9 Mac 2010

Just Let Him Go


1. Dalam mencari keredhaan dan keberkatan untuk bergelar seorang isteri, seharusnya dan sewajibnya kaseh si isteri sepenuhnya kepada sang suami. Bukan saja tersenyum di bibir tetapi pedih di hati. Agama juga melarang kita menyimpan hati pada orang lain kecuali suami kita.
2. Selalu, bila aku pandang denver disisi ketika sedang asyik bercerita sambil memandu, hati aku selalu berdetik “ ah...sayangnya saya kat awak “ confirm hati aku akan jadi sayu dan dan airmata aku akan mula berkaca. Di saat itu, aku lentokkan kepala aku pada bahunya. Dan seperti biasa denver akan tegur aku “ yang, dok molek, saya nak bawak keto ni, xmolek ore tgk “
3. Demi tuhan, aku terlalu sayangkan dia, sepenuh hati aku. Tiada lagi perasaan kaseh seperti ini aku rasakan melainkan bersama dengan dia.
4. Apa yang aku ingin kongsikan dengan kamu semua, jika benar kamu mencintai seseorang itu..... jangan biarkan cinta lama kamu membelengu hidup kamu. Yang lepas itu adalah kenangan kamu, tetapi yang didepan mata adalah cinta sebenar kamu. Jangan sia-siakan masa kamu ada bersama si dia. Ambillah peluang ini untuk menikmati sepenuhnya.
5. Ada yang selalu mengadu “ tapi dia cinta pertama saya, mana mungkin saya dapat melupakannya dengan mudah” ada juga “ semakin saya cuba lupakan dia, semakin kuat rindu saya pada dia”
6. Sifirnya sangat mudah, jika benar itu cinta sejati kamu, nah kenapa kamu tidak kekal bersama dia. Cinta lama kamu itu, hanya satu persinggahan untuk kamu mencari persinggahan yang kekal iaitu suami kamu yang sebenr-benarnya. Yang patut kamu agungkan itu ialah cinta suami kamu , yang mana kasehnya kamu patut junjung melangit dah setia ke akhir hayat.
7. Senang saja untuk melupakan cinta lama kamu itu, caranya belajar untuk redha dan pasrah bahawa hakikatnya kamu tidak berjodoh dengan dia. Lagi senang jika kita lebih bersikap pemaaf sebab kadangkala ada sesetengah daripada kita suka menyimpan dendam dengan cinta lama. Semakin kuat kamu berdendam semakin kuat kamu ingatinya dan semakin tidak tenang diri kamu bukan?
8. Jangan sesekali kamu bandingkan antara yang dulu dan sekarang. Setiap ciptaan tuhan itu tidak akan sama dengan setiap satunya.
9. aku juga dulu susah untuk melupakan cinta lama, tetapi bila aku sedar denver sangat cintakan aku, kenapa aku perlu bersedih lagi? Bersyukur dengan segala kurniaan tuhan, terima cinta hati kamu seadanya.
10. Ini juga pesanan untuk aku sendiri agar aku tidak alpa dan lalai untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri tidak lama lagi.
11. Aku rasakan bagaikan semalam denver melamar aku menjadi surinya, walhal sudah 4 tahun kaseh antara kami tercipta. Wahai tuhan pencipta alam, terima kasih yang tidak terhingga kerana kau telah hadiahkan aku seorang pengganti yang lebih hebat dari yang dulu. Sesungguhnya aku bersyukur denga pemberianMu ini ya Tuhanku. Aku menanti akadnya, yang mana aku menjadi kekasih denver yang halal disisiMu.

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez