22 September 2010

kata seorang isteri


bergelar seorang isteri pada seorang suami
banyak cabaran, dugaan yang perlu kita tempuhi
hanya sabar ubat yang paling mujarab

tapi rapuhnya seorang isteri
bila dilanda musibah, air mata laju dipipi
aku juga begitu
mudah takut dan mengalah untuk mencuba

tapi bila aku fikirkan balik
bukankah seorang isteri itu patut memberi sokongan pada suami
memberi inspirasi dan dorongan buat si suami
jatuh suami isteri perlu jadi penyandarnya..agar tidak terus tersungkur bukan?

setiap yang berlaku itu adalah ketetapan dari ALLAH
kita sebagai hambanya, sepatutnya akur dan pasrah dengan segala ketentuanNYA

aku alpa

khilafnya aku sebagai si isteri

kedudukan sang isteri adalah disisi suaminya
jatuh bangun seorang suami, isterilah penyebabnya

agungnya siti khadijah, setia di sisi Rasullah s.a.w berkongsi jatuh dan bangun dalam menyebarkan ISLAM

aku juga kepingin menjadi siti khadijah.....

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez