7 Mac 2011

tangan luka-luka


malam tadi bila denver balik... kemas2 barang kerja dia
masuk bilik air, cuci kaki, basuh muka dan gosok gigi
salin baju dan terus baring sebelah aku

belum sempat aku tegur.. dah lena pejam mata
dalam samar2 cahaya..aku pandang sayu wajah suami tersayang
nampak sangat dia sangat penat
 terus aku pegang tangan denver
hala ke pipiku dan mencium jari itu

tengahari tadi aku kejut dia bangun
tahu dia masih penat..
tapi...kena kejut jugak
aku usap jari denver
malam tadi tak namapak
banyaknya luka-luka kecil dijari denver
sayu hati....
berlari keluar bilik..aku menangis
tak sanggup...
tapi ini pilihan dia...

bila tiap kali salam dengan abah pun aku sayu
keras dan berkematu jari abah...itu tandanya betapa kuatnya
abah bekerja untk membesar kami adik beradik

dua orang hero dalam hidup aku
abah dan denver
dua-dua aku sayang dan hormat

4 Mac 2011

mummy yang kalut


1. hahhaa kelakar..... sangatlah gelabah dan terlebih excited... mahu belikan hadiah birthday untuk denver weekend lepas.

2. sanggup aku offer diri nak keluar jalan sorang2 kat jusco maluri ....nak beli barang bebe yang tak cukup. nasib baik dekat dengan rumah..xde lar denver kisah sangat.

3. hmm..... sebab aku pernah 2 kali berturt beli kad yang sama untk denver, kali ni lihan aku dan bebe adalah color baby blue. sungguh sweet.... tanpa membaca kad tersebut terus aku rembat dan bayar kat kaunter.
yelah..kaki dah lenguh..mana boleh jalan lama2 sekarang ni.

4. hadiah bebe dan mummy decide beli..hik hik hik ..rahsia....denver je yang tahu...

5. sampai rumah..terus aku penakan puisi yang sama aku publishkan kat blog...tambahkan sikit lagi perisa..hik hik hik..

6. then..bila dah siap..nak masukkan dalam envelope...baru aku perasan kad tersebut bertajuk :

Happy Anniversary my Husband

7. adeh..meroyan sekejap......

8. then... dengan muka tak malu ..pergi ngadap denver... 
"b happy birthday..sorry yang silap beli kad.."  hik hik hik sambil buat muka kesian n peluk denver...

9. dalam hati aku kutuk diri sendiri..ape lar,....benda kecik pun boleh salah....

Ibu Mertua VS Menantu


1. isu yang sangat berat untuk dibincangkan disini sebenarnya. ibarat seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa.

2. suka aku katakan bertuahlah bagi mereka yang mempunyai ibu mertua yang baik dan sempurna dari segala
segi. tapi harus dingat..ibu mertua takkan sama dengan ibu sendiri kan?

3. kadang2 walau kita tidak suka dengan cara mereka , kita terpaksa diamkan di dalam hati kerana itu adalah ibu kepada suami yang kita sayangi, hormati dan cintai sepenuh hati. perit bukan? tapi itu yang perlu kita lalui sebagai menantu. tidak kira kita menantu perempuan ataupun lelaki. sama sahaja.

4. banyak perka ra yang buat aku rasa kecewa, sama seperti kamu semua. tapi apakan daya ..perlu ke aku lantangkan suara aku pada mertua? tidak sama sekali. cuma suami penjadi orang tengah antara akmi. tempat aku luahkan..itupun perlu secara berhemah dan bertapis agar tidak mengguris hati suami. huk huk huk ...susah bukan...

5. betul..kita  kahwin bukan dengna suami ata isteri saja, tapi kita kahwin dengan famili sekali. buruk, baik semuanya harus kita terima.

6. ada perkara dan keputsan yang aku buat, sampai sekarang aku rasa sangat regret. dan aku tak sangka mereka boleh lepas tangan begitu saja. hmm..aku tahu Allah itu maha kaya dan maha tahu. mungkin hari ini dia lakukan pada aku, jangna lupa dia juga ada anak perempuan. mungkin suatu hari nanti tuhan akan tunjukkan dia jalan.

7. walau apa pun aku harus selesaikan masalah ini. aku perlu tnjukkan pada mereka yang  menantu yang seorang ini ada hak dan prisnsip hidup yang orang lain perlu hormati. tunggu saja bebe keluar..insyaallah semua masalah ini akan aku selesaikan. sekarang aku tak mahu stress.... utamakan bebe dari segalanya.

8. apatah lagi melihat orang yang aku paling sayang dalam dunia ini, ABAH menangis kerana tindakan BODOH aku yang mana aku mengheret semua oarng dalam dilema ini. tak mungkin aku sanggup melihat abah menangis lagi kerana aku. demi ABAH..aku akan tuntut hak aku. macam mana sekali pun itu hak aku. kamu sebagai suami juga tiada hak untk menidakkan hak itu.

9. mengertilah semua orang..aku mahkan hak aku. itu saja..tak mungkin aku akan diperbodohkan oleh kamu semua. selama ini aku menderita. berdiam diri dengan harapan kamu semua faham kesusahan yang kami alami...tapi nampaknya kamu sangat pentingkan diri sendiri. dulu bukan main manis kamu berjanji pada aku. aku ingat setiap baris janji aku itu. kalau bukan keran denver...dah lama...tapi demi suami aku pendamkan...tapi selepas ini tidak lagi..tunggu saja... demi abah.....

Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2011


kawan - kawan semua, sesiapa yang ingin mencari kerja dan minta dalam profession sebagai seorang guru, kini permohon untuk DPLi  sudah dibuka.

Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berkelayakan dipelawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memohon Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Syarat Am

 

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1976.
  3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
  7.  

    Syarat Khas Program

     

    1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
    2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
    3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

    Permohonan

    1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan (DP) Julai 2011.
    2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
    3. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011.
    4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
      • Maklumat Permohonan
      • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
      • Salinan Sijil Kelahiran Calon
      • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
      • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
      • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
      • Salinan sijil SPM
      •  

      Ujian MEdSI dan Temu duga

       

      1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
      2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI yang akan diadakan pada 30 April 2011.
      3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22 April 2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
      4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13 Mei 2011 melalui laman web  http://upu.mohe.gov.my
      5. Temu duga DPLI akan diadakan dari 18 Mei sehingga 25 Mei 2011.
      6. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

       

      Universiti Dan Pengkhususan

       

      Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program pendidikan dan pengkhususannya;

      IPTA Pengkhususan

      Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Bahasa Inggeris (TESL)

      Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Pelancongan - Bahasa Kadazan
      / Dusun
      - Bahasa Iban
      - Bahasa Inggeris  (TESL)
      - Ekonomi Rumah Tangga
      - Perdagangan & Keusahawanan

      Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Bahasa Inggeris (TESL)
      - Perdagangan & Keusahawanan

       

      Tarikh-tarikh Penting



      28 Februari 2011

      - Permohonan dibuka

      14 Mac - Permohonan ditutup

      18 Mac - Tarikh akhir hantar dokumen

      22 April - Semakan Ujian MEdSI

      30 April - Ujian MEdSI

      13 Mei - Semakan Temu duga

      18 – 25 Mei - Temu duga

      Jun/Julai - Keputusan Permohonan
      Tarikh di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat terkini.

       

      Tarikh Tutup

      1. Tarikh tutup permohonan Diploma Pendidikan sesi Julai 2011 ini adalah 14 Mac 2011.
      2. Tarikh akhir penerimaan dokumen sokongan adalah 18 Mac 2011.

       

      Maklumat

      1. Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja sila rujuk laman web UPU untuk maklumat yang lebih terperinci.
      2. Alamat, nombor telefon, e-mel dan laman web IPTA yang berkenaan boleh diperolehi di Senarai IPTA.
      3. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010 sebagai panduan.
      4. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03 8883 5801 / 5802 / 5858 atau emel: upu@mohe.gov.my
      5. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

      kredit untuk :
      http://eputra.com/

        3 Mac 2011

        35 weeks check up


        1. kesihatan tak begitu baik..was attacked by flu...
        2. nak bawak diri pun dah tak larat..berdiri lama2 rasa lenguh kaki..kalau boleh sume benda nak buat secara duduk tak pun baring. hik hik hik... nak drive pergi kerja lagi lar tak larat sgt2....
        3. last tuesday pergi check up kat klinik kesihatan. erm..toilet nye sangatla teruk... n aku terpaksa complain kat nurse....nurse cakap aku bukan orang pertama yang complain pasal toilet tu... mereka dah jumpa pengarah pun..tapi peruntukan untuk baiki toilet tak dapat..aish..miskin sangat dah ke kerajaan malaysia ni?
        4. ok, berikut result check up aku :
        berat : 54 kg - statik tak berubah
        tekanan darah : 100/60
        tinggi rahim : 36 cm
        kedudukan bebe : normal
        jantung bebe : -+ 144
        urin : normal
        HB : 11.3
        berat bebe : 2100 kg  ( masa 34 weeks )

        5. nurse juga ada bg advise kat aku, antaranya :

        @ kena persiapkan mental dan fizikal..starting next week dah mask 36 weeks means the time is come..bebe can anytime deliver
        @ siapkan semua keperluan bebe n juga ibu untuk dibawa kehospital
        @ masa proses kelahiran, bila faraj sdah terbuka dan bahagian disekelilingnya akan menipis, that time doc akan gunting kat tepi sebelah kanan untuk mengelakkan kita punya faraj dr koyak rabak. eee..ngilu aku dengar... nurse juga minta aku check kat faraj tu ada urat bersimpul warna hijau yang macam kat betis tu ada ke tak. kalau ada..doc takkan gunting kat situ..takut bleeding... hmmm..nak kena buat ni..penting....
        @ masa dalam pantang, jgn basuh area bawah tu dgn apa2 brand feminine wash ..cukup dengan air suma dicampur dgn sedikit garam..baru cepat sembuh.

        6. sekarang tidur dah tak lena..risau memikirkan proses kelahiran..tapi apa pun aku berserah saja pada Allah. semoga dipermdahkan segala urusan kelahiran bebe dan semoga bebe sihat dan sempurna. amin.....





        Cari Blog Ini

        i read them

         

        Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez