjadi lebih baik kan?

cakap senanglar...bagi orang yang mengalaminya? susah sebenarnya kan?

bercakap tentang kehidupan.... aku banyak melihat dan observe keadaan sekeliling. kalau kita rasa kita lah yang paling susah dalam dunia, paling bermasalah ataupun paling teraniaya..sebenarnya tanggapan kita SALAH.

masih lagi ramai diluar sana yang hidup merempat...hidup bergelumang dengan dosa, stress dan berjuang untk meneruskan kehidupan.

kesimpulannya..tak perlu lah kita bersedih dan terus menangisi nasib hidp tanpa kita perlu berusaha.
kita masih ada ALLAh tempat untuk kita mengadu dan memohon segala pertolongan.
dan YAKINLAH tuhan itu selalu menolong kita.

3 Januari 2011

the ending of 2010


Alhamdulillah....

1. aku bersyukur kerana sampai hari ini aku masih lagi bernafas dibumi Allah.
2. aku bersyukur kerana sampai hari ini aku masih lagi bergelar isteri kepada denver. moga2 kekal untuk selamanya. amin...
3. aku bersyukur kerana bebe dalam perutku sihat walafiat, aktif kicking dalam perut mummy.
4.a ku bersyukur kerana masih lagi mampu pergi kerja balik memasak, hari minggu mengemas rumah..sediakan makan pakai denver.
5. aku bersyukur kerana abah dan ibu masih lagi sihat walafiat..masih larat datang ke kl melawat kami adik beradik.
6. aku bersyukur kerana ayah dan mummy denver juga masih sihat..dan boleh lagi menjenguk kami di kl.
7. aku bersyukur kerana denver masih lagi mencintai aku seperti dolu2, walaupun kini potongan badan dah tak santek macam dulu..dan emosi selalu je tidak stabil.
8. aku bersyukur kerana masih lagi bekerja di tempat yang sama walaupun sudah bertukar department dan juga bos.
9. aku bersyukur kerana Allah anugrahkan aku kekuatan untuk hadapi semua dugaan yang diberikan olehnya.
10. aku bersyukur kerana ada adik2 yang baik, yang sentiasa manja dengan aku dan yang pasti selalu ambil berat antara satu sama lain.

lesimpulannya aku bersyukur kepadaMU Ya Allah dengan segala anugrah dan nikmat yang kau berikan pada hambamu ini.

Alhamdulillah....

22 Disember 2010

kahwin lambat dan terus mengandung


1. sebelum kahwin dulu, aku dah plan..erm..nak terus dapat anak lepas kahwin...tapi bil adah kahwin rasanya patut ambil masa dulu dan bukan terus pregnant.
2. tapi rezeki kita tak tahu... semuanya dari Allah..dengan keadaan kami yang masih tidak2 stabil...kami berdua dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga.
3. maha besar Allah.... kami berdua terima hadiah ini dengan hati yang gembira.
4. keadaan ekonomi kami sangat tidak stabil.. tapi kami akan cuba untuk berikan yang terbaik buat bebe kami. itu janji aku dan denver. 
5. walau apa pun denver sudah sedikit berubah..dari seorang kaki lepak kini sudah betah duduk rumah dengan aku..dari suka order makanan kini sudah mampu masak nasi sendiri dan yang terbaru sudah boleh buat gulai masak lemak cili api....dari suka lambak kain kini sudah pandai lipat kain wlaupun rupanya tak macam lipat pun. alhamdulillah...aku bersyukur....
6. cuma ada lagi beberapa perkara yang aku mahu denver berubah...kena rajin cari duit lagi..sebab lepas ni kami hidup bertiga... banyak duit nak pakai....aku rasa dia tahu...tapi aku cuma risau..risau sekiranya dia tak mampu nak tanggung aku dan bebe. oh..ya Allah....bantulah kami...
7. kami tak ada rumah lagi.... masih lagi berkongsi dengan adik aku..plannya kami nak ada rumah sendiri..dan tak perlu lagi share dengan adik aku. entahlar..... masalah juga nak cari rumah..susah nak cari yang berkenan dihati macam aku duduk sekarang.....
8. dalam kepala aku ada macam2 perkara yang aku fikir...kadang2 rasa tak mampu nak menangung lagi.... sudahnya iar mata jadi peneman. tapi aku tahu setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah maha mengetahui segalanya....
9. kerja ? erm..ikhlas cakap aku dah ada tak de passion macam dulu lagi.... dengan kesihatan yang selalu on off sekarang...kena gerak sana sini...penat sebenarnya..kadang2 tak cukup masa.... rasa macam nak apply kerja lain..kerja teruk tapi gaji tak naik2..... sedih... bonus? rasanya tahun ni xde bonus kot...
10. maybe rezeki bebe..mana tau tahun depan naik gaji..tak naik pangkat pun xpe..janji gaji naik.... hehehe... tapi aku dah plan nak cari kerja lain....macam ni lar kalau kerja swasta...tak secure pun kan? walaupun dah status permanent tapi kalau orang tak nak dah kita kena sack out juga kan? bak aku prepare awal2
11. masa awal2 pregnant dulu aku selalu moody n asyik menangis je..emosi dan hormon terlebih kan..tapi sekarang aku lebih tenang dan ceria..alhamdulillah..denver juga banyak support aku. syukur....mungkin itu salah satu hikmah dapat bebe awal. pengikat kaseh kami berdua.
12. kami kahwin dah lambat...masing2 dah nak cecah 30...so memang sepatutnya aku terus mengandung. kalau tak kesian anak kami nanti....kami dah tua tp dorang kecil lagi. 
13. jangan risau sape yang tak dapat anak lagi...teruskan usaha...nasihat aku korang perlu bersedia dari segi men tal dan fizikal. macam aku bgtau....akan berlaku perubahan besar bila kita dah mengandung.
14. aku juga risau kalau lepas ni aku tak dapat turunkan berat badan....awal kehamilan kita susah nak terima perubahan fizikal yang berlaku kepada kita. macam aku..siap kena tukar saiz bra...bukan saja kain baju. huhuhu..... dan ini menyedarkan aku bahawa susahnya ibu masa mengadungkan aku dulu. huk4..tapi bila dah besar....pandai melawan..... serius perasaan menjadi ibu membuatkan aku rasa sayang2 gile2 kat ibu. kasihnya ibu..huhuhuu....
15. walau apu pun dugaan yang mendatang..kami berdua pasti dapt harunginya.  insyaallah...bebe mummy dah lapar...minta makan lagi.....
16. last but not least..inilah rupa baru aku setelah 6 bulan berlalu... hehehe




9 Disember 2010

air mata


dewasa ini air mata aku begitu murah
senang sungguh keluar...walau tiada yang membeli
kerana hati aku
mudah sangat terguris
dengan sesiapa saja
lebih lagi dengan denver
huhuhu....
maaf...
air mata ini memang murah
masih laju mengalir dipipi



26 November 2010

mencari cinta


1. tiba-tiba saja hati tergerak untuk melihat semula gambar kahwin kami dulu. setelah hampir 6 bulan menjadi isteri denver dan kini sudah 5 bulan mengandungkan benih cinta kami, rupanya banyak kenangan kami berdua yang sudah aku lupa.

2. belek2 semula entry yang aku karang untuknya. hehehe :) terasa malu sendiri. jiwang jugak aku ni ye. dan aku rasa sampai hari ni denver tak baca kot blog aku ni. walaupun dia tahu aku ada blog.

3. kondisi aku sekarang, alhamdulillah semakin stabil walaupun perut kian memboyot. tak sabar rasanya menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami.

4. sekarang mood aku tengah rajin masak. hari2 kalau boleh nak masak macam2 kat denver. makan tak banyak pun sebab perut dah tak muat. cuma aku kerap makan je lar.

5. aku berazam untuk selalu update blog dan juga rajin2 snap gambar n tampal kat entry. sebenarnya nak reveal fizikal baru aku sekarang. makin gemuk dowh....... hehehhe :)




adios,

20 November 2010

kenapa masih ada orang yang sibuk menjaga hal orang ye


bila dah bersuami aku faham apa maknanya hidup berdua
tak boleh nak expect setiap hari akan rasa seronok
tak boleh juga expect setiap hari kau akan bergaduh
sebab kita tidak tahu bagaimana bermulanya hari esok
tapi apa pun kita boleh berusaha untuk menjadikan setiap hari itu hari yang terbaik

kadang2 aku rasa aku kenal dan faham denver
banyk juga kadang-kadang aku rasa aku tak tak kenal dan tak faham denver
time ni memang akan buat aku rasa down gila
tambahan lagi dengan keadaan sekarang tengah berbadan dua

pernah sekali aku publishkan sesuatu kat facebook
ramai juga yang komen ..concern pasal kenapa aku publish macam tu
yes..for all my best friend aku appreciate akan concern kamu semua
aku tahu kamu semua ambil berat pasal aku
dan bila kita mula menceritakan masalah kita pada orang lain maksud aku kawan baik
serius...ia akan mngeratkan lagi hubungan antara satu sama lain

dan ada juga perkara yang buat aku rasa sangat annoying
tapi mungkon juga niat dia baik
aku tak pernah kenal dia
tapi dia boleh desak aku supaya menceritakan masalah aku kepadanya
hell no
tak mungkin...
aku tak kenal kau
tanpa segan silu
" kalau ada masalah, boleh kongsi dengan saya "

apakah dia sudah kehabisan masalah sehingga sanggup mencari masalah orang lain untuk diselesaikan?
pelik2....

maybe entry ini comeback sebab aku dah lama tak menulis secara serius..
doakan yang terbaik untuk aku, baby dan uga denver

adios,

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez