4 Mac 2011

Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2011


kawan - kawan semua, sesiapa yang ingin mencari kerja dan minta dalam profession sebagai seorang guru, kini permohon untuk DPLi  sudah dibuka.

Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berkelayakan dipelawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memohon Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Syarat Am

 

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1976.
  3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
  7.  

    Syarat Khas Program

     

    1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
    2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
    3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

    Permohonan

    1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan (DP) Julai 2011.
    2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
    3. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011.
    4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
      • Maklumat Permohonan
      • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
      • Salinan Sijil Kelahiran Calon
      • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
      • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
      • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
      • Salinan sijil SPM
      •  

      Ujian MEdSI dan Temu duga

       

      1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
      2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI yang akan diadakan pada 30 April 2011.
      3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22 April 2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
      4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13 Mei 2011 melalui laman web  http://upu.mohe.gov.my
      5. Temu duga DPLI akan diadakan dari 18 Mei sehingga 25 Mei 2011.
      6. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

       

      Universiti Dan Pengkhususan

       

      Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program pendidikan dan pengkhususannya;

      IPTA Pengkhususan

      Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Bahasa Inggeris (TESL)

      Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Pelancongan - Bahasa Kadazan
      / Dusun
      - Bahasa Iban
      - Bahasa Inggeris  (TESL)
      - Ekonomi Rumah Tangga
      - Perdagangan & Keusahawanan

      Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Bahasa Inggeris (TESL)
      - Perdagangan & Keusahawanan

       

      Tarikh-tarikh Penting



      28 Februari 2011

      - Permohonan dibuka

      14 Mac - Permohonan ditutup

      18 Mac - Tarikh akhir hantar dokumen

      22 April - Semakan Ujian MEdSI

      30 April - Ujian MEdSI

      13 Mei - Semakan Temu duga

      18 – 25 Mei - Temu duga

      Jun/Julai - Keputusan Permohonan
      Tarikh di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat terkini.

       

      Tarikh Tutup

      1. Tarikh tutup permohonan Diploma Pendidikan sesi Julai 2011 ini adalah 14 Mac 2011.
      2. Tarikh akhir penerimaan dokumen sokongan adalah 18 Mac 2011.

       

      Maklumat

      1. Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja sila rujuk laman web UPU untuk maklumat yang lebih terperinci.
      2. Alamat, nombor telefon, e-mel dan laman web IPTA yang berkenaan boleh diperolehi di Senarai IPTA.
      3. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010 sebagai panduan.
      4. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03 8883 5801 / 5802 / 5858 atau emel: upu@mohe.gov.my
      5. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

      kredit untuk :
      http://eputra.com/

        0 tukang tambah:

        Cari Blog Ini

        Memuatkan ...

        i read them

         

        Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez