26 Julai 2010

Ideal Selebriti Chef 2


baru lepas habis tonton slot rancangan ideal selebriti chef 2.
ada menu menarik yang aku rasa nak kongsi dengan kamu semua, bagi yang suka masak macam aku.

tema pertandingan hari ini : menu sahur

peserta cina, namanya lilian, dia ada blog juga, tapi aku dah search tak jumpa lagi. menu sahur dia sangat menarik. aku memang teringin nak belajar masakan cina. nampak sedap.

1. bebola daging
- roti dihancurkan bersama susu ideal dan dilecek halus. kemudian digaul bersama daging cincang dan telur. tambah tepung gandum sekiranya lembik. gaul juga garam dan gula sesedap rasa.
- untuk kuah masakkan butter, bawang putih, susu dan juga daun kari.
- jom kita pkat2 cuba.

2. air
- masakkan air, gula merah, halia dan daun pandan. boleh dihidangkan sejuk atau panas.

seorang lagi peserta, namanya  anna. major dalam bidang persolekan. tapi mencuba nasib dalam pertandingan ini. dia juga telah masak

1. ayam bersenget
- tumbuk bawang merah, putih , cili dan juga rempah sehingga lumat. kemudian masukkan ayam dan juga susu ideal. masukkan gula dan garam secukup rasa.

2. air
- madu dicampur dengan susu ideal. nampak sedap. boleh cuba.

sedap kan? kan dah dapat menu untuk sahur puasa nanti. oyeah..jom kita cuba ye.

1 tukang tambah:

khairilz on Rabu, Ogos 25, 2010 12:43:00 PTG berkata...

nie blog masakan dia www.malaysiabest.net dan blog personal 5xmom.com

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez