30 Julai 2010

toll gate


ingin berkongsi dengan kamu mengenai kerjaya seorang toll gate.
kenpa? sebab aku pergi kerja hari2 guna toll. dah macam-macam karenah aku jumpa orang kat toll gate ni.

kalau terkena kat lane lelaki gatal..mulalah dia jual minyak urat kat kita kan?
dapat mak cik serius... kecut jugak perut aku. jangan nak senyum pandang muka kita pun tidak.
bukan saja yang buruk  ye..yang baik pun ramai juga..ada yang concern pasal kita.
kalau dah hari2 kau lalu laluan tu, confirm kau akan kenal muka2 familiar kat toll gate tu.
sebab dah biasa, ramai juga yang menegur aku. hehehee

aku memang peramah..taki kira siapa semua orang aku boleh buat kawan.,
kalau mereka dah baik dengan kita takkan kita nak buat taik kan?
konsep aku senang, you get back what you give ...



ha..disebabkan dah selalu sangat ulang alik kat npe
ada sorang perempuan..aku agak lagi muda dari aku kot
selalu je tegur aku
aku ingat nak jemput dia masa aku kahwin haritu...
tapi bila aku lalu xde lar plak dia kat toll tu
mesti dah dapat kerja lain kot


mungkin tuhan nak kami kenal juga
atau dalam kata lain jodoh antara kami kuat
baru2 ni aku jumpa dia
mestila kat toll jugak kami jumpa pun
kami menjerit excited " ai..lama tak jumpa"

excited ingin berbual panjangseolah sudah lama kenal
lupa..kereta berderet2 kat belakang
then aku tinggalkan business card aku kat adik ni


hari tu jumpa lagi
kali ni aku dapot toll free je wey
seronok dan terharu
padahal baru saja kenal
itula...hidupni jangan sombong....
kena buat baik ngn semua orang...

budak ni pompuan...
denver tak cemburu pun...
hehehe
bertambah lagi kawan aku untuk tahun ini
alhamdulillah....

29 Julai 2010

jangan berikan ruang untuk suami curang


" suami akak ada perempuan lain, akak dah pergi jumpa bomoh "
" semalam, akak jumpa cincin dala poket seluar suami akak "

kalau aku berada di tempat mereka, apa ye reaksi aku ketika itu?
mampu ke aku hadapi semua itu?

walaupun pada awalnya, perkahwinan itu dibina atas dasar cinta, suka sama suka bukan pilihan orang tua..
tetapi kenapa akhirnya perlu ada orang ketiga?
siapa yang salah?
suami?
isteri?
atau kedua -duanya ?

berita seperti ini mengingatkan diri aku sebenarnya, agar jangan lupa akan tanggungjawab seorang isteri.
jangan biarkan ada ruang antra kamu dan suami sehingga wujudnya alasan untuk dia mencari orang ketiga.

bila aku lihat dia? aku tertanya-tanya, apa  yang tidak kena ye? mereka ada anak, isterinya juga bekerja, meraka ada segalanya. cuma mungkin juga penampilan isterinya tidak menarik.... iye lar..sudah ada anak ramai..masa untuk berhias diri mungkin juga terhad. agaknya lar....

dan ada pula..dia sangat cantik..berhias bagai..tapi lupa untuk menyediakan makan pakai suami. rumah bersepah..baju bertimbun.....

lelaki mudah peka...tetapi mereka kurang bercakap...
kita sebagai isteri sepatutnya peka....

ya allah jauhkan orang ketiga diantara aku dan suami

dan mulai hari ini aku akan :

1. selalu memasak..( hari minggu WAJIB masak )
2. kemas rumah 
3. basuh baju + lipat baju
4. kurangkan membebel
5. berhias untuk suami bukan saja pergi kerja perlu cantik okey
6. solat 5 waktu ( jangan malas )
7. banyakkan berdoa

aku tak boleh malas dah. aku kena rajinkan diri. memang agak penat..tapi berkorban untuk suami dan iklas melakukannya..bukankah pahala ganjarannya?

ayuh isteri2 diluar sana....jom harmonikan rumahtangga kita


28 Julai 2010

gedik belajar letak signature kat blog


gedik kan aku?
bila mood terlebih rajin , macam ni lar nampaknya.
aku berjaya cari coding signature...
bila tengok blog orang lain cantik je..aku try buat jugak...
kalau kamu juga nak cuba..sila kesini ye

buat signature

dan kalau ada masalah untuk paste coding sila rujuk kesini

cara untuk paste signature

27 Julai 2010

suami suka keluar lepak bersama kawan


kesinambungan daripada entry puan syidah.

bagaimana kita sebagai isteri perlu mengatasi masalah ini daripada berterusan.
tak baik mengongkong suami, perlu berikan kebebasan untuk mereka. mereka juga perlukan ruang bersama kawan-kawan.

tapi..kalau dah tiap2 malam suami keluar kul 12 baru balik..apa cerita? mahu tak muncung mulut isteri tu. kalau dapat isteri yang suka membebel pedihlar telinga si suami tu. dan kalau dapat suami yang jenis cool ..yang boleh terima isteri membebel itu cukup baik. jenis yang panas baran camana?

maka..bibit keregangan akan timbul..mungkin juga pertengkaran kecil akan berlaku.

Ya Allah minta dijauhkan...

mungkin isu ini kecik bagi suami....tidak bagi isteri.

tolak ansur dan komunikasi perlu ada bagi membendung masalah ini. masa pergi kursus kahwin pun..ada satu topik " komunikasi" membuktikan bahawa dalam sesuatu perhubungan komunikasi itu sangat penting.

aku pun alami situasi yang sama. mugnkin sebab masih baru..... masing2 tengah belajar menerima perangai masing2 kan.

buat masa sekarang...sabar saja nasihat terbaik aku boleh bagi kat kamu semua sebab aku juga macam tu.
kadang2 kalau timing betul..slow talk bercerita.....

macam denver...dari dulu lagi dia memang macam ni. bukan aku tak tau kemana dia pergi...dah tau sangat port dia kat mana. kawan2 dia pun aku kenal dari dulu lagi.masa kami tengah berkawan lagi....

kita tengok sebulan dua lagi..macam mana.. dah ada anak berubah kot...

email penipu....sebab dah banyak sangat kat inbox aku nak published kat sini.. takkanla senang nak dapat duit kot...


FROM THE DESK OF ALDRIC ETHAN
THE AUDITING AND ACCOUNTING
SECTION MANAGER BANK OF AFRICA,
(B.O.A.) OUAGADOUGOU BURKINA FASO.
Dear Friend,

I know that this message will come to you as a surprise. I am the Auditing and Accounting section manager with Bank of Africa, Ouagadougou Burkina faso. I Hope that you will not expose or betray this trust and confident that I am about to repose on you for the mutual benefit of our both families.

I need your urgent assistance in transferring the sum of ($15) Million US Dollars only to your account within 10 or 14 banking days. This money has been dormant for years in our Bank without claim.I want the bank to release the money to you as the nearest person to our deceased customer late Mr Andrew Eich who died along with his supposed next of kin in an air crash since 31st October 1999.I don't want the money to go into government treasury as an abandoned fund. So this is the reason why I am contacting you so that the bank can release the money to you as the next of kin to the deceased customer.

Please I would like you to keep this proposal as a top secret and delete it if you are not interested.Upon receipt of your reply, I will give you full details on how the business will be executed and also note that you will have 30% of the above mentioned sum if you agree to handle this business with me. I am expecting your urgent response as soon as you receive my message.

Regard,
Mr. Aldric Ethan.

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez