20 November 2010

kenapa masih ada orang yang sibuk menjaga hal orang ye


bila dah bersuami aku faham apa maknanya hidup berdua
tak boleh nak expect setiap hari akan rasa seronok
tak boleh juga expect setiap hari kau akan bergaduh
sebab kita tidak tahu bagaimana bermulanya hari esok
tapi apa pun kita boleh berusaha untuk menjadikan setiap hari itu hari yang terbaik

kadang2 aku rasa aku kenal dan faham denver
banyk juga kadang-kadang aku rasa aku tak tak kenal dan tak faham denver
time ni memang akan buat aku rasa down gila
tambahan lagi dengan keadaan sekarang tengah berbadan dua

pernah sekali aku publishkan sesuatu kat facebook
ramai juga yang komen ..concern pasal kenapa aku publish macam tu
yes..for all my best friend aku appreciate akan concern kamu semua
aku tahu kamu semua ambil berat pasal aku
dan bila kita mula menceritakan masalah kita pada orang lain maksud aku kawan baik
serius...ia akan mngeratkan lagi hubungan antara satu sama lain

dan ada juga perkara yang buat aku rasa sangat annoying
tapi mungkon juga niat dia baik
aku tak pernah kenal dia
tapi dia boleh desak aku supaya menceritakan masalah aku kepadanya
hell no
tak mungkin...
aku tak kenal kau
tanpa segan silu
" kalau ada masalah, boleh kongsi dengan saya "

apakah dia sudah kehabisan masalah sehingga sanggup mencari masalah orang lain untuk diselesaikan?
pelik2....

maybe entry ini comeback sebab aku dah lama tak menulis secara serius..
doakan yang terbaik untuk aku, baby dan uga denver

adios,

16 November 2010

sin chan oh sin chan


sin chan bersama ayah dan ibu telah pergi ke hospital menemani ubunya yang demam
semasa di kaunter pendaftaran, seorang jururawat telah bertanya kepadanya .

jururawat : siapa kamu?
sin chan :  saya adalah hasil percintaan antara mereka berdua. ( sin chan menuding ke arah kedua ibubapanya )

hahhahaha :)

24 Oktober 2010

Pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat,pesan pasa hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa,tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah....


mari bercerita cinta


'
cinta itu banyak rasa
cinta itu banyak maksudnya

tapi yang paling menyakitkan adalah patah hati, kecewa, makan hati
wahai hati..susahnya mahu kupujuk hati yang sedang kecewa
betul kata orang cinta pada seseorang itu adalah subjektif
kadang-kadang orang cakap
" saya tak kisah, kekayaan boleh dicari tapi cinta susah dicari "
ada juga yang realistisk
" cinta dan keberadaan, dua-dua sama penting, kerana tanpa material susah untuk realisasikan cinta "

dan bila cinta berdepan dengan konflik
kepada siapa kau harus mengadu?
yang mana kau boleh luahkan segalanya tanpa segan silu?
sipa lagi yang Maha Mengetahui dan Maha Pendengar?
seelok-eloknya kau sujud kepadaNya
keran dengan izinNya kau bercinta dengan manusia itu bukan?

hati yang remuk
hati yang kecewa
hanya oada tuhan kita berserah segalanya
pesan aku

sabarlah.... tuhan sentiasa bersama orang-orang yang sabar
dan menagislah setiap kali kau sujud kepadaNya
kerana sesungguhnya
DIA maha mengetahui
setiap yang berlaku itu adalah dengan izinNya

6 Oktober 2010

perlukan rumah sewa


salam semua,

aku sekarang sedang mencari RUMAH untuk diSEWA.
bajet dalam 500-700 sebulan
rumah TERES atau APARTMENT
area : USJ, SUBANG AIRPORT, PUTRA HEIGHT


sila tinggalkan komen, sekiranya anda ada rumah untuk disewa.

sekian, terima kasih.

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez