2 Januari 2011

belajar buat coeslow dan mashed potato


1. last weekend adik aku buat makan-makan sempena harijadi dia.
2. yang tukang masaknya..sape lagik..aku ler... tapi dorang tolong2 jugak lar..nak harapkan aku sorang2...memang xlarat dah sekarang ni.
3. ni first time aku buat mashed potato n coeslow. alhamdulillah mejadi. jom kita tengok resipi.

coeslow

bahan2
1. kubis putih
2. carrot
3. mayonis
4. susu segar

cara2
1. kubis dan carrot diracik halus. masukkan mayonis. sukatan? agak2 bila dah semua sebati kira cukup lar. xperlu banyak sebab nanti bila perap akan berair. masukkan sedikit susu segar untuk sedapkan lagi coeslow kita. dah siap pun. boleh makan terus atau perap sejam dua untuk lebih sedap. kalau tak tambah garam dan gula pun boleh. tp aku tak tambah pun.


mashed potato

bahan2
1. kentang - 1kg
2. susu segar - 1 cawan
3. butter - 2 sudu besar
4. lada hitam - 1 sudu kecil
5. garam - 1 sudu kecil

cara2
1. kentang dikupas dan dibersihkan. kemudian direbus bersama garam hingga empuk.
2. tos dan lenyek kentang tadi didalam periuk yang sama. jangan risau sekiranya potato tidak hancur dengan halus sebab biji2 yang tidak hancur itu lagi menyedapkan mashed potato kita. sekiranya mahu hancur halus boleh di blender.
3. bila kentang sudah siap dilenyek, panaskan api sederhana. kacau perlahan-lahan sambil memasukkan susu segar, butter dan lada hitam. kacau hingga sebati sehingga mendidih.
4. tips dari aku : lagi banyak susu segar lagi sedap. hehehee :)
5. nah sudah siap mashed potato

gravy mashed potato

bahan2
1. stock lembu maggi - 3 ketul
2. air - 5 cawan
3. lada hitam - 4 sudu kecil
2. tepung jagung - 3 sudu kecil

cara2
1. pansakan air dan masukkan stock lembu maggi. masak sehingga mendidih.
2. masukkan lada hitam. kalau rasa pedas, boleh kurangkan sukatan lada hitam tu.tak perlu letak gram sebab stock lembu tu dah cukup masin.
3. bila sudah mendidih, bancuh tepung jagung dan masukkan kedalam periuk tadi. kau sehingga kuah menjadi pekat. dah siap gravy mashed potato.

selamat mencuba. kan senang...lagi sedap dari korang makan kat kfc sebab kita guna bahan segar....


0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez