Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

2 Januari 2011

belajar buat coeslow dan mashed potato


1. last weekend adik aku buat makan-makan sempena harijadi dia.
2. yang tukang masaknya..sape lagik..aku ler... tapi dorang tolong2 jugak lar..nak harapkan aku sorang2...memang xlarat dah sekarang ni.
3. ni first time aku buat mashed potato n coeslow. alhamdulillah mejadi. jom kita tengok resipi.

coeslow

bahan2
1. kubis putih
2. carrot
3. mayonis
4. susu segar

cara2
1. kubis dan carrot diracik halus. masukkan mayonis. sukatan? agak2 bila dah semua sebati kira cukup lar. xperlu banyak sebab nanti bila perap akan berair. masukkan sedikit susu segar untuk sedapkan lagi coeslow kita. dah siap pun. boleh makan terus atau perap sejam dua untuk lebih sedap. kalau tak tambah garam dan gula pun boleh. tp aku tak tambah pun.


mashed potato

bahan2
1. kentang - 1kg
2. susu segar - 1 cawan
3. butter - 2 sudu besar
4. lada hitam - 1 sudu kecil
5. garam - 1 sudu kecil

cara2
1. kentang dikupas dan dibersihkan. kemudian direbus bersama garam hingga empuk.
2. tos dan lenyek kentang tadi didalam periuk yang sama. jangan risau sekiranya potato tidak hancur dengan halus sebab biji2 yang tidak hancur itu lagi menyedapkan mashed potato kita. sekiranya mahu hancur halus boleh di blender.
3. bila kentang sudah siap dilenyek, panaskan api sederhana. kacau perlahan-lahan sambil memasukkan susu segar, butter dan lada hitam. kacau hingga sebati sehingga mendidih.
4. tips dari aku : lagi banyak susu segar lagi sedap. hehehee :)
5. nah sudah siap mashed potato

gravy mashed potato

bahan2
1. stock lembu maggi - 3 ketul
2. air - 5 cawan
3. lada hitam - 4 sudu kecil
2. tepung jagung - 3 sudu kecil

cara2
1. pansakan air dan masukkan stock lembu maggi. masak sehingga mendidih.
2. masukkan lada hitam. kalau rasa pedas, boleh kurangkan sukatan lada hitam tu.tak perlu letak gram sebab stock lembu tu dah cukup masin.
3. bila sudah mendidih, bancuh tepung jagung dan masukkan kedalam periuk tadi. kau sehingga kuah menjadi pekat. dah siap gravy mashed potato.

selamat mencuba. kan senang...lagi sedap dari korang makan kat kfc sebab kita guna bahan segar....


13 Disember 2010

sotong masak lemak cili api


1. keluar je dari hospital..aku dah gatal tangan nak masak. padahal awal2 lagi ibu dah pesan..rehat..jangan lasak sangat.
2. tak boleh..memang dari belajar lagi aku suka sangat masak..... sebab tu pointer aku tak cemerlang..banyak masa buat praktikal kat dapur rumah sewa...
3. jom tengok bahan2 yang aku guna untuk masak. maybe same dengan kamu..maybe tak..boleh kita tukar2 idea kan?

bahan2
sotong  - 15 ekor
santan - 1/3 kilo
bawang merah kecil - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 1/2 inci
kunyit segar - 1/2 inci
udang kering - 2 sudu besar/ agak2 saja
daun limau purut - 2/3 helai
daun kunyit - 1 helai
serai - 2 batang
cili api - ikut suka

cara2
1. bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili api dikisar halus
2. masukkan bahan2 yang dikisar kedalam periuk, masukkan santan, serai dititik, daun kunyit dicarik-carik, dan juga daun liamu purut. masukkan sedikit air, depends pada kita nak pekat mana.
3. biarkan mendidih seketika..perlu dikacau selalu untuk elakkan kuah tadi jadi berbiji-biji dan meruap.
4. bila mendidih masukkan sotong.
5. masak sehingga sotong empuk. boleh masukkan perasa dan asam keping secukup rasa.


dah siap pun resipi sotong masak lemak cili api. senang saje. kan?
nak tengok rupa? sorry aku jarang snap bila masak....hehehe....

8 Disember 2009

Pulut Mangga



teringin sangat nak makan pulut mangga
sedap weh..
dah dua malam aku pergi cari,tpkedait tak bukak lagi
kat KL ni satu tempat je yang aku tau ada jual pulut mangga ni
kat kg baru

sape2 yang berminat nak try
sila ke kg baru
n cari kedai makan Suraya,korang masuk ikut pintu gerbang kg baru ye
n kalau nakmakan nasi berlauk orang kelantan
cari kedai makan kak som or suraya
dua2 best

rupa pulut mangga adalah seperti di atas.

kredit untuk : http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/2009/04/pulut-mangga.html


Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez