Memaparkan catatan dengan label pregnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pregnancy. Papar semua catatan

2 April 2011

induce it is....


rasa contraction..tiap kali dia dtang rasa sangat sakit..tapikan sekejap-sekejap saja. FALSE CONTRACTION

disebabkan masalah bleeding masa 7 bulan dulu, aku perlu jumpa pakar gyne sebulan sekali sekurang-kurangnya hinggalah kandungan aku berusia 9 bulan.

ekoran dari itu doc cakap aku tak boleh post date. means that EDD aku pada 3/4/2010 tp aku kena deliver before the date. tp sampai sekarang aku tak rasa nak deliver pun..setakat contraction tu ..ada lar..tp semua main-main je. bukan real contraction....  SO esok aku kena pergi check in kat tempat yang sama masa aku bleeding dulu. kena buat VE dan sebagainya. tapi yang confirm..esok kena induce...

seram sejuk..kecut perut..aku dah tak tenang nak tidur dah.... TAKUT.... huhuhu....
DOC pun satu..biar je la bebe nak stay lama-lama dalam perut aku. aku larat lagi nak carry belly aku ni. xde masalah pun. imam syafie stay dalam perut ibu dia selama 18 bulan. keluar-keluar jadi orang beriman plak tu. xde masalah pun.

so.. readers...by default memang aku confirm deliver tomorrow..if induce tak jalan...operate is the second choice. wish me luck......

regards,
nikuze

30 Mac 2011

nak jaga orang baru


" b, bila bebe nak tubik( keluar ) ni? rusim yang..yang xse masuk wad doh.... "

usai solat magrib. ...aku meluahkan rasa pada denver.

" jange rusim eh..31 hb dok pun 1 hb ni confirm bebe tubik...saya taula.... "

denver menjawab penuh confident sambil tersengih gedik eksited... dalam hati aku..macam ni ke perangai bakal papa ? ish..ish sih....

" saya start cuti 1hb ni...nak tunggu bebe.... xsabar nak tengok dia "




hmm..terharu aku dengar..ingatkan dia tak de plan untuk aku n bebe...

terima kasih denver

28 Mac 2011

9 bulan menikmatinya


1. hidup ini merupakan satu titik dimana dari titik itukita akan bertemu dengan titik titik yang lain dimana pada kesudahannya akan membentuk satu pola kehidupan. hebat bukan kehidupan kita sebagai homo sapien?

2. salah satu nikmat kehidupan adalah :tuhan telah berikan pada seorang perempuan  merasai pengalaman mengandung selama 9 bulan.

3. sementara menghitung sisa-sisa hari yang hanya tinggal 5 hari saja lagi sebelum perut akumengecil kembali, membuatkan aku tersedar..seharusnya aku patut bersykr dengan nikmat ini. rasa sangat sedih pula bila selepas ini bila bayangkan perut ini tidak akan boyot lagi dalam satu selang masa tertentu. mungkin juga selepas jangka masa tertentu aku pasti akan memboyot lagi. insyaallah...

4. selama 9 bulan antara perubahan fizikal yang aku alami adalah :
  • berat badan yang bertambah mendadak..... dagu juga sudah ada kembar ..hehehe - seronok
  • bila masuk 9 bulan perut yang selama ini licin mula merekah dan pecah-pecah..rasa sangat gatal..sebab bebe makin  trun kebawah
  • masuk smebilan bulan juga kaki , tangan dan muka juga sembab
  • setiap 3 minit berjalan pasti akan berhenti...sebab dah tak larat..rasa sangat senak
  • masa awal kehamilan lagi saiz bra perlu ditukar dan sekali lagi akan ditukar selepas bersalin...wahaha membesar dengan jayanya....rindu bra lama yang seksi menggoda
  • mudah panas..kalau boleh nak duduk dalam bathtub je...sebab rasa sangat nyaman kan?
5. perubahan mental dan emosi
  • sangat sensitif
  • mudah merajuk 
  • suka sangat menangis..benda yang tak patut aku menangis pun boleh baut aku menangis
  • pemalas yang sangat teruk...tapi dah dekat due date rajin plak
  • tak suka make up
  • benci bau perfume
  • suka membebel
  • susah gila nak tidur..( cuba tgk entry ini dipublish pada pkul berapa )
6. tapi apa pun banyak nikmat yang aku perolehi secara percuma seperti datang secara pakej bila kita mengandng ni. sama ada kita sedar atau tidak saja. mngkin kamu juga alami perkara ini :
  •  dimanjai, disayangi dan diberi perhatian terlebih dari denver sampai kadang2 aku bisa nangis...huk hk huk
  • boleh manja lebih2 dengan abah n ibu
  • gila rajin mengaji.cakap je surah ape baik untuk bebe..semua balun baca...sebelum ni surah yasin je aku dok hafal...what a bad mummy kan bebe?
  • dulu nak habiskan sekeping roti canai..cukup liat..sekarang..siap curik bahagian denver lagi
  • tak main dah order nasi separuh..nasi biasa okeh..lauk akan jadi luar biasa..hahhaha dan harga akan mahal dari biasa
  • makan tak perlu nak kontrol-kontrol dah..apa yang terlintas dalam kepala rasa nak makan..belasah saja. heaven time...hik hik hik
  • yang ni lagi best..tak perlu nak kontrol perut...memang buncit ada isi...boleh berjalan dengan penh confident lagi okeh... hahhaha yang ni paling aku suka ...
  • bertambah koleksi baju dalam wardrobe... fesyen baru..stail dress kembang2 plak....wahahaha baju mengandung katakan
  • tak perlu dah nak fikir kasut tinggi mana yang padan dengan baju kerja hari ini....plihan yang ada hanyalah sepasang flat shoes croc coklat dan juga sepasang kasut getah merah yang hnay beharga RM 10 di mydin usj. kasut2 lain hilang entah kemana...
  • pergi mana2 pun orang akan bagi prioriti pada kita...baik sungguh rakyat malaysia..terima kasih ye... 
  • boleh bermalas-malas tak payah masak ( beli je kat kedai ), malas basuh baj ( dobi saja ) ...denver rajin je tolong hik hik hik
  • time ni cakap lar ape saja, minta lar ape saja..kalau denver mampu tunaikan even pukul 3 pg dia akan bawa balik air kelapa untuk aku. wahahaha
 7. ada banya k lagi..tapi malas dah nak tulis. apa pun aku bersyukur dengan nikmat tuhan yang satu ini..diberikan aku peluang merasai pengalaman mengandung. terima kasih ya Allah.

8. pada mereka yang masih lagi mencuba...jangan putus asa okeh... teruskan berusaha dan berdoa..insyaallah do kita pasti akan dimakbulkan cba lambat ata cepat sahaja.

9. jika berkesempatan lagi..dan diberikan kesihatan yang baik..insyaallah aku mahu boyot lagi. hehehhe...

nikuze : 5 hari je lagi.... tak sabar nak tengok my little angel..ya Allah permudahkanlah segala urusan kami. amin amin amin ya rabbil alamin

3 Mac 2011

35 weeks check up


1. kesihatan tak begitu baik..was attacked by flu...
2. nak bawak diri pun dah tak larat..berdiri lama2 rasa lenguh kaki..kalau boleh sume benda nak buat secara duduk tak pun baring. hik hik hik... nak drive pergi kerja lagi lar tak larat sgt2....
3. last tuesday pergi check up kat klinik kesihatan. erm..toilet nye sangatla teruk... n aku terpaksa complain kat nurse....nurse cakap aku bukan orang pertama yang complain pasal toilet tu... mereka dah jumpa pengarah pun..tapi peruntukan untuk baiki toilet tak dapat..aish..miskin sangat dah ke kerajaan malaysia ni?
4. ok, berikut result check up aku :
berat : 54 kg - statik tak berubah
tekanan darah : 100/60
tinggi rahim : 36 cm
kedudukan bebe : normal
jantung bebe : -+ 144
urin : normal
HB : 11.3
berat bebe : 2100 kg  ( masa 34 weeks )

5. nurse juga ada bg advise kat aku, antaranya :

@ kena persiapkan mental dan fizikal..starting next week dah mask 36 weeks means the time is come..bebe can anytime deliver
@ siapkan semua keperluan bebe n juga ibu untuk dibawa kehospital
@ masa proses kelahiran, bila faraj sdah terbuka dan bahagian disekelilingnya akan menipis, that time doc akan gunting kat tepi sebelah kanan untuk mengelakkan kita punya faraj dr koyak rabak. eee..ngilu aku dengar... nurse juga minta aku check kat faraj tu ada urat bersimpul warna hijau yang macam kat betis tu ada ke tak. kalau ada..doc takkan gunting kat situ..takut bleeding... hmmm..nak kena buat ni..penting....
@ masa dalam pantang, jgn basuh area bawah tu dgn apa2 brand feminine wash ..cukup dengan air suma dicampur dgn sedikit garam..baru cepat sembuh.

6. sekarang tidur dah tak lena..risau memikirkan proses kelahiran..tapi apa pun aku berserah saja pada Allah. semoga dipermdahkan segala urusan kelahiran bebe dan semoga bebe sihat dan sempurna. amin.....





25 Januari 2011

bleeding


semalam aku g hospital lagi sebab bleeding. tp ikutkan yang sebenar memang aku bleeding selang sehari. entahlar..risau..xtau apa yang kena dengan aku ni. ke sebab mengandung lambat eh?
Masa nak g hospital..aku dan denver dah siap kemas baju n barang2 aku. mana tau takut kena admitted lagi.yang kelakar denver pun kemas baju jugak..sebab bila aku xde rumah dia akan pergi merempat tidur rumah kawan bujang dia.... ye lar sakng aku duduk ngn adik aku kan. selalunye macam tu lar.


kul 3 ptg aku sampai kat hospital ampang..terus hantar aku ke dewan bersalin. seperti biasa aku masuk dalam PAC room. kat sana doc diagnose aku. again.. aku kena jolok ngn doc, tapi kali ni doc perempuan..indian doc..ok lar...xde segan sangat. hmm..sakit tetap sakit..ikutkan hati xmau dah..tp fikirkan takut apa2 jadi kat bebe tahan jorla...

hmm....rupanya ..doc lelaki yang dulu ada lagi...dia cek aku lagi sekali..again..terpaksa tahan sakit...tp doc ni buat lagi sakit..waaaa.... xmau dah... moment yang xleh lupa..tiap kali aku discan..huhuhu terlupa rasa sakit tadi bila lihat my bebe aktif dalam tummy tu...macam dah confirm jer jantina bebe aku nih...tiap kali scan meamng nampak je.... xkisah janji bebe aku sihat

bila semua orang dah puas hati dengan kondisi aku..lega...xpayah admitted... if bleeding lagi kena datang... syukur....

hmm..moga2 ni the last aku datang hospital sebab bleeding... kalau datang pun sebab nak bersalin dah... amin3

12 Januari 2011

2nd time Admitted


1. pengalaman kali kedua masuk hospital sangat menyakitkan..rasanya aku dah serik masuk hospital.

2. kali ini, bukan lagi sebab cirit birit ke, demam ke apa..tapi disebabkan aku mengalami bleeding yang agak teruk juga.

3. hmm... nak kata aku buat kerja lasak xde pun...cuma aku ada bilas 3 helai towel manually n rendam dalam softlan. itu pun boleh dikira kerja lasak ke?

4. kejadian ni berlaku jumaat lepas 7/01/11 kul 10 mlm. nasib baik denver segera hantar aku ke hospital. terus aku dihantar ke bilik bersalin. walaupun bleeding, aku tak rasa sakit, cuma bebe tak gerak masa bleeding tu. memang aku menangis sakan. Aku tak mahu kehilangan bebe aku. Dia pengikat kasih kami.

5. sementara menunggu doktor check kondisi aku...dalam bilik bersalin tu ada doa untuk memudahkan bersalin. dalam diam..aku baca doa tu berulang kali...minta dengan tuhan..selamatkan bebe aku. time tu rasa down gila..aku menangis je. lagi-lagi denver xboleh teman aku kat dalam bilik tu.

6. doc datang cek kat bahagian bawah..nak tgk bleeding dari mana samaada dr aku punya rahim or dari bebe. sakit beb....sakit gile kena cek... dah lar dua2 doc lelaki. malu xyah nak cakap lar. tp demi bebe...hmm tahan sajo..... lepas dah check ..doc scan bebe plak. alhamdulillah bebe ok.

7. aku tanya lar doc... ape kena dengan aku ni. hmm...doc cakap darah yang keluar tu macam tanda2 nak bersalin. OMG...padahal masa tu bebe aku baru 28 w 0 d. ngam2 7 bulan saja. berat bebe pun baru cecah 945g xsamapai 1 kg pun lg.

8. 2 pagi aku dihantr kewad bersalin. doc nak observe kalau berlaku pendarahan lagi. hmm denver xleh jaga aku kat hospital. ni kan gov. lainla skit peraturan dia. aku pandang denver sayu..sambil nangis...tak mahu ape2 jadi kat bebe. susah payah aku kandung...tak mungkin aku dapt teriam kalau aku hilang dia..ya allah...

9. denver balik rumah... kemaskan barang aku untuk aku tinggal kat wad bersalin dengan amannya. huhuhu..malam pertama xboleh tidur..dok dengar orang merintih sakit nak bersalin n tengok mereka di tolak ke labour room. takutnye.....

10. 3 hari doc pantau aku. dari drah merah sehingga keluar darah warna coklat. akhirnya isnin petang aku discharge. alhamdulillah...

11. semasa kat sana tiap2 hari aku kena scan dan heart bit bebe diambil alhmadulillah bebe ok sangat2. masih aktif kicking tummy aku.

12. dapat cuti sampai selasa. tapi balik rumah bleeding lagi. sikit....

13. RABU pergi kerja...kali ni tak drive dah. denver yang hantar.

14. KHAMIS... bleeding lagi... keluar waktu subuh....... sekali je..lepastu tak keluar dah

15. JUMAAT bleeding lagi..banyak... keluar waktu subuh..terpaksa MC... tak pergi keje dah. rehat kat rumah...petang bleeding lagi.... aku standby je..kalau bleeding sampai malam..baru nak g hospital....

16. SABTU....bangun subuh tadi..lega sebab tak bleeding..alih2 kul 9 tadi bleeding balik. warna coklat je.... huhuhuhu

17. boleh dikatakan tiap2 hari aku bleeding. kenapa tak g hospital? hukhukhuk aku serik kena jolok tangan dengan doc kat bawah tu. sakit wo.... hmm...kalau bleeding teruk aku pergi jugak... buat masa sekarang..bebe ok je. aktif kicking my tummy.

18. nak kata aku lasak..sejak aku keluar hospital sampai hari ni..aku tak pernah lg drive keta. tak pergi mana pun dok rumah. masak pun denver tolong2 aku just instruct je kat dia ape kena buat. alhamdulillah....denver memahami...

19. aku tak tahu..ape kena dengan aku ni. ibu aku cakap sebab aku kecik..so bila bebe nak membesar... memang akan bleeding skit...perut kecik..huhuhu

20. adik aku plak merangkap biz partner aka nursing student plak cakap...masa aku mengandung dulu..berat badan tak cecah 50kg..means badan aku tak ready untuk terima beban. dan bleeding adalah salah satu komplikasi yang aku terima.

21. Ya Allah selamatkanlah bebe kami. aku mahu lahirkan dia dengan normal dan cukup bulan. izinkan aku kandungkan bebe ini sehingga 9 bulan. amin....

20 Disember 2010

24 minggu


sekejap je masa berlalu
tak rasa bebe dah 24 minggu kat dalam perut mummy

awal mengandung
aku terkejut plus eksited sebab baru je sebulan kahwin dah pregnant
lagi stress bila dalam masa yang sama baru je nak kenal denverak
orang keliling juga dok mengata
" awalnye ko pregnant..tak plan ke? "
" ko tak rasa awal sangat ke ?"
" uish..suburnya ko laki bini "
" rugi pregnant awal...tak sempat nak honeymoon pun "

banyak yang negatif dari positifer
sebab tu pada awal dulu terdetik juga
kadang2 rasa tak mau bebe dalam perut ni

bad mummy...
tp itu dulu...sekarang aku dah tak sabar nak menunggu bebe keluar
tiap kali bebe kicking, rasa sangat terharu
kadang2 nampak kat perut mummy bebe kicking...
denver juga eksited ....
tiap2 hari usap perut mummy..bercakap dengna bebe

mummy..
baju kurung dah tak leh pakai pergi kerja
dah sendat
selalu penat2 n mengeluh lenguh kaki
penyakit terbaru
dah rasa sakit pinggang
bila mau tidur malam...
wajib denver urutkan kaki
kalau tak konfim tak dapt tidur
tidur pun tak lena
bebe sangat aktif dalam perut mummy
mummy tidur pun masih kicking lagi

even sekarang tengah dok menaip...
bebe dok kicking my tummy
maybe dia tahu..mummy dok cerita pasal dia

ya Allah
moga bebe dalam perutku ini sihat walafiat...
amin....

maybe dia t

10 Ogos 2010

suppliment




lately ni dah merasa morning sickness macam mana. tapi kita kena kuat tau. benda ni macam psiko gak. jangan dok layan sangat perasaan tu. kadangla aku rasa nak muntah..tapi sebenrnya tak pun.

rasa sangat malas nak bergerak..kalau boleh nak rehat je. denver selalu pesan kat aku, " yang, kena kuat, kena rajin2 buat kerja nanti baby pun jadi malas gak "

hahhaa :) .. semalam denver belikan aku susu anmum materna. aku kena minum 2x sehari morning and night.
kami sangat teruja nak tunggu orang ketiga.

so mulai hari ini , tiap2 pagi aku kena ambik folid acid, pil tahan muntah dan juga segelan anmum.
gerenti..aku akan gemuk. aku percaya....

9 Ogos 2010

Langkah pertama


what we should do, once u are positive pregnant?

im happy to share with u all, since this is my 1st time also.
according to my sis ( she is a nurse ok ) and also my doctor roshan

1. go to klinik kesihatan ( government ) for registration and then u will get a pink book. buku ini adalah buku perkembangan bayi anda dan juga anda.
2. tapi untuk peddaftaran kat klinik kesihatan kamu mesti wajib bawa, surat nikah/kad nikah kamu dan  bil air terkini ( untuk alamat tetap ).
3. jangan main2 benda ni penting tau.
4. aklau nak buat check up kat private hospital pun boleh...tapi adik aku advise kita buat kat klinik kesihatan ibu mengandung kerana mereka juga ada speciality. kalau ada apa2 maalah senang nak refer.


 *** itu saja untuk tips hari ini. aku pun tak pergi register lagi sebab aku xde surat nikah. hahhahaa...surat nikah kat kampung. tunggu my mom post this week.

tanda -tanda awal


lately ni aku perasan, macam ada yang tak kena dengan diri aku, antaranya :

1. kuat merajuk dan sangat mengada-ngada
2. kerap lapar... sampaikan setiap kul 2 pagi aku dan denver akan pergi makan nasi kat kg baru tak pun denver akan masakkan makanan untuk aku. mesti heavy meal..biskut aku tak layan eh...
3. rasa loya, pening n nak muntah setiap masa
4. sakit belakang kalau drive pergi kerja..yang ni sangat2 perit
5. period lambat, breast bengkak

*** aku tak perasan pun itu tanda2 awal kehamilan since my period schedule tak pernah sama every month. tapi gerak hati aku katakan there is something wring with me... till i insist denver to take me to see  the doctor.


*** first time doctor tell me the news...u know...denver macam tak percaya. dia cakap aku mengada-ngada.
hahahhaa actually i pun tak percaya juga. we were just married for 3 months. tapi dah rezeki kan.... aku terima dengan sangat gembira. lagipun aku kahwin lambat..dah tua dah..risau takut ada risiko pregnant 30s. hmmm denver sangat gembira, terus dia call my mother in law. hehhehee

alhamdulillah..terima kasih allah. moga dengan kehadiran orang ketiga antara kami akan mengeratkan lagi hubungna kasih sayang between us.

amin.....

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez