4 Ogos 2010

jom memasak : ikan siakap masak steam


banyak cara nak masak steam ikan siakap. aku bagi kamu tips atau cara yang mudah. tak perlu nak pakai steamer. ikan bawal, ikan kembung, jenahak ke..semua boleh buat steam ye... jom kita tengok bahan2nya

bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
1/2 batang carrot
1 inchi halia
2 ulang bawang putih
1 biji tomato
2 biji limau nipis = 5 biji limau kasturi ( ikut suka )
daun bawang
daun sup
lada sulah
2 sudu tepung jagung
5 biji cili padi ( ikut suka )
gula, garam dan perasa


cara membuatnya
1. bawang putih, tomato, halia, cili padi, carrot,  daun sup dan daun bawang dipotong halus
2. perah limau nipis/kasturi ambil airnya
3.  ikan dilumur dengan garam, lada sulah dan tepung jagung... biarkan sekejap
4. masukkan halia, bawang putih dan tomato kedalm bekas lain. masukkan air perahan limau. kacau sehingga rata. ops..tambahkan satu sudu kecil minyak masak. ( kalau nak sangat pedas, boleh saja kamu perap bersama cili padi )
5. lumurkan pada ikan siakap dan perap seketika. ( makin lama perap makin sedap ok )

steam cara senang


1. ambil kuali dan masukkan sedikit air. ( agak2 untuk buat kuah steamer)
2. masukkan ikan siakap yang diperap tadi bersama dengan cili dan carrot ( jika tidak perap bersama cili).
3. tutup kuali dan steam sehingga masak.
4. bila sudah menggelegak, masukkan bahan perasa sesedap rasa dan taburkan daun sup dan juga daun bawang


hidangan kamu sudah siap untuk dihidangkan. senang saja bukan?
boleh juga kalau mahu tabur daun ketumbar.
kalau ada lemon lagi sedap. potong slice masa perap.

sorry aku tak sempat snap. .. sebab masak sorang2 je..xde assistant...

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez