9 Mac 2010

Perubahan


1. Kalau kita perhatikan keadaan sekililing, semuanya sentiasa berubah. Semalam kita nampak bangunan di robohkan, minggu depan kita nampak bangunan baru sedang di bina. Semuanya berubah, begitu juga dengan alam sekitar.
2. Perubahan itu memang akan berlaku sama ada kita mahu ataupun tidak. Kadangkala perubahan itu membawa kebaikan, kadangkala juga tidak perlu pun perubahan itu.
3. Hmm... mengapa manusia cepat berubah ye? Mungkin juga disebabkan pengalaman lalu yang memaksa mereka untuk berubah.
4. Aku juga sedar tak sedar telah banyak berubah, ada yang baik dan ada juga yang tak baiknya. En denver terutamanya banyak terasa dengan perubahan aku ini. Dia silap sebab bertemu dengan aku selepas aku sudah merasa kegagalan dalam bercinta.
5. Bercinta dengan dia, memaksa aku jadi lebih berhati-hati dan lebih bersikap dominan dalam semua perkara. Ah mingkin juga sebab aku ber bintang virgo yang mana secara keseluruhan memang ciri-cirinya lebih bersifat menguasa daripada dikuasai, lebih suka mendahului dalam semua perkara sampai terbawa juga dalam perhubungan.
6. Khilafnya aku, sampaikan dengan bakal suami sendiri pun aku masih berkelakuan begini.
7. Sepatutnya sekarang aku belajar untuk menghormati dia dan belajar mendengar kata bukan seperti selalu yang lebih suka mengarah daripada di arah. Ya Allah, aku alpa dalam kehidupan ini, sampai aku lupa bahawa denver itu memang jodoh yang telah kau tetapkan untuk aku.
8. Sampai ke saat ini aku masih tertanya-tanya “ betulke pilihan aku ini Ya Allah?” , kenapa aku masih terasa goyah dengan pilihan aku?
9. Aku takut, sekiranya aku tak mampu memikul tanggungjawab yang maha berat bergelar isteri kepada seorang suami yang mana aku perlu patuh, akur dan setia kepada nya.aku takut aku tak mampu memikulnya.
10. Aku perlu ubah perangai aku sekiranya aku mahu denver mencintai aku sepenuh hatinya. Aku perlu lebih bersikap terbuka. Betul cakap k.ijah, aku perlu lebih mesra dan manja. Hahhaa  aku tak cukup manja ke dgn dia? Mulai hari ini... aku berjanji aku akan berubah demi kaseh aku pada denver. Ya allah, satukan hati kami dan tetapkan hati kami dalam meniti kehidupan mu. Semoga hubungan kaseh ini diberkati selalu.

0 tukang tambah:

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez