22 September 2010

kata seorang isteri


bergelar seorang isteri pada seorang suami
banyak cabaran, dugaan yang perlu kita tempuhi
hanya sabar ubat yang paling mujarab

tapi rapuhnya seorang isteri
bila dilanda musibah, air mata laju dipipi
aku juga begitu
mudah takut dan mengalah untuk mencuba

tapi bila aku fikirkan balik
bukankah seorang isteri itu patut memberi sokongan pada suami
memberi inspirasi dan dorongan buat si suami
jatuh suami isteri perlu jadi penyandarnya..agar tidak terus tersungkur bukan?

setiap yang berlaku itu adalah ketetapan dari ALLAH
kita sebagai hambanya, sepatutnya akur dan pasrah dengan segala ketentuanNYA

aku alpa

khilafnya aku sebagai si isteri

kedudukan sang isteri adalah disisi suaminya
jatuh bangun seorang suami, isterilah penyebabnya

agungnya siti khadijah, setia di sisi Rasullah s.a.w berkongsi jatuh dan bangun dalam menyebarkan ISLAM

aku juga kepingin menjadi siti khadijah.....

17 September 2010

makan muntah..makan muntah....boleh kurus kan?


simpton orang mengandung yang beralahan macam aku macam ni lar..
masuk makanan jer muntah ....
tapi nafsu besar..nak makan macam-macam...
pantang nampak...pantang orang bercerita ...mula lar buat muka kesian kat denver....
nasib baik denver suka melayan... layan jer bini dia nak makan ape...
kalau makan habis tak pe jugak....  alih2 dia lar tukang habiskan makanan aku...
hehehhe kesian denver..

masa balik kampung raya... ibu pesan kat aku
' jangan mengada-ngada sangat...nanti suami tak suka '
erm.. nak buat macam mana dah selera macam tu...
sebelum ni xde lar sangat macam tu....

tapi ada perkara yang memusykilkan aku
patutnya bila asyik muntah je...
badan aku makin slim...
ini tak..makin bulat je aku tengok...
masa bila badan aku serat zat makanan aku tak tau...

hmmm..
perut tak nampak pun lagi..tapi badan dah makin berisi
memang orang mengandung macam ni kot...
xpe2..dah bersalin nanti aku slim balik...

demi baby mummy sanggup jadi bulat, janji baby sihat dalam perut mummy.....

selamat hari raya


salam semua,

sudah lama tak update blog
maaf aku tak berkesempatan
ditambah lagi dengan kesihatan yang kurang memberansangkan
dan juga simpton malas yang melampau

berkesempatan ini aku dan denver
ingin mengucapkan
selamat hari raya kepada semua umat islam di dunia
moga kita mendapat keberkatan dah kerahmatan di bulan yang mulia ini
amin....

24 Ogos 2010

keluar darah


last 2 days masa aku nak mandi aku perasan ada keluar lendir bewarna merah.
aku ingat pesan doktor, kalau ada tompok2 darah segera datang klinik.

ya allah masa tu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku
aku sayngkan baby dalam kandungan aku
jangan kau ambil dia dari kami ya allah....

siap mandi aku terus dapatkan denver 
yang mampu keluar dari mulut aku hanyalah 
" yang nak baby yang "

aku menangis terkedu-kedu
ambil tangan usap perut aku yang masih lagi belum kelihatan

denver teru ajak aku pergi ke klinik
sepanjang jalan aku masih menangis
denver yang tadi berlagak cool tiba2 bersuara

" ado plok tiok, doala banyak2 , mitok nge tuhan tu "
" usap perut yang tu, pesan ko baby kito...biar dia pegang rahim yang kuat2"

ada bening dimata denver ...
aku tahu dia juga mengharapkan baby kami sihat

bila sampai klinik...
aku bercerita apa yang berlaku
erm... doktor just minta aku balik berehat saja
jangan terlalu banyak bergerak...banyakkan berbaring

menurut doktor, mungkin sebab aku terlalu lasak
mana taknya, rumah aku kat pandan perdana opis kat subang jaya
hari2 pergi kerja drive sendiri
balik rumah aku masak plak untuk denver

mungkin juga rahim aku tak kuat....
benda ni depends pada orang..setengah orang xpe
kandungan pertama kita boleh tahu keadaan kita macam mana
boleh buat preparation untuk anak seterusnya

kalau ada rezeki, baby ni akan selamat
kalau tuhan nak ambil juga, doktor cakap dalam 2, 3 hari darah akan keluar tak berhenti sampilah keluar darah berketul2
subnallah..nauzubillah....

aku ambik mc 2 hari
rehat kat rumah
betul2 rehat
kesian denver..makan pakai dia tak terurus sekarang
alhamdullillah..dia tak kesah...

dan sampai hari ni..bleeding tu dah tak de lagi....
syukur alhamdulillah...
dah lapan minggu baby kat dalam perut ni

" babby, mummy sayang baby..jangan tinggalkan mummy "


20 Ogos 2010

pedih ulu hati


1. salah satu lagi simpton orang mengandung. pedih ulu hati. sakitnya tuhan saja yang tau
2. macam aku lagi lar susah nak control. kalau makan banyak akan rasa kembong...sesak.... makan sikit..akan pedih ulu hati. uwaa..bayangkanlah...
3. sekarang..aku tengah cari formula sukatan makanan yang perlu aku buat.... tak jumpa2 lagi..tapi masih lagi berusaha...
4. minum air masak aku rasa payau sangat....tak boleh nak minum...
5. anmum pun dah rasa tak syedap sekarang...
6. yang confirm lepas makan aku mesti muntah...

aku advise kat korang yang alami sperti aku ni..selalu pergi jumpa doctor..jangan sembarangan makan ubat eh.

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez