24 Mac 2011

sminggu saja lagi


1. aku cuba penuhi masa yang ada ini dengan perkara yang terindah...semua keinginan aku akan aku cuba penuhi walau kini aku dah tak mampu untuk berjalan gigih seperti biasa.

2. entah..aku rasakan terlalu pilu..takut juga ada..padahal bukan apa pun kan? nak bersalin saja....tapi ini juga melibatkan pertaruhan nyawa. tadi aku mesej denver yang keluar ..sebab kawan dia minta repairkan laptop :

"b, balik awak des, spend time nge yang male ni...seminggu jor lagi..nati yang nak tinggal b lamo lagi "

3. entah kenapa..aku boleh mesej begitu. hati aku jadi sayu. tadi bila aku dengar azan magrib...aku terkenangkan abah n ibu. sadis betul..sambil menjawab azan..air mata aku mengalir....aku terlalu rindukan abah n ibu. rindu saat dulu..masa kecik..berkejaran dengan ibu didapur semata-mata menyuruh kami mandi dan solat magrib. riuh rendah...... ah..rindukan zaman aku masih tidak punya hati pada lelaki asing selain menyimpan hati pada ibu, abah dan adik-adik saja.
 kini semua kasih perlu dibahagi.... keutamaan tentu pada suami = denver dan insyaallah kasih bakal terbahagi lagi pada cahaya mati kami. seminggu saja lagi...

4. entah..aku rindukan semua orang..malam ni terlalu mellow untuk aku. semalam jumpa doktor pakar lagi. menurut doktor kalau minggu dengan bebe tak keluar lagi ...2/4 aku kena admitted kat hospital. kena induce..bebe kena keluar juga before 3/4..kena follow due date..takut apa2 jadi bebe. huhuhhu..risau..takut jangan cerita. tapi inilah pengalaman indah seorang ibu perlu alami kan?

5. weekend nanti mahu keluar berjalan ke jalan TAR..hehehe mahu cari sesuatu untuk bebe. hadiah dari mummy.....

6. malam tadi tak boleh tidur..perut memulas-mulas...bukan mahu bang air besar....ingatkan tanda2 bebe dah nak keluar..alhamdulillah..hari tak rasa apa-apa. cuma perut aku sudah makin turun ke bawah. senak sangat bila mahu bangun dan berjalan. tapi kena gigihkan juga.... dan selalu je ada false contraction.... sakit...menitis air mata ini...

7. bila rasa penat sangat pn..aku menangis..denver tak boleh nak tinggi suara sikit pn dengan aku sekarang...mdah sangat nak nangis.... entahlar... sensitif datang lagi...

8. mahuu tengok movie..tapi entah bila denver ada masa free.... mahu rasa feeling berdua-duaan seperti dulu. kalau boleh mahu ulang cerita cinta kami dulu. pelik perasaan aku ketika ini. mah langkan masa seminggu ini sebaik mungkin berdua dengan denver.

9. sebab nanti bila aku masuk labor room aku tak tahu apa akan jadi selepas itu. tapi aku doakan aku dan bebe selamat. harus kuat sebab aku mahu dengar denver laungkan azan di telinga bebe kami. ingin mersa sentuhan bebe didada aku dan mahu susukan bebe dengan susu pertama dari aku sendiri. insyaallah.... doakan aku dan bebe selamat ye...

1 tukang tambah:

Rabiatul on Sabtu, Mac 26, 2011 8:25:00 PG berkata...

aze..nape emosi sgt ni... rileks tenangkan hati.. bertawakkal pd allah banyakkan baca...laailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.
insyaAllah saat melahirkan anak nanti akan jadi kenangan terindah y akan aze ceritakan dekat dia bila dia dah besar... insyaAllah...

Cari Blog Ini

i read them

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez