31 Mac 2011

mabuk cinta kerana cinta itu buta


Mabuk cinta?

ada banyak cerita nak share ngn korang semua. Tp awal2 lagi nak pesan… entry ini bukan bertujuan untuk bermegah,poyo atau mengaibkan sesiapa . Entry ini sekadar peringatan untuk aku dan kepada sesiapa yang ada pengalaman sebegini boleh ambik sebagai panduan kot. Hehehhee


Cinta monyet memang mabuk dan mengasyikkan……… Masa aku couple ngn ex bf aku dulu..aku rasa sgt tak realistik. Aku tak pernah pun fikir apa yang aku fikir skarang….entah…. tak pernah terlintas langsung. Apa yang aku tau….aku memang sayang dia n dia jugak begitu. bodoh bukan? atau ini maksudnya cinta itu memang buta ?Ada banyak perkara mabuk pernah aku alami semasa bercinta dulu. rasanya mau lempang saja diri aku mengenang kebodohan aku yang lalu. Antaranya :

  • Setiap saat aku akan sebut nama dia… banyak2 kali ..ni kira dalam hati lar…dulu aku jarang sgt nak bercerita pasal bf aku. Heheheee…yang paling teruk sampai terbawak dalam mimpi dan aku pernah teriak nama dia. Apa lagi masa tu kat rumah….mau kena laser ngn mak aku.hahahaha..rasai….cinta konon
  • Ex aku jenis yang sangat cemburu…. Bayangkan kalau kau tgh berjalan dengan dia dan kawan2 dia kan….tiba2 ada kawan dia dok saing jalan sama aku…nak tau apa dia buat? Tak semena2 dia tarik aku suh dok sebelah dia yang satu lg. gila kan? Maunya aku hampir nak jatuh…. xpe aku suka dan boleh terima
  • Kau lambat reply msg dia…lambat jawab kol dia…. Maunya dia bising dan akan sebut banyak2 kali. xjuga rasa annoying dan aku boleh terima lagi
  • Biasalah…phone kau akan jadi macam phone dia…segala apa yang ada kat dalam tu mesti dia prasan dan amik tau…kalau kau tambah new contact pn dia kan perasan tp aku tidak kisah dan rasa suka dia care aku macam tu. Tp skarang kalo ko tanya..perkara begitu sgt tidak kool beb.
  • Gila romantic……kalau heel kau tercabut kan..dia akan melutut pakaikan untuk kau..wahahaha…masa tu aku rasa macam puteri pun ada….hahahhaa sonok beb
  • harri-hari dalam msg ka, call ka, bila jumpa ka dia akan cakap dia sayang kat ko dan takkan tinggalkan ko. siap janji yang ko akan jadi wife dia suatu hari nanti
  • aku pernah fight dengan family aku pertahankan janji kami yang selepas aku habis diploma kami akan kahwin. abah dan ibu terang2 tak setuju dengan keputusan aku. tapi tak kemana juga..restu orang tua tu penting..nasib baik aku tak kadi anak durhaka..wellll cinta itu buta kan?
  • sampai satu tahap abah larang aku keluar dating dah tapi dia sanggup pagi, petang siang malam dok melepak rumah aku, sampaikan adik aku pernah sound " gula kat rumah dah habis "..tapi kami jiwa kental...small matter itu semua ..janji dapt jumpa
  • Kesimpulannya aku tak pernah pk pasal duit, masa depan, kerja, perasaan abah n ibu ….tak pernah….hari2 yang aku fikir..aku cintakan dia..itu saja……
Bercinta bagai nak rak…berkepit ke hulu ke hilir…cerita dalam diari berjela-jela ..bertukar buku setiap tahun..plan macam2…akhirnya kemana ?punyalah aku setia bagai nak rak…… 9 tahun bermadu kasih….alih2 putus jugak….awal2 putus cinta dul memang aku rasa sangat loser...gila ke ape...lame tu aku berhabis masa bercinta. kalau tanam pokok getah..dah boleh toreh pun. dah kaya dah aku sekarang ( nilai getah kan mahal skarang) 


nanti akan ada entry"loser seorang aku " 


apa pun aku tak totally salahkan dia. time tu kami muda sangat...banyak lagi komitmen lain... aku percaya pada ketetapan tuhan.

.....................................................................................................................................................................


itu dulu..sekarang aku berbahagia dengan denver..berdebar menanti our little angel come out......
buat suamiku..kasihmu tidak ternilai buat aku walaupun kau bukan jenis orang yang suka mengucap kata cinta saban hari. kasihmu tak terbanding... teristimewa buat aku seorang...

love u sayang NASG

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez