13 Disember 2010

sotong masak lemak cili api


1. keluar je dari hospital..aku dah gatal tangan nak masak. padahal awal2 lagi ibu dah pesan..rehat..jangan lasak sangat.
2. tak boleh..memang dari belajar lagi aku suka sangat masak..... sebab tu pointer aku tak cemerlang..banyak masa buat praktikal kat dapur rumah sewa...
3. jom tengok bahan2 yang aku guna untuk masak. maybe same dengan kamu..maybe tak..boleh kita tukar2 idea kan?

bahan2
sotong  - 15 ekor
santan - 1/3 kilo
bawang merah kecil - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 1/2 inci
kunyit segar - 1/2 inci
udang kering - 2 sudu besar/ agak2 saja
daun limau purut - 2/3 helai
daun kunyit - 1 helai
serai - 2 batang
cili api - ikut suka

cara2
1. bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili api dikisar halus
2. masukkan bahan2 yang dikisar kedalam periuk, masukkan santan, serai dititik, daun kunyit dicarik-carik, dan juga daun liamu purut. masukkan sedikit air, depends pada kita nak pekat mana.
3. biarkan mendidih seketika..perlu dikacau selalu untuk elakkan kuah tadi jadi berbiji-biji dan meruap.
4. bila mendidih masukkan sotong.
5. masak sehingga sotong empuk. boleh masukkan perasa dan asam keping secukup rasa.


dah siap pun resipi sotong masak lemak cili api. senang saje. kan?
nak tengok rupa? sorry aku jarang snap bila masak....hehehe....

food poisoning atau diarrhea? nak senang cirit birit sudah.. hahahhaha


1.menceritakan pengalam terdampar di dalam wad, satu kisah yang cukup bermakna buat aku.
2. apa tidaknya, seumur hidup aku itulah kali pertama aku masuk wad, dan terlantar tak bermaya.
3. gara-gara makan bihun celup....aku diserang keracuann makanan..ala bahasa senangnya aku cirit birit.
4. teruk..asyik ulang alik masuk tandas je... awal2 aku dah pergi klinik dapatkan ubat.... bila makan jeubat doc bagi...alahai allergic lar plak. badan aku memberi respon dengan mengeluarkan ruam2 merah seluruh badan.
5. tapi kan...ada hati lagi nak juga teruskan perjalanan..konon2 mahu singgah kat kuantan. hmm....sepanjang jalan aku terkulai kat seat kereta. denver bawak kereta n sembang sorang2. nasib lar..bini dia dah tak larat sangat. kejap2 minta berenti cari toilet.... huhuhu sadis percutian aku kali ni...
6. maybe denver pun nampak aku tak bermaya sangat dah..sampai kat paka..denver bawa aku pergi klinik lagi.... doc risau juga takut ape2 jadi kat baby memandangkan aku dah betul2 dehydrated. iyelar....asyik ke tandas je..makan minum tak de.
7. doc advise aku admitted kat mana2 hospital terdekat untuk elakkan keadaan aku jadi lebih teruk.
8. denver gagahkan juga bawa aku ke kuantan... at last..aku terlantar kat kuantan specialist...
9. seram sejuk tangan aku masa kena cucuk untuk drip. 2 botol juga aku aku kena drip sebab dah dehydrated. seksanya nak ulang alik ke toilet dengan tangan bercucuk. ooh.... dahlar kena puasa..aku tak leh makan ape2 pun. tekanan darh makin turun.risau jugak aku.
10. ibu kat kampung dah beria-ria nak jenguk aku kat kuantan, tapi aku tahankan juga..xde serius pun..silap makan je. ibu risau takut aku jadi macam dia..ibu pernah miscarriage sebelum mengandungkan aku..simpton lebih kurang cam aku....masa dia cakap cam tu aku dah kecut perut.... Ya Allah..lindungilah baby didalam perutku ini.....
11. alhamdulillah sepanjang 2 hari kat hospital denver setia temankan aku. yang kelakar sebab kitaorang jauh dari rumah...xprepare ape2...aku dan denver kongsi tidur kat atas katil aku tu..pagi2 bila nurse dtang kejut nak ambil tekanan darah n cek suhu demam..semua orang tersenyum tgk kami suami isteri tidur sekatil. ahhaha memang kenagan manis tu.
12. masa kat sana, dorang refer aku kat doc sakit puan..nama doc tu doc suraya. gila baik sangat.... banyak bg advise..paling best part sanning baby....alhamdulillah baby sihat, xde pape. daripada nak suprise jantina baby..kini kami dah tau jantina buah hati kami. hehehhee
13. aku masuk ward rabu malam, hari jumaat kul 12 dah discharge. hehhee ..hooray..dah boleh keluar. tapi bila tengok bil....mak aih..mahalnya....takkan 2 malam dah cecah ribuan ringgit. ops lupa specialist katakan..... nasib baik company bayar..kalau tak jagan haraplar aku nak merasa terlantar kat hospital mahal cam ni. duit tu aku boleh buat shopping beli 3, 4 biji hand beg. hahhahaha
14. thanks juga kat company aku.....biayai bil hospital aku..lenkali nak guna lagi. hahhahaa
:)

9 Disember 2010

air mata


dewasa ini air mata aku begitu murah
senang sungguh keluar...walau tiada yang membeli
kerana hati aku
mudah sangat terguris
dengan sesiapa saja
lebih lagi dengan denver
huhuhu....
maaf...
air mata ini memang murah
masih laju mengalir dipipi



4 Disember 2010

demam


tips untuk pregnant mumy


salam untuk semua,


just nak share dengan you all bakal ibu, especially yang pregnant 1st baby macam aku.
dah 2 kali aku buat check up. kat mana? klinik kesihantan ank dan ibu = klinik kerajaan .
kandungan aku dah 22 minggu...memang dah obvious nampak perut memboyot...pergi kerja pun dah tak leh pakai baju kurung lagi.

1st check up

1. nak share dgn u all, ape kat klinik kerajaan buat untuk 1st check up either sama ke tak dengan klinik swasta. sebab aku pun plan nk continue kat swasta lepas ni.
2. kena bawa gambar scan baby. masa register nurse akan bg buku pink color untuk isi segala maklumat kita. 1 copy kita simpan , 1 copy klinik simpan.
3. dah siap isi details, nurse akan cek air kencing, ambil darah, again buat hiv test, dan juga ukur ketinggin rahim kita. then nurse akn consult kita mcam2. antaranya :
  - makan makanan seimbang
  - minum susu 3x sehari
  - jangan buat kerja berat
4. last sekali jumpa doc plak. kira bagus juga lar service mereka.
5. ubat yang aku dapat agak banyak, folid acid, vitamin c, iron, b complex...tapi kalau korang makan obimin sama je.... xde masalah. cuma nurse pesan kat aku...jangan makan ubat dengan susu ok. minum jus xpe, memang digalakkan.

kat klinik swasta macam mana ek? boleh share?

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez