1 April 2011

TAK NAK belajar, TAK NAK kerja tapi NAK kahwin


tadi jalan-jalan di blog terfaktab. Aku tertarik dengan satu topik yang dibincangkan oleh zara

tak nak belajar, tak nak kerja tapi nak kahwin
 alahai....rasa gampang je dengar.  spesis macam ni pun ada jugak ye kat dalam dunia ni. rileks..jangan cepat melatah. meh aku ceritakan kondisi sebenar dia, kenapa aku rasa sangat meroyan :

"sorang perempuan, umur baru 21 thn, baru habis diploma, kekasih juga sebaya, tengah buat degree : jurusan biasa-biasa saja : lagi 2 tahun baru habis , minah ni tak nak kerja, tak nak sambung belajar, tapi sanggup tunggu kekeasih habis 2 tahun lagi untuk kahwin, keptusan yang ditentang oleh keluarga "
 come on la wey, cuba lar kau kembang kan skit otak kau tu...tak guna belajar sampai diploma kalau perkara-perkara macam ni pun kau tak mampu nak fikir secara logikal.
benda-benda macam ni yang buat aku rasa kauum aku sangat naif bila melibatkan emosi dan percintaan.
cinta tak kemana lar wey..kau tau tak ? aku ulang lagi CINTA TAK KEMANA KALAU TIADA RESTU ORANG TUA.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


aku nak kongsi pengalaman aku. actually aku pernah melalui fasa ini dimana kau akan rasa

YES..dia adalah jodoh kau dunia akhirat dan berkhawin dengan dia adalah PASTI.
YES dia adalah bakal suami aku
YES..aku yakin dia mampu bahagiakan aku dunia akhirat
YES ..aku akan pertahankan cinta kami ..

dan macam-macam YES lagi yang kam semua boleh tambah sesuka hati

dalam hidup aku ...aku hanya bercintta dengan 2 orang lelaki saja. ( yela..aku bukan cantik pun nak ada ramai pakwe )

sedikit selingan : dan orang yang aku kahwini sekarang adalah cinta kedua aku yang direstui oleh famili ye..aku ulang direstui oleh FAMILI

ini cerita bercinta dengan kekasih pertama. bercinta dari zaman persekolahan sehingga melangkah ke universiti kami masih lagi bersama.

memang cinta gila babi ni. sehidup semati bagai.... kau nak tau..aku tiap2 hari boleh tulis surat hantar kat dia. gila tak jemu wey..ada jer modal/idea nak tulis pasal apa. tang ayat I LOVE U tu tak pyah ceritalah..berlambak-lambak...kata puitis penh berbunga. pernah mak aku jumpa draft surat yang aku tulis tak jadi. hhahaha sakai betul. tahu mak aku cakap apa ?


" abah, kerja siang malam...duit abah habis kat kertas surat cinta long pun dah berapa ..aish,,,,,"


pang..ambik kau. tak malu? mak aku siap baca lagi wey... time tu aku tak malu pun. gila kental orang bercinta katakan. nak lagi kreatif aku pernah buat diari , tulis hari2 apa aku buat ...cukup sebulan aku pos kat dia. maklumlah bercinta jarak jauh katakan... gila ke apa aku time tuh aku pun tak paham.kalau aku kenang balik..memang aku rasa aku bangang tahap gaban...hahahhaa sila gelakkan aku

bercinta pum pang pum pang. sampailah satu ketika..time tu aku dok belajar diploma lagi. akmi dah plan nak kahwin lepas aku habis belajar diploma. hahahha..gedik gila ...so..aku tanpa segan silu usulkan kat mak aku pasal ni. ye la memang mak abah aku dah kenal kan? hari-hari dtg rumah kalau time.

mak aku menolak keras. alasan dia..aku kena habiskan sampai degree paling kurang, kena kerja..dah stabil baru kahwin. wey..kecewa gila..syarat yang diberi sangatlah berat untuk aku tunaikan pada saat itu. apalagi aku mogok lar....hahhaha... abah aku? tak payah cakap..abah diam je...tanda protes tak ska dengan keputusan aku

kalau korang nak tahu walau bertahun bercinta...abah aku tak pernah merestui hubungan aku dengan kekasih hati. memang aku perasan, tapi aku buat tak tau je..sebab aku harap suatu hari nanti abah akan mengerti yang pilihan aku adalah betul.

kau nak tau..tiap kali kekasih aku datang rumah..abah aku akan keluar rumah..cakap ada hal. jangan haraplar abah ak nak join aku sembang2 kasih kat rang tamu tu. kadang2 tu adalar....

dan abah pernah cakap kat aku :

"bercinta lah puas-puas...abah tahu dia bkan jodoh long"



tapi sebab jiwa kental..aku pertahankan juga cinta suci aku yang tanpa aku sedari tanpa restu ibu ayah takkan kemana. sehinggalah pada semester pertama aku sambung degree..hubungah 9 tahun terputus juga....

meroyan sekejap. sakit kan putus cinta?

tapi apa yang aku nak share dengan kamu semua..percayalah.... RESTU orang TUA itu penting. tanpa restu dari mereka apa pun yang kita buat takkan diberkati. memanng kita berhak memilih...famili aku pun tak pernah menghalang dengan siapa aku harus kawan..cuma setiap kawan yang kita berkawan itu biarlah direstui oleh keluarga. bukan sajaha dalam baba mencari pasangan..begitu juga dalam soal persahabatan...kalau ibu dan abah ak tak suka..aku takkan kawan. sebab setiap kali ibu aku tegur..pasti betul....

sekian,

aku

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez