4 Mac 2011

Ibu Mertua VS Menantu


1. isu yang sangat berat untuk dibincangkan disini sebenarnya. ibarat seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa.

2. suka aku katakan bertuahlah bagi mereka yang mempunyai ibu mertua yang baik dan sempurna dari segala
segi. tapi harus dingat..ibu mertua takkan sama dengan ibu sendiri kan?

3. kadang2 walau kita tidak suka dengan cara mereka , kita terpaksa diamkan di dalam hati kerana itu adalah ibu kepada suami yang kita sayangi, hormati dan cintai sepenuh hati. perit bukan? tapi itu yang perlu kita lalui sebagai menantu. tidak kira kita menantu perempuan ataupun lelaki. sama sahaja.

4. banyak perka ra yang buat aku rasa kecewa, sama seperti kamu semua. tapi apakan daya ..perlu ke aku lantangkan suara aku pada mertua? tidak sama sekali. cuma suami penjadi orang tengah antara akmi. tempat aku luahkan..itupun perlu secara berhemah dan bertapis agar tidak mengguris hati suami. huk huk huk ...susah bukan...

5. betul..kita  kahwin bukan dengna suami ata isteri saja, tapi kita kahwin dengan famili sekali. buruk, baik semuanya harus kita terima.

6. ada perkara dan keputsan yang aku buat, sampai sekarang aku rasa sangat regret. dan aku tak sangka mereka boleh lepas tangan begitu saja. hmm..aku tahu Allah itu maha kaya dan maha tahu. mungkin hari ini dia lakukan pada aku, jangna lupa dia juga ada anak perempuan. mungkin suatu hari nanti tuhan akan tunjukkan dia jalan.

7. walau apa pun aku harus selesaikan masalah ini. aku perlu tnjukkan pada mereka yang  menantu yang seorang ini ada hak dan prisnsip hidup yang orang lain perlu hormati. tunggu saja bebe keluar..insyaallah semua masalah ini akan aku selesaikan. sekarang aku tak mahu stress.... utamakan bebe dari segalanya.

8. apatah lagi melihat orang yang aku paling sayang dalam dunia ini, ABAH menangis kerana tindakan BODOH aku yang mana aku mengheret semua oarng dalam dilema ini. tak mungkin aku sanggup melihat abah menangis lagi kerana aku. demi ABAH..aku akan tuntut hak aku. macam mana sekali pun itu hak aku. kamu sebagai suami juga tiada hak untk menidakkan hak itu.

9. mengertilah semua orang..aku mahkan hak aku. itu saja..tak mungkin aku akan diperbodohkan oleh kamu semua. selama ini aku menderita. berdiam diri dengan harapan kamu semua faham kesusahan yang kami alami...tapi nampaknya kamu sangat pentingkan diri sendiri. dulu bukan main manis kamu berjanji pada aku. aku ingat setiap baris janji aku itu. kalau bukan keran denver...dah lama...tapi demi suami aku pendamkan...tapi selepas ini tidak lagi..tunggu saja... demi abah.....

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez