20 Mac 2011

balaci murahan


benci bukan kala kita digelar " balaci ?" " babu?" " pak turut ?" atau perkataan yang senagkatan dengannya.
apa yang ingin aku kongsikan disin sedikit pengalaman aku melihat dan merasai sendiri apakh rasanya menajadi balaci kepada seseorang.

selalunya, kita menjadi balaci kepada seseorang yang berpengaruh..mungkin dia orang kuat politik, anak orang kaya, datuk, datin , tan sri dan sebagainya. tak payah tunggu dewasa..masa kecik lagi kita dah alami situasi balaci.

aku pernah belajar kat form 6 sekejap...padan muka aku sape surh belajar tak pandai kan? sekolah asrama penuh konon..alih2 nak masuk u pun tak lepas. hahaha..sila kutuk aku skarang... kalau lar masa boleh dipatah balik..confrim aku akan belajar rajin2 n tak nakal2 sekolah dulu. ( betul ke ni? )
okey berbalik kepada belajar form 6...aku masuk aliran sains... konon2 terror lar ni...kat sekolah tu macam2 stdent ada, dr sekolah asrama penuh, dari sekolah pedalaman lar. so...sape2 yang dok jauh boleh aplly asrama ataupun duduk menyewa dengan kawan2. aku ? confirm lar ibu aku tak kasih weh...dah dulu dok asrama penuh tak score jugak..terpaksa lar ulang alik pergi sekolah.

tapi satu je..memang aku sayang abah dunia akhirat..dia sanggup tu hantar n ambik aku pergi sekolah. alih2 bila dah masuk bulan ketiga, aku cakap kat abah " abah hanatar long pagi je, nanti long balik sendiri " kesian weh..hantar adik2 aku yanglain lagi..past hantar aku. xsanggup nak bebankan abah aku lagi. ni masalah yang aku cari sendiri kan? tapi parah juga, 2 kali tkar bas baru aku sampai rumah beb.

ok ok berbalik kepada cerita balaci tadi. aku ada kawan dengan sorang minah ni...memang berlagak skit.pakai baju branded, purse pun branded. aku pandang telan liur je lar. abah aku tak mampu nak support aku mcm tu. adik2 kata bawah ramai lagi yang tengah belajar.  kita namakan minah ni sebagai lydia ( bukan nama sebenar ) tiap kali cuti sekolah lydia akan datang rumah aku tayang kancil sport dia. walawey..memang smart lar..semua dah modified. dia selalu jugak bwak aku pergi jalan-jalan. pernah sekali..dia pasang lagu kuat2 lepastu tanya aku terkejut tak? wahaha...nak jaga hati punya pasal aku cakap terkejut lar. gampang..rasa loser gila time ni. lpa plak tajuk lagu tu ape....

lydia ni dok rmah sewa belakang sekolah aku. kadang2 tu dia ada jugak ajak aku lepak kat rumah dia. kalau xde kerja aku aku pergi juga. hmm .... masa sekolah dulu..aku jenis yang pendiam kat sekolah..suka buat hal sendiri...kira jenis yang misery..hahahhaa.....tapi terkejut gak ada mamat chinese suka kawan ngn aku. gila baik..budak2 pompan chinese cakap dia minat aku ...wahahaha.....

berbalik pada kawan aku tadi... masa mula-mula kenal dia dulu aku mati-mati ingat kancil tu dia or bapak dia punya. sekali tu..tengah dok lepak ngn dia..ada kawan dia call cakap nak jumpa... dia ajak aku sekali. aku tolak tapi lydia ni beria-ria nak aku kenal ngn kawan dia ni. tak lama kemudian datang lar waja silver.... dalam tu ada sorang laki n pompuan baya aku gak. gaya2 anak orang kaya lar.

lydia kenalkan aku pada kawan dia... tapi kau tau reaksi pompan tuh..dia buat endah tak endah je. dalam kereta pasang lagu hip hop kuat giler. konon paham ler tu. padahal english hancur..macam aku tak tau. gila sombong..bukan aku tak tau dia tu anak sape. jom kita namakan kawan lydia sebagai jasmin ( bukan nama sebenar) dan lelaki itu sebagai pjoe ( bukan nama sebenar juga ).


jasmin bawa kitaorang pergi pasaraya....ada barang yang dia nak beli skit. aku ikut je lar..tengok rentak si lydia . masa tengah jalan2 tu lydia bisik2 kat aku... " jasmin ni anak datuk Y...orang kaya kat bandar kita nih " sebab aku dah tau...aku ooooooooooooooooooooo je panjang2...buat2 tak tau. tengah jalan2 tu..jasmin panggil pjoe " pjoe, ko pergi ambik bakul, aku nak beli barang ni " time tu aku syak pjoe ni balak dia lar....
boleh kau bayangkan..bila kau keluar shopping dengan oarang kaya yang berllagak nak mampus macam dalam dunia ni duit dia je yang punya macam mana? 

" bila dia suka sesuatu barang dia main campak je dalam bakul..selaku balaci kau kena harus peka ok. takut nanti barang yang dia campak tak masul dalam bakul yang kau pegang "

" lagi satu, masa dia pilih barang kan..bila dia kata cantik...kau kena cakap cantik juga ..tukang ampu,,nati pada akhir pembelian kau pasti dapat habuan "

aku tengok lydia ngn pjoe ni macam dah biasa gila jadi balaci. macam xkesah je jasmin buat dia macam tu. sorry beb.... aku bukan type macam tu. rasam macam....eeee....manusia macam ni pun ada ke kat dalam dunia ni. barulah aku sedar yang pjoe tu bukan balak dia..tapi sebagai supir aka balaci lelaki dia.

aku rasa itu kot kali pertama dan terakhir aku join lydia lepak dengan jasmin. tobat aku serik.... susah macam mana pun hidup aku..tak sanggup weh nak jadi balaci orang macam tu. hidup kean ada prinsip. barulah aku tau yang selama ni si jasmin lar dok payung lydia. mana2 jasmin pergi, jasmin buat lar...lydia ngn pjoe yang tukang cover. hampeh kan?

aku belajar form 6 sekejap je..lepastu aku chow buat diploma kat dungun n alhamdulillah aku dapat sambung degree kat shah alam jumpa balik ngn lydia ni. aku tanya ape cerita dia dengan jasmin. lydia cakap dia dah serik jadi  balaci jasmin. menurut lydia..jasmin terlanjur sampai mengandung n pjoe yang jadi pak sanggup kawin dengan jasmin. gila...what the heck...

macam tu life kau? jasmin  belajar tak pandai pun..spm pun tak lulus. tapi sebab bapak dia kaya n berpengaruh...dia boleh hidp senang lenang. xperlu aku nyatakan jasmin tu anak siapa..cuma apa yang aku ingin kongsikan..tak kisahlar siapa kita...susah atau senang tapi hidup kena bermaruah dan ada prinsip. tak perlu jadi balaci orang dan yang kaya tak perlu untuk menindas orang bawahan.

duit tak boleh beli persahabatan weh.....

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez