3 Julai 2010

A' Famosa Resort


actually aku kat a'famosa resort. ada business trip.... tapi aku bawa denver terchenta.
selalu pergi outstation..sorang2 je ..ni kali pertama bawa denver. aku dah kenalkan pada kawan2 opis. alhamdulillah denver boleh join diorang. legalah skit hati aku.

aku sampai semalam lagi. 3 hari kat sini. esok dah balik kl. ni pun aku baru habis meeting. kejap lagi nak keluar lunch..tunggu en.denver bersiap.

apa yang harapkan.... aku boleh pent time as much as possible dengan denver. i wank to know him more.
n aku harap this vacation dapat mengeratkan lagi hubungan kami berdua.

love u sayang.

baby girl


1. sebelum aku lupa, aku nak cerita..malam tadi aku mimpi dapat baby girl.
2. aku mimpi bersalin n alhamdulillah aku bersalin normal dan sangat tidak sakit ok.
3. baby gir aku seberat 3.5 kg..agak besar juga
4. oh..dan rupanya sangat comel....putih gebu...
5. alangkah seronok ..kalau yang aku impikan jadi kenyataan kan?
6. erm... ni gara-gara aku main anak azril ..qistina namanya masa dinner malam tadi....
7. denver..yang nak baby..huk6....

2 Julai 2010

orang ketiga didalam rumah anda


1. kalau boleh buat sementara waktu ini, ( sekurang-kurangnya setahun )  ..berikanlah peluang untuk aku berdua dengan denver.
2. aku perlukan ruang privasi untuk kami berdua, ( hey bukan utk itu ye ) .... biarkan aku dan denver mengenali hati budi masing-masing. apa couple 3 tahun dan 1 tahun bertunang masih tidak cukup untuk kamu kenali denver ?
3. ah..susah rupanya ingin terangkan pada semua orang. sekarang kami sudah kahwin. berikan aku masa untuk mengenali denver sebagai suami aku ..bukan lagi tunang atau kekasih; yang mana dia adalah roomate aku, bakal kepada anak aku nanti. berikan aku masa.....
4. aku tidak selesa sekiranya, ada orang lain yang ingin berkongsi rumah dengan kami. adik ipar walau adik aku sekali pun. jawapan aku tetap TIDAK . kami masih lagi pengantin baru..... berikan aku waktu... sukar untuk aku berkomunikasi sekiranya ada orang lain antara kami.
5. aku bukannya kejam..bukan pula bermaksud aku ini kera sumbang atau menolak hubungan kekeluargaan..... setakat ingin menetap sehari dua aku tak kisah..tapi kalau untuk jangka masa yang lama. bagaimana?
6. ah..... aku kan masak ikut mood? kemas rumah ikut mood? bagaimana kalau ada tetamu di rumah ? kalau aku balik lambat dan tidak sempat memasak, bagaimana ? aku pasti denver tidak kisah..tapi bagaimana dengan orang ketiga? boleh terima ke aku ?

7. tapi semuanya hanya tersekat dikerongkong aku...aku tidak sanggup untuk katakan tidak di depan denver. aku hormati keputusannya.....
8. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan aku dan suami.....

rumah


1. satu topik yang sangat sinonim dengan bakal pengantin dan juga pengantin.
2. apa yang aku selalu bertekak dengan denver adalah..aku mahukan rumah dekat dengan ofis aku, begitu juga dia. ha.. kan dah ada satu masalah kat ctu.
3. kesudahannya dari sebelum kahwin sampai dah kahwin, kami masih lagi belum ada rumah sendiri. buat masa sekarang aku masih lagi duduk bersama adik perempuan aku. nak pindah juga..tengah survey rumah.
4. baru sekarang, kami jumpa kata sepakat utk berpindah kat area subang bestari. dekat dengan ofis aku n ofis denver. baru adil sayang.
5. memangkan ini rumah pertama kami, ia perlu dijadikan momento yang menarik ; yang cukup sempurna. maka bermula minggu depan... sesi mencari rumah akan dimulakan.
5. pst... sape2 yang tau ada rumah apartmen or else rumah teres yang kosong utk disewa?

1 Julai 2010

topik selepas berkahwin


hahaha walaupun tak sampai sebulan lagi kami kahwin
aku lar yang paling kecoh...
sangat teruja inginkan cahaya mata

tiap kali nampak baby
atau kemana saja aku keluar
apa-apa je lar

mesti keluar ayat macam ni kat denver

" sayang, nati buleh baby, kita bawak dio des........ bla bla bla "
" sayang, bilo eh kito nok buleh baby ? '"
" sayang, nati baby kito, bal bla bla.... '

semuanya berkisar pasal baby, nasib baik denver rajin melayan aku sekarang...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez