19 Januari 2011

wanita gigih


1. aku suka tengok dan rasa tersangat kagum melihat wanita gigih yang sentiasa sanggup bersusah payah demi keluarga.

2. sebab itu aku suka baca blog ibu  hanis zalikha.banyak info dan pengalaman yang aku boleh belajar. maklumlah nanti aku juga akan jadi ibu. beljar bagaimana untuk bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

3. bercerita mengenai wanita gigih, ibu aku juga seperti puan nani ( ibu hanis zalikha ) . ibu aku pun suri rumah sepenuh masa.

4. ibu aku suka sangat menyapu rumah. bayangkan bila dia datang rumah aku kat kl ni...setiap masa dia dok berkepit dengna penyapu. dia cakap rumah aku kecik...senang dia nak kemas. memang kemas gila lar kalau dia datang. hehehhee..suka2 thanks ibu

5. rutin harian ibu aku bermula seawal 5 pg. sediakan sarapan, dan kejutkan kami adik beradik bangun pagi bersiap untuk ke sekolah. tidak dilupa kejutkan abah aku juga. bersiap untuk pergi kerja dan hantar kami ke sekolah. hik hik hik..besar kan tugas seorang ibu?

6. bila kami semua pergi sekolah, ibu memulakan kerja harian dia bermula dengan mengemas rumah, menyapu, basuh pinggan, basuh baju kami adik beradik. yang kelakarnya even aku dah kawin pun..ibu akan kutip baju aku untuk dibasuh. wahahha...kalau dilarang pun dia ambil juga. memang dah habit ibu. bila ditanya...dia cakap dia tak suka ramai tangan dok tekan2 mesin basuh dia. hahahha  cepat rosak katanya.

7. waktu tengahari..ibu akan menjemput adik aku balik sekolah (situasi sekarang). kalau dulu masa aku kecik kitaorang balik sendiri je jalan kaki lalu kebun getah. tapi sekarang adik2 aku yang 3 orang tu pergi berhantar balik berjemput. ye lar zaman dah berubah.... sekolah tetap sekolah yang sama ku belajar dulu. nasib mereka lagi bertuah dari aku dulu. sekarang abah dan ibu dah senang skit. dulu time aku abah ada motor je. sekarang ibu ada kereta sendiri, abah pun ada kereta sendiri.alhamdulillah rezekituhan bagi kepada kami.

8. ops kembali kepada rutin ibu aku. selepas jemput adik aku dari sekolah, ibu akan start memasak untuk makan tengahari. selepas makan, ibu akan bersiap mandi, solat dan lagi seklai hantar adik aku pergi mengaji. penat kan?

9. balik je, ibu ehat sekejap dan turun kedapur untuk siapkan menu petang untuk kami. ibu aku memang suka masak juga. ada2 je kuih yang dia buatkan untuk kami. sedapppp. masakan ibu memang terbaik lar....

10. ha..rehat sekejap.....lepas magrib ibu akan siapkan menu makan malam plak. menu malam tak der lar heavy sangat. selalunya ibu goreng mee ke, kuew teow ke, bihun ke. yang simple2 je. tak pun makan cucur udang. hehehe :)

11. tak habis lagi tugas ibu..selesai makan ibu akan cek kerja sekolah adik aku...pastikan mereka siapkan homework yang cikgu beri. wahahhaa ..gila besar tugas seorang ibu kan?

12. dah settle semua barulah ibu masuk tidur. selalunya memang ibu akan tidur awal. 10.30 dah tidur. sape2 yang bising meang kena lar ngn dia. ye lar ibu perlukan tidur yang cukup untuk bagun awal esok pagi.

13. hmm..aku rasa aku tak terdaya nak jadi macam ibu. seminggu terdaya lar kot. kalau hari2 macam tu..mati lar. adik beradik kami bukan sikit...kami 8 beradik, campur abah... 9 0rang ibu kena uruskan kami setiap hari. bila masa untuk ibu ? aku pun tak tau.

14. sekarang dia dah tua...kami semua pun dah besar..tinggal 3 orang jek yang kecik2. pernah ibu luahkan pada aku, dia dah boring jadi suri rumah sepenuh masa. teringin nak kerja. tapi bila dia tengok aku yang bekerja, balik berkejar untuk masak..katanya...dia sanggup jadi suri rumah. hahahhaa :)

15. ibu bertuah sebab abah aku memang tak bagi ibu kerja. kata abah kudrat dia mampu lagi sara kami anak beranak. api bila turn aku, abah cakap aku kena kerja. jangna jadi suri rumah..sia2 dia hantar belajar tingi2 kalau dok terperuk kat rumah. hehehe .. lagi pun akuperlu membalas jasa abah dan ibu pada aku.

16. hmm..bila fikir bebe dalam perut aku ni..terdetik juga rasa nak berhenti kerja. tp rasanya dengan cara hidup kat KL ni..denver sorang tak mampu nak sara aku dan bebe. lainlah kalau bisness denver dah berjaya. mampu berikan aku duit untuk shoppping hari2. hahahaa :) time tu confirm aku berenti kerja.

17. aku kepingin untutk jadi wanita gigih seperti ibu. sanggup berkorban apa saja demi kami adik beradik. rsanya semua ibu macam ibu aku kan? so, kita patut selalu ucapkan terima ksih pada ibu. hargai mereka selagi mereka masih ada. syurga dibawah tapak kaki ibu itu BENAR.

P/S : sory xde gambar ibu... sebab pakai laptop lain. next time aku upload ye

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez