31 Disember 2009

fever season


aku demam teruk..... batuk+sakit kepala+demam+selsema
tension gila...
semalam seharian aku terlantar kat rumah
hrni,walaupun MC aku terpaksa datang office...
KPI punya pasal
plan nakbalikkampung lagi esok.....
hehehehe
last weekend pun aku balikkampung...
seronok....

28 Disember 2009

Alhamdulillah aku dah lulus CSE


                        

Bersyukur kerana aku dah lulus exam.

Seronok juga,dan rasa teruja untuk ambil paper lain juga.

Sesiapa yang ingin mengamabil peperiksaan CSE ( cisco sales expert) boleh hubungi aku untuk material pembelajaran. Aku ingin kongsikan bahan yang aku belajar dengan kamu semua.

Hoyeh…..

23 Disember 2009

esok aku exam


aku ambik study leave dua hari semalam n hari ni utk study cse aku
sape yang tau cse is cisco sales expert..
paper ni berkaitan ngn product cisco
kalau aku lulus, nanti aku dapat certificate ni n aku boleh claim allowance bulan2 ngn office aku

hoyeh, doakan semoga aku lulus ye...
azeda akan lulus ( aku ulang 40 kali)
amin....

17 Disember 2009

testing


testing

16 Disember 2009

mesej dari abah 2


mesej ni aku dapat dah hampir pukul 11, selepas aktiviti 1

" buatlah yang terbaik demi masa depan yang masih jauh. abah tahu anak abah mampu melakukannya. sekalung doa abah hadiahkan. amin ya rabbilalamin."

menitik air mata aku tatkala baca mesej dari abah...
abah... anakmu akan cuba yang terbaik...
sayang abah

3 hari di terengganu


10 dec 2009
aku gerak petang khamis dari kl sebab aku xnak penat pada esok hari.
kawan aku izza yang drive, aku teman je.
lagi seronok, sebab aku boleh enjoy...
1st time merasa best friend aku drive sebab sebelum ni aku je yang jadi driver dia
hello, dia dah beli kereta ok, so kitaorang pergi tganu pkai kereta dia
gila best dok sbelah....
aku sampai rumah member aku rosmi kul 8 lebih
tu pun dah banyak kali tersesat, silap masuk simpang...
hahhaa :) dah bertahun tak pergi rumah dia, mana lar nak ingat sgt....

11 dec 09
aku bangun sewal6.30 pagi
prepare apa yang patut untuk interview hr ni
semalam aku dah survey ngn izza tempat tu..
cantik wey, tepi laut

8.00
aku tiba kat intim tepat kul 8 pg
sesi pendaftaran
terdapat 6 check point terpaksa aku lalui hanya untuk sesi pendaftaran shj
check point 1 - check surat tawaran, borang tawaran
check point 2 - timbang berat dan ukur tinggi
check point 3 - register dan ambil nama siri,kat sini kami semua hanya dikenali dengan nombor shj, nam tak penting kat sini.my lucky no for that day is 159
check point 4 - hantar borang yang telah disemak kat check point 1
check point 5 - ambil gambar menggunakan name tag nombor pada badan.. hahhaa :) rasa cam banduan pun ada gak masa ni
check point 6 - hantar salinan ijazah

9.00
pihak ajk bagi some brief pasal this job and its future...
rupa2nya job ni memang tough jugak
i think one of challenges job in public sector

10.00
aktiviti 1 - group discussion
- we were divided into group in 11 members of each group
- one situation is given to discuss in a group
team members aku memang hebat weh, giler .. bila dapat je soalan , masing2 nak lead disscussion tu. gila mantap

1100
aktiviti 2 - debat bahasa melayu
- aktiviti ni best,enjoy
- separuh jadi pencadang n separuh jadi pembakang
- apalagi..debat sahaja pada tajuk yang diberi

230
aktiviti 3- ujian sahsiah dan minat
ada 250 soalan sahsiah n 200 soalan minat
need to naswer within 30 minutes

3.30- 5.30
aktiviti 4- fizikal
- aerobik n larian 2.4 km

memang penat giler tp enjoy. yang paling penting dapat kenal ramai kawan. semuanya hebat.
sedih, sebab cik izza n cik rosmie jemput aku lambat... alsan jalan jam... hahhaa :)
malam tu aku tidur nyenyak gile ditmabah lagi makan masakan ibu rosmie... best..
masakan air tangan ibu adalah yang paling sedap..nyum3...

12 dec 2009
cik izza n cik rosmie tunggu aku bangun nak pergi jalan2
hahaha :) aku dah warning siap2 nak banun lambat sebab nak recover penat semalam
lepas masak n makan ngn family rosmie kitaorang bertolak ke k.tganu
we were looking for Noor Arfa Batik......
fisrt time i went there.... the place is awesome ... like high class boutique in KL
cik izza shopping sakan, 2 helai kain sutera dia belasah
aku beli souvenir je denver n kawan2.
then pegi beli keropok lekor kat losong
pusing2 bandar k.tganu...
best....
dah bertahun kitaorang tak hangout bersama

13 dec 09
kemas beg, siap2 nak balik KL
malas gila, tp terpaksa juga
ada kerja, ada tanggungjawab...
untuk diteruskan....




9 Disember 2009

mesej dari abah


aku dapat mesej dari abah :

" abah dah tolong, long kena usaha sendiri pula, kena sembahyang, berdoa, sembahyang hajat n baca yasin. insyallah dimakbulkan"

aku terkedu, betapa abah mengharap aku dapat kerja ini.
Ya allah,
perkenankan doa hambamu ini, aku mahu mengembirakan abah, selagi aku berkesempatan. aku mahu lihat senyum lebar abah.
semoga nikuze lulus, semoga dipermudahkan semua urusan aku di terengganu esok.
amin.....

abah,
sayang abah...

preparation for interview


hujung tahun workload aku banyak
tp yang aku perasan memang aku bnayak kerja pun

tapi jumaat ni aku ada interview
bila ingat pasal interview kecut perut aku weh
apa pun aku tak prepare
waaaaaaaa

KEPERLUAN SEPANJANG PROGRAM
1. Pakaian pejabat (semasa aktiviti 'Assessment Centre') - checked
2. "Track bottom" berwarna gelap dan baju t-shirt putih berkolar - unchecked
(dipakai semasa aktiviti Fizikal dan pakaian hendaklah bersopan).
3. Kasut sukan yang bersesuai. - checked
4. Sila ambil kira keperluan untuk pakaian bersolat (Muslim). - checked
SENARAI SEMAK KEPERLUAN PENDAFTARAN
1. Surat panggilan temu duga Program PTD Assessment Centre. - checked
2. Borang Profil I dan II beserta 2 keping gambar berukuran passport. - checked
(Sila tampalkan sebelum pendaftaran)
3. Skrol dan Transkrip Ijazah asal serta salinan atau surat pengesahan telah tamat pengajian - checked
(bagi yang belum menerima skrol dan transkrip akhir)

mana aku nak cari baju putih berkolar ye? masa seklah dulu bnyak lar....
huhuhuhu

doakan semoga interview ini berjalan dengan lancar ye kawan2 semua...
aku buat semua ini untuk abah.
amin

8 Disember 2009

Pulut Mangga



teringin sangat nak makan pulut mangga
sedap weh..
dah dua malam aku pergi cari,tpkedait tak bukak lagi
kat KL ni satu tempat je yang aku tau ada jual pulut mangga ni
kat kg baru

sape2 yang berminat nak try
sila ke kg baru
n cari kedai makan Suraya,korang masuk ikut pintu gerbang kg baru ye
n kalau nakmakan nasi berlauk orang kelantan
cari kedai makan kak som or suraya
dua2 best

rupa pulut mangga adalah seperti di atas.

kredit untuk : http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/2009/04/pulut-mangga.html


3 Disember 2009

terapi paling baik adalah bercerita pasal abah


aku anak abah
sangat manja dengan abah....
sekali je abah cakap... aku akan patuh...

abah aku buat solat hajat sempena adik aku baru beli kereta
aku tumpang gembira...
ye lar.. aku bila lagi ek? hehehhe
lepas solat hajat, abah mampir ke arahku...
" nanti long, beli keto sdiri des, "

aku senyum....dalam hati...." abah,long nakbeli keto jugok..."
uish... bukan aku xhargai kereta pemberian en.denver, tp aku juga nak merasa beli kereta pakai duit sendiri... agaknya bila lar ye....

selepasmajlis tu...
aku dan adik... tolong ibu kemaskan apa yang patut
hampir kul 1 pg
abah mengeluh sakit dada...
walaupun kepenatan kerana aku baru je sampai 5.30 pg tadi
tapi
demi abah...
aku n nick papah abah ke hospital

masa doktor cek dada abah...
pandang abah dengan berselirat wayar kat dada dia
aku jadi hiba...
abah
yang dulu gagah, perkasa
yang dulu
selalu dukung dan melambng aku
yang dulu selalu pimpin aku

kini terlantar
tak sanggup nak pandang....

hampir kul 3 pg
baru abah dibenarkan keluar
alhamdulillah
tak teruk...

abah aku
ada gastrik
ada darah rendah

ya allah
panjangkan umur abah aku
aku belum puas
menghirup kasih sayang abah

2 Disember 2009

aku sangat benci kamu


yes..
kamu..
yang sedang baca blog aku sekarang neh...
jangan mudah menilai orang dengan hanya membaca blog...
mungkin sama dan mungkin juga tidak....

kalau kau tak kenal aku..
maka...
elok saja kau diam....

siapa?
ye...
kamu....

desas desussss


ada orang cakap :

kalau nak kenal perangai aku, baca blog aku neh....
betul ke?

nampaknya, dah ramai yang tahu pasal blog aku neh...

plan b...

salam semua


selamat hari raya eid-adha semua...

23 November 2009

tender oh tender


actually i was stay back at office doing MOH tender
a litle bit frustated, coz i dont have my weekend...

saturday - being " kak make up" for my sister dinner
sunday - stay back at office doing tender until monday morning

so...
i want big salary, can i ?


temuduga


alhamdulillah
aku dapat temuduga kerajaan
jawatan apa ye?
sshhh.... biarlah rahsia
dah lepas interview baru boleh bgtau
ok?

18 November 2009

mungkinkah kita sudah tidak berjodoh lagi?


hari ke hari
keadaan makin teruk
ok 5 minit xok 30 min
kenapa begini jadinya?
bukankah hubungan ini dibina atas dasar suka sama suka?
atau hanya aku saja yang suka?
dia tidak?


14 November 2009

jangan cepat melatah


kawan2 aku banyak bagi nasihat kat aku
bila dah jadi tunang orang, aku kena banyak sabar
dugaan nya sangat besar

itu memang aku akui
banyak sangat


petang khamis " yang balik dulu des, saya balik ngn kawan saya"
aku sangat kecik hati, sebab harini hari last aku dapat jumpa denver sebelum aku pergi ke bukit tinggi pada hari jumaat petang
dahla malam nanti aku kena pergi office balik sebab ada tender nak kena submit jumaat pagi

hmm...
aku buat xtau je
alih2, malam tu before aku pergi office
denver msg aku " yang nak g opis ke, naksaya hantar?"
hmm.. nasib baik dia ingat, tapi dah terlambat
sebab dah berguni air mata aku keluar

aku reply " up 2 u"
simple but contra meaning, if dia faham tu maksudnya " yes, u have to"
biasala, perempuan complicated skit

nak lagi sakit hati
denver hantar aku ke office, but with his friends
hmm... bukan apa, mcm mana aku nak sembang dgn dia?
takkan tiba2 aku nak bermanja ngn dia depan kawan dia?

bukan apa
sometimes.. aku perlukan masa berdua bersama denver
so, aku diam je lar sepanjang jalan tuh, sampai tertidur kat belakang

sedar2 bila denver wake me up...
then, aku request nak pergi 7e
ada barang nak beli untuk ke bukit tinggi

aish...
tiba2 dia jadi sangat baik
n care kat aku
maybe dia perasan kot
siap bg duit poket lagi wey
hahaha :)

sampai depan ofis,
dia turun
hantarkan aku sampai pintu ofis

dalam hati...
saya pergi dulu, saya berikan awak masa .....

Bukit Tinggi , im coming.........................


walupun semalaman xtidur kerana ada tender perlu dihantar
aku tetap excited untuk ke bukit tinggi
lagipun free kan, semuanya company support... rugi plak rasanya tak pergi

janji nak pergi dengan malena, office mate aku
tapi malena tepaksa pergi awal...hampeh...
akhirnya aku pergi dengan menaiki kereta malena tapi ditemani nickies...

jgn risau
aku dah minta permission dari en. denver n dia benarkan pergi berdua ke bukit tinggi
lagipun ramai lagi kat sana, bukan aku ngn nickies je

jalannya agak mencabar jugak...
cantik hotel ni
bersebelahan dengan berjaya hill resort
best...

aku stay dengan malena, tidur kat suite room
cantik wes
bilik besar, dah lar pakai katil bertiang...
aku memang suka dgn design katil bertiang ni

menyesal aku tak kawin lagi
kalo tak
mesti dah boleh bawak en. denver kesini
hehehehe :)

catik wey tempat ni...
serius...
kalau nak honey moon tapi nak budget, kat sini pun dah ok
mcm2 ada

tadi aku pergi spa kat tatami spa, japanese village
best....
next time aku upload gambar ye

11 November 2009

cinta pun boleh tepu ke? agaknya la kot


1. bila hari2 jumpa, siang malam pagi petang... rasa macam dah xde benda nak cakap kan?
2. ini bukan zaman dilamun cinta dah.... so persepsi pun dah lainkan?
3. ini tak kahwin lagi, macam mana kalau dah kahwin?
4. dugaan betul sejak jadi tunang orang ni....
5.aku rasa sudah tiba masanya aku menjarakkan diri dari denver. aku perlukan masa, begitu juga dengan dia.
6. aku banyak kecik hati ngn dia sehari dua ni, mungkin juga sebab aku emo nak period kot... tapi memang banyak kecik ati...dia pun sama,aku perasan.... dah jarang nak cakap ngn aku
7. kadang2 ada masa, ktaorang boleh sneyap je along the way dalam kereta... n masa tu aku rasa tenang wlhal memang pelik pun... hmmm...
8. aish.. kawan aku cakap memang dugaan masa bertunang..
9. takkan aku dah tawar hati kot?
10. aku?perasaan aku? hanya aku je yang tau kan?
11. hmm... this weekend aku akan pergi bukit tinggi selama 3 hari. nak berehat puas2 kat Colmar Hotel.... aku berikan masa untuk denver rasa tenang tanpa aku...... begitu juga aku....
12. balik nanti, harap2 ada perubahan dari aku dan juga en. denver...
13. he is my fiancee.... thats the fact.... he loves me a lot... thats im sure...
14. moga ada hikmah disebalik semua ini...
15. beul kata denver: kita perlu hidup dalam keberkatan.... Ya Allah.. berkatilah hidup hambamu ini. amin....

gracias,
nikuze 09

6 November 2009

aku moody hari ni


masuk meeting..
tapi aku buat muka taik jer.....
xtau lar...

aku rasa nak marah jer wey......
kenapa ni?

ke sebab nak perioh eh?

3 November 2009

kereta kena geser ngn bas


sayang, baru setahun, dah kena langgar ngn bas
tu kereta pertunangan aku n en.denver

sedih, dia boleh seret dari belakang ke depan sisi sebalah driver...
mcm mana dia boleh tak nampak....

nak buat mcm mana..redha je lar..
nasib baik dia nak bayar...

so,hari ni en.denver dah pergi hantar workshop
terpaksa pakai kereta abg dia buat sementara
nasib2

politukus pejabatus


harini,kitaorangdapat berita sedih(maybe bg org tertentu ini berita gembira kot) afewpeoplefromdepartment aku sudah ditransfer pada department lain. sedih..... tapi nakbuat mcmmana.

boskecikpesankataku : " bersabarlah, maybe ada hikmah disebalik semua ni, kita tunggu respon dari boss besar kita"

adajuga yang datang jumpa aku, "jgn risau, awk xkan ditukarkan"...

aku senyum je.... sampai bila boleh hold? inikan keputusan mgt.hmm...

aku confius,kalau betul lar boss aku aware pasalbendani,confirm dia bg memo kat smua anak buah dia. ada yang xkena ni.

senangje,sape yang kipas paling laju, dia lar yang menang.

2 November 2009

aku sangat bengang


1. loyal
aku memang jenis orang yang loyal. even dalam percintaan pun mcmtu gak. tapi yang aku nak highlight kat sini ialah, loyal dengan bos. adamasalah ke kalauaku loyal ngn bos aku? xkisah lar bos aku tu xde share pun dalam company ni. suka2 nak ambik aku n team aku masuk team. memang team kami bagus, sebab tu kau nak kan? aku cukup xsuka orang luar pandai2 buat keputusan tanpa kelulusan dari bos aku. nasib baik bos aku pergi buat haji, klau dia pergi business trip dah lama aku call bgtau dia.huk :(

2. buat meeting kat bilik boss walaupun bos xde
ha..ni paling aku xsuka orang yang xreti nak respek hak orang lain. iyepun ko nak meeting, takkanlar buat meeting katbilik bos aku kot.aish.. dah xde tempat lain ke? even kami ni, anak buah dia, xpernah plak masuk sesuka hati buat meeting kat bilik dia. apa nak jadi lar,baru je 2 minggu boss xde, dah kucar kacir department aku.

3. aku ingat sape yang susah payah ambik aku kerja
dulu,masa aku nak dapat kerjabukan main susah lagi nak dapat tempat.xcukup dengan praktikal, aku kena buat mgt trainee selama 6 bulan. lepastu kena open interview plak. orang yang nak sangat akukerja, boss aku sorang je. skarang sume orang nak tarik aku masuk team dorang. ingat senang ke aku nak pergi? apa2 pun tanya boss aku dulu lar. kalau boss aku setuju, baru aku pergi.

4. serius, aku dah tawar hati
serius, aku dah tawar ati. sedih wey,mentang2 bos aku xde,dorang sesuka hati je buli team aku. jom kita pergi ke mekah.

27 Oktober 2009

kelip cinta #7 - cerita tunang



1. make-up
ma ada mintak sedara dia make up aku..... masa mak aku cakap tu, aku dah rasa cuak gak, tapi demi menjaga hati, aku relakan juga. masa dia letak foundation, aku ok lagi. tapi bila dia letak make up mata aku... mak ai...mata aku yang sebegini bulat nampak sepet. aku dah rasa cuak. dalam hati....xpe jaga hati ma. tapi yang paling tak tahan bila dia sapu lipstik kat bibir aku. gila rasa nak sawan je. merah menyala. ni dah lebih kak. aku dah nak nangis dah.... kemudian aku dapat call dari en. denver,dia ckp dia sampai lambat lagi,sebab jalan jam teruk. " kalau lambat lagi,akak pergi mkn dulu lar ye". fuh,lega... thanks en.denver sebab dah jadi hero penyelamat aku. tak sanggup dah nak pandang rupa aku yang buruk ni. memang aku nangis, tukang jahit baju aku pun ada masa tu. korang bayangkan walaupun aku lap ngn tisu, basuh bibir , tetap tak hilang merah dia. maybe jenis lipstik yang bertindakbalas ngn bibir kot. aku xtau sgt pasal benda2 mcm tu. akudah meraung dah. adik aku cakap muka aku buruk sgt. huhuhu :( sedih we, padahala ini hari penting aku, n kalau boleh aku mahu kelihatan berseri depan en. denver n juga family. memandangkan akak make up tu xde, adik aku suruh aku cuci muka. akak tukang jahit aku cakap "nikuze, make up je sendiri, xperlu tebalsangat,lagi pun ni najlis tunang je, bukannya kahwin lagi. kalau dah make up tebalskang takut xnaik seri masa kawin nanti". selalu aku boleh je make up, tapi hari tu aku rasa lain mcm je. tapi aku belasah juga. itu lar hasilnya. aku berazam nanti kahwin aku nak survey dulu mak andam tu mcm mana. kat kelantan susah skit nak cari mak andam yang boleh make up nampak natural look. semuanya stail make up tebal 40 inch. adoi.... sape2 yang dok kelantan, boleh tak rekomen kat aku eh....

kelip cinta #6 - betulke aku dah bertunang ni?












1. alahamdulillah,majlis pertunangan aku berlangsung dengan baik.
2. terima kasih pada semua yang banyak membantu aku especially adik beradik aku yang banyak tolong aku panjat tangga masa nak buat pelamin, feren adik aku yang tolong aku buat gubahan n paling istimewa terima kasih buat ma n abah yang banyak support aku.
3. paling bersyukur sebab ma n abah merestui perhubungan aku dengan en.denver dari dulu lagi.
4.doakan kami cepat kahwin ye....

kelip cinta #5 - abah sarung cincin kat en.denver









1. ini lah en. denver aku
2. kelakar... abah aku yang tersilap jari masa nak sarung cincin kat dia. boleh tak abah aku pergi sarung kat jari telunjuk en. denver.
3. en.denver yang bgtau kat abah, jari mana kena saring cincin... hahahaha :)
4. serius... dia sangat cool pada hari pertungan kami...
5. baju melayu dah smart, tapi boleh plak dia dtg pakai selipar jepun, padahal semua orang dok tunggu dia. dah lar tu boleh selamba pegang hantaran sendiri bawak samapi atas rumah. hahahaha :) gila gentleman....

kelip cinta #4 - majlis sarung cincin nikuze












1. bila kawan-kawan aku cakap masa nak sarung cincin tu berdebar, aku rasa pelik sebab dari pagi lagi aku tak rasa apa pun.
2.cuma,bilaaku pandang pelamin yang aku buat ni, aku rasa macam tak yakin nak duduk atas tu. hahaha :) walaupun aku ni jenis selamba, tapi rasa malu tu tetap ada weh.
3.rasa cam poyo plak,duduk atas tu senyum2, dah la semua mata tertumpu kat aku.
4.masa family en. denver sampai, aku duduk dalam bilik ditemani adik n kawan2 aku. gila weh,seram sejuk tangan kaki aku,hati berdebar rasa macam nak meletup. time tu aku admit, ye... aku rasa gementar n cuak. macam mana kalau aku tersilap hulur jari ek?
5. mak aku dah pesan awal2, hulurkan jari manis sebelah kanan, dah siap buat rehearsal lagi ngn mak aku. tapi.....aku takut tersalak gak...
6. masa aku naik kat atas pelamin tu, bila dorang cakap masa dah tiba..mak aih....aku tak tau nak buat muka mcm mana,yang aku dgr, adik aku bagi guide suruh hulur tangan lar, salam lar, ciumtangan lar....
7. alhamdulillah,akhirnya pada 21 Oktober 2009 aku sah menjadi tunang en. denver
8. silarujukgambar, maaf kameraberkualiti rendah...last minute preparation..aku lupa pada camera man. hehehehe :)

26 Oktober 2009

kelip cinta #3- pelamin tunang






1.ni gambar pelamin tunang aku.
2.simpel je,sebab aku buat sendiri. nanti kawin pun aku nak buat pelaminkawin sendiri. tgk lar mcm mana nanti.
3. masa nak tampal bunga kat atas tu, punya lar gayat aku panjat tangga.
4. yang posing tu adik aku n kawan dia.

23 Oktober 2009

kelipcinta 2 : cincin tunang



1. gubahan hantaran cincin yang aku bagi kat en.denver
2.nampak tak? hahahaha :)
3. sila komen ye





Posted by Picasa

pagi yang menghairahkan


hmm...
aku terlambat bangun, padahal hari ni ada peresentation...
bila nak bersiap...
alamak..sluar aku ada dalam kereta.....
sebab nak cepat
aku tukar seluar sambil drive..
hahahhaa :)
kerja gila....

sape yang tgk pagi tadi..
memang rezeki diorang...
korang tak pernah ke buat keje macamni?

gracias,
nikuze

20 Oktober 2009

hantar barang


cik denver dah mula bercita-cita besar
dia sudah mula melangkah setapak lagi
nakkembangkan biznes dia
last week dia shopping aircond
nak bagi selesa customer datang kat kedai dia
siap tambah pc untuk musim cuti sekolah

hahahha :)
besar cita-cita dia
aku tumpang gembira
so, on sunday kita orang drive pergi kuantan hantar barangkat kedai nik

barang banyak sehinggakan aku terpaksa berhimpit dengan barang
tapi..
demi tunang tersayang, aku sanggup...
cewah....

kalau tak,
kesian dia nak drive sorang2 balik kl
sorry xde gambar
handphone dah tak sanggih skang ni
huhuhu :)

kata nak kawin..
sabar nikuze
simpan duit tu...
huk huk huk

13 Oktober 2009

ape lar


aku rasa sebagai seorang staff/pekerja
aku ada hak untuk mendapat kemudahan yang disediakan

bukan susah permintaan aku
sediakan aku sebiji telefon dan kemudan line telefon untuk menyenangkan kerja aku

hmm....
bagi aku laptop pooling yang menggunakan kuasa celeron?
logik ke?
aish......
susah betul politikus murahan dipejabat

bila kau pandai kipas bos
confirm...
walau status kau kerani
kau akan dapat
apa saja yang kau minta....

xpe
teruskan
aku nak tengok
sejauh mana

tegang


bila aku berkeadaan tegang
aku tak perlu tunjuk pada semua orang
sebab ekspresi muka aku dan terbukti

semua benda aku akan emo

kau nampakmuka tegang aku hari ni kan?
hmm...

tiada siapa yang sempurna


pengalaman banyak mengajar aku menjadi seorang yang berhati-hati bilabercakap n berkawan
betul.....
tiada siapa yang sempurna...
aku juga tidak sempurna
dan aku harus menerima ketidaksempurnaan itu...
bukan sahaja mengutuk dan bercakap

tuhan itu maha kaya bukan
kalau sempurna
mana mungkin dia jadikan lelaki dan perempuan bukan...
manamungkin diatemukan aku dengan en denver bukan?
oh..aku terlupa..


gracias,
nikuze
2.41 pm

cik messy semoga cepat sembuh ye


kamu bagaimana?
sudah sembuh ke?

aku rindu sama kamu...
iye..
tiap kali ada morning briefing...
pasti aku cari kamu cik messy

untuk pengetahun kamu....
semenjak kamu tiada
hari ini kali kedua aku menghadirkan diri...

itupun kerana
1- boss aku buat presentation
2-jamuan hari raya disponsor oleh departmen aku

kamu tau?
staff yang dulunya resign bersama kamu
sudah kembali
kamu?
kembali ye....
aku tunggu kamu....

jamuan hari raya


hari ini departmen aku mengadakan jamuan hari raya
ralat...
kerana aku tidak sempat menyediakan makanan
hmmm..
nak buat mcm mana
banyak kekangan yang memaksa aku...

anyway...
selamat menjamu selera ye...

ayu ke kayu?


aku dah jadi tunang orang ke? macam tak percaya je. hahahhaa :)
ramai kekawan request nak tgk gambar tunang aku, tapi aku belum sempat nak upload lagi.
moga dengan gambar pertama ni, dapat melegakan hati kamu semua ye.

untuk gambar seterusnya, nanti aku upload ye.

maaf, kualiti gambar memang tidak cantik sebab aku xde dslr.

aku rasa, aku perlu beli dslr. En. denver macam tak sokong aku.... kamu semua macam mana?
Posted by Picasa

5 Oktober 2009

kereta kuning


bulan puasa lepas
aku balik kampung dengan adik-adik dan en. denver sekali
masa otw ke kl,kitaorang berhenti kat kedai makan tepi hgway kual krai untuk buka puasa
kedai tu nampak seram dan tuan punya kedai pun nampak macam muka misteri

masa makan tu, tuan kedai datang tegur kami..
dia perkenalkan dirinya sebagai ayah wan...

dia banyak bercerita mengenai kes eksiden yang selalu berlaku di sepanjang jalan kual krai - gua musang.

" kamu kena hati-hati bila terserempak kereta wolkswagen kuning. Kalau berselisih dengan dia,jangan potong kereta kuning tu, beri laluan, biar dia gerak dulu.kalau kamu cuba potong, kamu pasti akan masuk gaung."


lepas makan, kami meneruskan perjalanan kami. bergelak ketawa bercerita macam-macam. tiba-tiba ada wolkswagen kuning memotong kereta kami. semua terdiam.

tiba-tiba en.denver bersuara "bulan puasa, hantu xde , semua cuti"

hahahhahaa :) semua tersenyum lega

meeting ke ape ni?


aku tengah meeting hal lain
tapi tiba-tiba
ada orang promote aku join his team?
hahhaaha :)

aku takkan belot
aku sayang kat bos aku
serius...

24 September 2009

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua,

selamat hari raya aidilfitri ......

14 September 2009

cuti raya


hmmm...

dah nak raya..
yey..
jom cuti....

9 September 2009

jiwa bolong


kawan-kawan aku bertanya
"betulke kau ni?""dah pikir betul2ke?" "ko tak menyesal ke?"

ah...
jiwa aku bolong....
kosong.....

kerja oh kerja


semua orang sedang bersahur dengan family
aku?
terkekeh - kekeh dikelilingi lelaki bersahur di makbul
beginilah penangan tiap kali ada tender
terpaksa berjaga sampai pagi..
aduh...

mengantuk.......
wa............
nakcepatkawin...
mungkinkalaudahkawinbosdahtaksuruh kejemalamlagikot...
mungkin....


selamatbersahur....

gracia...
..nikuze...

sudah pandai masak


aku rindu
aku berkesepatan membaca blog cikmessy

hmm....
lama tak jumpa dia...
aku rindu..
nanti dia cakap kat aku..
" kze tu cakap je lebih... jumpanya tak "

aish...
kalau dah kena mcmtu
conform aku diam je...
dah lama xberperasaaan gaduh ngn dia
dulu
tiapkali kitaorang gaduh
satu opis mesti perasan punya
rindu weh...

cikmessy tulis
dia dah berjinak-jinak dalam bidang masakan
aku tak sabar nak rasa tomyam adik aku ni
hmm..
bila rasanya ye....

aku rindu sama kamu
selamta berpuasa aku ucapkan...

look likebusy (LLB)


salam,

aku ucapkan selamat berpuasa pada kalian semua.....rasanya masih belum terlambat kan?

sorry, kebelakangan ni aku agak busy dengan kerja-kerja di ofis. rasanya sudah tidak cukup tangan untukmenyiapkan semua kerja dalam satu masa. nasib baik,aku diberikan seorang assistant yang sangat2 cool.(kalau dia baca mesti berlagak gile )

weh..sebenarnya aku buat2 busy je...

aku rindukan some one..kawan baik aku...

19 Ogos 2009

cuba baca entry sebelum entry ini


entry yang bertajuk " ada jugak orang macam ni"

bila aku baca balik, aku rasa :

  • english aku caca merba
  • ayat aku kelam kabut
  • aku jenis yang mudah gelabah
  • aku tak tetap pendirian

ada jugak orang macam ni


sekarang semua orang concern pasal H1N1, banyak article advice us to eat healty food such as we need to eat water melon, coconut and more.

semalam, aku pergi cari air kelapa sekitar USJ, memang ramai orang tengah beli air kelapa kat situ. aku perhatikan sorang brother ni, dia pergi beli pakai mask, ingatkan dia nak tapau, tapi rupanya dia makan kat gerai tu. So? nak tak nak, dia kena bukak mask tu. apa kaitan pakai mask kalau kat tempat public tak pakai?

ada abang ni sorang order air kelapa, mungkin dia sangat dahaga kot, dengan rakusnya dia cakap

" abang, bagi air batu satu, tapi tak nak ais ek" ( air batu = ais )

" abang, nak air cendol satu, tapi tak cendol ye"

hahaha :) kelakar.

"

am i doing the right thing???


my friend said to me : " i dont think you are okay with En. Denver"

hmm... then i said " yes, maybe, but..... "

betul ke apa aku buat ni?
its hard to say, harder to confess.....
haish....

gracias,
nikuze

18 Ogos 2009

why it so hard to say " i love you "


hmm
benda ni mungkin simple bagi sesetengah orang, tapi bukan pada aku...
prinsip aku simple je..
if u like someone, then show your love to them lar
there is nothing to be "kayu" lar ..

kamon lar...
takkan dah lama couple pun macam tu jugak...
tiap2 kali nak kena bgtau...

adoi..
susah sangat ke to say that word hah?
hmm....

14 Ogos 2009

muncung


apesal semenjak dua menjak ni aku hangin je ek?
hmm... en. denver tersilap cakap sikit je .. aku dan muncung 4inci...
haih....
kalau selalu macam ni...
lama-lama nanti dah jadi kebiasaan
en denver boleh tahan ke?
hmm.....
sindrom orang datang bulan kot...
sabar je en.denver....

12 Ogos 2009

gotcha.....


ada budak gemuk praktikal kat unit aku. memang rasa annoying gila.
n hari lar, dia dah terjumpa belog aku ni. sure kejap lagi aku akan bakal dikutuk kaw2 punya.
kau bace belog aku ye gemuk.....

hahahaa :)

where are you?
betul ke ni ?

15 Julai 2009

anehnya nickies mula mengkritik


kerja aku skarang banyak kena involve dengan lelaki
selalunya, bila meeting ke ape ke....
bila aku pandang sekeliling..
peh..aku tersedar..
rupanya aku saja makhluk seksi ciptaan tuhan dengan lekuk yang menggoda.
hahhaa :) yang lain semuanya makhluk yang dicipta mempunyai 9 akal

bekerja dengan golongan 9 akal ini
banyak menguji kesabaran aku yang diberikan 9 nafsu
ada seorang dari mereka yang aku sangat enjoy bila bekerja

nickies....
partner aku kat ofis..
sangat baik, gentleman, misteri tetapi tetapi masih juga wujud ciri kayu walaupun tidak banyak
boleh berkongsi idea dan pendapat

konon2 pengganti ina
mungkin juga best buddy baru aku kat opis
tetapi tetap
takkan respon
bila kau cerita
kau moody sebab compact powder jatuh dan pecah ye

tetapi...
ada juga masanya
bila dia marah
aku rasa sangat pelik..
melihat dia menjampi serapah..

oh..betulke itu
nickies yang aku kenali?

13 Julai 2009

mace2 buah kuini


sekali sebulan mesti ada waktunya aku akan moody sangat2.

dan aku akan rasa sakit perut gile babi, lack of self esteem, kemurungan di tahap teratas.

time ni lar women management skill en.denver di uji,

dari kejauhan aku melihat en.denver sangat macho menghisap rokok sambil menggalas hand bag aku weh...

gelihati..namun aku biarkan saja... dan menghadiahkan senyuman paling seksi sambil menahan kesakitan yang amat.....

en. denver perlahan merapati aku, sambil geleng kepala dia berkata

"mace-mace buah kuini yang ni"

u are fired


" mana agreement projel tut**** ?"

alamak, aku gelabah gila.
rasanya aku xde simpan agreement projek tu.
aku geledah satu meja aku.
sume tempat aku selongkar...

resultnya cukup menghampakan...
memang aku xde simpan....

ini bos aku yang tanya...
rasanya
aku akan difired..

aku dah kemas meja
barang aku
in case kalau kena fired..

sorry boss...
memang i xde agreement projek tu...

8 Julai 2009

saya suka denver


"yang, jom g make satay male ni nok?" tiba-tiba En. Denver call saya
apalagi, pucuk dicita ulam mendatang.....
selepas 2 bulan aku membuat permohonan ini, nah hari ini baru dapat kelulusan....

lepas makan kitaorang pergi jalan-jalan..
ada kejutan lagi
aku ada belek-belek selendang
tiba-tiba en. denver belikan untuk aku
siap belikan 2 pasang stokin untuk aku main futsal dan pergi gym
nak beli seluar yang 3 quarter xde stok..kalau tak conform dapat... hahahha
sangat sweet sebab en.denver jarang treat aku macam ini.
mungkin bagi kau ini perkara biasa...


dan aku
harap...
esok dan esok
en.denver akan baik seperti ini selalu

karma itu memang wujud..


aku rasa aku perlu percaya pada karma sudah banyak perkara yang aku lalui, semuanya ada kaitan dengan karma :

handphone
handphone nokia E71 angkel ofismate aku rosak, terpaksa pkai phone nokia model yang mula2 keluar ada color berkamera. phone ni memang rare, jarang orang pakai skang ni.
" weh, angkel phone kau muat tak ambil gambar aku ngn cik messy?
" boleh tanfer lagu tak?"

aku gelak sakan, kaw2 aku kutuk phone dia.
alih2 2 minggu lepastu phone sony w850i aku rosak.
lagi best aku pulak yang pakai phone dia sampai hari ni.
karma oh karma


kereta
kawan baik aku ja baru beli kereta pesona.
seminggu je dapat pakai lepastu masuk workshop sampai hari ni.
dia ada datang lunch ngn aku, tapi datang ngn bos n keta bos dia.
"mano keto mu ja?"
" keto aku masuk workshop lar"
"bakpo?"

dia cite kat aku dia dia pergi langgar dua biji keta masa nak parking.
aku bantai gelak sakan gila babi. rasa nak berguling-guling je kat keadai makan.
siap kutuk2 n sindir lagi ja.
so lepas makan tu kitaorang jalan kaki pergi opis aku sebab ja park keta bos kat depan opis aku.
dengan riak muka biasa, bos ja bersuara " kereta cik nikuze pecah cermin belakang"
hah?
aku menonong ke kereta aku. memang sah itu kereta aku dan sangat tepat cermin belakang pecah
hari itu aku terpaksa laburkan RM400 semata-mata untuk cermin kereta.

hah..apa lagi
aku takkan kutuk orang dah
sekarang aku cuba kawal diri
bila aku nampak apa saja kat depan mata aku
aku takkan gelak or cakap apa2 yang xbaik
serik wes....

betul ke ini En. Denver?


" cik messy ado dumoh ni, dio tdur dumoh yang male ni "
"aik xoyak pun ko sayo?"


ha5 :) En. Denver sudan semakin concern skarang and im happy for that

3 Julai 2009

cerita aku


aku sudah tiada idea untuk diceritakan di sini
sekian, terima kasih

1 Julai 2009

banyak perkara buat aku touching, even bg kau perkara tu sangat simple dan tiada makna


ni momen kegelapan aku
so, semua perkara aku rasa nak emo

setelah selesai solat berjemaah bersama en. denver, aku merapatinya ingin mencium keredhaan seorang suami.
tiba-tiba en.denver merangkul aku dengan erat
" yang dengar deh, B hadiahkan satu suroh ko yang" - pada masa ini title untuk En.Denver sudah berubah, almaklumlah, suami itu perlu kita junjungi.

dengan perlahan En.Denver melagukan satu surah dekat telinga aku, sayu , merdu tapi aku rasa bahagia, tetapi makin lama suara En. Denver makin perlahan dah aku dapat rasakan ada air panas menyentuhi pipi aku...

aku mendongak, " bakpo B? B tiok(menangis ko) ko?"
seperti biasa, walaupun sudah kahwin, tp sifat kayunya masih ada lagi
" xdok gapo la yang, mata B masuk habuk jor"

kredit : cerita ini di adaptasi dari cerita seorang blogger(aku lupa address dia, sorry eh) tetapi telah diubah kerana ini adalah cerita cinta aku di masa hadapan dan mengikut kesesuaian.

aku happy tapi rasa sunyi, so i filled it up with workout at the gym lol


orang masuk gym..
aku beria daftar nama nak jadi membership
orang pergi tiap2 hari
aku bagi alasan macam2

ingat lagi dulu bila ofismate aku ajak, aku jawab :
1. xde kasut nak pg gym
2. baju xsesuai untuk tema gym
3. kerja banyak, xde masa nak pg

alih-alih skang
bila cik messy xde
bila dulu setiap petang aku lepak ngn dia
bila dulu stiap petang blogging ngn dia

sekarang aku rasa sunyi yang amat
nak datang kerja
gila tak semangat, xrasa motivasi langsung
xde org nak bergaduh, merajuk, bertekak

so
my last choice
nak tak nak
aku kena pergi









gym....

25 Jun 2009

compact powder pecah pun boleh emo


aku rasa emo sehari
gara-gara compact powder yang baru aku beli jatuh n pecah
huhuhu :)
baru beli tu...
tengah sayang lagi

dah lar
aku tertinggal phone kat rumah
tp aku suka
sebab xde orang cari aku
hahhaa :)
aku boleh pergi meeting dengan selamba

kena tulis dalam blog untuk reminder ( untuk kiraan ganti puasa )
semalam 1 rejab, aku puasa
aku seorang yang pelupa ye

23 Jun 2009

adik aku masuk wad


kawan...
doakan semoga adik aku selamat ye..
telinganya akan dibedah
sebab ada something kat dalam tu

serius..
ini adik yang paling manja ngn aku
yang paling aku sayang
yang paling istimewa dalam keluarga kami

doakan ye
semoga dia baik2 saja
doakan ye
semoga aku dapat ketemu dia lagi
doakan ye
semoga aku bisa memeluk dia lagi
doakan ye
semoga aku dapat mandi bersamanya lagi
doakan ye
doakan yang terbaik untuk dia

ya Tuhanku
gantikan aku dengan dia
aku mahu dia selamat

aku rasa korang pun rasa geli macam aku kan?


aku kesunyian sekarang ni.
aku punya twin kat ofis dah xde. huhuhu :) serius my life is suck lol.
dengan work load yang bertambah-tambah

so..
aku explore blog orang lain
bila aku bukak blog yang jiwang2
aku rasa geli weh
tambah2 blog perempuan cam aku

serius...
cara perempuan meng ekspresiasi cintanya tidak sama dengan lelaki
aku lebih suka lelaki
walau nampak romantik tetapi tetap maskulin

hahhaa :)
so aku rasa
sapa yang baca entry aku yang lepas2 pn
mesti rasa nak muntah kan?

gaya macam aku sorang je bercinta
uwek....

ok
aku janji
aku akan ubah cara bahasa aku
mengekpresi cinta aku pada encik denver

16 Jun 2009

sang arjuna


bercinta itu sangat indah...
terutama bila kamu dan sang arjuna sedang berbahagia
ingat ye !! (cinta indah hanya bila kamu sedang bahagia saja)

ini cerita aku dan En. Denver waktu bahagia kami

"En Denver, betulke kamu sayang saya?"

"mestilah saya sayang kamu, kalau tidak saya takkan sanggup kahwini kamu, itu sudah pasti akn menyusahkan saya"

aku mendengar dialog itu dengan tekun sekali, aku sematkan setiap kata itu disudut hatiku lalu save dan locked statement ini. aku mahu mengingati setiap kata-kata ini sampai aku mati.

aku cium pipi putih En. Denver dan rangkulnya dengan erat. " terima kasih sayang" hatiku bermonolog riang.

malam itu aku tidur dengan nyenyak.

bila bangun pagi esok aku mahu ingat dialog itu lagi...

15 Jun 2009

sindrom kurang sihat


aku demam
Encik Denver pun demam jugak
huuhuuu....

kerja aku banyak gila...
lately aku tak perform sangat...

ntahlar...
aku rasa lost...
dengan bakal kehilangan ina

ina akan pindah office baru
this week last day dia kat sini
oh...
please dont go...

12 Jun 2009

aku kacip sebab xleh masuk rumah sendiri, housemate solek grill


petang semalam aku pening kepala
balik kerja awal
boleh rehat-rehat kat rumah

alamak aku lupa
housemate aku baru letak kunci solek
aku xde kunci tu

msg housemate .... xde respon
call housemate... xde respon
kepala berdenyut2
aku tidur kat parking lot sampai magrib

en. denver bising aku tidur dalam keta
dia suruh pg rumah adik dia
tumpang rehat kat sana
mula-mula tak nak

tp dah magrib ni
aku dah kepanasan
tidur dalam kete berpeluh-peluh

last2 aku tidur kat kat rumah bakal adik ipar
hahhahaa
harap2 masin mulut korang sume
sebut seklai lagi
bakal adik ipar..

hahahhaa :)

11 Jun 2009

Pegawai Teknologi Maklumat


aku dapat interview SPA as a PTM
hmm... interview tu kat Kelantan next week on 18 Jun

baru balik kampung...
perlukah aku balik lagi?
dan

ada permasalahan
disini

cik messy last day kerja kat opis aku this 19 jun
kalau aku balik kampung, conform 18,19 aku dah cuti dah

tadi dia ada cakap
"tk boleh minta tukar tempat interview ke?, orang last day kat opis 19 ni"

camana ni weh?

ops apa - apa pun

Ya Allah semoga nikuze berjaya dalam interview ni. amin.....

10 Jun 2009

kenapa en. denver semakin baik ni?


semenjak dua menjak ni.....
en denver semakin baik...
serius weh.....

semakin ambil berat pasal aku
kayu dah kurang skit..
camana weh?

buah salak vs buah sukun


jom aku namakan kawan aku sebagai cik messy ( tapi mengaku sebagai awek pipi) dan noname

objek topik perbualan ialah buah salak

nomame bercerita kat cik messy kononnya kalau makan buah salak boleh ketatkan kat bahagian bawah.

dan2 aku nampak muka cik messy makan buah salak tapi muka terpaksa makan je

aku tanya makan apa?

"nikuze, noname cakap pompuan kena makan buah sukun"

"sukun?"

" itu buah salak lar weh"

cinta itu dimana ya?


lama tak bertemu....
sudah lama tidak memandang mata yang redup itu...
aku dapat rasakan satu ketenangan tiap kali melihat anak mata itu..
betulke apa yang aku rasa ni?

hmm..

qistina oh qistina


" itular kecik-kecik hisap rokok, kesian baby tu kan abah"
"janganlar isap rokok baby"

adik aku Qistina mengomel bila dia terpandang kotak rokok abah aku ada gambar baby macam cacat.

9 Jun 2009

jadilah orang yang mensyukuri nikmatNya


kalau orang tu dah bersusah payah untuk kau
sanggup pertahankan kau
selalu tolong kau
tak pernah jemu bagi nasihat

tapi sekali kau buat salah
dia sangat marah

kau tau kenapa
sebab dia mahukan yang terbaik untuk kau
sebab dia tahu
kau ada potensi
sebab dia nampak
kau boleh pergi jauh

so
kau tak payahlar sedih2
emo tak tentu pasal

hari ni aku serius xde mood, jangan tegur aku ye


hmm...
last weekend aku balik kg..
jumpa ma , cium abah , layan adik-adik....

semalam..
bos aku cari aku...
aku cuti lagi...

hari ni...
aku bukak email...
ada email dari bos...

hmm...
im promise
i will be
more responsible
on my next task
and
improve my work

tagline bos aku, bila dia tak namapak aku deoan mata dia


phone aku akan terima msg dari dia seperti dibawah :

" where are u? "

mari membaca


weh...
aku dah habis baca buku tu
minggu lepas hari khamis malam ye.
tiap2 petang lepas balik ofis aku baca ye

2 Jun 2009

mari membaca



yesterday im going to MPH with miss messy and bought this book. so lets countdown begin.... we'll see when i will finish read this book. hahhahaa :)

1 Jun 2009

aku tipu, kadang-kadang aku rasa aku xnak kamu.. tapi..bila sehari aku tak hubungi kamu, aku jadi rindu.....


hari sabtu...
kamu sangat baik dengan aku..
layan aku bagai seorang puteri...
serius aku terharu..
sebab kita sudah lama tidak begitu....
walau realitinya kita sepasang kekasih...

hari ahad...
kamu mula menunjukkan perangai biasa kamu
bila kau kejut kamu bangun...
kamu marah aku...

dan aku mula merajuk....
rasa sakit hati dengan kamu...
kenapa?
kenapa kamu tidak faham?
apa yang aku nak dari kamu?

hari minggu hari untuk kita bermadu kasih
wahai kekasih hati....
mengerti kah kamu
cuma hari minggu saja..
laungkan masa kamu untuk aku...

cuma aku dan kamu
berjalan berpegangan tangan...
menikmati alam...

boleh?

31 Mei 2009

aku kacip


starbuck bb xbest
aku dah berpeluh..
panas....
kipas dia xleh buat pusingan 360 darjah

aku observe
orang sekeliling
dorang lepak starbuck bawak laptap
jagi blogger cam aku ke?

aish..
takkanlah...

orang sebelah
tengah discuss
pasal bisness

aku kat sebelah...
berpeluh-peluh
kepanasan....

adoi...
jom ar balik..
En. Denver..
panas ni....

30 Mei 2009

cerita starbuck lagi


kau dressup cantik-cantik
kau buat muka serius depan laptop..
minum jus mangga..
kau duduk meja untuk 4 orang

untuk penuhkan
satu kerusi kau letak beg laptop
lagi satu kau letak hang beg

nampak cam ramai kan?
serius aku gelabah..
xpenah lagi aku lepak sorang2
dekat starbuck
tgh malam plak tu....

en. denver
kamu kena belanja saya
makan ais krim...
sebab saya sanggup lepak starbuck untuk kamu
tengok bola

aku tidak suka orang "berkasar" dengan barang aku


aku tau
aku memang bukan jenis yang reti jaga barang-barang aku denga baik...
myvi aku dah banyak tempat tercalar...
tp kalu aku buat..
xpe...

tp kalau orang buat...
bawak laju-laju pun aku dah cukup rasa nak marah.....

hmm...
pelik kan?

fanatic bola


malam ni ada game bola he?
chelsea lawan apa ek?
En. Denver cakap piala FA
tp aku xtau game apa

11.oo mlm aku lepak kat starbuck
gila...
En. Denver sanggup berususah untuk aku...
pusing sekitar BB semata-mata mencari starbuck
untuk aku rasa selesa
belikan aku air, makanan...

sebab dia mahu lepak di kedai mamak
tengok bola bersama kawan...

apakah aku perlu
minat bola?
supaya tak ditinggalkan sendirian di Starbuck?

mmm.....

29 Mei 2009

hot ballon



jom kuruskan badan


cerita romantik selepas sejam bermain futsal di sebuah kopitiam pinggiran USJ

weh, jom betting sape dapat turunkan berat badan paling banyak .... cik messy bg idea bernas
ok, jom, bila nak start weh .... lajunya aku reply
start skang lar weh ...cik noni pantas memintas
sape yang turun banyak dia menang ye .... aku menetapkan corak pertandingan

tiba-tiba abg waiter datang...

cik messy : nasi public phone , air teh o ais ye
cik noni : bihun tomyam ngn teh tarik ye
aku : asam laksa ngn vanila float ye

pilihan bersama : chicken wing satu set ye....

kawan aku hilang kete


cilakak punya orang....
aku tak tau sape punya kerja...
kawan aku hilang myvi putih...
ko curik eh?...
baik pulangkan.....

xde kesan curi pun..
pergi2 je tgk kete xde kat car park...
cit....
xbaik lar.....

aku doakan..
orang yang ambik tu..
kembalilah ke pangkal jalan...

serius aku tidak kool hari ni


jangan tegur aku..
aku xde mood nak cakap ngn kamu semua...
sila pergi jauh2

28 Mei 2009

kehendak vs keperluan


aku mahu camera dslr.. aish bila nak dapat ni
aku mahu purse baru...dah koyak..betul..tak tipu
aku mahu hand bag baru.... warna dah suram, gila tak menarik nak pkai lagi
aku mahu phone cangih... phone pinjam ni xleh nak tekan 7,8,9.. adeh...
aku mahu baju baru... takkan hari2 pergi keje pkai baju sama
aku mahu kasut baru... ada baju yang xmatching dengan kasut...

tp.....

aku perlu priorotize mana yang lebih penting...
aku perlu simpan duit... kan nak tunang..aish...
aku perlu beli kain n tempah baju tunang
aku perlu balik kampung weekend ni... sure pakai duit banyak
ak perlu beli barang hantaran tunang...hmm satu pun xbeli lagi

apakata....

semu abarang yang aku mahu tu...
aku buat barang hantaran tunang..
except dslr tu..
aku perlu hold dulu...

maybe ...
one day...
aku dapat beli...

oit..
kalau kamu jumpa
En. Denver..
bgtau dia...
aku mahu dslr...
hehehehe

27 Mei 2009

phone


tension2....
phone sony w850i rosak slide..
moral : jangan beli phone jenis slide

tension3......
pinjam phone member
tp keypad 7=pqrs 8=tuv 9=wxyz xleh guna

jkdjksjfdkjfdkfjdkfjdkfjdf.....

futsal memang penat


semalam turun main futsal kat hto
gila penat..tp sangat best..
serius boleh release tension
n boleh kuruskan badan

lepas main aku melantak asam laksa + chicken wing
aish....
sia2 main sampai lencuns atu badan

isu kahwin bg aku sgt tidak kool


" umur 23, bulan 7 ni nak kahwin dah"
" umur 21 n i dah kahwin"
" umur dah 26, dah ada anak dua pn "
" sue, my classmate getting married this coming jun"
"baby ayu dah besar pun"

serius, obviously bila aku jumpa new friend or xkesah lar my old friend semuanya married or getting married.

gila? betul..bila sebut soal kahwin aku akan jadi paranoid n sensitif gila lately ni. whats wrong with me?

ko kahwin lambat because kau nak concentrate kat ko punya study or focus on your carrier first. setiap orang ada their own reason... sometimes orang pandang serong kat pompuan yang kahwin lambat. hmm..ape lar nasib. u have to respect others princip ok.

one of my friend said " age mcm u patutnya dah ada anak sorang"

serius... ko ingat aku xnak ke? kalau lar kahwin tu sesenang kita sebut k.a.h.w.i.n dah lama dah aku buat. nak2 bagi mereka yang xada jodoh lagi. macam mana nak kawin?

kahwin is not just simple as k.a.h.w.i.n

its more than that.....

lagi depress bila your family yang paksa....

aku percaya pada jodoh, ajal dan pertemuan ditentukan TUHAN

dan aku percaya TUHAN it salah satu sifatnya MAHA TAHU....

26 Mei 2009

jom main futsal


lately aku ada hobby baru....
ye..main futsal...
dan serius..game ini sangat kool utk wanita...
kamu wanita?
jom.....
kita main........





futsal.

En. Denver jemput aku pergi lunch semalam


perkara ini memang rare...
sangat susah untuk En.Denver jemput aku kat office untuk lunch...
hehehe ... gila suka beb....
perlu ditulis dalam blog..
supaya aku tidak lupa...
n maybe oneday dia juga dapat baca..
yes...
oneday....

25 Mei 2009

seremban?


dari ampang menghala ke mrr2
" ja, jale ni g mano eh?" aku tanya
" g seremban " dengan lajnya ja jawab
?
?
?


kat signbord tu tulis :puchong, shah alam, seremban:

empora vs tempora


" fish empora tu gapo eh? " tanya ros
" ike celup tepung lar, sebab kalu tempora udang celup tepung" aku jawab dengan bangganya...

duit


aish...
kesedihan..
tiada duit...even untuk mkn...
thanks ja...kau saja nak cari penyakit....
apalagi...
aku pau dia minyak kereta, mkn dan juga kasut....
hahahaha

21 Mei 2009

aku amik half day hari ni


"yang, nik sakit palo, raso nak deme jor..."

en.denver demam hari ni, sian plak aku dengar.
adik aku pn demam teruk....
dua2 nak kena jagi ni....
aish......

20 Mei 2009

jumpa


saya jumpa awak bukan sebab saya nak jumpa awak tapi sebab awak juga mahu jumpa saya.....
sila faham ye...

kelip-kelip


yang kelip -kelip itu dijari
yang ditanda itu pada jari
yang diikat itu pada kata
bukan dihati...

oh..saya mimpi dapaat baby


semlam aku mimpi lagi...
ye..ia mimpi yang sama...
aku dapat baby giel..sangat comey...
sempurna....

kenapa?
selalu saja mimpi baby?
adakah aku sudah nk kahwin?
adakah sudah hukumnya wajib pada aku?

p/s: baby itu siap ada nama ye... maybe itu nama aby girl aku nanti..insyaallah.
En. denver... jom kita kahwin..wink..wink..wink...

19 Mei 2009

kelip-kelip cinta #1 - tunang



mama sudah bising, bila lagi mahu dilangsungkan?
aku dan encik denver sudah lama berkawan?
dan akhirnya, mama paksa aku dan en.denver bg kata putus... dan setelah berbincang, rasanya tidak tapi lebih kepada aku yang decide, kami memutuskan akan bertunang pada hari raya nanti.

almaklumlah, kami berdua dari "kelate" adatnya mngkin berbeza sedikit dengan kalian.

aku dah pasangkan angan-angan bagaimana majlis tunang aku nanti.
nak sketch xpandai, so aku grab kat website....
aku ingin pelamin mini untuk majlis tunang nanti...

cantik kan? dan hantaran tunang aku akan gubah sendiri....segala persiapan tuanng aku, akan aku ceritakan disini. misi aku ialah majlis yang simpel, murah tapi tetap anggun....
sama-samalah kita tgk, sama ada misi aku berjaya atau tidak...
hehehe

11 Mei 2009

mencari keikhlasan


"nik, jom bawak yang g downtown, nak cari tudung lar, nak paka nge baju oren"
" paka jor ngn tudung hijau gelap yang tu, pade doh nge baju oren"
"mana pade, xlogik sangat, x matching lar ni"
" cayo gak ore oyak ni, saya kea pakar fesyen"

"thanks nik, bawak yang g downtown, ikhlas ko dop ni?"
" dop, dok lasum"

28 April 2009

aku memang tidak tetap pendirian


apa taknya.....dalam masa 2 hari....
aku sudah tukar
lebih daripada 1o nama untuk blog aku neh...
ape hal dengan aku ni?

memang sah kau jenis yang tak ada pendirian...
tapi aku tegas apa....

27 April 2009

kerja


malam ini aku kat office...
berbaju kurung...
kerja....
huk8 :(

mata itu


aku solat di tempat biasa tadi....
ada sepasang biji mata yang memandang aku dengan rakus sekali...
serius..aku tidak percaya pada mata itu.....
aku takut....

kerja di sektor swasta itu bukan kerja...


mak aku sangat suka kalau semua anak dia ikut cakap dia dan bekerjaya di sektor kerajaan. bagi dia, itulah kerja, as long as kau kerja kat swasta, jangan harap mak aku nak asume kau dah kerja. gila teruk mak aku punya fahaman.

aku pun bukan tak apply kat sektor kerajaan, dan bertimbun kerja aku hantar, tp xada rezeki lagi, nak buat macam mana kan? tapi aku dah kerja, walaupun kat sektor swasta, aku enjoy ngn kerja aku skarang. walaupun tiada elaun "susah hati" tapi aku seronok dengan kerja aku sekarang. ada challenge and sesuai dengan jiwa aku.

balik kerja tengah malam, jumpa orang sana-sini, buat kira-kira...kan best tu...hehhehe :)
tapi environment kat sini tak berapa best...huhuhu...

24 April 2009

mahu makan satay


"bawak yang g make satay nik"
"hari minggu lar kita g, buleh sangt lar nok make gak"

23 April 2009

gila, jangan dengki orang...


ape hal ni?
aku nak ambik exam cse, tapi kena suspend..
reason?
HR akn discuss ngn HR Director and my CEO....
wtf?
itu KPI aku beb...
bukan sesuka hati mau amik paper ni....
Lalan...help me ...
please.....

22 April 2009

bos aku cakap bila aku cakap.....


aku cakap : "bos, saya nk cuti, abah sakit"
bos aku cakap : " abah awak nak menantu tu ... :) "

aku cakap : "tangan saya rasa sakit dan sengal-sengal dihujng jari"
bos aku cakap : " awak kena kahwin tu..."

accident


semalam ada makcik senah kluar simpang tanpa tgk kiri kanan.
bila dia terkejut, dia boleh selamba berhenti kat tgh simpang tu...
apalagi..break pn dah tak guna...kereta aku still calar....siap ada color keta dia kat kereta aku..
bila aku call denver, nangis2 sebab terkejut n rasa sgt takut, aku bercerita tanpa hujung pangkal"

" yang, accident ke tak? "
"tak, hampir nak accident je"
" ok lar tu, drive molek, saya pn nk dive balik doh ni"

????????

aku sudah meluat dengan kamu


kat sini, ceritanya lebih peribadi...
serius aku sudah fed up ngn ko..
jgn samapai aku rasa annoying ngn ko n aku xlayan ko ye..
sebab skang ni..
yang aku nampak...
ko macam nak lari dari aku?
apehal?
ada yang xkena ke?
tension2....
dan serius aku sangna sakit hati..jgn buat benda tu depan aku ye....

19 April 2009

paksa kahwin


" mcm mana jawapan kamu berdua?"
dah pk bila nak langsung?"

"ma, nanti long bgtau lain kali ek, nak bincang betul2 ngn denver dulu"

ma dah bising suruh kitaorang tunang then kahwin...
kalau boleh dia nak buat tahun ni gak...
ape cite denver?

bola


kenapa aku tak minat bola ek?
kalau tak..sure dah boleh ikut denver pg tgk....
tp dia nak bawak ke aku ni?
huhuhu...

hand bag vs life


barang dalam hand bag bersepah-sepah
tak tersusun....
macam tu jugak dengan life kau kan?

18 April 2009

hujan di kota KL


hujan di kota KL
apalagi..
jom tidur..

15 April 2009

nak tak nak ko kena terima jugak...


“mau solat ke?”

“ xada lar, saya bercuti sekarang”

“kamu dah kawin ke”

“belum”

“patutlar badan montok saja saya lihat”

Adik kak mai puji aku weh.hahhahaha :)

adoi..pening-pening


“kalu dok make tidur main game hari2 meme gemuk lar nik,pah jadi boroi”

“kalu lar awok tu ite, perut bucit pah pendek plok, xtau lar sapio nok…”

“ yang, tu babi hute lar” denver menjawab laju

Aku terkesima…aku membebel pasal dia..bukan si babi itu….

Adoi…………………….

10 April 2009

abah


Kawan-kawan

Minta pertolongan kamu semua…

Tidak kira kamu agama apa

Doakan untuk abah aku…

Moga dia cepat sembuh…

Abah sakit….

Ralat….aku lupa nak telefon dia ..

Ma cakap kaki dia sakit…

Dah 3 hari xboleh jalan… semalam baru tau…..

** diam..sebak………**

Aku tanya ma “nape tak bitau”

Ma senyap….kemudian aku dengar dia menangis “ sikit je….xnak susahkan anak2..lagipun awak semua kerja” lalu ma putuskan panggilan…

Laju….air mata aku mengalir…..

Ya Allah …. Hanya 3 hr aku lupa call abah…..ralat..aku sangat menyesal………..

** hati aku sedih lagi….aku cuba tahan……**

Abah…..

Aku meraung sekuat hati….

Semalam…sepanjang balik kerumah selepas jumpa ina..aku menyebut nama abah……

Tadi adik aku call…dia kata dia dah cakap ngn abah….

Abah minta adik aku bawak balik ubat and bandage..dia nak adik aku balutkan kaki dia…ah…xsanggup nak tulis….padahal adik aku masih belajar….aku tau dia rindukan kami adik beradik….conform dia tak pergi klinik lagi…..

Aku xboleh cakap ngn abah…ah..aku tak kuat mcam adik aku……

Kalaular KL –Kelantan dekat…mau saja aku cabut sekarang…..huk8 L

Tapi kerja aku banyak..semua kena siapkan hari ni…nak half day pun kena kansel….

** kan dah cakap….aku memang ada masalah kalau cerita pasal abah**

Aku tak salahkan ma…aku yang salah..sepatutnya aku update abah setiap hari…..

Sampai sekarang , aku xde kekuatan untuk call abah sendiri….aku rasa aku tak mampu nak dengar suara abah….mesti aku menangis laju..nanti abah akan cakap “ tiok gapo gak, abah sakit sikit jor, buke nak mati lagi”

Itulah abah…degil dan selalu cuba tunjuk kuat depan anak-anak…ah….rasa mau peluk abah sekarang…. 2 minggu lepas dia datang sini…. Jumapa aku dan adik-adik….masa t aku dah nampak…dia memang xsihat…bila aku tanya “ abah sihat supo skalo”

Weekend lepas aku call abah

“ abah sihat, abah dok mano ni?”

“ abah tgh drive nok g klinik, abah sakit pinggang..sikit jor….jange rusim”

Macam tu lar dia….kalau sakit sangat baru dia pergi n suka pergi sendiri…..tp sape ada kat rumah? Setakat ma je…kami semua adik beradik jauh…huk5… L

Ya Tuhanku…

Sembuhkan abah aku… berikan aku masa lagi…aku belum kuat….aku masih perlukan abah aku…..

Huk9 L

aku sangat menjengkelkan


Ingin kenal diri sendiri? Lihat kawan anda…itulah anda….kawan adalah refleksi kepada diri kita.
Kebelakangan ini aku selalu mintak pandangan n nasihat kawan2 aku…..apa yang perlu aku improve pasal diri aku…..then aku juga buat muhasabah diri….senang cakap…boleh disimpulkan aku adalah sepertu di bawah..sangat menjengkel kan bukan?
1) “ pakaian dah ok, dah nampak ciri2 wanita, tp kelakuan fail”
2) “ degil, suka membantah dan lawan cakap orang”
3) “kuat merajuk”
4) “ suka cakap kasar2 dengan semua orang”
5) “ xreti nak manage duit, tgh bulan duit dah habis”
6) “ suka berbelanja dan shopping, senang cakap seorang yang boros”
7) “ cakap main lepas je, lepastu baru fikir, bila salah terus diam n menangis” – denver dah banyak kali tegur…aku patut berubah kan?
8) “ boleh berubah, tapi perlu dibentuk dan dipantau selalu”
9) “ xreti duduk diam atas kereta dan suka bersila” – aku rasa itu posisi paling selesa, sopan xsopan belakang kira.hahhahaha
10) “ xsaving…mak aku dah ambik buku asb suh aku hantar duit kat dia nanti dia savingkan untuk aku”
11) “ susah nak terima kritikan dari orang lain, unless org itu betul2 close dengan aku”
12) “sangat cuai – aku pernah terkunci kat rumah antara pintu dan grill, sejam rasa seperti 4 jam, terpaksa tunggu housemate balik bukakan grill”
13) “ selalu jatuh kat bilik air”
14) “ manja habis dengan abah”
Senang cakap, banyak negative dari positif…..kalau aku senaraikan rasanya blog ni pun tak cukup.hhahahaha…. kalau aku nak kahwin n disayangi oleh suami dan semua orang…aku rasa kena berubah..unless..aku nak membujang sampai ke tua.hhahahhaa

3 April 2009

persamaan itu masih ada


Kebetulan itu masih berlaku

Walaupun aku dan dia sudah lama berpisah

Semalam, aku menerima panggilan dari dia.

Dia disini aku merujuk kepada xbf. So xbf=dia dalam konteks entry ini.

Aku tgh drive nak pergi makan , then tiba2 aku melihat no tel yang asing tp . Quite excited, coz we have not seen each other for so long…..but I cannot accept the call since im on driving and it risky.hahhaha poyo tak aku? “ kalau tak nak jawab tu , cakap je lar tak nak”

Lepas makan, aku terus balik rumah. Masa nak masuk kat area flat aku tu, aku nampak 3 orang lelaki yang kononya macho sangat berdiri di tepi jalan sambil menghisap rokok. Aku pandu perlahan , saja nak usha mamat2 tu, Ya Allah, sekali aku terpandan wajah yang pernah buat aku bahagia dulu..oh pernah buat aku merana juga.

Aku menjerit dalam hati “ betulke dia?”

Lalu,aku mendail no “miss call “ petang tadi.

“ hello, we dok mano ni? Ada kat kl ko? Long napok we tadi”

“ Ya Allah…we pun napok long petang td, sebabtu kol tadi”

Rupanya kami mengalami peristiwa yang sama. Sepatutnya cerita ini sudah tamat sebab kisah cinta kami sudah lama tamat. Sudah terlalu lama…3 tahun yang lalu….

Dan pagi tadi, sewaktu aku break first…ada text dari dia:

“ Long, we xtahu nok royak ko sapo, we dok pk …walaupn kita bpisah kita tetap sama kan loe? Semalam we ckup tersentuh bila apa yang jadik kat we tjadik gak kat loe”

Aku speechless….apa yang mampu aku buat ..tersenyum saja…xperlu nak reply text dia..aku takut..nanti lain plak jadinya….cukuplar dengan ada seorang nik dalam hidup aku…..

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez