26 April 2011

kau rasa sedih tak?


yes i am very upset now
campur tangan semua orang
buat hati aku berkecai
my heart is broken now

19 April 2011

Al Fatihah


bersalin adalah proses pertarungan yang maha hebat antara hidup dan mati seorang ibu
siapa yang dah mengalami fasa ini mesti faham kan...

tadi aku dikejutkan dengan berita yang kawan aku masa stdy degree sama2 dulu arwah yana meninggal semasa melahirkan baby boy yang sangat comel.

terkedu dan rasa sangat sedih.
husband arwah hanya memandang sayu sambil memangku baby peninggalan aruah...

marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah...

Alhamdulillah


2/4 check in kat hospital ampang
setelah 2 hari berjuang...kekasih hati kami selamat dilahirkan pada

4/4/11 11.17 pm 2.99 kg

terima kasih pada yang mendoakan kami.








2 April 2011

induce it is....


rasa contraction..tiap kali dia dtang rasa sangat sakit..tapikan sekejap-sekejap saja. FALSE CONTRACTION

disebabkan masalah bleeding masa 7 bulan dulu, aku perlu jumpa pakar gyne sebulan sekali sekurang-kurangnya hinggalah kandungan aku berusia 9 bulan.

ekoran dari itu doc cakap aku tak boleh post date. means that EDD aku pada 3/4/2010 tp aku kena deliver before the date. tp sampai sekarang aku tak rasa nak deliver pun..setakat contraction tu ..ada lar..tp semua main-main je. bukan real contraction....  SO esok aku kena pergi check in kat tempat yang sama masa aku bleeding dulu. kena buat VE dan sebagainya. tapi yang confirm..esok kena induce...

seram sejuk..kecut perut..aku dah tak tenang nak tidur dah.... TAKUT.... huhuhu....
DOC pun satu..biar je la bebe nak stay lama-lama dalam perut aku. aku larat lagi nak carry belly aku ni. xde masalah pun. imam syafie stay dalam perut ibu dia selama 18 bulan. keluar-keluar jadi orang beriman plak tu. xde masalah pun.

so.. readers...by default memang aku confirm deliver tomorrow..if induce tak jalan...operate is the second choice. wish me luck......

regards,
nikuze

1 April 2011

sedetik untukmu


Assalamualaikum suamiku,

Disaat ini kita sedang teruja menanti saat cahaya kasih pertama kita lahir melihat dunia. Dan yang pasti isterimu ini akan berjuang sehingga ke hujung nyawa melahirkan kasih cinta kita sayang. Andai...sesuatu yang tidak baik menimpa isterimu ini...ku ingin kau tahu bahawa ..menjadi isterimu..mengandungkan benih cinta kita..adalah perkara yang teragung paling indah dalam hidup saya.


Ampunkan segala salah dan silap saya ye sayang. Halalkan segala makan minum saya ye sayang.Doakan saya kuat semangat bertarung untuk cahaya kasih kita ye. saya mahu lihat dan dengar awak laungkan azan ditelinga cahaya kasih kita, saya mahu lekapkan cahaya kasih didada saya dan menyusukan dia dengan susu saya sendiri. doakan untuk saya ye sayang.

salam sayang,
Isteri











andai terjadi apa-apa pada aku..tolong sampaikan nota ini pada denver bagi sesiapa yang mengenalinya,

TAK NAK belajar, TAK NAK kerja tapi NAK kahwin


tadi jalan-jalan di blog terfaktab. Aku tertarik dengan satu topik yang dibincangkan oleh zara

tak nak belajar, tak nak kerja tapi nak kahwin
 alahai....rasa gampang je dengar.  spesis macam ni pun ada jugak ye kat dalam dunia ni. rileks..jangan cepat melatah. meh aku ceritakan kondisi sebenar dia, kenapa aku rasa sangat meroyan :

"sorang perempuan, umur baru 21 thn, baru habis diploma, kekasih juga sebaya, tengah buat degree : jurusan biasa-biasa saja : lagi 2 tahun baru habis , minah ni tak nak kerja, tak nak sambung belajar, tapi sanggup tunggu kekeasih habis 2 tahun lagi untuk kahwin, keptusan yang ditentang oleh keluarga "
 come on la wey, cuba lar kau kembang kan skit otak kau tu...tak guna belajar sampai diploma kalau perkara-perkara macam ni pun kau tak mampu nak fikir secara logikal.
benda-benda macam ni yang buat aku rasa kauum aku sangat naif bila melibatkan emosi dan percintaan.
cinta tak kemana lar wey..kau tau tak ? aku ulang lagi CINTA TAK KEMANA KALAU TIADA RESTU ORANG TUA.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


aku nak kongsi pengalaman aku. actually aku pernah melalui fasa ini dimana kau akan rasa

YES..dia adalah jodoh kau dunia akhirat dan berkhawin dengan dia adalah PASTI.
YES dia adalah bakal suami aku
YES..aku yakin dia mampu bahagiakan aku dunia akhirat
YES ..aku akan pertahankan cinta kami ..

dan macam-macam YES lagi yang kam semua boleh tambah sesuka hati

dalam hidup aku ...aku hanya bercintta dengan 2 orang lelaki saja. ( yela..aku bukan cantik pun nak ada ramai pakwe )

sedikit selingan : dan orang yang aku kahwini sekarang adalah cinta kedua aku yang direstui oleh famili ye..aku ulang direstui oleh FAMILI

ini cerita bercinta dengan kekasih pertama. bercinta dari zaman persekolahan sehingga melangkah ke universiti kami masih lagi bersama.

memang cinta gila babi ni. sehidup semati bagai.... kau nak tau..aku tiap2 hari boleh tulis surat hantar kat dia. gila tak jemu wey..ada jer modal/idea nak tulis pasal apa. tang ayat I LOVE U tu tak pyah ceritalah..berlambak-lambak...kata puitis penh berbunga. pernah mak aku jumpa draft surat yang aku tulis tak jadi. hhahaha sakai betul. tahu mak aku cakap apa ?


" abah, kerja siang malam...duit abah habis kat kertas surat cinta long pun dah berapa ..aish,,,,,"


pang..ambik kau. tak malu? mak aku siap baca lagi wey... time tu aku tak malu pun. gila kental orang bercinta katakan. nak lagi kreatif aku pernah buat diari , tulis hari2 apa aku buat ...cukup sebulan aku pos kat dia. maklumlah bercinta jarak jauh katakan... gila ke apa aku time tuh aku pun tak paham.kalau aku kenang balik..memang aku rasa aku bangang tahap gaban...hahahhaa sila gelakkan aku

bercinta pum pang pum pang. sampailah satu ketika..time tu aku dok belajar diploma lagi. akmi dah plan nak kahwin lepas aku habis belajar diploma. hahahha..gedik gila ...so..aku tanpa segan silu usulkan kat mak aku pasal ni. ye la memang mak abah aku dah kenal kan? hari-hari dtg rumah kalau time.

mak aku menolak keras. alasan dia..aku kena habiskan sampai degree paling kurang, kena kerja..dah stabil baru kahwin. wey..kecewa gila..syarat yang diberi sangatlah berat untuk aku tunaikan pada saat itu. apalagi aku mogok lar....hahhaha... abah aku? tak payah cakap..abah diam je...tanda protes tak ska dengan keputusan aku

kalau korang nak tahu walau bertahun bercinta...abah aku tak pernah merestui hubungan aku dengan kekasih hati. memang aku perasan, tapi aku buat tak tau je..sebab aku harap suatu hari nanti abah akan mengerti yang pilihan aku adalah betul.

kau nak tau..tiap kali kekasih aku datang rumah..abah aku akan keluar rumah..cakap ada hal. jangan haraplar abah ak nak join aku sembang2 kasih kat rang tamu tu. kadang2 tu adalar....

dan abah pernah cakap kat aku :

"bercinta lah puas-puas...abah tahu dia bkan jodoh long"



tapi sebab jiwa kental..aku pertahankan juga cinta suci aku yang tanpa aku sedari tanpa restu ibu ayah takkan kemana. sehinggalah pada semester pertama aku sambung degree..hubungah 9 tahun terputus juga....

meroyan sekejap. sakit kan putus cinta?

tapi apa yang aku nak share dengan kamu semua..percayalah.... RESTU orang TUA itu penting. tanpa restu dari mereka apa pun yang kita buat takkan diberkati. memanng kita berhak memilih...famili aku pun tak pernah menghalang dengan siapa aku harus kawan..cuma setiap kawan yang kita berkawan itu biarlah direstui oleh keluarga. bukan sajaha dalam baba mencari pasangan..begitu juga dalam soal persahabatan...kalau ibu dan abah ak tak suka..aku takkan kawan. sebab setiap kali ibu aku tegur..pasti betul....

sekian,

aku

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez