26 Julai 2010

perkara yang tidak patut aku praktiskan selalu


kamu semua pernah tak hadapi situasi dimana kamu telah membuat satu pilihan/keputuan yang bodoh.
disebabkan aku seorang yang sangat berkeyakian dan berdiri seperti yang kamu baca pada profail aku , banyak perkara bodoh telah aku lakukan.

1. keluar jalan-jalan seorang diri
=*= masa belajar dulu, pernah ja n ros ajak aku keluar jalan2 pada hari minggu. aku tolak sebab aku plan nak keluar dengan denver. dating dengan bf kononnya lagi cool. tapi alih-alih denver batalkan last minute. so aku paksa juga diri aku keluar jalan sorang2 sebab aku dah pakai cantik2. nak cari ja n ros aku dah malu. biasalah satu lagi sifat tak baik aku iaitu sangat ego. bila dah sampai kat shopping mall... aku mundar mandir jalan sorang2 tak sampai 30 min aku dah ada dalam kereta dirve balik rumah. sebab aku tahu keluar seorang diri  sangat tidak cool. kalau cari ja n ros mungkin aku tak balik lagi. bodoh kan?

2. beli barang dapur
=*= sebelum keluar membeli aku dah plan siap2 menu masakan . dah tulis pun bahan-bahan yang perlu dibeli. bila sampai kat pasar..menu aku selalunya berubah. dan aku akan luangkan masa yang agak lama untuk buat keputusan apakah menu yang aku akan masak. kesannya aku akan beli kesemua bahan dan aku perlu bayarkan harga untuk kedua2 menu semasa dirumah dan juga menu yang muncul semasa di pasar. bila sampai dirumah..aku akan buat menu lain. percayalah..aku memang macam ni..kaya sangat dengan menu...

3. beli hand bag
=*= sape yang kawan rapat dengan aku, pasti kenal aku, aku sangat obses dengan beg. seperti aku dan beg tidak dapat dipisahkan. pernah suatu ketika dulu, jusco sunway pyramid ada buat sale utk member jusco. aku telah memilih sebuah handbag dimana aku rasa beg itu sangat cool dan cantik..semasa aku ingin membayar di kaunter, aku telah melihat seorang perempuan memegang sebuah lagi beg yang cantik juga. kau tau apa aku buat? aku patah balik dan cuba dapatkan sebiji lagi beg macm perempuan itu ..tapi stok yang tinggal hanya yang dispaly sahaja...yang lain sudah tak ada. aku belek2 beg itu...berkira mahu beli atau tidak. tiba2 seorang perempuan tegur aku " kalau u tak nak, i ambik tau. rugi beg ini sangat cantik ". nah..bila aku dengar macam tu aku terus ambik dan membayarkan dikaunter. denver geleng kepala. bila sampai rumah..aku tengok beg kedua yang aku beli itu agak gaya makcik2 .... kau tahu mana beg tu sekarang. aku telah berikan pada ibu sebagai hadiah hari jadi. bodoh kan? nasib baik ibu suka..kalau tak membazir saja.

=*= semasa membuat persiapan kahwin juga aku telah membuat perhitungan yang sangat tidak bijak. aku telah membeli sebuah hand bag hampir mencecah seribu ringgit untuk dibuat hantaran. bila aku keluar untuk mencari dress work sebagai hantaran juga, aku telah terbeli sebuah lagi hand beg yang cantik. kau tau apa alasan yang aku ciptkan kali ini? beg pertama aku agak besar, tidak sesuai diletak atas par sebagai hantaran. hehehe tapi bila sampai time kahwin beg pertama juga yang aku guna sebagai hantaran. untuk elakkan rasa kecewa..aku bgtau diri aku..beg kedua adlah hadiah kepada diri sendiri sempena perkahwiann aku. hehehhe

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez