25 Mac 2010

manusia sebaik-baik kejadian


Perkongsian dari peserta yg menghadiri program Sains Quran
(tak tau dimana/penganjur)

Ustazah, kenapa orang selalu pilih-pilih surah untuk dibaca dan dijadikan amalan. Kenapa mereka tidak membaca dan mengamalkan keseluruhan alQuran? Sedangkan Allah suruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran.Ana peliklah, Ustazah.."

Sudah hampir dua tahun soalan itu diaju, namun, ia masih terngiang-ngiang di telinga. Entah mengapa, jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati ini. Barangkali, bukti yang lebih kukuh akan membuatkan ana lebih berpuas. Dan semalam, ana pergi ke Program RK-i. Sepanjang program tersebut, ana tertarik dengan satu topik yang dibincangkan bersama penceramah.

" Allah mengatakan manusia adalah sebaik-baik ciptaan (AQ; atTin : 4 ). Mengapa Allah berfirman begitu?Baiklah, manusia terdiri daripada sel, kemudian membentuk tisu, kemudian organ dan akhirnya tubuh. Sel-sel terbentuk daripada atom (unsur-unsur) . Semasa di sekolah dahulu,bagi mereka yang mengambil subjek kimia, kita ada belajar Jadual Berkala Unsur. (PERIODIC TABLE) -Ada berapa unsur dalam alam ini? "

" 114.. " jawab beberapa peserta.
" Ya, 114 unsur. Kesemua unsur ini ada dalam tubuh manusia. Kalsium? Ada pada tulang. Phosporus, Nitrogen, Besi, Kumprum, Zink , Nitrogen? Semuanya ada dalam tubuh manusia. Sebab itu, Allah mengatakan bahawa adalah sebaik-baik ciptaan. Sebab semua yang ada dalam alam ini, ada pada tubuh manusia. "

" Tetapi, doktor, bagaimana pula dengan teori Darwin? Dia mengatakan manusia berasal daripada monyet? " seorang peserta mencelah.

" Ha! Manusia ada 114 unsur. Monyet hanya ada 67 unsur dalam badan. Kalau Darwin kata kita dari monyet, dari mana datangnya lagi 47 unsur tu? Ada scientist kata, manusia serupa seperti tikus. Tetapi, tikus hanya ada 17 unsur. Malaikat dan syaitan, masing-masing 1 unsur. Malaikat terdiri daripada unsur cahaya dan syaitan terdiri daripada unsur api. Jadi, manusia ini, memang sebaik-baik ciptaan, sebab Allah menjadikan kita paling banyak unsur dan kesemua unsur itu ada ada alam dan tubuh kita. "

" Apa gunanya kesemua 114 unsur itu, doktor? " perserta lain pula mencelah.
" Bayangkan, jika 1 unsur (atom) dalam tubuh kita tiada, sel tidak akan dapat membentuk tisu dan juga organ. Bila organ tiada, bagaimana kita dapat menjalani hidup ini sebaiknya? Firman Allah dalam ayat seterusnya, ayat 5 dan 6 ;

Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus( 6).

Maka, bagaimana kita mahu menggunakan kesemua unsur ini dengan sebaiknya? Kerana unsur ini akan gugur jika disalahgunakan dan tidak dijaga. Jadi, sekarang, semua sudah maklum bahawa tubuh manusia mengandungi 114 unsur. Bilangan unsur ini sama dengan bilangan surah dalam alQuran. Setuju? "

" Ya, 114 surah! "
" Maka, untuk memelihara kesemua unsur ini, kita perlu membaca keseluruhan alQuran. Kerana setiap surah dalam alQuran mempunyai kelebihan untuk mengekalkan unsur ini dalam tubuh kita. Misalnya, ayat Kursi berkait tentang unsur oksigen. Surah Yaa Sin berkait dengan unsur nitrogen dan sebagainya. Maka, kita tidak boleh mengatakan bahawa surah sekian-sekian begini, bagus diamalkan. Kita perlu ingat, alQuran adalah kalam Allah dan semua yang terkandung dalamnya bagus. Jadi, untuk mengekalkan unsur dan tubuh kita ini, kita perlu mengaji setiap hari. Bacalah keseluruhan alQuran, untuk mengekalkan unsur dalam tubuh kita. Dan secara automatik, kita akan menjadi manusia yang hebat! "

Subhanallah. . Terasa puas hati ini apabila mendengar penerangan tersebut. Ternyata, Allah menyuruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran kerana bilangan unsur dalam tubuh kita dan surah dalam alQuran sama! Sungguh, Allah itu alKhaliq! Allahuakbar! Renung-renungkanlah , dah berapa kali kita khatam Al-Quran dalam hidup ini. Dah berapa tahun kita hidup?

1 tukang tambah:

nursakinah on Sabtu, Mac 09, 2013 7:02:00 PG berkata...

maka benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez