Memaparkan catatan dengan label happy birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label happy birthday. Papar semua catatan

4 Mac 2011

mummy yang kalut


1. hahhaa kelakar..... sangatlah gelabah dan terlebih excited... mahu belikan hadiah birthday untuk denver weekend lepas.

2. sanggup aku offer diri nak keluar jalan sorang2 kat jusco maluri ....nak beli barang bebe yang tak cukup. nasib baik dekat dengan rumah..xde lar denver kisah sangat.

3. hmm..... sebab aku pernah 2 kali berturt beli kad yang sama untk denver, kali ni lihan aku dan bebe adalah color baby blue. sungguh sweet.... tanpa membaca kad tersebut terus aku rembat dan bayar kat kaunter.
yelah..kaki dah lenguh..mana boleh jalan lama2 sekarang ni.

4. hadiah bebe dan mummy decide beli..hik hik hik ..rahsia....denver je yang tahu...

5. sampai rumah..terus aku penakan puisi yang sama aku publishkan kat blog...tambahkan sikit lagi perisa..hik hik hik..

6. then..bila dah siap..nak masukkan dalam envelope...baru aku perasan kad tersebut bertajuk :

Happy Anniversary my Husband

7. adeh..meroyan sekejap......

8. then... dengan muka tak malu ..pergi ngadap denver... 
"b happy birthday..sorry yang silap beli kad.."  hik hik hik sambil buat muka kesian n peluk denver...

9. dalam hati aku kutuk diri sendiri..ape lar,....benda kecik pun boleh salah....

23 Februari 2011

dedicate to my denver


sayangku denver....
pada hari ini genaplah 9 bulan 1 minggu 2 hari
kita bergelar suami isteri
yang mana pastinya

disetiap hari memenuhi 9 bulan 1 minggu 2 hari itu
pelbagai rasa kita lalui kan?
ada masanya kita bergembira, bercanda riang 
banyak masanya aku menangis kerana kamu
kerana hati isteri kamu ini sangat rapuh
mudah terguris denga kamu

dan ada perkara yang kamu buat itu kecil
tapi bg aku sangat besar
setiap kali kamu mandi
kamu pastikan air penuh sebaldi
untuk apa?
kerana kamu tahu
isteri kamu ini selalu bangun malam sejak mengandung

dan kamu betah didapur bersama aku sekarang
memasak bersama
baju juga kamu basuh dan jemurkan
aku terharu dengan kamu sayang
lagi....
kamu korbankan segala wang ringgit demi aku
kerana sekarang aku sering sakit
sejak mengandungkan buah hati cinta kita
memang tahun pertama perkahwinan kita
tidak seindah orang lain
banyak sangat dugaan yang perlu kita tempuhi
tapi kamu setiap hari
mengukir janji indah pada aku

bilang kamu
" yang, bg saya tempoh setahun saja "
dan setiap kali kamu janjikan manis2 pada aku
aku hanya mampu tersenyum
moga Allah mendengar rintihan kamu dan menunaikan permintaanmu itu


aku sebagai isterimu
aku terus setia disisi kamu
walau apa pun yang berlaku dan akan berlaku
keran aku tahu
kamu adalah pelengkap untuk hidup aku

dan aku akan cuba berjuang sekuat mungkin
demi pengikat kasih dalam perut ini
agar ia lahir pada masanya dan sempurna
moga kurniaan zuriat ini
menambahkan lagi cintamu pada isterimu ini

sayangku denver
kau tidak romantis seperti pria yang lain
tapi aku terima kamu seadanya
kerana aku tau..kamu juga cintakan aku seperti mana aku cintakan kamu

sempena ulang tahun kelahiran kamu kali ini
aku isterimu..sahabatmu..pendampingmu...
mengucapkan..
selamat hari jadi suami ku




Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez