23 Disember 2010

rindu sama kamoooo


abah... abah...abah...

1. banyak kali sebut sebab sangat bermakna dalam hidup aku.
2. even aku dah kahwin..kalau balik kampung masih lagi macam dulu berlari dapatkan pelukan dari abah. bila timing ok..dapat tidur atas riba abah..heh heh heh..the best moment i alwiz miss.... memang anak sulung agak manja dengan abah kot.
3. tapi ada juga part yang sedih...sebab bila dah jadi isteri orang...kalau balik kampung dah tak leh nak berlama2 kat rumah sendiri..nak kena juga balik rumah mertua. entah lar..tiap kali aku keluar dari rumah abah nak pergi rumah denver..mesti aku nangis..satu perasaan sedih yang terlalu membuak-buak..serius... aku sedih...
4. kadang2 rasa jeolous tengok adik2 lain dok manja2 dengan abah n ibu. rasa macam tak puas hati.. kalau boleh nak je cakap kat denver " kalu yang dok rumoh yang buleh dop?" tapi kat dalam hati je lar...huhuhuu...
5. so sape yang tak kahwin lagi tu kan..ambik lar masa yang ada laungkan sepenuhnya kat parents kita..sebab nanti bila dah kahwin susah nak bagi commitment 100% kat keluarga. even kat adik2 pun dah susah.
6. berbalik cerita abah... setiap kali aku nak balik kampung mesti abah call tanya nak makan ape. hhhuhuu sorry...sebut nama abah je aku dah nangis. sensisitf sangat kalau nak cerita pasal abah ni. lagi2 tengah mengandung cucu sulung dia...selalu je belikan aku macam2. rasa terharu sangat dengan perhatian ayng abah berikan pada aku.
7. aku ada 8 beradik dan aku anak yang sulung, tapi tak bermakna aku bukan anak manja. selalu sangat menangis depan abah. bila berselisih faham dengan ibu..aku akan menangis depan abah. hehehe kelakar kan? dan abahlar jadi pendamai seraya orang tengah antara aku dan ibu.
9. pengorbanan abah  pada kami 8 beradik sangat besar. abah tak suka cakap banyak..tapi banyak pengalaman dan berilmu. walau dia tak berpendidikan tinggi tapi dia mahu semua anak dia ada belajar tinggi-tingi.
10. abah memang sangat ego..jarang nak tunjuk yang dia sayang atau care kat kami semua. dia susah nak cakap terus...tapi kami semua tahu dia sayangkan kami adik beradik.
11. pernah abah demam, kami adik beradik sudah risau gila. semua ambik cuti balik jenguk abah kat kampung. abah marah..katanya demam biasa saja...tapi kami tahu dia suka kami adik beradik balik.
12. abah susah nak marah..tapi kalau dah marah...woi..berapi...memang kami takut. pedih kena tampar dengan abah. dulu masa kecik siap demam lagi. serik....so janganla buat abah marah.... kena belasah dengan ibu? oh itu biasa bagi kami semua..hehhee...dan tak pernah serik.....ibu tak de lar pukul teruk macam abah...setakat kena cubit...piat telinga  kami dah lali..rindunya masa kecik2 dulu kan?

13..meh aku kenalkan buah hati pengarang jantung kami 8 beradik...en. abah yang disayangi..

hensem kan abah aku?

rindunye kat abah.....

22 Disember 2010

kahwin lambat dan terus mengandung


1. sebelum kahwin dulu, aku dah plan..erm..nak terus dapat anak lepas kahwin...tapi bil adah kahwin rasanya patut ambil masa dulu dan bukan terus pregnant.
2. tapi rezeki kita tak tahu... semuanya dari Allah..dengan keadaan kami yang masih tidak2 stabil...kami berdua dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga.
3. maha besar Allah.... kami berdua terima hadiah ini dengan hati yang gembira.
4. keadaan ekonomi kami sangat tidak stabil.. tapi kami akan cuba untuk berikan yang terbaik buat bebe kami. itu janji aku dan denver. 
5. walau apa pun denver sudah sedikit berubah..dari seorang kaki lepak kini sudah betah duduk rumah dengan aku..dari suka order makanan kini sudah mampu masak nasi sendiri dan yang terbaru sudah boleh buat gulai masak lemak cili api....dari suka lambak kain kini sudah pandai lipat kain wlaupun rupanya tak macam lipat pun. alhamdulillah...aku bersyukur....
6. cuma ada lagi beberapa perkara yang aku mahu denver berubah...kena rajin cari duit lagi..sebab lepas ni kami hidup bertiga... banyak duit nak pakai....aku rasa dia tahu...tapi aku cuma risau..risau sekiranya dia tak mampu nak tanggung aku dan bebe. oh..ya Allah....bantulah kami...
7. kami tak ada rumah lagi.... masih lagi berkongsi dengan adik aku..plannya kami nak ada rumah sendiri..dan tak perlu lagi share dengan adik aku. entahlar..... masalah juga nak cari rumah..susah nak cari yang berkenan dihati macam aku duduk sekarang.....
8. dalam kepala aku ada macam2 perkara yang aku fikir...kadang2 rasa tak mampu nak menangung lagi.... sudahnya iar mata jadi peneman. tapi aku tahu setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Allah maha mengetahui segalanya....
9. kerja ? erm..ikhlas cakap aku dah ada tak de passion macam dulu lagi.... dengan kesihatan yang selalu on off sekarang...kena gerak sana sini...penat sebenarnya..kadang2 tak cukup masa.... rasa macam nak apply kerja lain..kerja teruk tapi gaji tak naik2..... sedih... bonus? rasanya tahun ni xde bonus kot...
10. maybe rezeki bebe..mana tau tahun depan naik gaji..tak naik pangkat pun xpe..janji gaji naik.... hehehe... tapi aku dah plan nak cari kerja lain....macam ni lar kalau kerja swasta...tak secure pun kan? walaupun dah status permanent tapi kalau orang tak nak dah kita kena sack out juga kan? bak aku prepare awal2
11. masa awal2 pregnant dulu aku selalu moody n asyik menangis je..emosi dan hormon terlebih kan..tapi sekarang aku lebih tenang dan ceria..alhamdulillah..denver juga banyak support aku. syukur....mungkin itu salah satu hikmah dapat bebe awal. pengikat kaseh kami berdua.
12. kami kahwin dah lambat...masing2 dah nak cecah 30...so memang sepatutnya aku terus mengandung. kalau tak kesian anak kami nanti....kami dah tua tp dorang kecil lagi. 
13. jangan risau sape yang tak dapat anak lagi...teruskan usaha...nasihat aku korang perlu bersedia dari segi men tal dan fizikal. macam aku bgtau....akan berlaku perubahan besar bila kita dah mengandung.
14. aku juga risau kalau lepas ni aku tak dapat turunkan berat badan....awal kehamilan kita susah nak terima perubahan fizikal yang berlaku kepada kita. macam aku..siap kena tukar saiz bra...bukan saja kain baju. huhuhu..... dan ini menyedarkan aku bahawa susahnya ibu masa mengadungkan aku dulu. huk4..tapi bila dah besar....pandai melawan..... serius perasaan menjadi ibu membuatkan aku rasa sayang2 gile2 kat ibu. kasihnya ibu..huhuhuu....
15. walau apu pun dugaan yang mendatang..kami berdua pasti dapt harunginya.  insyaallah...bebe mummy dah lapar...minta makan lagi.....
16. last but not least..inilah rupa baru aku setelah 6 bulan berlalu... hehehe




20 Disember 2010

tukar lagi


erm...tipa kali ada reorg....
tiap kali aku kena tukar superior
sebab aku mengandung kah?
tak de orang nk backup aku masa cuti bersalin nanti

hmm..
macam2... cerita kat opis ni
rasanya....aku perlukan environment baru

perlukah...
cari kerja baru ?
new environment
new challenges
with good salary?

24 minggu


sekejap je masa berlalu
tak rasa bebe dah 24 minggu kat dalam perut mummy

awal mengandung
aku terkejut plus eksited sebab baru je sebulan kahwin dah pregnant
lagi stress bila dalam masa yang sama baru je nak kenal denverak
orang keliling juga dok mengata
" awalnye ko pregnant..tak plan ke? "
" ko tak rasa awal sangat ke ?"
" uish..suburnya ko laki bini "
" rugi pregnant awal...tak sempat nak honeymoon pun "

banyak yang negatif dari positifer
sebab tu pada awal dulu terdetik juga
kadang2 rasa tak mau bebe dalam perut ni

bad mummy...
tp itu dulu...sekarang aku dah tak sabar nak menunggu bebe keluar
tiap kali bebe kicking, rasa sangat terharu
kadang2 nampak kat perut mummy bebe kicking...
denver juga eksited ....
tiap2 hari usap perut mummy..bercakap dengna bebe

mummy..
baju kurung dah tak leh pakai pergi kerja
dah sendat
selalu penat2 n mengeluh lenguh kaki
penyakit terbaru
dah rasa sakit pinggang
bila mau tidur malam...
wajib denver urutkan kaki
kalau tak konfim tak dapt tidur
tidur pun tak lena
bebe sangat aktif dalam perut mummy
mummy tidur pun masih kicking lagi

even sekarang tengah dok menaip...
bebe dok kicking my tummy
maybe dia tahu..mummy dok cerita pasal dia

ya Allah
moga bebe dalam perutku ini sihat walafiat...
amin....

maybe dia t

13 Disember 2010

sotong masak lemak cili api


1. keluar je dari hospital..aku dah gatal tangan nak masak. padahal awal2 lagi ibu dah pesan..rehat..jangan lasak sangat.
2. tak boleh..memang dari belajar lagi aku suka sangat masak..... sebab tu pointer aku tak cemerlang..banyak masa buat praktikal kat dapur rumah sewa...
3. jom tengok bahan2 yang aku guna untuk masak. maybe same dengan kamu..maybe tak..boleh kita tukar2 idea kan?

bahan2
sotong  - 15 ekor
santan - 1/3 kilo
bawang merah kecil - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 1/2 inci
kunyit segar - 1/2 inci
udang kering - 2 sudu besar/ agak2 saja
daun limau purut - 2/3 helai
daun kunyit - 1 helai
serai - 2 batang
cili api - ikut suka

cara2
1. bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili api dikisar halus
2. masukkan bahan2 yang dikisar kedalam periuk, masukkan santan, serai dititik, daun kunyit dicarik-carik, dan juga daun liamu purut. masukkan sedikit air, depends pada kita nak pekat mana.
3. biarkan mendidih seketika..perlu dikacau selalu untuk elakkan kuah tadi jadi berbiji-biji dan meruap.
4. bila mendidih masukkan sotong.
5. masak sehingga sotong empuk. boleh masukkan perasa dan asam keping secukup rasa.


dah siap pun resipi sotong masak lemak cili api. senang saje. kan?
nak tengok rupa? sorry aku jarang snap bila masak....hehehe....

food poisoning atau diarrhea? nak senang cirit birit sudah.. hahahhaha


1.menceritakan pengalam terdampar di dalam wad, satu kisah yang cukup bermakna buat aku.
2. apa tidaknya, seumur hidup aku itulah kali pertama aku masuk wad, dan terlantar tak bermaya.
3. gara-gara makan bihun celup....aku diserang keracuann makanan..ala bahasa senangnya aku cirit birit.
4. teruk..asyik ulang alik masuk tandas je... awal2 aku dah pergi klinik dapatkan ubat.... bila makan jeubat doc bagi...alahai allergic lar plak. badan aku memberi respon dengan mengeluarkan ruam2 merah seluruh badan.
5. tapi kan...ada hati lagi nak juga teruskan perjalanan..konon2 mahu singgah kat kuantan. hmm....sepanjang jalan aku terkulai kat seat kereta. denver bawak kereta n sembang sorang2. nasib lar..bini dia dah tak larat sangat. kejap2 minta berenti cari toilet.... huhuhu sadis percutian aku kali ni...
6. maybe denver pun nampak aku tak bermaya sangat dah..sampai kat paka..denver bawa aku pergi klinik lagi.... doc risau juga takut ape2 jadi kat baby memandangkan aku dah betul2 dehydrated. iyelar....asyik ke tandas je..makan minum tak de.
7. doc advise aku admitted kat mana2 hospital terdekat untuk elakkan keadaan aku jadi lebih teruk.
8. denver gagahkan juga bawa aku ke kuantan... at last..aku terlantar kat kuantan specialist...
9. seram sejuk tangan aku masa kena cucuk untuk drip. 2 botol juga aku aku kena drip sebab dah dehydrated. seksanya nak ulang alik ke toilet dengan tangan bercucuk. ooh.... dahlar kena puasa..aku tak leh makan ape2 pun. tekanan darh makin turun.risau jugak aku.
10. ibu kat kampung dah beria-ria nak jenguk aku kat kuantan, tapi aku tahankan juga..xde serius pun..silap makan je. ibu risau takut aku jadi macam dia..ibu pernah miscarriage sebelum mengandungkan aku..simpton lebih kurang cam aku....masa dia cakap cam tu aku dah kecut perut.... Ya Allah..lindungilah baby didalam perutku ini.....
11. alhamdulillah sepanjang 2 hari kat hospital denver setia temankan aku. yang kelakar sebab kitaorang jauh dari rumah...xprepare ape2...aku dan denver kongsi tidur kat atas katil aku tu..pagi2 bila nurse dtang kejut nak ambil tekanan darah n cek suhu demam..semua orang tersenyum tgk kami suami isteri tidur sekatil. ahhaha memang kenagan manis tu.
12. masa kat sana, dorang refer aku kat doc sakit puan..nama doc tu doc suraya. gila baik sangat.... banyak bg advise..paling best part sanning baby....alhamdulillah baby sihat, xde pape. daripada nak suprise jantina baby..kini kami dah tau jantina buah hati kami. hehehhee
13. aku masuk ward rabu malam, hari jumaat kul 12 dah discharge. hehhee ..hooray..dah boleh keluar. tapi bila tengok bil....mak aih..mahalnya....takkan 2 malam dah cecah ribuan ringgit. ops lupa specialist katakan..... nasib baik company bayar..kalau tak jagan haraplar aku nak merasa terlantar kat hospital mahal cam ni. duit tu aku boleh buat shopping beli 3, 4 biji hand beg. hahhahaha
14. thanks juga kat company aku.....biayai bil hospital aku..lenkali nak guna lagi. hahhahaa
:)

9 Disember 2010

air mata


dewasa ini air mata aku begitu murah
senang sungguh keluar...walau tiada yang membeli
kerana hati aku
mudah sangat terguris
dengan sesiapa saja
lebih lagi dengan denver
huhuhu....
maaf...
air mata ini memang murah
masih laju mengalir dipipi



4 Disember 2010

demam


tips untuk pregnant mumy


salam untuk semua,


just nak share dengan you all bakal ibu, especially yang pregnant 1st baby macam aku.
dah 2 kali aku buat check up. kat mana? klinik kesihantan ank dan ibu = klinik kerajaan .
kandungan aku dah 22 minggu...memang dah obvious nampak perut memboyot...pergi kerja pun dah tak leh pakai baju kurung lagi.

1st check up

1. nak share dgn u all, ape kat klinik kerajaan buat untuk 1st check up either sama ke tak dengan klinik swasta. sebab aku pun plan nk continue kat swasta lepas ni.
2. kena bawa gambar scan baby. masa register nurse akan bg buku pink color untuk isi segala maklumat kita. 1 copy kita simpan , 1 copy klinik simpan.
3. dah siap isi details, nurse akan cek air kencing, ambil darah, again buat hiv test, dan juga ukur ketinggin rahim kita. then nurse akn consult kita mcam2. antaranya :
  - makan makanan seimbang
  - minum susu 3x sehari
  - jangan buat kerja berat
4. last sekali jumpa doc plak. kira bagus juga lar service mereka.
5. ubat yang aku dapat agak banyak, folid acid, vitamin c, iron, b complex...tapi kalau korang makan obimin sama je.... xde masalah. cuma nurse pesan kat aku...jangan makan ubat dengan susu ok. minum jus xpe, memang digalakkan.

kat klinik swasta macam mana ek? boleh share?

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez