27 Februari 2011

kenapa aku buat blog ?


1. aku buat blog sebab disini aku bebas meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati tanpa perlu menjaga hati orang lain.

2. ber blog adalah terapi yang paling baik bagi aku. salah satu cara untuk aku melepaskan kemarahan, kesedihan, ketidakpuashati aatau apa saja yang terbuku di hati.

3. aku suka menulis. dulu sebelum aku kenal dunia blog aku ada diari yang aku tulis tiap2 hari apa yang berlak dalam hidup aku. cuma dunia blog...tidak semua aku ceritakan disini.

4. aku suka baca blog.

5. aku buat blog dengan harapan suata masa nanti, bila aku tiada lagi dalam dunia masih ada sesuatu yang aku tinggalakan untuk suami, bebe dalam perut dan juga keluarga untuk kenangkan aku.

6. cari duit lebih melalui nuffnang. ngeh ngeh ngeh

7. salah sat cari aku cari ramai kenalan dan dapat bertukar fikiran dan idea serta juga resipi. ( macam buat penulisan spm je ) hahahhaha

8. sebab aku kera sumbang, sejak kerja aku tak de ramai kawan. beberapa orang saja sahabat baik aku.

9. sebab aku ada banyak masa terbuang

10. sebab aku nak improve gaya penulisan aku.

11. sebab aku boring. ngeh ngeh ngeh.....

23 Februari 2011

dedicate to my denver


sayangku denver....
pada hari ini genaplah 9 bulan 1 minggu 2 hari
kita bergelar suami isteri
yang mana pastinya

disetiap hari memenuhi 9 bulan 1 minggu 2 hari itu
pelbagai rasa kita lalui kan?
ada masanya kita bergembira, bercanda riang 
banyak masanya aku menangis kerana kamu
kerana hati isteri kamu ini sangat rapuh
mudah terguris denga kamu

dan ada perkara yang kamu buat itu kecil
tapi bg aku sangat besar
setiap kali kamu mandi
kamu pastikan air penuh sebaldi
untuk apa?
kerana kamu tahu
isteri kamu ini selalu bangun malam sejak mengandung

dan kamu betah didapur bersama aku sekarang
memasak bersama
baju juga kamu basuh dan jemurkan
aku terharu dengan kamu sayang
lagi....
kamu korbankan segala wang ringgit demi aku
kerana sekarang aku sering sakit
sejak mengandungkan buah hati cinta kita
memang tahun pertama perkahwinan kita
tidak seindah orang lain
banyak sangat dugaan yang perlu kita tempuhi
tapi kamu setiap hari
mengukir janji indah pada aku

bilang kamu
" yang, bg saya tempoh setahun saja "
dan setiap kali kamu janjikan manis2 pada aku
aku hanya mampu tersenyum
moga Allah mendengar rintihan kamu dan menunaikan permintaanmu itu


aku sebagai isterimu
aku terus setia disisi kamu
walau apa pun yang berlaku dan akan berlaku
keran aku tahu
kamu adalah pelengkap untuk hidup aku

dan aku akan cuba berjuang sekuat mungkin
demi pengikat kasih dalam perut ini
agar ia lahir pada masanya dan sempurna
moga kurniaan zuriat ini
menambahkan lagi cintamu pada isterimu ini

sayangku denver
kau tidak romantis seperti pria yang lain
tapi aku terima kamu seadanya
kerana aku tau..kamu juga cintakan aku seperti mana aku cintakan kamu

sempena ulang tahun kelahiran kamu kali ini
aku isterimu..sahabatmu..pendampingmu...
mengucapkan..
selamat hari jadi suami ku




18 Februari 2011

puas


berjaya juga aku siapkan satu set permainan sudoku
level 4 bintang
tanpa bantuan jawapan dari belakang
hik hik hik
gandingan mantap bebe dan mummy
well done my bebe
u r going to be like papa n mummy
good in mathematician

alhamdulillah

terharu


perasaan ibu mengandung sangat sensitif
ada-ada saja yang tak kena
menangis je kerjanya
denver dah masak denga perangai aku yang satu ni

tapi aku tak bebe dalam perut aku ni terikut - ikut dengan perangai aku
minta dijahkan..jenuh juga nak menjaga nanti kan?

kebelakangan ini
banyak perkara yang denver lakukan buat aku tersentuh
terharu aku dengan segala pengorbanan yang dia lakukan demi aku
lagi lar buat aku menangis

tidak perlu aku hebohkan apa yang dia lakukan
cukup hanya aku katakan
sebenarnya denver begitu cintakan aku
tapi dia sukar utnk lafazkan dengan kata-kata
tp perbuatannya sudah cukup menceritakan segalanya

terima kasih suamiku..

16 Februari 2011

haip..susah betul


pelajaran yang aku dapat hari ini ialah

jangan anggap apa yang kau nampak itu hakikat yang sebenar

jom aku bagi contoh situasi untuk kau faham 

bila kau lihat seorang kakak pergi klinik bawa seorang bebe yang hanya baru 7 bulan
dalam hati kau " oh..dia bawa bebe datng check up ni "
tapi hakikatnya
hari itu adalah hari dia datang chek up bukan hari bebe dia check up sebab dia mengandung lagi

kau attend meeting dengan orang baru yang kau tak kenal ntuk projek baru company kau baru dapat
satu sudut kau terpandang jejaka hensem yang memenuhi kriteria pilihan lelaki idaman kau
dalam hati " hensemnya..ini mesti PM untuk projek ni, penuh dengan ketokohan seorang pemimpin "
then..bila turn perkenalkan diri
hampes..rupanya dia hanyalah pencatat minit meeting sahaja

banyak lagi sebenarnya situasi yang aku boleh apply pada quote aku kat atas tu....tapi rasanya cukupla dlu dgn2 situasi yagn diberikan.

dah...aku nak sambung balik buat kerja aku..

kan aku dah cakap....kalau aku cuti confirm la semua orang kelam kabut..

uish..xpe..aku tak perlu partner.... korang semua kan hebat..setakat buat kerja bodoh cam aku ni..semua orang boleh buat beb... tak penting tak penting....

14 Februari 2011

a few things happened n make me smile..thansk you Allah


alhamdulillah...sujud syukur padaMu ya Allah

inilah hasilnya bila seseorang hamba itu bersabar...

hadiah yang kau berikan pada hambaMu ini amat bermakna buat aku dan denver

rezeki bebe kami..alhamdulillah


berbaloi air mata ini mengalir setiap kalii aku sujud padamu....

keluh kesah aku


aku tak dapat nak tidur lagi bila memikrkan proses penyerahan kerja belum 100% aku lakukan. salah satunya memang berpunca dari aku sendiri keran suka tangguhkan kerja dan lakukan last minute.

perut aku makin memboyot dan bebe semakin aktif kicking my tummy. well what to do..it means my bebe is healthy inside my womb. semakin membesar, semakin dekat dengan due date aku dan semakin membataskan pergerakan aku. risaunye....

macam mana ingin menjadi pekerja cemerlang tanpa suntikan motivasi ye? boss aku masih lagi bercuti kerana baru sahaja melakkan bypass operation. get well soon my dear boss. tak sabar nak jumpa dia. selalunya bila aku rasa down..aku pergi mengadap dia.  satu terapi yang baik bagi ak sebenarnya. sebab selepas itu aku boleh meneruskan kerja dgn baik sebab boss aku banyak memberi nasihat yang berguna. one day..i want to be like him... full of passion and having a charisma as a business man. wise man....

sedikit terkilan juga..bila aku request someone to support me during my maternity leave but till today..no one is hired to be my partner. at last..nasib baik my new boss recommended his new staff to support me. but..well..she can focus full time to my job since she also have her own task.... what to say....
maybe jugak sebab boss aku bercuti so xde sape yang force management to find someone else to take over my job or maybe jugak they think my role is not big important. senang cakap everybody can do my job...
OK lar tu..tp aku perasan our team is a bit tunggang langgang sekarang ni.

bar tadi aku email my first handover to my new partner. nasib baik dia ok. hehehe ...banyak sebenrnya aku nak bbuat..tapi tak terbuat...kenapa? sebabnya aku dah tak de hati kat kerja aku sekarang. entahlar.... mungkin juga sdah imune dengan rutin kerja sama kot. dan banyak kerja perlu aku uruskan seorang diri..degna keadaan sekarang mana mungkin aku masih boleh aktif seperti dulu lagi. huk huk huk...

aku sukakan diri aku yang dulu..full of passion and energetic. tapi sekarang...where all the feeling gone? hmm..sedih2....aku dah jadi seorng yang bermasalah sekarang ni..aihhhh....

aku tak blame sesiapa disini..cuma luahkan apa yang tersimpan dihati. mjurlah boss baru aku memahami aku. hehehe i know sometimes he read blog also..... kalau tak..macam mana lar aku.... lasak skit aku akan bleeding balik...risau juga dengan bebe kat dalam perut ni.....


harap2 semua perasaan ini hanyalah bersifat sementara. mungkin juga disebabkan oleh pembawaan bebe dalam perut. hope everything will be back to normal once i deliver the bebe. inshaallah....


i want to be a good worker. chaiyyyokkkk.......................

13 Februari 2011

jejak kasih menerusi blog


tak sangka kan dalam diam2 ramai kawan aku yang baca blog aku.
macam mana mereka jumpa blog aku ni...entahlar..aku pn tak tau..
nak kata aku publish kat semua aorang xde pun......

close friend je yang tau
tapi ada juga budak2 opis yang baca blog aku nih...
xpe xde ape yang nak dirahsiakan...
buat blog, tulis blog means that utk tatapan umum kan?
kalau tak nak orang baca..baik jangan buat blog ..betul?

pada kawan2 aku yang sedang membaca blog aku ni..
tolonglar tinggalkan komen..
teringin nak jumpa korang..
pada syue..sorry weh..entah macam mana aku boleh terdelete komen kau..
ko pn dah mengandng kan?
nanti aku link blog ko eh...

seronok..
bila orang yang dah lama kita nak jumpa
alih2 bertem diruangan ini
bersyukur sangat2 sebab masih lagi berkesempatan untk bertemu dengan kalian semua
even masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dengan masalah tersendiri
hahhahaa

12 Februari 2011


gugur air mata ini bila memikirkan segala yang tersemat dihati...
luluh hati ini bila mengenangkan segalanya
apa lagi yang perlu aku lakukan?




SABAR ... SABAR LAGI dan TERUS SABAR



takkan mahu dicanang pada semua
menjaja cerita yang aibnya aku sendiri yang terima
tapi hati ini perlu dirawat
pada siapa?

lalu akhirnya
ada satu suara berbisik perlahan
bukankah ini pilihan kau ?

dan lalu aku tersedar
aku yang memilih semua ini
aku yang bersalah
bukan siapa-siapa

air mata...gugurlah kamu
temani hatiku
temani hidupku

10 Februari 2011

kehidupan


Allah benci dengan mansia yang suka mengeluh dengan kehidupan kan?
tak baik mengeluh..sepatutnya kita teruskan berusahan ntuk berubah menjadi lebih baik kan?

cakap senanglar...bagi orang yang mengalaminya? susah sebenarnya kan?

bercakap tentang kehidupan.... aku banyak melihat dan observe keadaan sekeliling. kalau kita rasa kita lah yang paling susah dalam dunia, paling bermasalah ataupun paling teraniaya..sebenarnya tanggapan kita SALAH.

masih lagi ramai diluar sana yang hidup merempat...hidup bergelumang dengan dosa, stress dan berjuang untk meneruskan kehidupan.

kesimpulannya..tak perlu lah kita bersedih dan terus menangisi nasib hidp tanpa kita perlu berusaha.
kita masih ada ALLAh tempat untuk kita mengadu dan memohon segala pertolongan.
dan YAKINLAH tuhan itu selalu menolong kita.

7 Februari 2011

episode of bleeding


hmm... cuti raya cina aku habiskan bersama adik ipar merangkap adik denver dan anaknya yang comel lote...nik muhammad khairil aizat namanya....

tapi rasa terkilan juga..sebab tak daapt nak jaga adik sendiri. adik ak datng awal..sebab tiket bas xde... so dia kena lepak rmah sorang2 sebab denver dan aku  dah janji nak jaga nik aizat. nak bawak balik rumah xdapat... budak tu masih menyusu badan mamanya. klau siang hari bolehlar bagi susu botol..kalau malam dia cari susu mak dia jugak. to my adik..klaular dia terbaca dan terjumpa blog aku ni...im sorry ok... lain kali kita spend masa sama2 ye.

being as a baby sitter for past few days was a precious moment for both of us. at least kitaorang dah belajar sama2 macam mana nak handle bebe. nik aizat dah 9 bulan pun. hehehe.... aku memang lar dah pandai skit2 nak jaga bebe..ye lar...aku anak sulung dari 8 beradik..memang dah ada experirnce jaga bebe ni. tapi spend time together with denver...hehehe seronok. lahamdulillah....denver cepat belajar n dia suka budak2 cam aku jugak.

hmm..sebelum kahwin rasanya sekali je kot aku naik motor ngn denver..dia tak suka merempit ngn aku, tak manis rasanya.  dah kahwin pun dia tak suka merempit ngn aku.. adalar sekali dua tu pun keluar jogging kat depan rumah je. lagi2 bila aku mengandung..memang motor diharamkan 100%. tapikan sebab dah teringin sangat..aku pergi merempit pusing2 taman bersama nik aizat n anak buah aku. tak lama pun..5 minit je kot...
 hasilnya...ambik ko..aku bleeding lagi...alahai..tak sanggup dah nak g hospital....adik ipar aku dah risau takut kena marah ngn abang dia. hehehe :) awal2 lagi aku bgtau denver....salah aku..dia dah banyak kali tanya..betul ke tak aku nak naik motor ngn dia.... hmm...

kesudahnya..sampai sekarang darah masih keluar..tapi dari merah dah bertukar coklat. esok pagi ak ada appointment ngn doktor pakar..... kita tengok apa kata doktor nanti. dan bersedialar aku untuk kena jolok lagi..uwa.......



Ya Allah..
hanya padaMu aku memohon segalanya..
Sesngguhnya engkau maha mengetahui segalanya..
Pinjamkan aku Ya Allah bebe dalam kandunganku ini untuk aku merasa menjadi seorang ibu seperti orang lain
jika ini adalah hukman dari dosa kami suami isteri..jangan kau jadikan bebe ini gantinya...
Ya Allah...
perkenankanlah doa hambam ini..
amin..
ya rabbil al alamin...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez