26 Julai 2010

biasalah..perempuan suka ambil kesempatan pada lelaki....


" ko pakai kereta apa? "
" erm... aku xde keta lar wey..pakai keta husband/fiancee/ bf  aku "
" tu lar pompuan suka sangat ambil kesempatan "

agak2 apa jawapan kamu  ye?
aku pernah mengalami situasi seperti ini.

normal...kalau kita dah kerja ..mesti akan beli kereta sendiri kan?
aku masa belajar dulu ibu berikan aku kereta untuk kegunaan aku dan aku menggunakannya sehinggalah aku bekerja.

oh..kenapa masih guna kereta ibu? hehehe aku suka ..aku boleh jimat duit kerana bulan2 ibu yang bayar. aku bayar maintenance saja. jahat kaH aku? abah nak bagi..aku terima je lar.... lagipun kononnya aku simpan duit untuk kahwin.

dan aku selalu bercerita dengan denver, kereta pertama yang aku akan beli adalah myvi kaler putih. sebab aku suka giler dengan warna putih.

seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal...denver telah beli kereta yang aku sebutkan itu. nah... masa itu aku masih ada kancil pemberian ibu.

denver berikan aku pakai kereta itu dan meminta aku pulangkan balik kancil pada ibu. alasannya cukuplah satu kereta kerana dia tak perlukan kereta. boleh jimat duit. hik2 aku pulangkan kereta ibu.

mungkin juga denver terlalu percayakan pada hubungan kami padahal waktu itu kami masih lagi berstatus pacar bukan tunang ataupun suami isteri. dia berikan kereta untuk aku pakai ke sana kemari berurusan kerja dan juga untuk keluar berlibur.

bulan2 denver yang bayarkan kereta itu so aku bayr maintenance saja. macam pakai kancil ibu. konsep yang sama. cuma ini kereta yang aku nak sangat pakai.

denver pergi kerja pakai apa? oh..dia senang menaiki motor pergi kerja. katanya boleh keluar lambat dan tak perlu layan jam. kejam ke aku? tidak... aku sentiasa ajak dia pergi kerja sama2 tapi dia yang menolak.

besarkan pengorbanan denver untuk aku? dari bercinta sampailah sekarang kami dah kahwin. rutin tetap sama. aku pergi kerja bawa kereta dan dia menaiki motor. bila hujan dia akan sampai lambat ke rumah..berhenti teduh kat mana2. aku kaihan melihat dia begitu..tapi dia tak kisah. jarang sangat kami pergi kerja sama2 padahal ofis denver sama jalan dengan ofis aku.

aku sayangkan dia, sebba dia sanggup berkorban apa saja untuk aku rasa bahagia seperti orang lain.
walaupun dia bukanlah lelaki romantik yang selalu mengungkap ayat2 indah bila berbicara...tapi dia tetap istimewa bagi aku.

aku bukanlah perempuan yang suka mengikis harta lelaki. aku juga ada prinsip hidup. tidak salah rasanya kalau perempuan itu memakai kereta pemberian lelaki bukan? tambah2 kalau ia adalah dari suami kamu. itu buktinya lelaki itu betul2 sayangkan kami.

dan aku tidak pernah malu memberitahu pada semua orang yang itu  kereta pemberian denver pada aku.
dan aku menghargainya......

orang nak cakap apa pun aku tak kisah....

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez