27 Julai 2010

suami suka keluar lepak bersama kawan


kesinambungan daripada entry puan syidah.

bagaimana kita sebagai isteri perlu mengatasi masalah ini daripada berterusan.
tak baik mengongkong suami, perlu berikan kebebasan untuk mereka. mereka juga perlukan ruang bersama kawan-kawan.

tapi..kalau dah tiap2 malam suami keluar kul 12 baru balik..apa cerita? mahu tak muncung mulut isteri tu. kalau dapat isteri yang suka membebel pedihlar telinga si suami tu. dan kalau dapat suami yang jenis cool ..yang boleh terima isteri membebel itu cukup baik. jenis yang panas baran camana?

maka..bibit keregangan akan timbul..mungkin juga pertengkaran kecil akan berlaku.

Ya Allah minta dijauhkan...

mungkin isu ini kecik bagi suami....tidak bagi isteri.

tolak ansur dan komunikasi perlu ada bagi membendung masalah ini. masa pergi kursus kahwin pun..ada satu topik " komunikasi" membuktikan bahawa dalam sesuatu perhubungan komunikasi itu sangat penting.

aku pun alami situasi yang sama. mugnkin sebab masih baru..... masing2 tengah belajar menerima perangai masing2 kan.

buat masa sekarang...sabar saja nasihat terbaik aku boleh bagi kat kamu semua sebab aku juga macam tu.
kadang2 kalau timing betul..slow talk bercerita.....

macam denver...dari dulu lagi dia memang macam ni. bukan aku tak tau kemana dia pergi...dah tau sangat port dia kat mana. kawan2 dia pun aku kenal dari dulu lagi.masa kami tengah berkawan lagi....

kita tengok sebulan dua lagi..macam mana.. dah ada anak berubah kot...

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez